KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Disember 31, 2007

Terkini: Pemimpin Kanan MCA Yang Terbabit Dalam DVD Lucah Hampir Dikenalpasti!

Wajah pemimpin kanan MCA yang dikaitkan dengan lakonan panas DVD Lucah sekitar Tangkak, Muar dan Batu Pahat makin mudah dicam!

By ROSLAN SMS

DALAM kita memperkatakan darihal klip video VK Lingam dan klip audio Benazir rupanya muncul pula satu klip video, kali ini dalam bentuk DVD yang "panas".

Panas kenapa, kerana ia bukannya calang-calang DVD, ianya DVD sebagaimana dilaporkan oleh Utusan DVD "aksi seks" pemimpin politik.

Menurut Utusan lagi DVD itu mengandungi adengan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal (bukan bertanding sahaja) dari Johor dengans eorang wanita berusia 20an tahun.

Saya pada awalnya menyangka ia melibatkan aksi pemimpin dari Umno, tetapi apabila membaca laporan bahawa DAP mendesak agar PM menyiasat kes ini, saya mula merasakan ianya membabitkan pemimpin dari masyarakat Cina.

Lalu saya mengubungi rakan Cina saya dan beliau mengesahkan perkara itu dan malah mengesahkan juga bahawa ia membabitkan seorang pemimpin MCA dari Johor bertaraf Menteri.

Dah tua-tua pun masih nak buat perangai hodoh begitu, lebih kurang kata saya kepada kawan saya itu. Kami ketawa, ya mungkin kerana beliau mudah memperolehi VIAGRA dari kementeriannya!

Dulu pemimpin MIC, kini MCA dan saya dapat tahu (ini saya belum sahkan) terdapat juga gambar lucah seorang pemimpin kanan Pemuda Umno yang mahu didedahkans edikit masa lagi. Rasuah, salahguna kuasa dan kini peranagi pula hodoh, apa lagi yang tiada pada BN?

1 ulasan:

AgroTani Koridor berkata...

Takkan letyak jawatan terus senyap. Isu selesai. Siapa pompuan yang dizina tu? MCA kena pecat keahliannya. Pecat juga Sulaiman Taha, Ketua Umno Labis yang sokong Chua Soi Lik pada sidang media. Begitu juga pecat Ketua MCA Labis yang anggap isu itu peribadi. Bukan apa-apa. Mereka ini barua saja.