KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 28, 2009

Mahfuz Omar mahu Najib ditangkap dibawah Akta Hasutan kerana tindakannya di Perak menyebabkan negara kian tegang!

Gambar Najib Tun Razak, TPM dan Pengerusi Perhubungan UMno Perak dipijak-pijak lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat di pintu masuk utama ke Kediaman Rasmi MB Perak sewaktu Ceramah Mega Pakatan Rakyat beberapa hari selepas Najib menggulingkan Kerajaan Perak Pakatan Rakyat


IRWAN MUHAMMAD ZAIN, melaporkan PAS mendesak pihak Polis mengenakan Akta Hasutan terhadap pemimpin tertinggi Umno terutama Dato' Seri Najib Tun Razak kerana menyebabkan suasana tegang berlaku dalam negara dewasa ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan akibat daripada permainan politik pemimpin Umno yang terlalu memetingkan kuasa menyebabkan mereka telah menghasut Pemuda Umno bertindak menyerang Pengerusi DAP, Karpal Singh di Parlimen baru-baru ini.

"Ketegangan yang timbul dalam negara ini sehingga menyebabkan Pemuda Umno bertindak menyerang Karpal di Parlimen berpunca daripada apa yang ditimbulkan pemimpin tertinggi Umno.

"Permainan politik Umno yang terlalu mementingkan kuasa sehingga berlakunya rampasan kuasa di Perak baru-baru ini menyebabkan segala kekecohan ini. Apa yang dilakukan oleh Pemuda Umno jelas tidak menghormati Parlimen sebagai institusi demokrasi," tegas beliau.

Mahfuz menegaskan pemimpin Umno lupa sejarah yang mereka sendiri lakarkan pada tahun 1993. Pada tahun tersebut, Umno melalui Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengubal perlembagaan negara bagi membolehkan Sultan diheret ke mahkamah.

Pada tahun itu, Pemimpin Umno sanggup mendedahkan segala keburukan Raja-raja Melayu bagi memenuhi hasrat mereka untuk mengurang imuniti raja.

"Mereka yang usahakan untuk menjadikan tiada siapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang pada tahun 1993. Apa yang dilakukan oleh Karpal seperti mahu menyaman Sultan Perak adalah memenuhi undang-undang dan mengikut apa yang pemimpin Umno sendiri mahukan bila mereka hapuskan imuniti raja-raja pada tahun tersebut," tegas Mahfuz.

Namun begitu tegas beliau, amat malang bagi rakyat negara ini kerana tindakan Karpal yang bertindak mengikut undang-undang itu dijadikan isu perkauman oleh pemimpin Umno.

Tiada ulasan: