KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 07, 2008

BEBALNYA Khairy MENANTU Anak Badawi

Adakah hubungan dengan kroni-kroni seperti ini yang mengakibatkan Khairy Al-Oxfordi dipengaruhi unsur bebalisme?

By CILI API

TIMBALAN Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin, merangkap menantu Presiden Umno, Abdullah Badawi, memertahankan kedudukan dirinya sebagai menantu bekas PM itu (bekas kerana sepatutnya jawatan PM beliau berakhir apabila Parlimen dibubar) dan sekaligus sebagai calon.

Khairy bertanya: apa bezanya dan apa salahnya saya sebagai menantu Abdullah bertanding?

Beliau berhujah: bukankah pemimpin parti politik lain mempunyai anak yang menjadi calon juga? Beliau menyebut nama Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang.

Oi Khairy, ada bezalah! Umum bukan mengatakan salah anak atau menantu seseorang pemimpin menjadi calonlah!

Mereka cuma hendak menegaskan betapa besarnya beza antara kedudukan Khairy sebagai menantu Abdullah dengan Izzah dan Guan Eng sebagai anak bapa mereka.

Izzah dan Guan Eng tidak menggunakan kedudukan mereka untuk mendapat syarikat, kontrak serta saham dan merompak kekayaan negara.

Tidak seperti menantu sesetengah orang, yang bukan saja menggunakan kedudukan serta hubungan keluarga untuk mendapat pelbagai keisimewaan bahkan juga untuk mengaut kekayaan negara demi kepentingan diri sendiri dan suku-sakat.

Untuk makluman Khairy, bapa Izzah menolak tawaran biasiswa kerajaan kepada anak perempuannya itu.

Cili Api pelik. Takkanlah Khairy yang berkelulusan Oxford, salah sebuah universiti paling terbilang seantero dunia tidak faham tentang perbezaan ini.

Adakah beliau cuma pura-pura tidak faham, atau mungkinkah beliau terpengaruh oleh unsur bebalisme?

Khairy membuat kenyataannya di Kota Bharu sewaktu melawat ke sana. Secara kebetulan pada masa sama keluar berita bahawa Dewan Perniagaan Negeri Kelantan menyingkir Hj Rosmadi Ismail dari menjadi ahli dewan itu untuk seumur hidup.

Siapa tuan haji ini? Tidak lain tidak bukan calon Bunut Payong dalam pilihanraya kali ini dan ketua Pemuda Umno Kota Bharu. Beliau terkenal sebagai kroni Khairy.

Sebabnya dia disingkir ialah kerana menjual kontrak yang diberi kepadanya untuk membina sebuah jambatan berharga juta-juta ringgit kepada Syarikat Redland.

Cili Api tidak tahu. Adakah hubungan dengan kroni-kroni seperti ini yang mengakibatkan Khairy Al-Oxfordi dipengaruhi unsur bebalisme?

Ataupun kerana dia menjadi menantu Abdullah Al-Tiduri?

1 ulasan:

Awanama berkata...

I do not even know hoω I endеd up here, but Ӏ thought this post
waѕ goοd. I dοn't know who you are but definitely you're going to a famous blοggег if you arе nοt alreaԁу ;) Cheers!


Μy web ρage - payday loans