KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 05, 2009

Sebagai rakyat Perak, kesal Tuanku Sultan enggan bubar DUN!


Ketua Penerangan PAS Parit, Rafie Hj Kasini Bahari berkata sebagai rakyat yang prihatin, mahukan perubahan, menolak rasuah dan suapan, beliau kesal dengan langkah pihak Istana yang enggan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihan raya umum peringkat negeri diadakan semula.

Katanya, untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang telus dan demokratik, rakyat berhak mengundi semula mana-mana parti dan calon mereka agar hak rakyat untuk memilih tidak dimatikan dengan pelbagai prosedur yang hanya menguntungkan BN semata-mata.

Beliau yakin, lompatan tiga Adun iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang serta Bota sarat dengan pelbagai tawaran dan ugutan bagi membolehkan mereka membantu BN yang mabuk kuasa untuk memerintah negeri Perak semula.

Rafaie juga menyokong penuh saranan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar agar SPRM terus menyiasat Adun Bota, Nasharuddin Hashim dan lain-lain Adun seperti Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu bagi dibersihkan nama mereka jika tiada sebarang tawaran, suapan dan ugutan untuk keluar parti dan menyokong BN.

2 ulasan:

Awanama berkata...

rasuah ?? suapan ??
aik dulu nak siasat kata perangkap lar,tuduhan jahat lar,sedekah lar..
pastu skrang nak suruh siasat balik plak......
hahaha balaci PR memang flip flop gak.....x bleh harap....

yanmaneee berkata...

hermes belt
pandora
curry 7 shoes
canada goose outlet
supreme clothing
chrome hearts outlet
pandora
curry shoes
jordan shoes
curry 8 shoes