KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 25, 2008

RASUAH Di Kementerian Pelajaran: SIASAT HISYAMUDDIN TUN HUSEIN ONN!

Rasuah tidak pernah menjadi agenda penting untuk dibanteras, sebaliknya diburu sebagai jalan pintas membukitkan kekayaan dan mengukuhkan kuasa oleh orang seperti Hisyamuddin. Lihatlah zaman remajanya...

By FUDZAIL

Lagi Gosip Penyalahgunaan Kuasa di KPM: RM151 juta Buat Membeli Gajet LEGO Gosip. Gosip. Gosip lagi...

Bukan baru hari ini sahaja mulut-mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan berbuih-buih bercakap tentang pelbagai projek pembelian buku dan bukan-buku yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang dikatakan dibuat oleh orang politik dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar-pakar pendidikan.

Satu lagi pembelian yang digosipkan itu adalah pembelian produk LEGO. Ya, syarikat pembuat permainan LEGO dari Denmark, negara yang dikaitkan dengan lukisan kartun menghina Nabi Muhammad (bacalah salam untuk beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau).

Produk LEGO itu adalah untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah.

Menurut yang empunya gosip, RM10 juta sudah dibayarkan kepada kontraktor pembekal pada 2007, manakala RM141 juta lagi akan dikeluarkan tahun 2008 ini.

Menurut gosip yang sedang merebak macam api belukar musim panas itu, baik peruntukan RM189 juta untuk membeli gajet F1 mahupun RM151 juta untuk membeli LEGO, kedua-dua kontrak itu dirundingkan terus (direct negotiation) antara kontraktor dengan menteri, tidak menggunakan sistem tender biasa.

Demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian.

Gosip yang kita dengar mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan kedua-dua produk itu dalam kurikulum rekacipta yang digubalnya, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet untuk membeli gajet F1 dan LEGO, yang kedua-duanya bernilai RM340 juta.

Malah pegawai-pegawai PPK tidak tahu menahu akan pembelian itu sehinggalah diberitahu oleh sumber dari pejabat menteri sendiri.

Nota: Sistem direct negotiation dibenarkan oleh Kementerian Kewangan bagi membolehkan kontrak diberikan terus kepada syarikat yang 100% dimiliki oleh Bumiputera (baca, UMNOputera).

Sistem direct negotiation inilah yang membolehkan korupsi, nepotisme dan kronisme diamalkan dengan efektif.

Kecoh-kecoh Keterlibatan Menteri dalam Projek F1 Mengikut yang empunya cerita, pagi tadi pegawai-pegawai di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) terkejut membaca berita dalam akhbar The Star tentang ucapan Dato' Hishamuddin Tun Hussein di mana beliau memberitahu bahawa kementeriannya akan menggunakan gajet-gajet F1 untuk mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah negara ini.

Pegawai-pegawai PPK itu terkejut dan mempersoalkan projek F1 yang diisytiharkan oleh Dato' Hishamuddin itu kerana projek tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum.

Semakan kurikulum rekacipta telah dibuat dan diluluskan pada tahun 2003. Projek F1 tidak disebut dalam semakan itu.

Kontrak F1 di Kementerian PelajaranBaca di sini bagi mengetahui apa itu projek "F1 In School".

Sangat jelas dalam berita yang dilaporkan itu bahawa Hishamuddin Tun Hussein bercakap dengan gaya dia adalah salesman bagi gajet-gajet syarikat F1 itu.

Pada masa ini berbuih-buih mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan bercakap tentang gosip kononnya sebuah syarikat yang bernama "F1 In School Sdn. Bhd." yang dikaitkan dengan nama seorang bisnesman Cina "Roy Chu", yang akan diberi kontrak RM189 juta oleh Menteri Pelajaran bagi membekalkan peralatan projek robot F1 itu.

Bagi komuniti pendidikan pula, mereka mempersoalkan mengapa harus mata pelajaran rekacipta diajarkan kepada murid dengan cara mewajibkan mereka merekacipta kereta robot F1 menggunakan gajet-gajet dan sofwer yang akan dibekalkan oleh syarikat "F1 In School Sdn. Bhd."

Sedangkan mata pelajaran rekacipta dapat diajarkan menggunakan banyak peralatan lain yang lebih murah dan efektif.

Kementerian Pelajaran dan Gosip Tentang Projek Perbekalan Robot Kereta Lumba F1 Desas-desus tentang deal-deal di kementerian pelajaran bukan dikaitkan dengan projek-projek perbekalan buku sahaja.

Gosip-gosip sedang merebak kencang dari mulut ke mulut yang dikaitkan dengan deal-deal bagi projek-projek yang melibatkan ratusan juta ringgit untuk perbekalan mesin, gajet, penaikan taraf makmal dan peralatan makmal bagi mata-mata pelajaran teknikal dan vokasional, di mana setiap kos projek dinaikkan berlipat-lipat ganda harganya.

Antara nama-nama syarikat kontraktor yang disebut-sebut adalah "Khazanraya" Sdn. Bhd., "Formula Satu" Sdn. Bhd., "Jalinraya" Sdn. Bhd., dan "Vitalis Seri" Sdn. Bhd.

Digosipkan bahawa 4 buah syarikat itu adalah berkaitan antara satu sama lain dan nama-nama Lembaga Pengarah Melayunya hanya menjadi muka depan sahaja kepada seorang tokoh bisnesman Cina yang infamous.

Entah betul, entah tidak, kononnya "Formula Satu" Sdn. Bhd. bagi tahun 2006-2007 sudah menerima kontrak bernilai hampir RM80 juta yang melibatkan 300 buah sekolah.

Bagi tahun 2008 pula, kontraktor itu akan menerima kontrak bernilai RM189 juta lagi bagi membekalkan robot kereta lumba F1 untuk Mata Pelajaran Rekacipta ke 1,700 buah sekolah menengah lagi.

Macam-macam lagi gosip yang sampai ke telinga kita, semua gosip-gosip itu tidak menyedapkan hati. Yang paling tidak sedap didengar adalah desas-desus kononnya "Formula Satu" Sdn. Bhd. mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan isteri menteri.

Tiada ulasan: