KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 07, 2012

Transformasi Najib 'kosong' guna OSA tutup pekung busuk dalam Kerajaan Umno-BN


Tindakan menyiasat Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membuktikan transformasi Najib hanya cakap kosong. Seolah-olah apa yang Rafizi dedahkan itu akan mengancam keselamatan negara tetapi dalam  masa yang sama apabila ada laporan dibuat tentang penjualan maklumat rashis keselamatan  negara kepada pihak Perancis, tiada pula polis yang membuat tangkapan dan menyiasat. Kerajaan khususnya polis sepatutnya melihat apa penyelewengan yang didedahkan, bukan mengugut si pendedah dengan OSA.

Apakah pendedahan Rafizi merbahaya kepada keselamatan negara? Pada hemat saya, seluruh rakyat yang prihatin kesal dengan tindakan pantas polis kelmarin mengumumkan pendedahan dokumen oleh Rafizi berkaitan skandal projek tambahan LRT Ampang akan disiasat di bawah OSA kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan. Rafizi sebelum ini mendedahkan tender tersebut yang bernilai RM960 juta telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent melibatkan campurtangan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.

Pendedahan untuk kepentingan rakyat dianggap salah, orang yang mendedahkan kebobrokan itu pula diugut dengan OSA.Pakatan Rakyat memang menolak OSA sama seperti ISA. OSA nampaknya kini digunakan pula untuk menutup penyelewengan jerung-jerung atasan agar tidak dihidu oleh rakyat. Itu yang kita tahu, bagaimana skandal dan penyelewengan yang rakyat tidak tahu dan tidak dihidu? 

Tiada ulasan: