KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 07, 2009

Himpunan 100,000 petang ini ulangi aspirasi 'Keranda 152'

HIMPUNAN raksaksa 100,000 membantah PPSMI yang akan diadakan esok dianggap sebagai kelangsungan perjuangan rakyat dan para pejuang bahasa yang bersungguh-sungguh mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan sebagai satu pengulangan himpunan 'Keranda 152' yang pernah diadakan pada 3 Mac 1967 atas matlamat yang sama.

Dato' Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat mengajak orang ramai khususnya ibu bapa yang sayangkan masa depan anak-anak mereka dan tamadun bangsa untuk hadir ke Himpunan esok bagi menyatakan semangat untuk melihat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa tamadun dijunjung dan sentiasa dihormati.

"Perjuangan dan himpunan esok jauh lebih lebih hebat daripada perarakan 'Keranda 152' namun Gerakan Mansuhkan PPSMI mengambil aspirasi dan inspirasi daripada perjuangan itu. Kita tidak mahu apa yang diperjuangkan selama 45 tahun nak dihapuskan sekarang dan merosakkan masa depan generasi akan datang.

"Ibu bapa bawa anak-anak mereka. Para pendidik, guru dan semua lapisan masyarakat yang tahu nilai bahasa Melayu yang telah berjaya membina tamdun di Nusantara ini termasuk yang dekat dengan masalah penggunaan dasar PPSMI yang mengakibatkan ramai pelajar tercicir," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya perjuangan dan matlamat himpunan esok adalah untuk memastikan anasir-anasir jahat dan yang tidak bertanggungjawab yang mahu merobohkan peradaban yang telah dibangunkan sejak sekian lama.

"Jangan dipedulikan parti politik yang mahu pertahankan bahasa Inggeris dan abaikan bahasa melayu.

"Dan esok, jangan pula biarkan rakyat dan pejuang-pejuang bahasa berhimpun hanya dibawah pokok sahaja akibat sekatan dan halangan pihak yang tidak senang dengan perjuangan ini. Ayuh datang beramai-ramai, semarakkan himpunan esok, tunjukkan bahawa Bahasa Melayu juga hebat sebagai bahasa ilmu!" katanya dengan penuh nada semangat.

Tiada ulasan: