KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 20, 2009

Jenayah rasuah Umno bakal gegarkan Bukit Gantang

TIMBALAN Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan isu rasuah yang membabitkan pemimpin tertinggi Umno termasuk Naib Presiden, Dato' Seri Mohd Ali Rustam akan memberi impak besar di Bukit Gantang 7 April ini.

Beliau melihat, PAS mempunyai kelebihan jika pengundi di Bukit Gantang memikirkan persoalan rasuah yang secara terang-terang berlaku dalam Umno.

"Ini akan memberi impak kepada kita kerana keyakinan masyarakat kepada Umno terhakis kerana rasuah berlaku dalam Umno. Ramai di kalangan ahli dan pemimpin Umno yang mempertikai kesalahan rasuah ini. Mengapa hanya orang tertentu sahaja dikenakan tindakan?" soalnya.

Walaupun ini urusan rumah tangga Umno tetapi ia memberi kesan kepada negara sebab rakyat tidak mahu negara dipimpin oleh pemimpin dari jenis perasuah samada yang ditangkap atau tidak, telah dijatuh hukuman atau tidak, kata Nasaruddin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok juga menegaskan betapa pentingnya PAS memenangi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang ini. Justeru segala persiapan jentera dan kempen perlu dipastikan berjalan sebaik mungkin bagi menjana kemenangan itu.

"Namun saya nak sebutkan pilihan raya kecil ini memerlukan kita bekerja lebih keras daripada Kuala Terengganu kerana suasananya berbeza," katanya ketika ditemui.
Beliau seterusnya mengingatkan Umno akan bekerja keras termasuk menggunakan segala jentera dan wang bagi memastikan kerusi ini dirampas mereka.

"Ia juga adalah pilihan raya kecil yang penting kepada bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak sekiranya berlaku peralihan kuasa selepas pemilihan Umno hujung Mac ini," katanya.

Tiada ulasan: