KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, April 08, 2009

Kalau Zamry Kader anak jantan, bubar Dun Perak untuk rakyat pilih kerajaan baru!

GERAK SEDAR ANAK PERAK (GESA) mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, calon PAS Bukit Gantang yang telah dinobatkan pengundi di sini sebagai pemenang dan wakil mereka di Parlimen menewaskan Ismail Safian, anak tempatan Changkat Ibol yang bertanding atas tiket BN.

Presidennya, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan kemenangan ini sebagai hadiah dan penawar untuk PAS Perak yang kehilangan sebuah kerajaan bersama milik rakyat tiga bulan lalu dan sekaligus keputusan pengundi di sini menjadi referendum rakyat menolak Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, menyahkan kepimpinan baru Umno, menendang BN dari bukit dan apa yang paling penting, rakyat tidak merestui "Mohon Restu Rakyat" tajaan BN sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

BN dan Umno sewajarnya sedar dengan keputusan rakyat itu dan GESA mendesak agar kepimpinan kerajaan "haram" Perak membubarkan Dun dan adakan semula pilihan raya umum peringkat negeri secara anak jantan.

Katanya, apa yang terjadi di Bukit Gantang memberi signal jelas kepada BN dan Perdana Menteri tentang amalan politik lama yang dipraktikkan mereka sudah jauh ditolak oleh rakyat. Sebaliknya, sebuah kerajaan yang telus, demokrasi dan budiman amat diimpikan mereka dalam melangsungkan kehidupan di negara ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WAH APA SUDAH JADI DENGAN MOTTO 'MOHON RESTU RAKYAT' NI.???

RAKYAT PERAK KHUSUSNYA DI BUKIT GANTANG TIDAK MERESTUI UMNO/BN UNTUK DITABALKAN SEBAGAI PEMIMPIN. SECARA SIMBOLIKNYA BUKAN SAJA DI BUKIT GANTANG, TETAPI DI PERAK UMNO/BN YANG RAMPAS KERAJAAN MELALUI PINTU BELAKANG.

Alang Topang berkata...

AKU TURUNKAN KOMEN CUCU YOP MAJLIS DARI LAMBOR KANAN PARIT INI UNTUK KOME FAHAM BEBENO:

BARISAN Nasional akhirnya tumpas di dua kawasan pilihan raya kecil N.25 Bukit Selambau dan P.059 Bukit Gantang. Kejayaan BN di N.29 Batang Ai, Sarawak sekadar mampu dibanggai oleh Ketua Menterinya, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta kuncu-kucu komponennya di negeri yang TIDAK MERESTUI Umno bertapak di Bumi Kenyalang itu.

Afendi Jeman, sahabat saya yang mengapalai Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak mungkin lebih berbangga dengan kejayaan ini sekiranya 'Taib Mahmud' merelakan Umno bertapak di negeri ini sepertimana yang telah dirintis oleh Sabah.

Sementara itu, Barisan Nasional yang diterajui Umno di bumi semenanjung terpaksa menerima hakikat betapa rakyat TIDAK MERESTUI untuk menghadiahkan kemenangan Bukit Gantang dan Bukit Selambau kepada Perdana Menteri yang baru, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Keengganan majoriti rakyat di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah untuk merestui rayuan Barisan Nasional yang 'MOHON RESTU RAKYAT' supaya memilih parti itu telah memberikan satu isyarat jelas betapa warga akar umbi telah menolak permohonan itu.

Walaupun Najib dan Muhyidin berkata bahawa keputusan dalam PRK kali ini bukanlah satu referendum rakyat menolak Barisan Nasional secara keseluruhannya, namun pucuk pimpinan baru Barisan Nasional ini hendaklah sentiasa bermuhasabah memikirkan dengan setulus hati bagaimana hendak memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap Umno dan BN.

Saya melihat secara insaf betapa rakyat semakin jelik dan mual dengan taktik serangan yang ditubikan oleh Umno/BN kepada pihak lawan yang begitu dangkal dan sering tersasar ke gawang sendiri.

Sebagai contohnya, kenapa terlalu ghairah sangat menggunakan isu derhaka kepada Raja sedangkan pihak lawan lebih arif malah rakyat marhain juga tahu bahawa UMNOlah yang telah menjuarai menghina Raja-Raja Melayu dengan segala pendedahan tingkah laku Raja/Sultan sehingga mendorong satu akta digubal untuk menghakiskan kekebalan Institusi Raja-Raja Melayu.

Sebab itu apabila Umno mengheret Dr. Mahathir ke pentas Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehari sebelum tarikh pembuangan undi (6 April) dengan menuding jari kepada Nizar Jamaludin yang disifatkan sebagai 'Calon Penderhaka Raja', akhirnya senjata itu telah menikam ke dada Umno sendiri.

Rakyat sebagai 'Raja Demokrasi' telah membuat keputusan bahawa Nizar telah direstui sebagai bukan penderhaka, sebaliknya label penderhakaan itu dilihat hanya gimik politik yang dipenglipur larakan oleh Umno untuk memikat hati rakyat supaya melupakan saja apa yang pernah Umno lakukan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu sehingga ada Raja Melayu yang telah diheret dengan kes mahkamah.

Sememangnya tidak dinafikan ada kebaikannya kepada rakyat apabila mengurangkan kekebalan Raja-Raja Melayu ini, tetapi amat buruk sifatnya jika memperdayakan Sultan yang tidak kebal lagi itu sehingga meruntuhkan sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat di Negeri perak.

Apabila keputusan Sultan Perak telah dipertikaikan di Mahkamah kerana Nizar enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak, ini juga bermakna betapa Umno tidak cermat mentafsirkan undang-undang sehingga memperdayakan Sultan kononnya kedudukan seri 28-28 dengan Pakatan Rakyat telah memungkinkan BN merampas kuasa untuk membentuk kerajaan baru, setelah tiga ADUN yang tidak berparti itu diminta mengangguk supaya menyokong BN.

Kewajaran Menteri Besar ketika itu menasihati Sultan agar membubarkan DUN telah ditolak oleh Baginda sebaliknya titah perintah Sultan agar Nizar melepaskan jawatannya telah dijadikan isu kononnya Nizar telah derhaka kepada Sultan. Nizar belum lagi meletakkan jawatannya malah Nizar belum lagi diberikan undi tidak percaya oleh anggota Dewan, maka Nizar dari segi persepsi undang-undang tubuh negeri Perak masih sah seabagai Menteri Besar Perak.

Tun Dr. Mahathir sebelum merujuk semula ke dalam Umno dan Tengku Razaleigh Hamzah juga beranggapan sedemikian yang menyifatkan tindakan Najib itu sebagai TIDAK BETUL. Apakah Tun Dr. Mahathir ingin menarik semula dakwaannya itu setelah masuk semula ke dalam Umno dan kini menyerang pula Nizar sebagai penderhaka Sultan?