KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 24, 2008

ESOK Laporan Polis Terhadap 23 ADUN BN Terengganu Yang BIADAP!

Jika BN atau Umno tidak bersetuju dengan lantikan MPPR, langkah yang lebih sopan disyorkan dan bukannya melalui "kenyataan-kenyataan yang berbetuk penghinaan atau tekanan terhadap pihak istana."

By MALAYSIAKINI

ANGKATAN muda keadilan (AMK) PKR Terengganu akan membuat laporan polis terhadap 23 wakil rakyat BN, termasuk Datuk Seri Idris Jusoh, atas alasan membantah keputusan istana melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar baru.

Ketua AMK Negeri, Rosdi Baba berkata laporan itu akan dibuat di ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu esok.

Rosdi memberitahu Malaysiakini, laporan itu untuk membolehkan polis menyiasat sebab-sebab semua wakil rakyat BN tersebut membantah pilihan Majlis Penasihat Pemangku Raja semalam.

Wakil-wakil rakyat BN itu juga memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sehingga ia ditangguhkan.

Wakil rakyat Kijal itu hanya menerima watikah pelantikan daripada Yang Dipertua MPPR, yang juga adinda Sultan Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.

Laporan polis ini akan disertai perhimpunan rakyat negeri itu, kata Rosdi.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR negeri menggesa ketegangan antara istana dengan BN ditangani "dengan penuh berhemah dan berhati-hati, terutamanya dalam menjaga hubungan intim dengan pihak istana kerana ia amat sensitif bagi orang Melayu."

Dalam kenyataannya, Setiausaha Badan Perhubungan parti itu, Razali Alias berkata jika BN atau Umno tidak bersetuju dengan lantikan MPPR, langkah yang lebih sopan disyorkan dan bukannya melalui "kenyataan-kenyataan yang berbetuk penghinaan atau tekanan terhadap pihak istana."

Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilaporkan menyiasat tiga wakil rakyat yang didakwa cuba dibeli agar berpihak kepada Ahmad.

Akhbar Sin Chew Daily menamakan Mohd Zawawi Ismail (wakil Kuala Berang), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ramlan Ali (Jabi).

Malaysiakini bagaimanapun setakat ini belum dapat mengesahkannya.

Tiada ulasan: