KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 27, 2009

Dato' Seri Nizar Jamalauddin enggan kembalikan 'Kereta Rasmi MB' kepada Dr. Zamry Abdul Kadir

Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut


DATO' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, selepas hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu, lapor Malaysiakini.

Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Pegawai khasnya Amran Harun berkata Mohammad Nizar enggan menyerahkan kenderaan itu sebagai simbol beliau tidak melepaskan jawatan tersebut sehingga proses mahkamahnya selesai.

Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh Amran kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Amran menambah, Mohammad Nizar menggunakan kereta rasminya itu untuk bergerak ke majlis-majlis penerangan tentang krisis peralihan kuasa di Perak sejak tiga minggu lepas kerana mereka tidak mendapat maklumat yang jelas. Mohammad Nizar ingin mahkamah membatalkan kesahan pelantikan menteri besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak Mac tahun lepas.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang tak memalu betui Yob Boneka gila talak sekor ni,..

rupe-rupenya tak puas lagi naik camry tu, sebab tu sanggup derhaka kat raja,jadi MB haram...

ishh kesiannnn..

nanti duit derma karung masa tiap kali ceramah PAS nanti, kumpulkan ler, buat beli keta camry bagi kt Ngok sekor ni..

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan soal giler talak yop BN oii. Dan bukan soal derhaka dengan raja yop Bn oii. Faham la sikit apa itu "derhaka" macm orang bijak sana faham.

Hampa punya BM Mamak tu tak sah ikut Perlembagaan Negeri. Awat Speaker hampa tak pecat? Tendang? Tak boleh. Dulu Altantunya tak terfikir hal Speaker dan kuasanya tu.

Tapi kalu faham undang-undang, mesti Speaker tu dulu hilang baru tiga Adun melaompat.

Udah le Yop BN oiii. Nama BN ni sampai qiamat tak reti-reti politik sebab itu Karpal Siungh kata "Pemuda Umno Cela**". Puashati ada orang hentak bagi pihak aku.

Tanpa Nama berkata...

Dato Zambry atau Dato Seri Nizar dapt Toyota Camry?

Perumpamaan seorang dipecat dari jawatan oleh majikannya, pekerja yang dipecat akan mencabar keputusan majikannya di Mahkamah Perusahaan (industrial court) bahawa pemecatannya adalah tanpa sebab dan tidak munasabah (without just cause n excuse).

Sementara menunggu Mahkamah membuat keputusan, apa hak si pekerja ini?

Apakah dia berhak pergi / masuk ke tempat kerjanya, mengambil dan menggunakan aset (harta) bekas majikannya?

Apakah dia berhak mendapat gaji dan elaunnya?

Bolehkah perkerja tersebut yang sudah dipecat mengambil dan menggunakan harta majikannya tanpa restu majikannya?

Adakah tindak tanduk sebegitu boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan mencuri?

Pekerja yang dipecat biasanya menunggu keputusan Mahkamah dan tidak perlu hadir ke tempat kerjanya dan tidakberhak kepada gajinya (dan ealun), dan jika kelak mahkamah memutusakan dia dipecat tanpa sah dan sebab munasabah, maka dia layak kepada gajinya dari tarikh dia dipecat dan apa-apa ganti rugi yang patut dan wajar.

Maka saya bersependapat dengan kenyataan dibolg ini;;

http://pemudasubang.com/v5/?p=1042

beberapa petikan dari blog diatas;
Bekas MB Perak keliru?
March 28, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Perak
IPOH 27 Mac - Pemahaman bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau berhak menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri sehingga mahkamah membuat keputusan kes siapa Menteri Besar yang sah adalah salah.
"Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, Mohammad Nizar sebagai pihak yang menuntut dalam kes itu mesti menyerahkan kenderaan rasmi itu terlebih dahulu dan menunggu keputusan mahkamah."

”Jika keputusan memihak kepada bekas Menteri Besar, barulah beliau berhak ke atas kenderaan itu dan pada lazimnya, beliau juga berhak mendapat ganti rugi yang setimpal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Persoalannya berbalik kepada penguatkuasaan undang2 (pendakwaan) seperti apa yang telah dinyatakan oleh Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Disnilah Penashat Undang 2 Negeri Perak perlu memainkan peranannya memberikan nasihat undang2 kepada Pentadbir2 Kerajaan Negeri Perak agar bertindak sewajarnya.

Pada masa yang sama. MB Dato Zambri Kadir dan Exconya berhak kepada gaji dan elaun mereka serta apa-apa imbuhan selari dengan tugas dan kedudukan mereka. malainkan Mahkamah kemudiannya mengataka perlantikkan mereka tidak sah, Dato Zambri dan exconnya berhak (seperti pendapat Dato Seri Utama Dr Rais Yatim) menjalankan tugas masing2 sebagai MB Perak dan exco kerajaan negeri selagi tiadanya injunksi mahkamah menghalang mereka (Dato Zambri) berbuat demikian.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang Awam)IIUM.

Sila lawati pendapat Dato Seri Utama Dr Rais Yatim (Sedikit petikan saja)

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html
Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin
Bloggers turut memperkecilkan fungsi Sultan?
Kita lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang. Dan apabila saya nyatakan begini, saya tidak fikir ramai yang tidak bersetuju. Majoriti bersetuju apa saya rasakan. Kita ada Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama ada puncanya berasaskan kepada radio, televisyen atau blog di dalam internet, ia sama seperti seseorang itu menulis. Sebab niat yang wujud akibat perbuatan itu untuk mewujudkan suasana menghasut atau perasaan syak wasangka hingga menyebabkan perpaduan masyarakat berpecah. Jadi dengan itu, pihak berkuasa harus terus mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan ada beberapa akta lain. Dan tidak semestinya kita guna ISA. Saya cuma bercakap dari hal undang-undang semata-mata. Ini bukan soal hendak mempolitikkan sesuatu isu. Seharusnya, penulis blog ini sudah menerima saman dan juga untuk hadir di mahkamah. Jadi kita bandingkan kalau di beberapa negara jiran, mereka tidak berani menulisnya di blog, kenapa mereka berleluasa di Malaysia. Sebab mereka tahu kita tidak menjalankan tugas asas untuk menyusul sesuatu tindakan mengikut undang-undang.