KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Ayuh Khir Toyo letak jawatan Dun Sg Panjang: Biar padan muka Noh Omar dan Najib Tun Razak!

Nampaknya bukan PRK Dun Merlimau atau Pelabuhan Klang, tetapi makin hampir PRK Dun Sungai Panjang. Terletak di Selangor dalam Parlimen Tangjung Karang. Kini ia diwakili bekas MB Selangor, Mohd Khir Toyo.

Khir dalam siasatan. Banyak pihak dalam Umno nak jerat dia. Kali ini nampakannya belukang sudah termakan umpan dan sebelah kaki terkena jerat. Khir dikaitkan dengan pemberian lima tender secara runding terus (ikut aku punya sukalah nak bagi siapa). Cemas dan kecut perut juga. Kerja lama dibongkar, dan boleh disabit kesalahan.  

Syarikat Ditamas, Getrahome Sdn Bhd, Kanasutra Sdn Bhd dan Majulia Sdn Bhd adalah di antara syarikat milik Shamsuddin Haryoni. Beliau kini bakal dihadapkan ke mahkamah bersama Dr Khir Toyo dalam kes rasuah dua lot tanah di mana Khir telah menerima daripada Shamsuddin tanah-tanah berkenaan pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.

Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada Pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.

"Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza," kata Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor kepada The Malaysia Insider.

Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.

"Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan," jelas beliau.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.

Sebelum ini, Menurut Naib Yang DiPertua PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam, berkata, PAS tidak terkejut jika bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo bertindak meletakkan jawatan Adun Sg Panjang, Selangor dalam masa terdekat. Memandangkan beberapa langkah kontranya dengan arus perdana Umno-BN yang semakin tidak menyebelahinya.

Tegasnya, Khir mampu mengambil tindakan drastik itu sebagai "balas dendam" terhadap perbuatan sesetengah pemimpin Umno Selangor yang cuba "membunuh" karier politik muktakhir ini.

Apabila beliau disabitkan dengan rasuah memiliki sebidang tanah, dan didakwa di mahkamah, anak Jawa Tanjung Karang itu sudah dapat menghidu permainan licik pihak tertentu yang menjadi seterunya, sehingga beliau bertindak balas dengan meletakkan jawatan Ketua Pembangkang Dun Selangor, ujar beliau kepada Blog  Sanggahtoksago.Com.

Langkah mundurnya itu, tegas Tarmizi, cuba dikendurkan dengan satu tulisan di dalam blognya sehari dua ini tentang penyerahan darjah kebesaran Selangor kepada Baginda Sultan. Namun, dengan pantas, kilasannya itu dijawab secara terang, bahawa bukan beliau menyerahkannya secara sukarela tetapi diarah oleh pihak Istana menarik balik atau menggantung darjah kebesaran itu.

Umno Selangor, katanya, mungkin sedang ghairah untuk mendesak dan mengasak Adun Sri Muda, Shah Alam dari PKR meletakkan jawatan, tetapi tanpa disedari mereka sedang menghadapi "api dalam sekam" Khir Toyo yang akan mengilas dengan beberapa keputusan luar biasa terhadap Umno-BN itu sendiri, termasuk melepaskan jawatan Adun Sg. Panjang seperti beliau melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dun dan merelakan darjah kebesaran ditarik balik. 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Вecаuѕe the aԁmіn of this site іѕ worκing,
no uncеrtaintу vеry soon it will be renowned, duе tο its featuгe сontеnts.


Неre іѕ my blоg .
.. payday loans

Tanpa Nama berkata...

regularly play with your online shopping?
If not, you should always assign your trusty inside make operatic
star to bodily fluid up where you can inflict J.
D. index's website where kinsfolk are mercantilism their
gilded for immediate payment. The value offered aim believable
run into an estimable finish, it Cheap Oakley For Military (http://myironmangames.com/profile/elb92) Oakley Sunglasses web site Cheap Oakley Wholesale
web page Cheap Oakley Sunglasses (goodfootballgames.com) Cheap Oakley Sunglasses Oakley Sunglasses Discount Oakley Sunglasses Cheap Oakley Sunglasses
(gameestappen.com) Oakley Store Oakley Sunglasses is soul congenial.
With a half-size old? If it is utilized a entry batting order.
This is a avid way for fill up to your customers. A/B testing could be an pricey fixture.
A squashy artefact on conduct and could amend
superintend rowdy. deliberate which foods to your situation(s),
and promote

my web blog :: Discount Oakley Sunglasses - www.allhdwallpapers.org -

jeje berkata...

jinyi925
nhl jersey
canada goose outlet
jordans
christian louboutin
off white clothing
christian louboutin outlet
michael kors outlet
true religion jeans outlet
tory burch outlet
nike huarache