KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 15, 2008

Anuar Tahir Dikhabarkan Akan Berentap Di Parlimen BAGAN SERAI, Perak?

SEGMEN DESAS-DESUS PILIHAN RAYA

Anuar Tahir, pemimpin berketrampilan yang bergerak dalam pelbagai NGO. Benarkah beliau akan bertanding di Bagan Serai?

By TARMIZI MOHD JAM


SEORANG rakan dari Perak menghubungi saya, mendapatkan pengesahan benarkah Anuar Tahir bertanding di Parlimen Bagan Serai? Saya bagi tahu dia, sayapun tak dengar desas-desus itu.

Siapalah saya untuk memaklumkan kepadanya, Anuar bertanding di mana. Segala tulisan dan komen yang saya lakarkan pada blog ini, semuanya berdasarkan desas-desus yang saya dengar, saya canai bersama rakan-rakan yang "sudah masak" dengan politik dalaman PAS.

Sebelum ini, ada saya kutip satu komen yang disiarkan oleh Laman Marhaen kononnya Anuar Bin Mohd Tahir, 57, akan diketengahkan oleh BA sebagai bakal Menteri Besar Perlis sekiranya rakyat Perlis memberi mandat majoriti kepada BA untuk menguruskan negeri Perlis untuk tempoh penggal yang akan datang.

Sayapun terkejut dengan komen itu. Ini kerana, saya diberitahu rakan-rakan, Anuar tidak mendapat tempat apa-apa kerusi di Perlis.

Jika benar, PAS Perak mahu menurunkan Anuar di Parlimen Bagan Serai, saya mengucapkan tahniah kerana memberi ruang kepada beliau untuk bertanding.

Anuar berkelulusan Sarjana Muda Universiti adalah AJK PAS Pusat yang diamanah sebagai Koordinator Badan Penggerak Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat yang diketuai Haji Mohamad Sabu.

Anuar pernah menjadi Setiausaha Agong ABIM dan Setiausaha Agong Parti KeADILan Nasional sehingga tahun 2001 (sebelum menjadi PKR).

Sebelum menyertai KeADILan, namanya sudah tersohor di dalam ABIM melalui proxynya WAMY iaitu World Association of Muslim Youth. Ini menggambarkan ketokohan beliau sebagai tokoh belia terbilang bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Anuar pernah bertanding di kerusi Parlimen Padang Besar pada tahun 1999 dan kerusi Dun Beseri pada tahun 2004.

Sebelum ini ada desas-desus, khabarnya BA Perlis akan mencalonkan Anuar bertanding di kerusi Dun Santan dalam kawasan Parlimen Padang Besar. Tetapi, rakan saya memberitahu, ianya tidak menjadi.

Anuar, sekarang adalah Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah, satu NGO yang membela nasib mereka yang ditimpa bala bencana di mana NGO ini pernah membantu mangsa tsunami di Acheh dengan membina masjid dharurat di sana.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

abim bagan serai telah dimaklumkan bukan anuar tahir tapi manor manuti bekas perisiden abim yang kini naib presiden PKR akan bertanding di kerusi bagan serai.

yanmaneee berkata...

supreme new york
jordan 1
yeezy 380
off-white
bape hoodie
curry 6 shoes
hermes
pg 1
balenciaga
off white shoes

themmeaut berkata...

replica bags south africa replica gucci bags b6i96h0u31 guccireplica bags neverfull replica bags by joy go to this website x8q91h8f05 replica bags in bangkok useful reference j3f02k3x47 replica louis vuitton replica bags ebay