KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 01, 2013

Cubaan bunuh, heret Zahid Hamidi ke muka pengadilan - Hanipa Maidin


Peguam Negara digesa mengheret Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi ke muka pengadilan, berhubung dakwaan serangan dan cubaan bunuh yang dilakukannya ke atas seorang ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah dalam satu kejadian pada tahun 2006 lalu. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar) berkata, Peguam Negara diharap tidak mengamalkan budaya pendakwaan terpilih, terutama apabila melibatkan menteri atau pemimpin Umno-BN, memandangkan kuasa pendakwaan terletak di bawah Peguam Negara.

Katanya, Zahid mesti berehat daripada tugas beliau sehingga siasatan ke atasnya selesai, bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes yang membabitkan dirinya. Hanipa berkata, oleh kerana Zahid seorang menteri, apabila ada satu tuduhan atau kes saman yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau lebih baik beliau sendiri meletakkan jawatan.

"Tapi kalau beliau rasa beliau sendiri nak pertahankan jawatan, beliau kena berehat dahulu seperti mana yang dilakukan oleh menteri-menteri Umno yang lain," kata Ahli Parlimen Sepang itu kepada Harakah

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh turut menggesa Peguam Negara mendakwa Zahid di mahkamah berhubung kes yang membabitkan ahli perniagaan itu yang juga anak guamnya. Menurutnya, dalam hubungan ini, tiada tempoh masa ditetapkan untuk Peguam Negara menjalankan pendakwaan itu.

"Jika anda melihat keadaan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan laporan polis yang dibuat ke atas Zahid, orang akan tertanya-tanya mengapa tiada pendakwaan dijalankan. Ini menunjukkan sifat semulajadi di negara ini (tidak mengambil tindakan)," katanya.

Manakala, peguam Gobind Singh Deo pula menuntut penggantungan jawatan Zahid sebagai menteri sebelum saman tersebut didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang dijadualkan diadakan pada 26 Ogos nanti. Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh ahli perniagaan itu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim, mengenepikan permohonan Zahid sebelum mendengar hujah dari peguam Zahid, Shamsul Bahrin. Hakim berkenaan mendapati alasan perundangan yang perlu dikemukakan ke mahkamah tidak dijalankan dengan sebaiknya kerana dibuat melalui hujahan dan bukannya dengan notis usul.

Katanya, pemohon tersebut tidak kehilangan peluang untuk melalui proses rayuan memandangkan kes tersebut masih belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. "Biarlah perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi," kata Hakim Md Raus dan menambah, kes lain yang sepatutnya berjalan akan terhalang sekiranya mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bangun tidur tiba-tiba 5 entri sekali terjah!

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera,

Cardas Research & Consulting Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penyelidikan pemasaran yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Kami sedang menjalankan satu penyelidikan mengenai tabiat dan penggunaan media di kalangan pengguna. Oleh itu, kami ingin mencari peserta yang layak bagi menjawap soalan kaji selidik kami secara dalam talian.

Kriteria yang kami cari ialah:
1. Berbangsa Melayu.
2. Umur : 18 tahun hingga 44 tahun
3. Menetap di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Penang, Kedah, atau Perlis.

200 peserta pertama yang layak akan menerima baucar RM10 sebagai tanda penghargaan.

Klik pada pautan berikut mengambil kaji selidik SEKARANG!

http://www.crcgonline.com.my/Checkbox/Survey.aspx?s=b4430b2213204b1cb0c55d8865acb6c1

Jika anda tidak dapat melihat / mengaktifkan dari link di atas, sila salin keseluruhan link dan tampalkan pada pelayar internet anda dan tekan butang Enter.


Terima kasih dan selamat menjawab.