KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 06, 2009

Nizar Jamaluddin nafi saman Tuanku Sultan Azlan Shah


MEMANG GEMPAR bila Karpal Singh mengeluarkan kenyataan kononnya Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

Wartawan mSTAR mengesahkan sebentar tadi Nizar menafikan akan berbuat demikian terhadap Tuanku Sultan. Dan beliau (Nizar) akan menguhubungi semula Karpal untuk memaklumkan perkara tersebut.

Pagi tadi, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa, Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.

Katanya, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa. Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

la biasak arr macam x tau plak...
memang dah tabiat kapal sink tu nak amek peluang.....