KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 09, 2009

Zamry tunjukkan lagi "sakit hatinya" dengan dakwa "Pokok Demokrasi" tugu kemuncak derhaka kepada Sultan Perak!


BUKAN main sinis dan sakit hati Menteri Besar BN, Zamry Abdul Kadir apabila Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan DUN pada Selasa lepas.

Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang membina
tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini serta menanam lima batang pokok "sebagai tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja".

Biar apapun tanggapan Zamry, tentu sekali sakit hati apabila ada orang atau rakyat di Perak yang tidak mahu mengiktiraf beliau. Tentulah malu, seorang Menteri Besar diperlekeh-lekehkan dengan pelbagai simbolik dan retorik bombastik kemudian mendapat liputan media.

Beliau berkata, tanda penderhakaan mereka jelas apabila menentang pelantikan beliau sebagai menteri besar oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan baginda. Itu kata Zamry. Dia akan berkata dan terus berkata begitu bagi meniyakan belisu seorang MB yang dilantik Sultan. Hakikatnya, dia sudah rasai sendiri.

"Tindakan yang dibuat itu adalah simbolik dan secara terang-terangan menunjukkan tindakan penderhakaan kepada Tuanku Sultan dan institusi Raja di Perak. Kita (BN) lihat mereka mengatakan itu adalah tempat dan pokok demokrasi, tetapi bagi saya ia adalah tempat 'patik mohon sembah derhaka' sebenarnya.

Sudah tentulah Zamry berkata begitu. Mendakwa perkara itu sebagai "derhaka kepada Sultan". Kalau tidak apa lagi yang harus diperkatakan Zamry. Macam dia kata sidang Dun tidak sah dan serupa kartun. Kalau sudah begitu, mengapa Zamry takut hingga "terkencing-kencing" untuk memberi laluan kepada Speaker meneruskan Sidang Dun Tergempar itu?

"Itulah punca dan kemuncak yang mereka lakukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran Bulan Dakwah peringkat negeri oleh Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

"Soalnya mereka sudah mendapat kelulusan MBI atau belum (untuk menanam pokok dan tugu berkenaan). Mereka (pembangkang) juga memberi tafsiran kepada rakyat dengan manipulasi politik bahawa apa yang mereka lakukan itu benar," katanya.

Kalau sudah tidak ada hujah, begitulah. Mula-mula derhaka. Kemudian isu permit tanam pokok. Sejak bila Zamry ikut undang-undang? Sejak bila Zamry turut dan taat pada peraturan? Yang rampas Kerajaan Negeri tu siapa? Ikut undang-undangkah? Beli tiga Adun tu siapa? Ikut peraturankah?

Semalam, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan DUN pada Selasa lepas.

Mohammad Nizar sebelum itu turut menanam lima anak pokok spesies yang sama sebagai simbolik kepada prinsip pakatan pembangkang di sebuah kawasan lapang berhampiran dan majlis itu turut disertai para pemimpin dan wakil rakyat DAP, PAS dan PKR.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yob Zamry dah teketo-keto takut. Malu muka yob rakyat tak respek mike jadi MB. Mike jadi MB cara salah. Rampas kuase. Apa citer? Tak reti ke bubo Dun. Lepas tu kalo mike menang baru boleh jadi MB. Care rope ni sape bekann yob? Malukan orang Perak jer yob!