KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 27, 2009

Bukti rakaman 'rasuah' Ketua Hakim Negara diserah kepada Yang Dipertuan Agong!


PENGERUSI DAP, Karpal Singh hari ini menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pita rakaman ucapan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang didakwanya mengaku merasuah kakitangan mahkamah.Karpal menyerahkan pita tersebut kepada seorang kakitangan Istana Negara pada jam 4.45 petang tadi, lapor Malaysiakini.

Katanya, dengan bukti tersebut, Seri Paduka harus mengadakan persidangan khas Majlis Raja-Raja untuk memecat Zaki.Pita tersebut mengandungi rakaman ucapan Zaki di sebuah konvensyen di Kuching November lalu mengenai 'Integriti, pemangkin Pembangunan Mapan'.

Rakaman tersebut, yang berkualiti rendah, dikatakan mengandungi bahagian ucapan di mana Zaki bercakap mengenai merasuah kakitangan mahkamah sewaktu beliau berkhidmat sebagai peguam.

Sejak dilantik sebagai mengetuai badan kehakiman, Zaki menjadi sasaran berterusan ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, yang mendakwa beliau tidak layak menjadi ketua hakim negara ekoran pengakuan terbukanya terbabit dalam amalan rasuah ketika menjadi peguam.

Zaki, bagaimanapun, telah menperjelaskan perkara itu, mendakwa pihak media telah menyalah tafsir komennya di Kuching itu.