KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 12, 2008

ANWAR Terus LIGAT Tarik Sokongan MASSA!

Anwar akan turun padang terus berkempen dan berkempen dekati rakyat dalam pertahan kerajaan dan kewibawaan Pakatan Rakyat

By ANWAR IBRAHIM

ADA teman akrab yang turut khuatir kerana saya tidak terserlah dipentas ceramah atau media. Ada kebenaran telahan tersebut.

Maka saya akan teruskan dengan sidang media esok dan menetapkan jadual ceramah peringkat negeri mulai minggu depan inshaallah.

Sekadar penjelasan maka tepat diteka bahawa saya tertumpu memantapkan muafakat Pakatan Rakyat, mesyuarat memperkukuh jentera KeADILan dan memantau perjalanan kerajaan negeri PR.

Saya juga giat atau ligat (loghat utara) mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen, sarjana, saudagar, aktivis, saling melontar idea dan menghimbau pandangan.

Sementara itu, Azizah ke Pulau Pinang dan Nurul Izzah ke Melaka dan Lembah Pantai.

Maka saya memenuhi waktu menziarah jenazah ayah jiran di Kg Segambut, sahabat di Hospital Damansara, mengunjungi Tuan Guru, ke majlis kenduri perkahwinan dua anak Prof Razali Nawawi dan Kak Dah di Putrajaya.

Selain itu saya melayani wakil-wakil rakyat tertentu.

Tiada ulasan: