KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 07, 2008

KHAIRY Kepanasan Di REMBAU, Tentangan Makin SENGIT Dari Cikgu Bad!

Setiausaha Umno Bahagian Rembau dikatakan menghalang para mahasiswa masuk berkempen di kawasan itu..

By TARMIZI MOHD JAM

KEMPEN pilihan raya di Rembau khabarnya panas. Khairi Jamaluddin terpaksa berjaga-jaga berdepan dengan Cikgu Bad dari PKR.

Kedua-dua anak muda ini, berbeza idealisme. Seorang kemaruk kuasa dan mengambil kesempatan sebagai menantu anak Badawi, menarik kuasa mertuanya untuk diserap ke dalam dirinya.

Pada 2hb Mac 2008, Blog Anti-Khairy melaporkan, sekumpulan Mahasiswa dari semua Universiti Awam termasuk aktivis mereka hadir ke rembau untuk memberi isyarat jelas mereka untuk menolak Khairy Jamaluddin.

Sungguh pun mereka hadir pada asasnya untuk menyebarkan manifesto mereka tetapi orang yang terlibat dengan budaya gangster menantu Pak Lah telah menghalang kemasukan mereka.

Antara yang dibicarakan adalah kerana menggunakan surau di situ untuk sembahyang tanpa mendapat kelulusan JKKK Kampung di sana.

Mereka menghalang mahasiswa ini hadir kerana takut rakyat akan tahu siapa sebenarnya Khairy Jamaluddin.

Bagi mereka, surau bukan tempat awam dan tindakan mahasiswa ke kampung itu tidak dialu-alukan oleh Khairy Jamaluddin yang takut berdebat dengan kumpulan mahasiswa.

Tiada ulasan: