KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 11, 2009

Lebih 10,000 dengar Amanat Mursyidul Am, Presiden PAS di Bukit Gantang



HUJAN renyai-renyai yang turun di sekitar jam 9.00 malam tidak menghalang 10,000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri kawasan ceramah di Simpang, Taiping untuk mendengar amanat Mursyidul PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang pada 8 Mac lalu.

Turut memberikan amanat di majlis itu, Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Ahmad, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dari DAP, Nga Kor Ming, Adun Aulong, Yew Tian Hoe, dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar.

Dato' Nik Aziz dalam amanatnya meminta para pengundi di kawasan Bukit Gantang agar bijak berpolitik dalam menentukan pemimpin yang bakal dipilih nanti.

Umno katanya, bukan sahaja tidak boleh diharapkan membela agama dan orang orang Melayu, bahkan parti itu sendiri menderhakai Raja Raja Melayu melalui beberapa siri penderhakaan yang dilancarkan parti 'Assobiyah Melayu' itu.

Antaranya termasuklah dalam isu menghapuskam imuniti Raja Raja Melayu, tindakan penyokong Bekas Menteri Besar Terengganu yang menghina Sultan Terengganu dan pelbagai siri penderhakaan terhadap Raja Melayu.

Program pada malam tadi juga berjaya menghimpunkan seluruh penyokong dan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.

Sebelum itu pada sebelah petangnya Ustaz Nik Aziz telah melancarkan dan merasmikan Bilik Gerakan Pilihan Raya Kelantan di Kuala Sepetang. Kelantan dijangka akan menghantar petugas-petugas sepenuh masa bagi membantu Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih besar lagi.

Pelancaran gerak kerja pilihan raya yang dilancarkan Mursyidul Am PAS itu bermakna bermulalah gerak kerja pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.

Tiada ulasan: