KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 25, 2008

PERANG UMNO-AHMAD Telah BERMULA Jam 8 Pagi Tadi!

"Walaupun jawatan ini tidak lama, tetapi berdasarkan peruntukan undang-undang, tiada siapa boleh mempertikaikan kedudukan saya sebagai Menteri Besar" - Ahmad Said

By TARMIZI MOHD JAM


SEMUA akhbar berbahasa Melayu menyiarkan muka pada halaman depan berkenaan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said bertugas mulai pagi ini, jam 8.00.

Orang ramai, para penyokong Ahmad dan tentunya rakyat yang sudah muak dengan gelagat Idris Jusoh, mantan MB yang lalu, sudah berhimpun sepanjang jalan masuk ke Wisma Darul Iman, yang menempatkan Pejabat Menteri Besar awal pagi lagi, lapor Agendadaily.

Tentunya, ingin melihat dan merakamkan sejarah paling getir, "pertembungan" antara Umno Terengganu dengan Istana!

Hari ini, seluruh dunia dapat menilai siapakah itu Idris Jusoh dan Rosul Wahid serta kuncu-kuncunya... yang kononnya berpegang teguh kepada Perlembagaan Umno, dan berdiri dibelakang anak Badawi.

Mereka bukan sahaja bersedia menghina Istana malah melontarkan celaan "natang!" kepada Istana kerana enggan tunduk kepada calon pilihan mereka, Idris Jusoh.

Seperti biasa, kawalan ketat polis terus terurus sekitar perkarangan Pejabat Menteri Besar itu bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak dijangka.

Semalam, Ahmad mmeberitahu istana mengarahkan beliau segera menjalankan tugas rasmi sebagai MB sekalipun beliau belum mengangkat sumpah.

"Walaupun jawatan ini tidak lama, tetapi berdasarkan peruntukan undang-undang, tiada siapa boleh mempertikaikan kedudukan saya sebagai Menteri Besar," katanya kepada Utusan Malaysia di kediaman ibunya, di Kg. Teluk Kalong, Kijal.

Menurut pemerhati politik, Perang Umno-Ahmad sudah bermula secara rasmi jam 8 pagi tadi apabila Ahmad bersedia menghadapi rasiko dan ancaman mengikut kehendak Istana dengan menerima menjadi Menteri Besar yang baru di Terengganu!


Tiada ulasan: