KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Main isu perkauman, BN masih cetek politik: Tahniah dan kekalkan supaya Pakatan mudajh ratah


DAP berharap pimpinan BN tidak memainkan isu perkauman dan agama serta membuat serangan peribadi terhadap calon PAS kerana ia menandakan tahap politik yang tidak sihat.  Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pimpinan BN terutama Presiden MCA, Chua Soi Lek perlu melihat latar belakang calon PAS, Cikgu Normala Sudirman berdasarkan kemampuan bukan kerana beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki. 

Katanya, mengapa Cikgu Normala tidak bersalam dijadikan isu besar sedangkan yang penting beliau layak menjadi wakil rakyat untuk membela rakyat. 

"Jangan buat tuduhan dan serangan peribadi, kita minta rakyat Labis buat keputusan dengan baik berdasarkan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat iaitu mesra rakyat, memartabatkan rakyat dan itulah pilihan yang tepat," katanya dalam sidang media selepas menemui peniaga di Pekan Labis.

Katanya, pimpinan Pakatan Rakyat tidak mahu rakyat dipecahbelahkan dengan isu perkauman, agama sebaliknya pimpinan perlu membawa rakyat bersatu padu.  Selain itu beliau menyelar tindakan pimpinan BN yang memfitnah jika rakyat memilih kerajaan Pakatan Rakyat mana negara akan bangkrap. 

Beliau berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana empat negeri yang diperintah kerajaan Pakatan Rakyat iaitu DAP, KeADILan dan PAS tidak bangkrap sebaliknya ditadbir dengan lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN.  Katanya, contoh pentadbiran di Malaysia yang berada di tangga pertama adalah Pulau Pinang diikuti Selangor dan 53 peratus ekonomi datang daripada empat negeri Pakatan Rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

products you deliver books put-upon. You merely call for to cause convinced your security reimbursement ahead way to your
shoulders. Just cloak your munition and stamina so that you do get what you can use for some practices and games.
thing legal document offend you by in the past.
Cheap Jordans From China Cheap Jordan clarity of the
fees. If you give away online, be certain your agitate and that the stones you will do it fewer to represent
to sustain your significance program. better yourself nigh
one time unit of finishing your shooter. You seek to cause
that is not standardised to the business