KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 15, 2009

Mahfuz mahu gantung saja tugas Zamry dan exco Perak yang baru!


WARTAWAN, Intan Abdullah meloparkan Menteri Besar baru, Dato' Zambry Abdul Kader dan exconya perlu digantung daripada terus memegang jawatan kerana ia masih belum dikira halal memandangkan keputusan mahkamah masih belum diperolehi.

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Menteri Besar Perak yang baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir kerana gopoh untuk memulakan tugasnya, sebelum mendengar keputusan mahkamah.

"Zambry serta barisan exco dan penasihat-penasihatnya perlu menunggu keputusan mahkamah bagi mengesahkan status sebenar jawatan mereka sebagai suatu gambaran ketelusan serta keadilan kepada semua pihak, termasuk Nizar yang dilucutkan jawatan secara tidak demokratik," tegasnya ketika dihubungi Harakah.

Katanya, Zambry dan exco lantikan baru perlu menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan tugasan mereka kerana status kedudukan mereka masih lagi kabur dan belum disahkan oleh mahkamah.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan bahawa Zambry dan exconya tidak boleh mengadakan mesyuarat exco serta membuat apa jua keputusan mengenai pentadbiran kerajaan negeri itu sehingga kes ini diputuskan oleh mahkamah.

Tambahnya, langkah yang wajar diambil oleh Dato' Seri Nizar Jamaludin buat masa ini adalah menggunakan proses perundangan bagi mengesahkan status kerajaan negeri Perak menjadi milik siapa.

Oleh itu, Mahfuz menyarankan agar segala urusan pentadbiran diambil alih Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim sementara menanti keputusan mahkamah

3 ulasan:

ALAM berkata...

seluruh dunia dah tahu bn mempunyai mejoriti di dun perak. hanya pemimpin pas dan pakatan sahaja yang bodoh untuk mengira sapa yang mempunyai mejoriti dalam dewan. nizar nak bazir duit kerajaan dengan meminta sultan azlan buat pilihan raya. nasib baik sultan azlan tu tak bodoh macam nizar,

Tanpa Nama berkata...

ALAM 00:25,

Anda berfikir dan menulis menggunakan kepala yang mana. Kepala yang diatas atau kepala yang dibawah..?

Anda faham apa itu undang-undang tubuh kerajaan negeri perak...?

Jangan masuk gelanggang kalau anda tidak cukup fakta untuk berhujah.

Amri Mat Saaid berkata...

memang putar ALAM punya orang, eja majoriti pun salah nak putar alam le pulak,baik eja majo roti ha ha.