KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 09, 2012

Ayuh serbu Ceramah "Ubah BN Tawan Putrajaya" di PPR Batu Muda, 10 Jun 2012


PAS Kawasan Batu akan memberi penerangan kepada rakyat berkenaan pelbagai isu politik tanahair di Padang Bola PPR Batu Muda dekat Batu Caves dalam Parlimen Batu pada Ahad 10 Jun 2012 jam 9.30 malam. Setiausaha PAS Batu, Dato' Ismail Yahya memberitahu Sanggahtoksago.Com, program ini menampilkan anak bekas TPM, Tamrin Tun Abdul Ghafar Baba. Padang ini terletak sebelah kauter tentera Ampat Tin, belakang bekas Syaidina Hamzah.

Orang ramai dijemput hadir, maklumkan kepada rakan taulan, jiran tetangga. Ayuh kita lakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama lagi bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob; bekas Timbalan Menteri Koperasi, Tanah dan Wilayah BN, Dato' Dr Tan Kwee Kwong; MP Batu, YB Tian Chua dan YDP PAS Batu, Ishak Surin. Moderator NYDP PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam. 

Skandal Lembu NFC Kak Ijat Duduk di Kondo bakal difilemkan


Dalam usaha memberi tekanan dan memastikan rakyat mengingati skandal National Feedlot Corporation (NFC), Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan menerbitkan sebuah filem yang menyindir projek berkenaan.

Selaku penerbit tidak rasmi filem itu, kata Rafizi, filem komedi bercorak satira itu merupakan kaedah baru yang digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam penyelewengan NFC. Kartun karya kartunis Zunar ini mungkin boleh dijadikan 'poster' untuk filem terbaru Rafizi. 

"Kita akan umumkan secara terpeinci dalam masa terdekat. Kita sudah bersetuju tentang nama-nama pelakon dan tajuk filem yang boleh mengingatkan rakyat tentang sandiwara NFC. Kita nak filem lembu ini menjadi filem top untuk tahun 2012," katanya ketawa ketika dihubungi Keadilan Daily.

Rafizi berkata, "skrip" bagi filem itu sudah siap dan dijangka bakal menjalani pengambaran tidak lama lagi. Berbeza dengan video-video klip di internet sebelum ini, katanya, filem berkenaan bakal menampilkan kelainan baru di ruang maya, selain sesuai dijadikan tayangan dalam program atau ceramah anjuran KEADILAN.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu nama pengarah dan pelakon terlibat sebelum pengumuman dibuat, yang dijangka pada minggu hadapan. Dalam pada itu, Rafizi berkata pihaknya akan terus mendedahkan penyelewengan pinjaman mudah oleh kerajaan itu ketika perbicaraan saman yang difailkan Datuk Seri Shahrizat Jalil bermula Ogos ini.

"Bila kita disaman, kita akan gunakan peluang di mahkamah dan pastikan segala penyelewengan ini dibawa kepada rakyat," katanya. Skandal NFC menggemparkan negara apabila pendedahan demi pendedahan dilakukan KEADILAN berhubung penyelewengan dana sebanyak RM250 juta dilakukan NFCorp yang dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Hasil tekanan KEADILAN, suami Shahrizat yang juga pengerusi Esekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu. Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta Mercedez Benz selain sebuah apartmen mewah di Kazakhstan.

Jumaat, Jun 08, 2012

Demontrasi Tunjuk Cangkul depan Pejabat MB Kelantan, dedah kejahilan dan kontang modal politik nak berkokok


Selepas Projek 'Senaman Punggung' dan jual bugger depan rumah Pengerusi Bersama Berish 3.0, Dato' S Ambiga bulan lepas, kini atas semangat dan rupa wajah yang sama, 'Demontrasi Tunjuk Cangkul' yang mewakili kononnya daripada 32 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Pejabat Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu minggu lalu, lapor Kosmo.

Demontrasi yang disebut "Tukar Acu Test Sepenggal" itu juga menunjuk dan menyerahkan peralatan pembinaan termasuklah kereta sorong, cangkul, penyodok dan beberapa guni pasir yang menjadi simbol sokongan terhadap "hasrat murni" Kerajaan Kelantan untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

Demontrasi itu juga dianggap sebagai ingatan kepada Tuan Guru Nik Aziz, selaku MB Kelantan. Dalam reaksinya, PAS Kelantan mempersoalkan tindakan mereka yang seolah-olah menyindir kerajaan negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk menyiapkan Lebuh Raya Rakyat antara Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang kepada rakyat memberikan sumbangan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan menyifatkan kumpulan tersebut sebagai golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah. Langkah itu mungkin pelik da tidak dibuat Umno-BN tetapi ianya relevan untuk rakyat dan negeri.

Khir Toyo offer YB Manikavasagam RM10 juta, Hamidah pernah tunggu untuk lobi


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam (gambar) mahu mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mendedahkan bukti berhubung dakwaan beliau minta RM10 juta untuk meninggalkan PKR. Katanya, jika Khir berani, beliau sepatutnya tampil mendedahkan bukti, bukannya sengaja memburukkan namanya.

"Dia boleh cakap dia ada bukti, tunjukkan kepada saya. Buktikan bahawa saya yang panggil dia untuk jumpa. Buktikan! Tapi kenapa lepas empat tahun, dia (Khir) cakap dalam akhbar Sinar Harian (17 Mei lalu), bahawa BN tidak mengamalkan cara begini.

"Kalau betul, kenapa tak buat laporan polis ke atas saya. Kamu (Khir) boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Batu, 26 Mei lalu di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar. Turut berceramah bekas Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Zainuddin Mohd Yusuf; Dr Ann Wan Seng dan YDP PAS, Ishak Surin.

Tegas Manikavasagam, bagi membuktikan laporan itu berniat jahat, beliau akan membuat laporan polis dan memanjangkannya bagi menyaman penyebar berita itu. "Dalam kes ini, saya akan buat laporan polis berdasarkan laporan bertajuk 'MP Kapar Minta RM10 Juta Dari Khir Toyo Untuk Keluar PKR' ditulis oleh M Zakrul Adam yang dikutip daripada blog Sel13.com.

Mengimbas kembali kejadian yang didakwa beliau bertemu dengan Khir untuk meminta wang RM10 juta, Manikavasagam memberitahu, beliau sendiri terkejut dengan dawaan tersebut. "Dia (Khir) yang cakap dengan saya begini: YB, jika kamu tidak gembira, datanglah kepada kami (BN). Kami akan jaga kamu. Kami akan beri kamu duit RM10 juta.

"Bukan dari mulut saya, semuanya dari mulut dia. Kemudian saya cakap, tengoklah… tidak sampai lima minit, dia (Khir) terus jalan (pergi)," katanya menceritakan empat tahun lalu ketika terserempak dengan Khir di sebuah kafeteria hotel di Shah Alam.

Mengulas lanjut, Manikavasagam memberitahu, pujukan dan tawaran untuk keluar parti turut dialaminya sejak beberapa tahun dahulu tetapi pendiriannya tetap utuh bersama Pakatan Rakyat. "Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya."

Manikavasagam dalam ceramah ini, turut mendedahkan Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato' Hamidah Osman pernah datang ke rumah dan pejabat beliau di Kapar untuk tujuan perundingan 'jualbeli' agar beliau meninggalkan PKR. 

Bual Bicara Tok Guru Nik Aziz bersama Facebookers di Balai Islam Lundang, 15 Jun


Semua Facebookers dijemput hadir beramai-ramai ke Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan pada Jumaat 15 Jun 2012 jam 9 malam bagi mengikuti diskusi "Bual Bicara Bersama Facebookers: PRU13 - Peranan Kuasa Ketiga". Sanggahtoksago.Com difahamkan, MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyampaikan ucapan dan amanat kepada semua facebookers yang hadir.

Tetamu khas dalam diskusi ini termasuklah Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah; Ahli Akademik, Dr Yusri Muhamad; Dr Mazlee Malik dan Naib Presiden Isma, Ustaz Fauzi. Semua Facebookers yang tidak berhalangan dijemput berdiskusi.   

WWW 15: Liow ada tiga pilihan tetapi terus berdolak dalik apabila isu di Johor meledak


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan hari ini bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan berhubung tawaran mendapatkan nombor WWW 15. "Beliau boleh mendapatkannya secara percuma sesuai dengan kelayakan yang diberikan kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak JPJ atau membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan. Jika tidak berminat, beliau boleh menolak tawaran tersebut," kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini (7 Jun 2012), Solah berkata, JPJ telah menerima permohonan untuk mendapatkan nombor WWW 15 daripada Liow bagi kegunaan kenderaan rasmi. Katanya, ia dibuat melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir siri nombor pendaftaran WWW dibuka untuk bidaan.

"Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri WWW seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran WWW 15 ditawarkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan harga tertinggi iaitu RM24,200," tegasnya.

Solah turut menjelaskan bahawa JPJ memang akan memaparkan nama pembida berjaya kepada umum, selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran. "Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan," katanya.

Beku PPTN di Selangor ibarat racun yang sedang "menyunyah" jantung Umno-BN


Akhirnya pemimpin Umno yang semakin bebal dan hilang punca sedar, tindakan membeku PTPTN kepada para pelajar Unisel telah menikam-nikam jasad Umno yang sudah lama nazak, lapor Sanggahtoksago.Com. Ia langsung tidak menaikkan imej Umno sebaliknya meletakkan para pemimpin parti itu dalam tong sampah yang jijik dan kotor.

Terbukti, Umno telah memukul gendang dengan tindakan jahatnya itu sebagai menandakan bermulanya perang habis-habisan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan anak-anak muda di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebagai tebusan.

Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin mengarahkan permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu Unisel dibekukan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yasin pula menyokong  tindakan jahat ini.  Datuk Seri Noh Omar yang menolong Najib tadbir Umno Selangor pula memberi kata dua-sama ada PKR mengaku silap isu pendidikan percuma atau pelajar menanggung sengsara.

Akibat bisa yang mencucuk-cukuk Umno, akhirnya Bn terpaksa menarik balik ugutan dan tikaman jahatnya terhadap pelajar Unisel dan Kerajaan Selangor. Serangan itu telah 'makan tuan' dan bakal meningkatkan kemarahan rakyat seluruh negara terhadap Umno-BN dan sekaligus menampakkan sifat samseng akar umbi kini menular di kalangan pemimpin utama Umno. 

Tindakan Umno-BN itu boleh dianggap sebagai suatu tragedi kepada pendidikan di negara ini kerana ia menjelaskan sikap pendendam pemimpin Umno, selain tidak menghormati konsep federalisme yang menjadi anutan negara. Khaled dan Muhyiddin wajar memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas perbuatannya yang jijik itu.

Leman Raja Lawak akan serah borang PAS kepada Salahuddin Ayob di PPR Batu Muda, 10 Jun


Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim dari Kuala Nerang, Kedah akan menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dalam satu ceramah mega di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves pada Ahad 10 Jun ini.

Demikian disahkan Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi. Leman yang dihubungi beliau jam 4.25 petang ini, setuju untuk berbuat demikian pada program berkenaan. Beliau antara peserta Raja Lawak Musim Ke-5 yang diminati terutama pengundi wanita dalam rancangan anjuran Astro, yang kini "lawak" menjadi produk utama stesen tv berbayar tu. Leman adalah bekas peguam kerajaan.

Pada 10 Jun ini, PAS Batu menganjurkan Ceramah "Ubah BN! Tawan Putrajaya" bersama Salahuddin Ayob, Dato' Tamrin Tun Ghafar Baba, Aishah Ariffin, Surianarayanan, Pyan Habib, seniman rakyat Nikbinjidan dan Leman Raja Lawak. 

Ismi Taib di Parlimen Parit, Dr Najihah di Blanja tetapi PKR masih belum tentukan calon di Bota


Sanggahtoksago.Com diberitahu, PAS Kawasan Parit telah menamakan Yang DiPertuanya, Ustaz Muhamad Ismi Muhd Taib (gambar) sebagai calon parti itu di Parlimen Parit, Perak dan Ketua Muslimatnya, Dr Najihahtusoleh Ahmad sebagai calon PAS Dun Belanja. Dalam PRU 2008 yang lalu, Ismi bertanding di Dun Blanja dan Dr Najihah berentap di Parlimen Parit. Kali ini, mereka menukar posisi bagi berdepan dengan musuh tradisi Umno-BN.

Sementara itu, Dun Bota yang diwakili PKR masih belum menentukan calonnya. Terdapat beberapa nama di ke tengahkan tetapi ada bantahan dalaman. Sehingga kini PAS Parit masih berminat untuk bertanding di Bota atau meletakkan 'orang PAS' menjadi calon atas tiket PKR untuk memantapkan lagi gerakerja Pakatan Rakyat di parlimen ini. Rundingan dikatakan masih diteruskan antara dua parti bagi mencari kekuatan, beritahu beberapa sumber di Parit kepada Sanggahtoksago.Com.

Makan Malam 'Ops Scorpene 2.0' untuk seret 'penyangak' kapal selam ke Mahkamah Perancis


Suaram akan mengadakan majlis makan malam kedua 'Ops Scorpene 2.0', untuk mengumpul lebih banyak dana bagi membiayai tindakan undang-undangnya terhadap firma pembuat kapal Perancis, DCNS, di mahkamah Perancis, berhubung kontroversi kapal selam Scorpene.

Majlis makan malam itu, yang akan diadakan Jumaat depan, 15 Jun, di Pusat Sivik Petaling Jaya, adalah yang kedua dianjurkan oleh NGO tersebut. Majlis kali pertama diadakan Julai lalu, yang berjaya mengumpul kira-kira RM250,000.

Majlis kali ini, yang diumumkan oleh Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel dan Fadiah Nadwa dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya kelmarin, mensasarkan kutipan sebanyak RM300,000. Ia akan menampilkan penceramah seperti peguam Perancis Joseph Breham, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parllimen PKR Batu Tian Chua, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Cynthia.

"(Majlis makan malam itu) akan memberi peluang kepada rakyat biasa dan pertubuhan masyarakat sivil untuk memahami fakta berkaitan skandal yang telah menggegarkan negara itu," demikian menurut satu kenyataan Suaram selepas pengumuman tersebut. Suaram mengambil tindakan mahkamah terhadap DCNS yang didakwa membayar 114 juta euro sogokan kepada Perimekar Sdn Bhd berhubung urusniaga pembelian kapal selam Scorpene.

Skandal Scorpene: Malunya Malaysia ada PM bernama Najib Tun Razak


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memalukan Malaysia kerana enggan menjawab skandal Scorpene walaupun ia semakin mendapat perhatian antarabangsa. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menempelak tindakan Najib yang turut mengelak dan mempertahankan diri berhadapan Mahkamah Perancis sedangkan isu ini menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa.

"Ia sudah menjadi isu antarabangsa, bukan isu dalam negara. Kalau benar beliau tidak terlibat, buktikan di Mahkamah Perancis…tidak cukup dengan penafian dalam media propaganda Umno BN sahaja," katanya dihubungi Keadilan Daily. Surendran berkata, sikap berdolak-dalik Najib membuktikan dia memang terlibat dalam skandal berkenaan.

"Jika benar dia (Najib) tidak bersalah, kenapa sehingga sekarang dia masih enggan menjelaskan kepada umum melainkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan," kata Surendran. Malta Today semalam melaporkan, Ahli Parlimen Malta, Evarist Bartolo mendedahkan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen yang dibayar kepada Perimekar telah ‘dibersihkan’ melalui Malta.

Bartolo mendakwa Gifen iaitu syarikat perunding kewangan milik Perancis berpangkalan di Malta merupakan pihak bertanggungjawab ‘membersihkan’ komisen haram tersebut. Kini Gifen disoal oleh polis Perancis ekoran peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.

Pendakwa Perancis dikatakan telah menemui kaitan Gifen selepas mereka meneliti dokumen dan laporan sulit dalaman DCN dan Kementerian Pertahanan Perancis. Pada 4 Jun lalu, The Phnom Penh Post serta wartawannya di ruangan Regional Insider – Roger Mitton mendedahkan pernah bertemu Abdul Razak Baginda di Venice, Itali, pada persidangan Asean-Eropah 2002. Bagaimanapun, Mitton berkata, pertemuan itu hanya seketika kerana Razak memberitahunya beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian Scoorpene.

Khamis, Jun 07, 2012

Penyanyi Aishah, Dr Aziz Bari dan Leman Raja Lawak gegar Taman Dato' Senu, 11 Jun 2012


Juara Lagu 1990, Aishah Ariffin bersama Leman Raja Lawak akan menggegarkan Padang Bola Taman Dato' Senu pada Isnin 11 Jun 2012 jam 9.30 malam, lapor Sanggahtoksago.Com. Ia adalah majlis penerangan PAS Kawasan Batu kepada rakyat berkenaan pelbagai isu politik tanahair. Aishah akan memberikan ceramah khas bersama Prof Dr Aziz Bari, Ishak Surin dan Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) Suria Narayanan. Moderator pada malam ini Bloggers Sanggahtoksago, Dato' Tarmizi Mohd Jam.

Orang ramai dijemput hadir, maklumkan kepada rakan taulan, jiran tetangga. Leman Raja Lawak akan mempersembahkan sketsa menarik, dan penyajak tersohor negara, Pyan Habib pastiknya mendeklamasikan sajak. Seorang lagi seniman rakyat, Nikjidan akan mendendangkan lagu-lagu rakyat untuk para hadirin. Ayuh kita lakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama.

Ayuh serbu Ceramah "Ubah BN Tawan Putrajaya" di PPR Batu Muda, 10 Jun 2012


PAS Kawasan Batu akan memberi penerangan kepada rakyat berkenaan pelbagai isu politik tanahair di Padang Bola PPR Batu Muda dekat Batu Caves dalam Parlimen Batu pada Ahad 10 Jun 2012 jam 9.30 malam. Setiausaha PAS Batu, Dato' Ismail Yahya memberitahu Sanggahtoksago.Com, program ini menampilkan anak bekas TPM, Tamrin Tun Abdul Ghafar Baba. Padang ini terletak sebelah kauter tentera Ampat Tin, belakang bekas Syaidina Hamzah.

Orang ramai dijemput hadir, maklumkan kepada rakan taulan, jiran tetangga. Ayuh kita lakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama lagi bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob; bekas Timbalan Menteri Koperasi, Tanah dan Wilayah BN, Dato' Dr Tan Kwee Kwong; MP Batu, YB Tian Chua dan YDP PAS Batu, Ishak Surin. Moderator NYDP PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam. 

BN dalam bahaya: Tun Mahathir cukup takut Umno-BN terkubur dalam PRU-13


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah takut untuk diheret ke mahkamah selagi Umno masih berkuasa dan perkara itu adalah mustahil disebabkan polis serta institusi kehakiman negara turut dikuasai parti itu, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Memanglah dia (Mahathir) tidak takut kerana selagi Umno memerintah, amat mustahil untuk polis menyiasat apatah lagi mengheret dia ke mahkamah. Dr Mahathir yang saya kenali mempunyai dua ketakutan iaitu yang pertama takut pada kebangkitan rakyat terutama bila rakyat turun ke jalan raya bagi membantah secara aman penyelewengan atau salah laku kerajaan, pasti polis akan diarahkan bertindak kasar," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang mengulas kenyataan Mahathir kononnya beliau tidak gentar untuk ke mahkamah sebagai reaksi kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mendedahkan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Tambah Saifuddin, ketakutan kedua Mahathir pula ialah apabila legasi atau perkara yang dilakukan sepanjang pemerintahannya terbongkar.

"Contohnya seperti wang Petronas yang digunakan beliau (Mahathir) bagi membayar hutang anaknya, Mirzan semasa krisis ekonomi 1997 hingga 1998, tapi pastinya tidak akan ada siasatan polis selagi Mahathir masih ada," katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, kebelakangan ini, Mahathir paling banyak mengeluarkan kenyataan seolah-olah beliau yang menentukan hala tuju dan strategi Umno untuk menang pilihan raya. "Mahathir sebenarnya takut melihat kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir serta Suharto di Indonesia yang terus diheret ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman. Perkara yang sama akan berlaku pada Mahathir jika berlaku peralihan kuasa dan desakan rakyat untuk menuntut keadilan," kata Saifuddin lagi.

Sah! Prof Dr Aziz Abdul Bari bertanding di Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR


Jangan terkejut. Sudah tidak lagi menjadi ribut, Prof Dr Abdul Aziz Bari pasti akan bertanding PRU-13 di Parlimen Sabak Bernam. Beliau sudah melakukan gerak kerja politik di sini sejak berhenti daripada menjadi pensyarah UIAM dalam kontroversinya dengan pihak Istana Selangor.

Aziz mengesahkan kepada Blogger Sanggahtoksago.Com, sudah beribu-ribu kad nama mengajak rakyat melakukan perubahan dan menyokong beliau sebagai calon PKR di Sabak Bernam ditabur kepada pengundi sasar. Pelbagai program penerangan dan 'turun padang' telah dan sedang diterajuinya.

Pakar Perlembagaan itu telah berkampung sebaik beliau mengambil keputusan meninggalkan UIAM dan terjun ke dunia politik Pakatan Rakyat. Kini beliau adalah calon PKR yang sudah popular di Sabak Bernam dan sedang menunggu Parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-13 diadakan segera.

Sabtu, Jun 02, 2012

Moh kita "Ubah BN: Cukup 54 Tahun!" Ceramah di Telok Bakong, Bota Parit, 3 Jun 2012


Lebih 300 hadir mendengar ceramah penerangan PAS Kawasan Parit yang telah diadakan di Kg Telok Bakong Hilir, Ahad 3 Jun lalu. Berceramah hari itu Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam, bekas calon PAS Bota (1995) Dato' Tarmizi Mohd Jam yang juga blogger Sanggahtoksago.Com dan Pembantu Khas Dato' Sri Nizar Jamaluddin, Amran Harun.

Ceramah bertajuk "Ubah BN! Cukup 54 Tahun" berjaya menarik perhatian anak-anak muda setempat dan mereka yakin Pakatan akan menang semula di Parit dalam PRU-13 tidak lama lagi. Ketua Penerangan PAS Parit, Cikgu Rapaie Kasimi Bahari bertindak sebagai moderator majlis.

Dalam ceramahnya yang penuh bersemangat itu, Tarmizi mengingatkan penyokong Pakatan agar bersedia hadapi PRU-13 sebagai peluang paling baik untuk menumbangkan BN. Dakwanya BN kini dalam keadaan nazak sehingga Najib tidak berani untuk bubar Parlimen dan adakan pilihan raya.

Walaupun pelbagai umpan dan bantuan dihulurkan satu persatu kepada rakyat untuk tujuan memancing undi, tetapi Najib masih belum dapat jawapan terbaik bagi mempastikan BN menang jika PRU-13 diadakan.

Tarmizi mendakwa, Perhimpunan Bersih 3.0 sengaja dihuruharakan supaya bagi membantu BN memburuk-buruk Pakatan secara terancang. Tragedi kereta polis diterbalikkan di hadapan Bangunan Sogo sengaja digelapkan, sebaliknya ia dieksploitasi Umno-BN sebagai tindakan "liar perusuh" terhadap Polis.

Walhal kisah sebenar, bagaimana kereta polis berkenaan merempuh tiga peserta Bersih dan kereta diterbalikkan untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit dibawahnya, tidak disiarkan mana-mana media kuasaan Umno-BN.

Katanya, setelah gagal memanipulasikan isu Bersih 3.0, kini Umno-BN mula "mengganggu" ceramah Pakatan Rakyat dengan pelbagai cara. Ia dilakukan oleh topeng-topeng NGO Umno-BN yang diresapi amalan samseng jalanan. Ia bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada terus menyokong Pakatan.

Jumaat, Jun 01, 2012

Bubar Parlimen tersekat: Populariti Najib merosot 65 peratus selepas "Duduk Bantah" Bersih 3.0


Rating Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Mei jatuh sedikit ekoran kemerosotan sokongan di kalangan responden belia dan bukan Melayu. Menurut pusat kajiselidik bebas - Merdeka Centre - rating keseluruhan Najib merosot daripada 69 peratus pada bulan Februari kepada 65 peratus pada bulan Mei 2012.

Rating beliau merosot sehingga 19 peratus bagi sokongan kaum Cina dan penurunan 8 peratus sokongan India. Menurut kajiselidik itu, penurunan tersebut tidak dapat diimbangi kenaikan 5 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Sokongan untuk perdana menteri di kalangan pengundi berusia di bawah 40 tahun juga turut merosot sedikit, dengan rating bagi mereka di bawah umur 30 tahun pada tahap sederhana 61 peratus. Pengendali kajiselidik itu berkata, kemerosotan populariti Najib itu berlaku tiga minggu selepas perhimpunan raksasa Bersih 3.0.

Jual rahsia negara: Apakah SPRM nak tunggu Perkasa desak baru bertindak?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bertindak terhadap dakwaan "pengkhianatan" dalam penjualan rahsia negara kepada pihak asing, yang berkaitan dengan penjualan kapal selam Scorpene, kata DAP, lapor Malaysiakini.

"Ia juga rasuah yang terkeji... SPRM mesti berhenti memeluk tubuh," kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang. Anggota parlimen Ipoh Timor itu juga mempersoalkan tindakan SPRM membuat pelbagai pengumuman semalam tetapi tidak menyentuh langsung pendedahan peguam Perancis Joseph Breham.

Suruhanjaya itu semalam membersihkan nama bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Abdul Jalil daripada sebarang peranan dalam skandal National Feedlot Corporation dan membuka semula siasatan terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Semalam, dokumen sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli kerajaan - didakwa telah "dibeli" sebuah syarikat pertahanan Perancis. Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), mendakwa syarikat itu membayar €36 juta (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Kenapa Musa perlu curi sampel darah dari HKL dan lakukan ujian DNA?


Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim membidas kenyataan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkaitan kes "Liwat I" yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang. Mat Zain menyifatkan perkara itu sebagai perkara tambahan yang baru sahaja difikirkan (afterthought), lapor Blog Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada 1998 menegaskan, Musa sepatutnya merujuk beberapa kenyataan berkaitan. Ia antaranya, kenyataannya dalam perbicaraan itu, kenyataannya kepada Ketua Pasukan Penyiasat CID Kuala Lumpur, dakwaan Musa sendiri terhadap Anwar dan kenyataan yang diberikan Mohd Rodwan Yusof.

Menurutnya, sampel darah untuk ujian HIV itu diambil doktor pakar Hospital Kuala Lumpur pada 28 September 1998 sewaktu Anwar ditahan polis dan beliau sendiri memberi kebenaran untuk itu. Menurut Mat Zain, sampel itu diambil dan diberi berdasarkan prosedur. Namun, sampel yang sama diambil tanpa kebenaran doktor pada 15 Oktober 1998 untuk ujian DNA.

"Doktor menegaskan sampel darah untuk ujian HIV itu tidak sesuai untuk ujian DNA kerana prosedur untuk sampel DNA perlu mematuhi beberapa protokol. Apabila Musa mengaku menggunakan darah itu untuk ujian DNA ke atas tilam, ia secara tak langsung bermakna beliau mengakui tidak mempunyai bukti kukuh sewaktu beliau memberi penerangan kepada Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad. "Jika tidak, kenapa Musa perlu curi sampel darah itu dari HKL dan melakukan ujian DNA ke atas tilam jika siasatannya lengkap sewaktu bertemu Mahathir," soal Mat Zain.

Angkara Scorpene keselamatan negara tergugat, dokumen sulit TLDM 'dijual' kepada DCNS


Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoal bagaimana Abdul Razak Baginda yang merupakan kenalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperoleh dokumen sulit Tentera Laut Malaysia (TLDM) untuk dijual kepada DCNS.

"Saya terkejut mendapat tahu dokumen sulit TLDM boleh terlepas ke pihak luar. Ini sangat berbahaya kerana boleh mengancam keselamatan negara. Ia dijual oleh Razak yang merupakan sahabat baik Najib. Saya khuatir adakah Najib juga terlibat kerana secara kebetulan beliau ketika itu adalah Menteri Pertahanan," katanya kepada Keadilan Daily.

Sementara itu, KEADILAN akan memfailkan usul tergempar di parlimen berhubung penjualan dokumen sulit kerajaan kepada syarikat pertahanan Perancis itu. Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana kemungkinan wujud bahaya besar kepada negara. Katanya, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.

"Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat," kata Nurul Izzah seperti dilapor Malaysiakini. Kelmarin, Joseph Breham, peguam yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan dokumen sulit TLDM dijual kepada DCNS dalam urusan pembelian Scorpene.

Pada sidang medianya di Bangkok Thailand, Breham berkata, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd yang dimiliki Abdul Razak, kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial. Hakim yang menyiasat kes berkenaan juga dikatakan mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada DCNS.

Citra Bersih 3.0: Menapak daripada Pejabat Harakah sebelah Hospital Tawakal ke Dataran Merdeka


Umno-BN terpaksa 'import' ulama luar bercakap Islam untuk pertahan Putrajaya


Umno-BN terpaksa mengguna khidmat ulama luar negara memastikan terus mereka berkuasa di negara ini, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, isu agama adalah umpan untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno dan BN. Sebelum ini, ujarnya, Umno-BN telah berjaya menggunakan ulama rasmi dengan mengeluarkan fatwa Bersih 3.0 haram.

Terbaru, kata beliau, kenyataan dikeluarkan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah satu kejahilan, kebodohan dan kesesatan. Persoalannya, kata Ustaz Idris adakah Sheikh Dr Sulaiman mengetahui keadaan politik dan dasar politik di negara ini.

"Beliau (Sheikh Dr Sulaiman) memberi fatwa mengenai politik sedangkan beliau tidak pernah berada di dalam suasana politik demokrasi. Bagaimana beliau boleh bercakap tentang politik kepartian sedangkan beliau duduk di negara yang tidak membenarkan parti politik ditubuhkan di negara ini. Betulkah disiplin seorang ulama yang memberi fatwa sedangkan beliau tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai suatu perkara yang hendak difatwakan?" soalnya.

Selain itu, kata Ustaz Idris lagi, kerajaan juga akan menganjurkan Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin pada 15 Jun ini. Di antara yang akan membentang ialah bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir, Syeikh Prof Dr Umar Hashim, Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa’id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah, Syeikh Maher Al-Mueaqly. "Seminar ini sudah kita boleh buat rumusan bahawa semua rakyat wajib sokong BN dan tolak Pakatan. Inilah sebenarnya tujuan seminar ini dibuat," ujarnya.

Kerajaan BN bayar RM2.4 juta untuk artis K-POP dedah blogger AmnoWord


Seorang blogger, Amno World mendakwa dalam blognya, Kerajaan Malaysia membayar RM2 juta untuk membawa artis dari  Korea, K-Pop ke himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini. Dengan menunjukkan resit tuntutan dari pembekal untuk program ini, blog itu menunjukkan senarai tuntutan yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak dapat pastikan adakah bil tuntutan dari syarikat StadiumFirst Sdn Bhd ini benar atau tidak. Dalam tuntutan itu bertarikh 21 Mei itu, StadiumFirst menuntut 70 peratus dari bayaran penganjuran Himpunan Jutaan Belia itu dari kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu.

Tuntutan itu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Mohid Mohamed untuk Hari Belia Negara 2012 berjumlah RM15.1 juta. Tindakan kerajaan BN memasukkan persembahan K-Pop disifatkan sebagai satu tindakan melampau demi untuk menarik golongan belia ke perhimpunan itu.

Ia telah mendapat bantahan hatta dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang terkenal dengan pandangan yang selalu bersama Umno itu. Yang dikesali adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang turut terkinja-kinja bersama artis yang hanya memakai seluar yang hampir ke pangkal paha itu.

"Najib saya faham tetapi Shabery yang pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ketika belajar dulu amat tidak difahami," kata seorang bekas pelajar UM kepada Harakahdaily. Bagi beliau, tindakan membelanjakan RM2 juta untuk membawa artis K-Pop bagi menarik belia ke perhimpunan ini satu yang sangat tidak boleh diterima.

"Ketika Shabery menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya berharap beliau membawa nafas baru kepada belia negara tetapi nampaknya beliau lebih membenam mereka ke kancah hiburan yang tidak sesuai dengan budaya kita apatah lagi agama kita," kata beliau lagi.

Juara Lagu 1990 Aishah Ariffin bakal bertanding di Parlimen Jempol?


Apakah PAS bakal menurunkan bekas penyanyi popular lewat 80an dan awal 90an Wan Aishah Wan Ariffin sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Jempol, Negeri Sembilan? Desas desus ini bertiup kencang di kalangan ahli dan penyokong PAS di Negeri Sembilan sejak Aishah muncul di sebuah ceramah di Seremban minggu lepas.

Dalam ceramah tersebut yang dihadiri lebih 1,000 penyokong dengan separuh daripada hadirin merupakan golongan wanita; selain berkongsi pengalaman menuntut dan tinggal di New Zealand selama 10 tahun, Aishah juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita politik.

Sebaliknya Aishah menyatakan beliau menyertai PAS sejak dua bulan lalu atas kesedaran ingin membantu parti tersebut dengan menyampaikan mesej tentang perjuangan parti itu dan membantu mendapatkan sokongan orang ramai terhadap parti PAS.

"Saya tidak pernah bercita-cita menjadi pemimpin parti politik atau menjadi wakil rakyat. Walaubagaimanapun sekiranya saya ditawarkan menjadi calon PRU, saya memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam tentang tawaran tersebut. Saya tidak boleh ambil ringan tentang cadangan atau tawaran tersebut kerana menjadi calon dan menjadi wakil rakyat (sekiranya menang) memerlukan pengorbanan, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap rakyat yang memilih saya.

"Justeru itu cadangan sedemikian saya perlu kaji sedalam-dalamnya. Setakat ini tidak ada mana-mana pemimpin PAS tertinggi yang menawarkan saya menjadi calon walaupun beberapa pemimpin PAS tertinggi ada hint pada saya tentang cadangan tersebut. Buat masa ini saya lebih suka dan selesa bergerak sebagai ahli biasa di pentas PAS dengan berkongsi pengalaman hidup saya dengan orang ramai," kata Aishah apabila ditanya wartawan apakah beliau bersedia menjadi calon PAS pada PRU13 jika ditawarkan oleh kepimpinan PAS.

Reaksi PAS Negeri Sembilan 

FMT menghubungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani untuk mendapatkan kenyataan beliau berhubung cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol pada PRU akan datang. Mohd Taufek berkata beliau tidak menolak faktor Aishah mempunyai peminat yang ramai jika beliau dicalonkan sebagai calon Parlimen Jempol memandangkan sememangnya Aishah amat popular atas statusnya sebagai seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.

"Malah saya faham kenapa nama Aishah dicadangkan oleh beberapa ahli PAS untuk parlimen Jempol kerana Aishah berasal dari Batu Kikir. Batu Kikir sememangnya terletak di bawah parlimen Jempol. Secara peribadi saya bersikap terbuka dan mengakui kekuatan Aishah sebagai calon parlimen Jempol memandangkan beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, membawa imej artis yang telah berubah menjadi seorang muslimah mengikut ajaran Islam dan Aishah merupakan calon tempatan.

"Walaubagaimanapun cadangan sedemikian perlu mendapat persetujuan daripada peringkat cawangan dan PAS kawasan dari parlimen Jempol. Biasanya keputusan untuk meletakkan calon popular ditentukan oleh PAS Pusat," jelas Mohd Taufek.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, tidak menafikan bahawa sejak seminggu ini beliau dihujani panggilan telefon daripada ahli dan penyokong PAS yang meminta beliau mencalonkan Aishah untuk kerusi Parlimen Jempol.

Aishah winnable candidate

Seorang pemimpin Muslimat PAS Negeri Sembilan yang tidak mahu nama beliau dinyatakan di dalam laporan ini meminta PAS Pusat mengkaji secara serius cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol untuk memecah kubu kuat Umno di Jempol.

"Kita mempunyai peluang terbaik untuk mencipta kejutan di Jempol jika mencalonkan Aishah kerana Aishah menepati criteria winnable candidate. Saya ingin bertanya berapa peratuskah kehadiran golongan wanita di mana-mana ceramah anjuran PAS sebelum ini? Selalunya hanya dalam 10 ke 20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.

"Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun. Daripada jumlah hadirin lebih 1,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.

"Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu. Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda," kata pemimpin tersebut.

Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga carry weight dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.

Aishah pernah mencipta nama sebagai artis popular di New Zealand, Australia dan Asia pada tahun 1985 dengan kumpulan The Fan Club. Pada masa yang sama beliau juga melanjutkan pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.

Pada tahun 1990 Aishah menjadi antara artis yang paling popular di tanah air apabila lagu Janji Manismu menjadi hit dan seterusnya merangkul anugerah "Juara Lagu". Setelah memenangi gelaran "Juara Lagu", Aishah menjadi salah seorang nama besar di dalam industri muzik tempatan dan beliau merakamkan beberapa album lagi dalam berbahasa Melayu. - FTM

Ceramah "Ubah BN, Cukup 54 Tahun!" Ahad 3 Jun 2012 di Telok Bakong Hilir, Bota, Parit


Lebih 300 hadir mendengar ceramah penerangan PAS Kawasan Parit yang telah diadakan di Kg Telok Bakong Hilir, Ahad 3 Jun lalu. Berceramah hari itu Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam, bekas calon PAS Bota (1995) Dato' Tarmizi Mohd Jam yang juga blogger Sanggahtoksago.Com dan Pembantu Khas Dato' Sri Nizar Jamaluddin, Amran Harun.

Ceramah bertajuk "Ubah BN! Cukup 54 Tahun" berjaya menarik perhatian anak-anak muda setempat dan mereka yakin Pakatan akan menang semula di Parit dalam PRU-13 tidak lama lagi. Ketua Penerangan PAS Parit, Cikgu Rapaie Kasimi Bahari bertindak sebagai moderator majlis.

Dalam ceramahnya yang penuh bersemangat itu, Tarmizi mengingatkan penyokong Pakatan agar bersedia hadapi PRU-13 sebagai peluang paling baik untuk menumbangkan BN. Dakwanya BN kini dalam keadaan nazak sehingga Najib tidak berani untuk bubar Parlimen dan adakan pilihan raya.

Walaupun pelbagai umpan dan bantuan dihulurkan satu persatu kepada rakyat untuk tujuan memancing undi, tetapi Najib masih belum dapat jawapan terbaik bagi mempastikan BN menang jika PRU-13 diadakan.

Tarmizi mendakwa, Perhimpunan Bersih 3.0 sengaja dihuruharakan supaya bagi membantu BN memburuk-buruk Pakatan secara terancang. Tragedi kereta polis diterbalikkan di hadapan Bangunan Sogo sengaja digelapkan, sebaliknya ia dieksploitasi Umno-BN sebagai tindakan "liar perusuh" terhadap Polis.

Walhal kisah sebenar, bagaimana kereta polis berkenaan merempuh tiga peserta Bersih dan kereta diterbalikkan untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit dibawahnya, tidak disiarkan mana-mana media kuasaan Umno-BN.

Katanya, setelah gagal memanipulasikan isu Bersih 3.0, kini Umno-BN mula "mengganggu" ceramah Pakatan Rakyat dengan pelbagai cara. Ia dilakukan oleh topeng-topeng NGO Umno-BN yang diresapi amalan samseng jalanan. Ia bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada terus menyokong Pakatan.