KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 07, 2012

Syarikat MCA bolot "Projek Saman Rakyat" RM300 sehingga RM2,000 bagi cipta untung RM272 juta setahun


Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini. Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000  melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat. Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini.

Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. Salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang lagi iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu. Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama. Bagaimanapun, sebelum ini MCA telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini.

Dalam laporan kedua-dua syarikat itu katanya, setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan. Jumlah itu akan diberikan kepada kedua-dua syarikat itu sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta. Selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.

Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek diminta memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit. Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wow! At last I got a website from where I know how to actually take valuable
information concerning my study and knowledge.

my weblog exercises for vertical

Tanpa Nama berkata...

I'm not sure where you're getting your info, but good topic.
I needs to spend some time learning much more or understanding more.
Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.


Feel free to surf to my web-site ... exercises for vertical