KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 17, 2009

"Foto Bogel" Adun Bukit Lanjan gegar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hari ini



POLITIK Selangor makin panas. Penggulingan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum kendur lagi, kini Selangor dilanda musibah. Sehingga petang ini, Adun Bukit Lanjan belum membuat keputusan muktamad untuk undur dari kerusi exco dan kerusi Dun tersebut. Dalam tempoh beberapa hari ini, beberapa keputusan mungkin akan dicapai. SPR khabarnya sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya kecil serentak dengan Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Ikuti perkembangan terkini Malaysiakini berkenaan isu ini:

Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong pagi ini menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang bermula jam 11.40 pagi di di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya. Kira-kira 30 penyokongnya turut hadir di sidang akhbar tersebut dengan membawa kain rentang menyokong Elizabeth.

Mereka juga melaung meminta Elizabeth supaya jangan meletakkan jawatan.
Turut hadir ialah ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, exco negeri, Teresa Kok dan Xavier Jayakumar, serta naib presiden PKR, R Sivarasa.

Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.
Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Sementara itu, Elizabeth memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau menawar diri untuk meletak kedua-dua jawatan tersebut demi kepentingan parti.
Bagaimanapun, Elizabeth menekankan bahawa beliau mendapat sokongan daripada keluarganya, penyokong, pengundi dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengaturkan urusan penyerahan tugas-tugas saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan," katanya.

Elizabeth menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang dan "setiap orang mempunyai hak kesalaan dan saya mempunyai hak privasi". Teresa dan Xavier kemudiannya menggesa Elizabeth supaya menimbang semula keputusannya itu.

Ketika ditemui kemudiannya, Xavier yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR menafikan terdapat 'sebarang tekanan dalam parti' terhadap Elizabeth supaya meletak jawatan.

Manakala penyelaras media PKR, Genie Lim berkata, surat peletakan jawatan Elizabeth telah dihantar ke pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi ini.Sementara itu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kini terpulang kepada menteri besar dan pihak partinya untuk membuat keputusan muktamad.Menurut sumber-sumber, pemimpin tinggi PKR yang bertemu malam tadi , memutuskan untuk mengakhiri kontroversi tersebut sebelum menjelang pilihanraya di Perak dan Kedah.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi. Elizabeth menang dengan majoriti 5,155 undi.Menurut sumber-sumber, jika berlaku kekosongan, antara calon PKR yang disebut-sebut mungkin bertanding di kerusi tersebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.Kee Kwong, yang pernah menjadi ahli Parimen Segambut, menyertai PKR Ogos tahun lalu.Satu lagi calon yang disebut-sebut ialah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang menyertai PKR tahun lalu.Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.

Difahamkan, turut dipertimbangkan untuk mengisi jawatan tersebut ialah Adun Rawang, Gan Pei Nee.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sanggahtoksago,

Apakah begitu mudah dengan hanya sekeping gambar porno yang entah bagaimana rupanya, digembar-gembur oleh media arus perdana maka orang yang kena tuduh terpaksa meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat...?

Kalau perletakan jawatan Elizabert Wong diterima bermakna pemikiran pemimpin Pakatan Rakyat masih belum matang untuk menyesuaikan diri dalam menyelesaikan masaalah remeh seperti itu.

Selepas E.Wong, pasti akan ada lagi wakil rakyat akan dipaksa letak jawatan kerana ujud berbagai salah laku pemimpin kemudian dimalukan oleh media arus perdana sehingga orang kena tuduh mengalah dan letak jawatan lagi.

Jangan cepat melatah dengan isu remeh seperti itu, sila beri tumpuan kepada kerja-kerja pentadbiran dalam negeri.

Tanpa Nama berkata...

Melalui gegaran sebegini lah bergegar nya kemenangan Parti keadilan rakyat pada PRU yang lalu.
Gegarannya sehingga berdegar ke pari sahabat seperti pas dan dap.
Jangan hentikan kan gegaran ini,jangan perlahankan gegaran ini,dan jangan rundingkan gegaran ini.
Tempoh bersama gegaran sebab dengan gegaran ini lah tercetus nya tsunami 2008.

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Dengan segala hormatnya YDP dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Putrajaya mempersilakan Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan ke majlis :

SECANGKIR KOPI BERSAMA YB DATO MAHFUZ OMAR

Tarikh : 1 Mac 2009

Hari : Ahad

Masa : 4.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Bilik Kelab Dewan Presint 16

Kupon : RM10.00

Hubungi : Ust Mohd Nazir Zakaria 012 - 379 4534
Sdra Zabir Shariff 012 - 393 8491
Sdra Roshidi Wahab 012 - 251 1296

Semoga dengan kehadiran Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis ini dan dapat menyemarakkan agi agenda perjuangan bersama.

Tanpa Nama berkata...

Tentulah ada yang "tak kena" dengan gambar tu. Setakat gambar tu mungkin dapat simpati ramai orang tetapi "dua klip vedio" tu payah sikit. Sebab itu dia terpaksa letak jawatan. Itulah agaknya.

Umu Lijah
Bukit Lenjan