KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, April 05, 2008

PENANGAN BLOG: Ali Rustam ARAH Semua YB BN Ada BLOG SENDIRI!

Kita yakin blog-blog ciptaan BN akan menjadi senjata makan tuan jika pengendali atau pemiliknya tidak bersikap benar dan memperbodoh-bodohkan rakyat serta memanipulasikan maklumat!

By TARMIZI MOHD JAM

ISUNYA bukan membanyakkan laman blog atau blog siapa yang lebih kreatif? Bersaing dari segi angka, tiada faedahnya. BN boleh membina ribuan blog dalam masa sejam tetapi mampukah ianya setanding dengan blog pro Pakatan Rakyat?

Janganlah, mentang-mentang semua orang mengiktiraf blog dan peranan bloggers sebagai media alternatif paling efisyen kini, maka semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta mempunyai laman blog masing-masing bagi menyaingi laman-laman blog yang diwujudkan penyokong pembangkang.

Bagi saya, cadangan Naib Presiden Umno, Mohd. Ali Rustam itu karut dan terpedaya dengan komentar pelbagai pihak akan "sengatan" blog dan bloggers.

Sekadar untuk menjawab tuduhan dan tomohan melalui laman blog, maka semua wakil rakyat diminta membina blog sendiri, agak tidak relevan.

Pengunjung blog yang yang terus meningkat saban hari, bukan inginkan cerita dan berita penafian pemimpin BN tetapi tindakan yang mnedasari parti itu patut menyebelahi rakyat.

Macam kata Ali Rustam, mereka (wakil rakyat) boleh menjawab segala rungutan dan isu yang dikemukakan rakyat di samping menjawab segala tohmahan penyokong pembangkang.

Perkara dan pendekatan ini sudah lama dilakukan oleh BN dengan memperalatkan jentera kerajaan seperti televisyen, radio dan suratkhabar arus perdana. Telah banyak jawapan dan penipuan dihamburkan melalui medium ini.

Malah selain itu, apa yang dikatakan tohmohan dan fitnah turut dijawab pada majlis-majlis kerajaan, di sekolah dan pelbagai pertemuan dan program anjuran kerajaan. BN menggunakan sepenuhnya medium ini untuk kepentingan mereka.

Apalah sangat dengan blog? Siapa pula yang nak melayari blog wakil-wakil rakyat BN ini?

Cadangan Ali hanya ingauan beliau sebagai menyambut respon pelbagai pihak terhadap peranan yang dimainkan oleh blog dan bloggers.

Sebab itu, Ali menyifatkan langkah tersebut perlu dilaksanakan segera memandangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu menyaksikan rakyat banyak terpengaruh dengan maklumat blog untuk menentukan calon mereka.

‘‘Malah saya sendiri sudah ada laman blog untuk tujuan ini. Saya harap semua Bahagian Umno dan BN serta wakil rakyat menyediakan blog masing-masing,” katanya kepada pemberita petang semalam.

Blog Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka itu boleh dilayari di http://mohdalirustam.blogspot.com.

Ali turut memberitahu pada masa kini terdapat kira-kira 240 blog penyokong pembangkang yang aktif dan ia perlu diseimbangkan. Barangkali, antara blog yang dimaksudkan Ali itu ialah salah satunya Sanggahtoksago.Com bersama blog-blog lain.

“Jadi sudah tiba masanya para pemimpin kerajaan mempunyai blog sendiri. Blog kenalah aktif dan lantik pakar-pakar teknologi maklumat (IT) untuk mengendalikannya,” kata beliau.

Bagi saya, pandangan Ali begitu singkat dan dangkal. Arahannya itu tidak berpihak di bumi nyata melainkan dia menggunakan kuasa mengarah, menggunakan duit untuk memenuhi prasarana tersebut. Itu sahaja.

Ali dan Umno boleh membina 10 blog untuk seorang wakil rakyat. Tetapi ia tidak mungkin efsyen jika kandungannya, sikap dan gelagat wakil rakyat tidak menyebelahi rakyat.

Sebagai bloggers, saya tidak teruja malah tidak bimbang langsung dengan kemajuan dan kemaraan BN membina blog untuk semua wakil rakyatnya.

Barangkali, ia akan mendedahkan diri mereka dengan pelbagai serangan rakyat yang sukar ditepis dan akan menyerlahkan lagi sikap angkuh mereka dengan kuasa dan kepentingan mempertahankan jawatan, pangkat dan harta.

Ali mungkin mahu meniru Khir Toyo. Ia suatu yang patut dipuji tetapi bersediakan Ali menjawab secara jujur dengan isu-isu yang disanggah pengunjung.

Jika Ali, berdolak-dalik dalam memberikan jawapannya, saya yakin rakyat tidak teragak-agak mentalqinkannya pada pilihan raya umum ke 13 nanti. Inilah sebenarnya yang digeruni mereka sebelum ini.

Tetapi waktu itu, mereka kata mereka tidak percaya dengan blog. Bloggers diangap sebagai beruk. Bloggers tidak berkuasa untuk menjatuhkan mereka. Kini, ia terbukti dan diiktiraf, peranan efisyen bloggers itu.

Saya amat yakin, blog-blog ciptaan BN akan menjadi senjata makan tuan, jika pengendali atau pemiliknya tidak bersikap benar dan memperbodoh-bodohkan rakyat.

Macam kata Ali Rustam, blognya akan dijadikan wadah untuk menjawab semua perkara melibatkan hal-hal Ketua Menteri dan juga kedudukan beliau selaku Naib Presiden Umno.

Soalnya, mampukah wakil-wakil rakyat Umno ini mengemukakan pandangan baru dan sikap telus dalam memperjuangkan nasib rakyat melalui blog mereka nanti?

Rakyat akan terus memantau, mengukur dan menganalisa maklumat yang dipaparkan. Bukan itu saja, apakah laporan tersebut seiring dengan sikap dan gelagat mereka di luar blog?

ANGKUH: Nazri TIDAK GENTAR 82 Ahli Parlimen PEMBANGKANG!

By TARMIZI MOHD JAM

SEPERTI yang saya sebut sebelum ini, Nazri Tan Sri Aziz tidak akan undur dan meletakkan jawatan. Sebab utamanya kerana dia degil dan sentiasa bertindak angkuh teruatama bila berdepan musuhnya.

Selain menjadikan Tun Mahathir musuh yang dibelasahnya, baginya pakatan pembangkang suatu yang tidak perlu dihormati. Lihatlah dalam kebanyakan perbahasan di Parlimen, bagaimana pembangkang diherdik dan diratahnya.

Suasana kali ini sudah jauh berlainan. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semkain ramai dan kuat-kuat belaka.

Namun, sebagai orang yang degil dang angkuh, Nazri tetap mendakwa BN tidak gentar dengan kehadiran 82 pembangkang pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 30 April ini.

Kata Nazri penyokong kerajaan juga tidak tertekan dengan kembalinya beberapa pemimpin pembangkang yang terkenal dengan bersuara lantang. Maksudnya, itu memang kerja mereka, membangkang!

Sudah menjadi tugas pembangkang untuk membantah setiap cadangan yang dibuat kerajaan setiap kali berlangsungnya sidang Dewan Rakyat malah ahli Parlimen BN juga sudah biasa dengan keadaan itu.

Itulah persepsi dan lambang keangkuhan Nazri. Kecetekkan ilmunya terbukti apabila beliau menyebut "sudah menjadi tugas pembangkang untuk membantah setiap cadangan yang dibuat kerajaan".

Walhal, pembangkang dengan jelas akan membangkang jika cadangan BN tidak menyebelahi rakyat. Bukan kerana membangkang sebagai tugas pembangkang, seperti yang diketahui Nazri.

‘‘Saya tidak melihat persidangan Parlimen kali ini akan menarik walaupun terdapat seramai 82 anggota pembangkang.

‘‘Biasalah... jika ada persidangan Dewan Rakyat maka tugas pembangkang untuk membangkang kerajaan manakala kita sebagai anggota BN akan menjadi benteng kepada kerajaan dan menjawab setiap kritikan pembangkang,’’ katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi, DAP (28) dan Pas (23), menjadikan pakatan pembangkang secara keseluruhan memenangi 82 kerusi.

Ini sekali gus menjadikan BN menang dengan majoriti mudah iaitu sebanyak 140 kerusi di Parlimen.

Sekalipun Nazri cuba menyembunyikan rasa gentar dan takutnya dengan kemaraan pembangkang ke Parlimen kali ini, namun sebagai orang politik yang angkuh, beliau tetap berpendirian, jumlah 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu tidak memberi kudis kepada BN.

Para pemerhati politik melihat, Nazri masih tidak menghayati signal rakyat pada pilihan raya lalu. Ungkapan angkuh dan sifat meninggi dirinya itu, terus menjadi pakaiannya ketika sebelum pilihan raya dulu hinggalah kini.

Barangkali, pada kali ini, Nazri patut diajar oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Tundukkan kedegilannya dan ranapkan keangkuhannya. Biar dia tahu, dia bersikap angkuh dan bermulut celupar - tanda tidak menghormati rakyat.

MAHYUDDIN Gelabah Dengan "KELANCANGAN" Kempen Politik Ku Li

Mahyuddin antara pemimpin yang mungkin tersepit jika Ku Li meneruskan hasrat menumbangkan anak Badawi, Disember ini.

By TARMIZI MOHD JAM

LANGKAH segera calon Timbalan Perdana Menteri versi anak Badawi, Mahyuddin Yassin yang cuba menangkis "panahan" Ku Li semalam, Umno sudah dharurat dilihat sebagai usaha untuk menyekat Ku Li dari terus mara menentang anak Badawi, Disember ini.

Persepsi bahawa Umno kini berada dalam keadaan darurat seperti yang digambarkan oleh Ku Li pada persidangan perwakilan khasnya tidak akan menjejaskan kedudukan parti tersebut.

Muhyiddin Yassin menuduh ia adalah anggapan daripada satu bahagian sahaja tetapi tidak menggambarkan keseluruhan suara daripada ahli Umno.

Apakah benar dakwaan Mahyuddin ini atau ia juga sebagai anggapan beliau bagi menunjukkan kesetiaannya kepada anak Badawi? Mahyuddin antara pemimpin yang mungkin tersepit jika Ku Li meneruskan hasrat menumbangkan anak Badawi, Disember ini.

‘‘Itu hak mereka, atas sebab apa mereka buat persepsi itu hanya orang di Gua Musang sahaja yang tahu.

‘‘Bagaimanapun, kalau itu yang diputuskan oleh perwakilan dalam mesyuarat khas itu dan dikemukakan kepada Ibu Pejabat Umno maka ia akan diteliti oleh pucuk pimpinan,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi reaksi terhadap kenyataan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa parti itu kini dalam keadaan ‘darurat’ sokongan dan keyakinan rakyat terhadapnya terjejas.

Ku Li mahu tindakan segera diambil sebelum kerosakan yang berlaku di dalam parti merebak sehingga menjejaskan asas tamadun dan perjuangan Umno yang ditubuhkan sejak tahun 1946.

Umno perlu mengadakan mesyuarat agung khas bagi mengukuhkan semula parti itu dengan dihadiri semua perwakilan yang selama ini menentukan kelangsungan parti tersebut.

Bagaimanapun, pemerhati politik melihat jika MT atau anak Badawi sendiri mengikut kemahuan kerabat Raja Kelantan itu untuk mengadakan EGM 12 Mei ini, bermakna laluan Ku Li ke Putrajaya makin terserlah.

Usaha sedang dijalankan agar Ku Li gagal mendapat sokongan dari mana-mana Bahagian Umno. Tetapi, saranan Tun Mahathir agar sistem kuota yang membelanggu Umno selama ini dihapuskan telah membuka lembaran baru perbincangan di kalangan pemimpin Umno.

Jika, cadangan itu diterima maka jalan anak Badawi untuk mempertahankan diri di kerusi Presiden Umno dilihat makin longlai dan sokongan Mahathir terhadap Ku Li makin utuh, sejak sehari dua ini.

Apapun, kumpulan yang akan bersama Ku Li sedang bercantum secara tidak dirancang, atas aspirasi bersama untuk mengundurkan anak Badawi.

Rafidah, Mukriz, Khir Toyo, Radhi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid, Abdul Rahman Bakar dan ramai lagi, dilihat sedang hampir dengan Ku Li yang tiada lagi tersembunyi niatnya untuk bertanding di kerusi Presiden Umno kali ini.

Mampukah BN BERDEPAN Dengan 500,000 Laman Blog Di Malaysia?

Blog Sanggahtoksago.Com antara 500,000 laman blog yang terdapat di Malaysia. Ia mula diakses secara popular menjelang PRU 12 yang lalu dan terus dirujuk hingga kini!

By TARMIZI MOHD JAM

500,000 laman blog? Wow begitu banyak dan tidak terduga selama ini keupayaan rakyat Malaysia membangunkan laman-laman blog hasil kempen-kempen tergar kerajaan terhadap dunia teknologi maklumat (IT).

SEDAR atau tidak, tetapi Malaysia diakui adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.

Ini cukup mengkagumkan saya. Selama ini, maklumat demikian tidak teredar kepada rakyat dan barangkali kepada kerajaan BN. Lamn-laman blog hanya menjadi bahan momokan sesiapa sahaja termasuk pengamal media arus perdana.

Kini, Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan. Apapun tujuannya, laman-laman blog berbaju politik sudah tentu mengusai pasaran laman blog untuk ditatapi setiap hari rakyat Malaysia.

Jika tidak, tiadalah puja dan puji terhadap bloggers selepas BN kecundang di lima negeri dan hampir tewas di peringkat persekutuan.

Sana sini hari ini, blogger diberi "tabik hormat" dan diiktiraf sumbangannya dalam mempengaruhi rakyat menumbangkan calon-calon BN.

Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” kata Abu Hassan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 1 Mac lalu.

Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Abu Hassan mendakwa kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.

Pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Sementara itu Johan Jaafar mengakui sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.

“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.

Sejak BN tumbang pada PRU 12 lalu, tumpuan pengamal dan pengajar media di ITPA dan ITPS kini menyorot kepada peranan blog dan bloggers dalam arus perdana politik di negara ini.

Pengiktirafan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan, Ismail Yaakob serta Perdana Menteri sendiri, anak Badawi terhadap blog dan bloggers telah membuka lebih banyak mata rakyat terhadap apa yang dikatakan blog.

Kini, barangkali, blog dan laman-laman web menjadi akses utama rakyat dalam mencari berita dan maklumat terkini khususnya berkiatan politik Malaysia.

Sudah tentulah, pengiktirafan dan pujian dari pelbagai pihak terhadap bloggers dan blog akan menarik lebih ramai pengunjung setiap hari kepada blog-blog pilihan mereka.

Dan ini, akan meningkatkan rasa tanggungjawab bloggers dalam menyediakan maklumat dan mengupdate blog mereka setiap hari, sekalipun tiada sesenpun wang masuk ke kantung para bloggers ini.

IKTIBAR Dari TRAGEDI NGERI SUFIAH YUSOF Diperantauan!

Sufiah bersama ayahnya, Yusof Farooq dan seorang rakan ketika zaman remajanya!

By NORAINI ABD. RAZAK

JIKA 10 tahun lalu dunia tertumpu kepada nama Sufiah Yusof kerana kepintaran luar biasa beliau dalam matematik serta kejayaannya memasuki universiti ketika berusia 13 tahun, kelmarin lain pula ceritanya.

Anak kepada pasangan Halimaton Yusof dan Yusof Farooq yang sudah berusia 23 tahun itu kini dilaporkan menjadi pekerja seks di Salford, Manchester untuk menyara kehidupannya.

Semestinya itu bukan laporan perkembangan Sufiah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang pernah tumpang berbangga dengan pencapaian cemerlangnya.

Pun begitu, laporan terbaru mengenai Sufiah bukan juga sesuatu yang amat mengejutkan. Beliau pernah melarikan diri dari Universiti Oxford akibat tekanan perasaan yang dialaminya. Sufiah juga pernah berkahwin tetapi bercerai.

Semuanya itu gara-gara cita-cita bapanya yang terlalu tinggi untuk memastikan Sufiah dan anak-anaknya yang lain menjadi genius.

Keghairahan itu menyebabkan mental serta fizikal anak-anaknya terdera semata-mata untuk membuktikan sistem hothousing yang menjadi kebanggaan Yusof berkesan.

Sememangnya kisah hidup Sufiah sarat dengan pengajaran dan amat berkaitan dengan keghairahan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka tampil hebat dalam pelbagai bidang.

Kegagalan ibu bapa mengawal keinginan sedemikian menyebabkan anak-anak tertekan sehingga terpaksa akur kepada setiap program yang direncanakan untuk mereka.

Hakikatnya kebanyakan kanak-kanak kini belajar mengikut selera ibu bapa mereka. Mereka tidak lagi bebas bermain di waktu petang kerana waktu senggang itu telah diisi dengan tuisyen, kelas muzik, kelas bahasa dan pelbagai lagi.

Begitu juga hujung minggu yang dipenuhi pula dengan kelas seni mempertahankan diri, belajar berenang, kelas mengaji – semuanya itu didorong oleh tuntutan perasaan yang enggan melihat anak-anak ketinggalan.

Kita tidak boleh menafikan ‘penyakit’ seperti itu telah membelenggu pemikiran kebanyakan ibu bapa di Malaysia cuma tahapnya rendah sedikit daripada Yusof.

Memanglah ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya tetapi terlalu menekankan kecemerlangan sehingga menyanggah kehendak alam bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan.

Sebaliknya anak-anak mesti dibenarkan membesar mengikut kemampuan mereka tanpa ada unsur-unsur paksaan jauh sekali penderaan mental dan fizikal.

Setiap anak yang dilahirkan mempunyai keistimewaan dan bakat tersendiri, oleh itu apa yang lebih penting ialah mencungkil kelebihan itu dan mengembangkannya untuk kepentingan anak-anak.

Semoga apa yang terjadi kepada Sufiah menjadi pengajaran kepada ibu bapa di Malaysia.

PANAS dan LEMAS Menjelang PERTEMPURAN Disember Ini?

Apakah asakan Ku Li yang menuntut diadakan EGM 12 Mei ini, diperakui secara sulit oleh ahli-ahli MT Umno hingga membolehkan cadangan pertandingan Disember ini untuk semua jawatan dalam Umno, ada kaitan dengan projek mengundurkan anak Badawi?

By TARMIZI MOHD JAM

PARA pemimpin Umno mulai "kepanasan" dan "lemas" dengan kenyataan Tun Mahathir dan asakan Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Umno yang kalah teruk pada pilihan raya umum lalu.

Ia dikeruhkan lagi dengan tindakan Mukriz Mahathir selain rasa tidak puashati terus dilakarkan oleh Rafidah Aziz, Radhi Sheikh Ahmad, serta insiden penentangan Istana terhadap calon MB tajaan anak Badawi.

Sekalipun Ketua Penerangan Umno, Muhamad Muhd Taib cuba "menyelamatkan" anak Badawi dari terperangkap dengan arus pertandingan Umno, namun asakan dari negeri dan bahagian parti itu kelihatan lebih dominan.

Hujah Muhamad kononnya jika berlaku pertandingan Disember ini, Umno akan dilanda "malapetaka" ditolak mentah-mentah oleh mesyuarat MT baru-baru ini dan pertempuran terpaksa diadakan juga.

Apakah asakan Ku Li yang menuntut diadakan EGM 12 Mei ini, diperakui secara sulit oleh ahli-ahli MT Umno hingga membolehkan cadangan pertandingan Disember ini untuk semua jawatan dalam Umno, ada kaitan dengan projek mengundurkan anak Badawi?

Malah, cadangan tegar Mahathir agar kuota pemilihan dihapuskan dalam Umno juga dilihat sebagai pembuka kempen yang amat digeruni oleh Umno. Pemimpin Umno, bimbang perbincangan terbuka ini akan meningkatkan rasa marah terhadap anak Badawi.

Sudah beberapa bahagian Umno dan pemimpin parti itu yang menyambut baik agar kuota dikaji semula dan dihapuskan bagi mengdemokrasikan Umno secara lebih telus.

Atau memang mereka juga sependapat, anak Badawi yang memimpin parti itu patut diundur segera bagi menyelamatkan Umno yang dulu, kini selamanya dianggap keramat itu?

Beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno cuba melahirkan rasa simpati kepada anak Badawi dengan mengingatkan semua pihak supaya tidak terus 'menelanjangkan' parti keramat itu dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai isu kuota untuk bertanding jawatan dalam parti.

Mereka berkata, secara beradabnya, tumpuan kini sepatutnya diberikan pada usaha mengembalikan semula sokongan orang Melayu terhadap Umno.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Shahidan Kassim melihat pelbagai pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk 'menghentam' parti.

''Biarkan sahaja pucuk pimpinan tertinggi parti bincangkan soal kuota pemilihan Umno,'' kata bekas Menteri Besar Perlis itu kepada Utusan Malaysia semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Mahdzir Khalid mahu semua pihak menghentikan segera perbincangan mengenai isu tersebut secara terbuka kerana ia hanya mengundang lebih banyak keburukan.

''Rakyat telah memberikan mesej mereka pada pilihan raya umum lalu dan adakah ini yang kita mahukan. Umno perlu bangkit semula, perlu menjadi sebuah parti yang terus relevan," katanya.

Ahli MT Umno, Abdul Rahman Bakar berkata, isu kuota lebih wajar dan sesuai dibincangkan secara tertutup oleh pihak tertinggi parti.

''Setiap orang memberi reaksi berbeza tentang soal kuota dan lebih malang lagi ada pihak cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan.

Seorang lagi Ahli MT, Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, akar umbi boleh mengemukakan pandangan mereka mengenai isu kuota pada mesyuarat Umno peringkat cawangan yang akan bermula pada Julai ini.

''Selepas itu, cawangan boleh membuat usul sama ada menyokong atau tidak mengenai isu kuota ini. Kita perlu mendengar 'suara' akar umbi terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

''Bagi saya itu cara terbaik, kita kena dengar pandangan ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi kerana mereka juga berhak bersuara. Perlu diingat Umno bukannya milik golongan atasan sahaja malah akar umbi juga sayangkan parti,'' kata bekas Menteri Besar Selangor itu.

Abu Hassan INGATKAN BN Jangan SEKAT BLOG dan BLOGGERS Berbicara!

By TARMIZI MOHD JAM

WALAUPUN saya antara pelajar yang kurang senang dengan Dr. Abu Hassan Hasbullah waktu itu, tetapi saya tidak dapat membungkus rasa kagum penyampaiannya serta keletah bicaranya di mana-mana.

Sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Abu Hassan yang sebaya saya, adalah seorang yang tegas dan "celupar" bila berdepan dengan pelajarnya termasuklah saya.

Itu adalah sikapnya. Dia berani dan berketrampilan. Dia tenaga pengajar kami untuk subjek Retorik, salah satu pendedahan dalam Pengajian Media, di Universiti Malaya hingga kini.

Dua hari lalu, Abu Hassan mengingatkan kerajaan agar tidak mengenakan sekatan ke atas blog tetapi perlu bersikap terbuka terhadap laman tersebut. Saya betul-betul memuji ketelusannya, mengingtakan kerajaan dalam perkara ini.

Ini kerana jarang kakitangan kerajaan di IPTA bersikap profesional dalam isu-isu berkaitan politik pemerintah. Abu Hassan antara mereka yang dilihat berani.

Bukan sahaja lantang mengkritik pada Rancangan RTM "Fenomena Seni" terbitan Norsham Noor tetapi terbukti berani bertindak demikian di luar kepompong itu.

Hujah Abu Hassan, satu gelombang besar politik mungkin akan berlaku sekiranya sekatan dikenakan ke atas laman-laman blog yang wujud pada masa ini.

Maknanya, BN akan terus menerima padah jika laman-laman blog ini disekat dengan apa-apa cara dan peraturan.

''Kemunculan blog ini merupakan satu perubahan budaya baru dalam bidang media yang berlaku di seluruh dunia yang tidak dapat dielak.

''Sekiranya ia disekat, maka akan menimbulkan ketidakpuasan dan mungkin akan membawa kesan yang dahsyat kepada para pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Abu Hassan mengingatkan perkara ini ketika mengulas mengenai satu kajian yang menunjukkan terdapat hampir 500,000 blog yang aktif dalam negara.

Saya percaya, Abu Hassan sekalipun datang dari Kelantan, dia bukanlah ahli PAS tetapi dia bercakap dengan ilmunya sebagai tenaga pengajar profesional di sebuah IPTA di negara ini.

Kepercayaan Abu Hassan ialah kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya baru-baru ini dianggap sebahagian besarnya disebabkan pendapat beberapa pemimpin yang berhasrat untuk menyekat laman-laman blog itu.

''Kita harus bersikap terbuka dan biarkan masyarakat yang menilaikannya. Tindakan mengenakan kawalan ke atasnya hanya akan membawa kepada keburukan yang tidak diingini.

''Sekiranya pengendali blog terbabit hanya memaparkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang berunsur fitnah, maka mereka lambat-laun akan tenggelam kerana tidak dapat meraih kepercayaan daripada orang ramai," ujarnya.


Pada pandangan saya, penegasan Abu hassan agar penulis blog mesti dididik dengan etika yang sangat tinggi dalam menulis atau mengendalikan laman blog masing-masing, patut dihormati.

Memang benar, blog bukan satu saluran yang boleh digunakan sewenang-wenangnya demi sesuatu tujuan.

Tetapi pada masa ini, saya melihat, masih banyak blog yang menyiarkan pendapat atau tulisan cacamerba, tiada nama penulis atau menggunakan pelbagai nama pena yang mencurigakan hingga sukar disahkan kebenaran sesuatu maklumat yang diterbitkan.

''Tiada kebaikan kepada mereka sekiranya memaparkan sesuatu dengan tujuan menjatuhkan mana-mana pihak. Mereka juga akan terima padah akhirnya akibat perbuatan mereka itu,'' jelasnya.

NAZRI TAN SRI AZIZ Akan LETAK JAWATAN?

By TARMIZI MOHD JAM

SAYA tak percaya! Kalau orang seperti Nazri Tan Sri Aziz sanggup meletakkan jawatannya, tegas saya kepada seorang rakan dari Ipoh yang menghubungi saya semalam.

Niat rakan saya itu sekadar nak bertanya ke mana saya menghilang empat lima hari ini. Saya maklumkan, agak sibuk sikit dengan beberapa urusan kerja yang belum selesai. Saya tiada masa langsung untuk dicuri bagi mengupdate Blog Sanggahtoksago.Com.

Desas-desus Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini akan meletakkan jawatan tersebar seminggu dua ini. Malah, ada yang menghantar SMS memberitahu saya, Nazri sudah melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Saya menyemak maklumat itu, tetapi tiada siapa yang berani mengesahkan Nazri meletakkan jawatan. Ini desas-desus baru, tentunya sebahagian "perang saraf" untuk melumpuhkan kerajaan anak Badawi.

Semalam, Nazri menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Seperti yang diduga, Nazri menyifatkan dakwaan itu tidak benar sama sekali dan beliau akan terus memegang jawatan tersebut selagi diperlukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kenyataannya cukup berbahasa "selagi diperlukan oleh Perdana Menteri". Saya tidak percaya, itu jawapannya. Orang seperti Nazri memang degil dan tidak akan terumpan dengan sebarang provokasi.

‘‘Saya masih di sini sebab Umno tidak kalah, Barisan Nasional (BN) juga tidak kalah. Saya sendiri masih menang dan kekal sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas,” katanya selepas menyampaikan bantuan wang tunai antara RM500 hingga RM3,000 kepada 124 mangsa ribut daerah Kerian.

Seperti yang saya tegaskan, Nazri bukanlah orang yang mudah untuk tunduk dengan sesuatu tekanan. Hatta, kata saya kepada rakan di Ipoh itu, kalau anak Badawi paksa dia meletakkan jawatan sekalipun, belum tentu tindasan itu akan diikutnya.

Menurut sumber, antara sebab Nazri dikatakan wajar meletakkan jawatan adalah kerana kelantangannya di Parlimen yang telah menyebabkan ramai orang tidak menyukai sikapnya itu hingga pengundi menolak BN pada pilihan raya umum lalu.

Dalam ertikata lain, orang seperti Nazri antara penyumbang tegar kepada kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu. Dia boleh dianggap "sokong bawa rebah" pada BN.

Namun, dengan kesediaan anak Badawi menabalnya sebagai Menteri, ia sekaligus telah menjamin jalan selamat kepada Nazri untuk tidak disingkirkan dari kabinet BN, yang kini dilihat kurang bermaya.

Jumaat, April 04, 2008

PERANG BESAR 30 April BAKAL MELETUP?

BN akan pastikan seramai mungkin menteri dan timbalan menteri dapat menghadiri sidang bagi menghadapi jurang ahli dewan yang bezanya 40 orang saja antara penyokong kerajaan dengan pembangkang.

By ROSLI ISMAIL

PAGI Khamis lalu, kebanyakan ahli parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat iaitu PKR-DAP-PAS hadir untuk orientasi di bangunan parlimen.

Suasananya seperti budak baru nak masuk universiti mendaftar diri, mengenali prosedur parlimen dan sebagainya.

Dari 222 jumlah ahli parlimen kesemuanya kali ini 99 orang dari mereka adalah muka baru.

Seperti biasa sewaktu di luar sidang Dewan Rakyat ahli parlimen kerajaan dan pembangkang boleh saling bertegur sapa dan melempar senyuman macam tak ada hal.

Bagaimana agaknya nanti pada 30 April ini bila Dewan Rakyat hasil pilihanraya 8 Mac mula bersidang.

Komposisi para ahli parlimen kali ini memang menarik bukan setakat ramai jumlah pembangkang dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Yang paling ketara inilah pertama kali dalam sejarah Dewan Rakyat adanya tiga pasangan anak beranak serentak.

Ahli parlimen Permatang Pauh dengan anaknya Nurul Izzah dari Lembah Pantai, Lim Kit Siang dari Ipoh Timor dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh Bukit Gelugor dengan anaknya Gobin Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong.

Khairy Jamaluddin dari Rembau pula dengan mertuanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas.

Lain halnya pula dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad, Ahli Parlimen BN dari Johor Bharu. Beliau duduk disebelah kerajaan manakala adiknya iaitu Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad di barisan pembangkang.

Kalau dikorek lagi dalam, ada kes yang tidak kurang uniknya. Ia melibatkan Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bayangkan bagaimana nanti ahli parlimen Bagan Datoh itu disoal dan kena berdebat hal-hal melibatkan kementeriannya dengan dua orang bekas orang kanannya sendiri semasa beliau mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari tahun 1996 hingga 1998 dulu.

Kini mereka duduk di gelanggang yang berbeza.

Ahli Parlimen Machang Kelantan, Saifuddin Nasution dari parti PKR ialah bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.

Manakala Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR dari Sungai Petani Kedah ialah CEO Yayasan Gerak Bakti iaitu sebuah yayasan dibawah naungan Pemuda UMNO Malaysia.

Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin sendiri menduga suasana sidang Dewan Rakyat kali ini pasti berbeza dengan yang lampau.

“Mestilah… kini mereka kena berdepan dengan 82 orang ahli parlimen pembangkang. Dulu 21 orang saja,” kata bekas Ahli Parlimen Larut itu yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kubu Gajah di kawasan Larut Perak kepada Agendadaily ketika diminta mengulas mengenainya.

Lebih-lebih lagi sekarang BN cuma ada 77 ahli Parlimen biasa yang disebut sebagai backbencher tolak Menteri dan Timbalan Menteri.

Ikut ceritanya sudah terdapat cadangan supaya pada masa sidang parlimen mesyuarat kabinet diadakan pada hari Jumaat dan bukan Rabu seperti sekarang.

Sidang Dewan Rakyat diadakan dari pagi hingga petang Isnin hingga Khamis.

Langkah ini bagi membolehkan seramai mungkin menteri dan timbalan menteri dapat menghadiri sidang bagi menghadapi jurang ahli dewan yang bezanya 40 orang saja antara penyokong kerajaan dengan pembangkang.

Kalau dulu adakalanya bunyi loceng tidak cukup korum semasa sidang dewan namun keadaan itu dijangka berbeza kali ini.

“Melihat pada jumlah ahli parlimen biasa BN dengan pembangkang jawabnya ahli parlimen BN juga susah nak ambil cuti dan sentiasa kena alert,” kata Raja Ahmad.

Beliau menjangka perbahasan pasti berapi dan tugas para ahli parlimen BN khususnya backbencher lebih berat.

Bukan saja Raja Ahmad tetapi ramai yang sudah awal-awal menduga begitu.

Ini kerana yang enter frame dikalangan ahli parlimen pembangkang bukan calang-calang.Datuk Mahfuz Omar,ahli parlimen PAS Pokok Sena Kedah yang dikenali sebagai ‘ kaki bising’ sudah masuk balik.

Jangan lupa Datuk Ibrahim Ali,Ahli parlimen bebas Pasir Mas, Kelantan.Semasa jadi ahli parlimen Barisan Nasional dulu beliau antara backbencher yang paling vokal semasa perbahasan melayak pembangkang.

Azmin Ali,ahli parlimen Parti Keadilan Rakyatkawasan Gombak juga boleh tahan.Begitu juga rakannya Saifuddin ,N Gobalakrishnan dari Padang Serai ,Tian Chua dari Batu,Zulkifli Nordin dari Kulim Bandar Bharu dan Yusmady Yusof Balik Pulau.

Dari PAS pula bukan saja Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah masuk balik setelah merampas semula kerusi parlimen Marang, parti itu sudah ada Dr Hatta Ramli dari Kuala Krai dan Nashrudin Mat Isa Bacok

Ini belum lagi ambil kira Guan Eng dan bapanya Kit Siang.

Selain ketiadaan Raja Ahmad sebagai menjadi penyerang utama BN semasa sesi perbahasan suara seorang lagi ahli parlimen BN yang vokal Datuk Mohd Said Yusof dari Jasin yang dikenali dengan gelaran ‘YB Kastam’ juga sudah tiada.Beliau tidak dipilih bertanding semula dalam pilihanraya umum kali ini.

Orang lama tinggal Datuk Mokhtar Raden dari Kinabatangan pasti kena jenuh berentap.Begitu Datuk Mohamad Aziz Sri Gading.

Namun mereka dapat rakan baru yang merupakan orang lama dalam parlimen iaitu Datuk Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Rafidah Aziz yang digugurkan dari kabinet dan kini jadi ahli parlimen biasa.

Jamaluddin,bekas Menteri Sains Teknoloji dan Inovasi juga ialah bekas Pengerusi BNBBC.

Turut bersama mereka ialah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dari Kangar dan rakannya Datuk Seri Azmi Khalid dari Padang Besar.

Datuk Anifah Aman,Datuk Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Ghafur Salleh yang letak jawatan Timbalan Menteri setelah dilantik baru-baru ini akan duduk di barisan backbencher.

Kali ini semua orang tentu nak lihat bagaimana Khairy Jamaluddin beraksi. Apa agaknya senarionya bila beliau bertikam lidah dengan Nurul Izzah.

Begitu juga Datuk Muhriz Mahathir dari Jerlun.

Seorang pendatang baru dan ‘panglima’ UMNO yang dikatakan mungkin menarik ialah Datuk Tajuddin Rahman,ahli parlimen kawasan Pasir Salak.

“Saya yakin ahli parlimen BN mampu menanganinya.Apapun sama-sama kita tengoklah nanti…” kata Raja Ahmad ketika ditanya bagaimana dugaannya mereka nak mengatur langkah berdepan dengan jumlah pembangkang yang begitu ramai dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Gua Musang: BERMULANYA Kempen KU LI NYAHKAN Anak Badawi?

Tun Mahathir nampaknya sudah memihak kepada Ku Li dalam usaha menumbangkan anak Badawi. Malah Najib juga diketepikan Mahathir kerana sudah tidak mempercayainya lagi!

By LUKMAN ABDULLAH

HAMPIR 3,000 hadir pada mesyuarat agung UMNO Bahagian Gua Musang pagi ini antaranya bertujuan untuk buat usul adakan Perhimpunan khas UMNO (EGM) dan hapus sistem kuota pemilihan jawatan. Ramai pemerhati luar hadir.

Namun dikalangan mereka kelihatan wajah Ketua-ketua Bahagian UMNO lain kecuali mungkin wakil-wakil mereka.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh telah sampaikan ucapan yang kritikal selama hampir sejam pada mesyuarat yang berlangsung di Balai Cekati itu.

Dalam ucapannya antara lain tanpa sebut nama Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, beliau secara sinis berkata, "ada orang yang boleh jadi geliga lulusan Oxford, Havard dan sebagainya tetapi tak bijak,tak pandai,tak cerdik budaya. Orang ini tak layak diangkat oleh UMNO untuk jadi pemimpin mereka.”

Katanya itu ini mendapat tepukan dan sorakan gemuruh hadirin.

Ku Li juga mengkritik calon-calon muda Barisan Nasional yang bertanding di Kelantan masa pilihanraya umum 8 Mac yang dakwanya tak sopan masa berkempen hentam berlebihan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dalam ucapannya Tengku Razaleigh juga menyifatkan keadaan selepas pilihanraya umum dimana BN kehilangan empat negeri lagi sebagai ‘darurat’.

Katanya langkah segera perlu diambil untuk menanganinya segara sebelum ia merebak hingga menjejaskan UMNO secara keseluruhan.

Beliau mendakwa setakat ini UMNO dan BN belum lagi mengambil langkah-langkah konkrit secara segera kearah itu.

Bagi UMNO sendiri katanya ia perlu melakukan tiga perubahan besar bagi mengatasi keadaan darurat ini.

Tengku Razaleigh berkata, tiga perubahan berkenaan ialah memulihkan semula demokrasi dalam UMNO, dasar dan visi UMNO hendaklah merentas sempadan kaum serta tidak dilihat sebagai parti untuk orang Melayu sahaja dan ketiga perangai serta kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan.

"Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, melibatkan perwakilan UMNO yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup UMNO selama 60 tahun untuk membincangkan kelemahan dan kesalahan parti selama ini serta memikirkan visi baru UMNO bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga perkara tersebut perlu dilakukan secepat mungkin kerana sampai saat ini, setelah hampir sebulan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami malapetaka politik yang dahsyat, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti yang menunjangi kerajaan.

TERSEKATKAH Jalan KHAIRY Kerana EMPANGAN Pengaruh MAHATHIR, KU LI, KHIR dan MUKRIZ?

By UTUSAN ONLINE

PERTANDINGAN bagi merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kini terbuka ekoran keputusan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk tidak mempertahankannya pada pemilihan parti itu Disember ini.

Dengan keputusan itu, ia membuka ruang kepada beberapa pemimpin yang sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk bertanding mengisi jawatan tersebut sekiranya ia dikosongkan oleh Hishammuddin.

Antara nama yang disebut-sebut untuk bertanding bagi mengisi kekosongan itu ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Ahli Parlimen Jerlun yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir.

Selain itu Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum yang lalu juga disebut bakal mengambil alih pucuk pimpinan Pemuda UMNO selepas Hishammuddin.

Namun ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Khairy berkata, pada ketika ini, beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu.

“Buat masa ini saya tidak ada apa-apa komen,” katanya.

Jika benar-benar berhasrat untuk mengisi kerusi tersebut, maka beliau terpaksa berhadapan dengan cabaran daripada calon-calon lain termasuk Mohamad Khir dan Mukhriz yang sejak awal lagi telah menyatakan hasrat untuk merebut jawatan itu.

Malah Hishammuddin sendiri mengakui bahawa jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bukan satu jawatan tradisi untuk ditandingi Naib Ketuanya.

Katanya, terpulang kepada perwakilan untuk menentukan calon yang layak bertanding merebut jawatan itu.

Walaupun bukan jawatan tradisi yang perlu ditandingi Naib Ketua, Khairy secara hierarki dilihat sebagai salah seorang calon yang akan bertanding, ditambah lagi dengan ‘laluan restu’ yang diberikan oleh ahli-ahli Pemuda pada pemilihan yang lepas.

Bagaimanapun perkembangan politik semasa pascapilihan raya yang menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mencatatkan prestasi terburuk serta pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada pucuk pimpinan parti termasuk Khairy sendiri, senario pemilihan Pemuda mungkin berubah.

Apa yang jelas, selepas pilihan raya 8 Mac lalu suara-suara di semua peringkat dalam UMNO termasuk Pemuda menjadi sangat vokal, berterus-terang dan ‘cakap lepas’ dan ia mungkin diterjemahkan dalam bentuk undi pada pemilihan Pemuda tahun ini.

Bagi memanaskan suasana, Mohamad Khir hari ini mengesahkan akan bertanding mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Hishammuddin itu dalam pemilihan UMNO Disember ini.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu bergantung kepada sokongan daripada perwakilan UMNO bahagian mengikut syarat-syarat serta perlembagaan yang telah ditetapkan dalam parti.

“Pada masa ini, saya sedang mendapatkan pandangan serta sokongan daripada perwakilan di peringkat UMNO bahagian.

“Saya ada menerima sokongan daripada bahagian-bahagian tertentu yang mahu saya bertanding, tetapi saya tak perlulah beritahu secara terperinci kerana pemilihan UMNO lama lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mukhriz yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepas jawatan ekoran kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu turut menyatakan minat bertanding jawatan itu.

Walaupun dilihat masih berselindung apabila mengatakan masih belum tiba waktunya untuk membuat pengumuman rasmi, namun Mukhriz dikatakan sudah pasti akan bertanding merebut jawatan itu.

“Minat itu ada, namun untuk umumkan secara rasmi belum (sampai masa) lagi.

“Apa yang penting, saya serahkan kepada ahli Pemuda untuk mencalonkan saya, jika mereka rasakan sesuai sebagai Ketua Pemuda, saya akan terima,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya bila pengumuman rasmi itu akan dibuat, Mukhriz berkata: “Apabila saya bersedia.”

Katanya, beliau tidak akan mengambil mudah minatnya itu memandangkan pemilihan jawatan dalam UMNO masih gunakan kuota pencalonan.

Beliau berkata, sistem kuota menuntut beliau bekerja keras untuk meyakinkan Pemuda bahagian.

“Saya mahu dapat maklum balas kawan-kawan. Jawatan saya bertanding bergantung kepada nasihat mereka,” katanya.

Satu lagi nama yang turut dikait akan bertanding jawatan itu ialah Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor.

Namun Ahli Parlimen Tampin itu berkata, beliau tidak berhasrat bertanding jawatan tersebut.

“Bertanding Ketua Pemuda? Siapa cakap. Saya pun tengah sibuk kendalikan kementerian saya... dengar taklimat, susun fail.

“Kalau ada (ura-ura ini) biarkanlah orang bercakap,” katanya.

Shaziman, 44, adalah menteri paling muda dalam Kabinet.

13 April: MP BN Bakal Hijrah BENTUK Kerajaan PAKATAN RAKYAT?

Jika semua MP BN di Sabah dan Sarawak menyeberang ke Pakatan Rakyat, bermakna jalan Anwar menuju Putrajaya kian hampir dan ini menyebabkan anak Badawi terpaksa terbang ke sana untuk menawar sesuatu yang lebih lumayan dari tawaran Anwar!

By TRANUNGKITE

SEBAGAIMANA diwar-warkan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri semalam, 13 April akan berlaku satu peristiwa besar.

Sumber rapat dipercayai melaporkan, pada tarikh itu negara bakal dikuasai pembangkang (PR) apabila majoriti MP Sabah dan Sarawak sepakat menyeberangi PR apabila BodoLAH (Pak Lah) berdegil meletakkan jawatan parti.

Ini sebagai tindak balas spontan dan hanya menunggu masa 'meletus' memandangkan BodoLAH masih lagi angkuh dan berdegil melepaskan jawatannya.

PM tidur Malaysia kelihatan gugup dan pucat apabila gertakkan beliau kepada MP di Malaysia Timur itu tidak diendahkan apabila mereka mengadakan pertemuan baru-baru ini.

BeEnd (BN) yang hanya bergantung kepada komponen di Sabah dan Sarawak sahaja sekarang untuk berkuasa begitu cemas apabila dua Timbalan Menteri dari sana yang juga merupakan orang kuat parti bertindak menolak dan meletak jawatan dalam kabinet BodoLAH.

Susulan itu, beliau terpaksa terbang ke sana untuk memujuk MP dan adun BN lain supaya kekal dalam pakatan BeEnd. Selain itu, BodoLAH turut menjanjikan beberapa lagi jawatan penting dalam kabinet yang mungkin akan dirombak dalam masa sebulan dua ini.

Tetapi memandangkan tidak mahu terpalit rasa malu, beliau tidak mampu merombak barisan kabinet yang lemah dalam tempoh terdekat. Dalam situasi ini, kata putus yang dijangka diperolehi daripada MP dan BodoLAH adalah 13 April nanti.

Barah di Sabah dan Sarawak sudah tiba di kemuncaknya, dan Ketua Menteri Sabah sendiri turut bengang dengan PM apabila kaum keluarganya sendiri diperkitak katikkan oleh BedoLAH.

Malah diberitakan, Pairin Kitingan yang memang popular sebagai pembangkang sebelum ini, akan mengikut jejak langkah adiknya Jefrey Kitingan dalam barisan PKR.

Di Sarawak pula, tawaran lebih menarik daripada Anwar kepada barisan MP di sana dikhabarkan mengembirakan mereka.

Walaupun begitu, semua MP yang ingin melompat ke PKR tidak ditawarkan atau dijanjikan wang ringgit sebagaimana digembar gemburkan.

DHARURAT: Ku Li Terus Mamacu Lobi RAMPAS Putrajaya?

By TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

SAYA rasa kelakuan yang semakin biadab itu timbul daripada beberapa sebab, antaranya dapat kita sebut:

a) Kerana terlalu yakin pada kekuatan parti – dan tidak nampak apakah kelemahannya – lalu orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi ‘Aku akan menjadi Menteri Besar’ atau akan menjadi menteri jika dipilih;

(b) Ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik UMNO untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam UMNO untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi UMNO. Jiwa dan roh Melayu orang UMNO mulai digantikan dengan ‘rohperut’ . Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam UMNO.

Jadi, untuk menyelamatkan UMNO, kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana.

Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya.

Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka. Mengapa?

Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat.

Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu.

Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan oleh UMNO yang menjadi punca kelemahan UMNO.

Kita tidak boleh menyerahkan semua perkara ini kepada beberapa orang pemimpin sahaja untuk memikirkannya. Mereka boleh jadi tidak mempunyai ‘feed-back’ yang cukup, yang benar, yang ikhlas dari bawah, dari anggota akar umbi UMNO, untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku dalam UMNO yang menyebabkan parti nyaris-nyaris tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Untuk membaca teks penuh hasrat Ku Li untuk menumpaskan Presiden Umno Disember ini, sila klik DISINI.

Anwar BAKAR Semangat Jihad REDHUAN OON Ke PALESTIN

By REDHUAN D OON

SAYA cuba mengajukan hasrat rancangan saya secara mudah dan ringkas, "Abang Anwar. Saya Redhuan yang malam itu terdengar pelawaan Abang tentang peluang pergi berjuang di bumi Palestin.

Saya dan beberapa rakan saya (dengan menoleh tangan ke belakang menandakan jauh ke Jalan Universiti sana) berminatlah..."

Anwar pandang saya tersenyum dan bertanya umur saya. Saya menjawab '19'. Beliau pun bertanya apakah saya sudah tamat pengajian tinggi. Saya menjawab yang saya sudah berhenti dan tidak berminat terus lagi.

Anwar pula menawarkan yang Yayasan Anda boleh membiayai pelajaran saya. Saya menolak kerana menganggap semua pengajian itu bersifat duniawi dan ingin pengajian bersifat ukhrawi. Fadhullah Wilmont pulak masuk menyampuk, "But Saidina Umar said we must learn about kuffar to fight the kuffar".

Saya tak berapa melayan ungkapan Fadhullah. Saya terus menunggu jawapan Anwar.

Dia dengan pantas menjawab, "Kita ada pelbagai sukarelewan dari bekas komando, askar dan orang ramai yang lain. Tetapi PLO cukup kaya dan lengkap segala-galanya. Tidak perlu fizikal dari kami, cuma sokongan moral".

Saya terus hilang harapan di situ. Tetapi Anwar dengan pantas lagi menyambung, "Brother, stay here in Malaysia. We have a bigger war here! (Kita ada perang yang lagi besarrrr di sini!)".

Artikel seterusnya boleh dilayari DI SINI.

FORUM Kontroversi: Mahathir, Mukriz HENTAM Anak Badawi

Selasa, April 01, 2008

KINI Tun Mahathir Mulai MUSUHI Anak Emasnya, NAJIB TUN RAZAK?

Mahathir tidak lagi percaya da yakin dengan sikap membuta tuli Najib terhadap Anak Badawi. Apakah kesannya kenyataan Mahathir itu terhadap Najib selepas ini?

By SA'ODAH ELIAS

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang.

"Walaupun dahulu saya kata Najib tetapi tidak tahulah mengapa, saya ubah fikiran," katanya apabila ditanya sama ada beliau masih kekal dengan pendirian bahawa Timbalan Perdana Menteri itu adalah calon terbaik untuk mengambil alih jawatan nombor satu negara.

Dr Mahathir berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Umno Pasca Pilihan Raya ke-12, Satu Penilaian anjuran portal mykmu.net di sini, Selasa.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata Kabinet dan majlis tertinggi (MT) Umno sudah tidak lagi relevan kerana keputusan penting melibatkan negara dan parti dibuat oleh pihak lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Kabinet dan MT kini dianggotai hanya oleh orang yang hanya akan mengangguk dan mengiyakan keputusan, walaupun keputusan itu dipengaruhi oleh kaum keluarga Perdana Menteri.

Sambil mengulangi permintaannya agar Abdullah meletak jawatan kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Dr Mahathir berkata peralihan kuasa itu perlu kerana pemimpin hari ini sudah tidak tahu memimpin.

Dr Mahathir berkata Umno perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

"Jika sampai hancur baru hendak sedar, masa itu sudah tidak berguna lagi," katanya sambil menambah Abdullah juga telah silap mengadakan pilihan raya pada masa yang tidak sesuai.

Selain itu, Dr Mahathir mendakwa, pencapaian buruk BN dan Umno juga berpunca daripada pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi.

"Senarai calon bukan seperti yang dikemukakan negeri, tetapi apabila di bawa ke Pejabat Perdana Menteri, ia disemak oleh pihak tertentu di bilik sebelah.

Kesannya, ramai jaguh Umno disingkir, orang baru diberikan tempat. Inilah pembaharuan ala KJ (menantu Abdullah Khairy Jamaluddin). Ini antara sebab kita kalah lima negeri.

"Janganlah cuba kita bagi alasan yang tidak benar. Terimalah hakikat bahawa kekalahan ini disebabkan oleh pihak tertentu yang memberi ruang kepada kaum keluarga memerintah negara kita," katanya.

Beliau juga terus mengulangi sokongannya terhadap cadangan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan keadaan parti masakini, terutama bagi meminda perlembagaan Umno bagi menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan jawatan tertinggi.

"Saya mengaku, soal undi bonus saya yang buat, tetapi pada masa itu ahli dan bahagian berani mencalonkan sesiapa sahaja. Hari ini ia sudah disalah gunakan," tambahnya.

Dr Mahathir berkata, jika usaha mengadakan mesyarat agung luar biasa itu berjaya, ahli Umno mesti memastikan ia tidak di manupalasi oleh MT dan perwakilan tidak akan "dibeli".

"Ahli Umno mesti berani. Jangan kerana takut pada pemimpin kita tidak sayang Umno. Tidak guna kita cakap sayang Umno tetapi takut. Kita mesti tolak kepimpinan yang membawa mala petaka," katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan agar dikembalikan sistem majlis presiden dalam Umno bagi mengimbangi kuasa Presiden dan menasihati beliau agar beliau tidak lagi perlu mendengar nasihat daripada keluarga sendiri.

Melalui sistem itu, katanya, kuasa presiden akan dapat dikekang agar ia tidaklah terlalu besar sehingga menyebabkan apa yang berlaku hari ini.

Di minta mengulas tahap pengaruh Khairy di dalam pentadbiran Abdullah, Dr Mahathir berkata beliau sendiri tidak faham mengapa kebanyakan pemimpin Umno begitu takut kepada menantu perdana menteri itu.

Katanya, Khairy juga begitu berkuasa sehingga pernah mencadangkan agar beliau (Dr Mahathir) dipecat daripada Umno.

Ahli panel lain yang bercakap di forum itu anak beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz, ahli MT Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Ketua Penerangan Umno Johor dan ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi. - mSTAR

Lihatlah Sendiri! HIMPUNAN RAKYAT Di Stadium Melawati

KETUA PERUSUH Ramal PAKATAN RAKYAT Perintah Malaysia Selepas PRU13?

Ada baiknya juga Pakatan Rakyat yang kini komponennya adalah PKR, PAS dan DAP berganding bahu menjemput semua pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak supaya bergabung menganggotai Pakatan Rakyat demi untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

By KETUA PERUSUH

Akhirnya Kepimpinan PKR, PAS dan DAP bersetuju pada dasarnya untuk bernaung dibawah satu gagasan yang kini dikenali sebagai “PAKATAN RAKYAT“.

Pada pandangan saya penggunaan perkataan Pakatan Rakyat lebih menampakkan satu gagasan yang diterajui dan digerakkan oleh rakyat.

Kemenangan sebegini besar yang diterima oleh Pakatan Rakyat sewajarnya dikendalikan dengan berhemat demi untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) telah menunjukkan apa yang sepatutnya berlaku.

Namun kita semua jangan lupa bahawa dengan kemenangan ini pihak SPR mungkin akan mendabik dada mengatakan bahawa operasi dan tindakan SPR sejajar dengan kehendak perlembagaan tanpa ada unsur-unsur salahguna kuasa dan pengundi hantu yang dilakukan dengan pengetahuan SPR.

Pakatan Rakyat adalah hak milik semua rakyat Malaysia, oleh itu maka hendaklah pihak pimpinan Pakatan Rakyat tidak bertelagah dan mementingkan kepentingan kuasa, wang dan pangkat dalam mentadbir Pakatan Rakyat.

Cukuplah Barisan Nasional sahaja yang bersikap dan berperangai sebegitu.

Pakatan Rakyat perlulah menunjukkan sikap toleransi, professional, amanah serta telus dalam semua pertimbangan dan pentadbiran.

Jika tidak pastinya rakyat Malaysia akan menyamakan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Jika Pakatan Rakyat boleh bertindak professional maka sudah pasti pada PRU13 nanti kemenangan yang lebih besar boleh dicapai.

Namun begitu saya amat gusar kerana ramai dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya pimpinan diperingkat pertengahan dan bawahan tidak selari idea dan tindakan dengan kehendak Pakatan Rakyat.

Malah boleh dikatakan ramai dikalangan pimpinan (semua peringkat) Pakatan Rakyat masih ada lagi sikap membalas dendam, hasad dengki, mengejar pangkat, mengejar nama, mengejar kuasa, mengejar wang dan sebagainya.

Jika ini tidak ditangani dengan baik dan teratur maka pastinya Pakatan Rakyat akan punah dengan mudah.

Perbalahan pandangan berkaitan isu sensitif seperti hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan, agama, kuota Melayu dan sebagainya perlu ditangani dengan bijak.

Perlu ada sikap toleransi dan percaya mempercayai dikalangan semua pihak yang berada didalam Pakatan Rakyat.

Ada baiknya juga Pakatan Rakyat yang kini komponennya adalah PKR, PAS dan DAP berganding bahu menjemput semua pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak supaya bergabung menganggotai Pakatan Rakyat demi untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

Dengan ini maka bolehlah Pakatan Rakyat menjadi satu wadah yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia menilai dan kemudian memilihnya pada PRU13.

Apa yang diharapkan agar Pakatan Rakyat boleh berjaya tanpa ada kemelut dalaman hasil dari sikap “mangkuk-mangkuk” yang pentingkan diri sendiri dan melupakan hak rakyat.

Semoga Pakatan Rakyat akan menjadi lebih matang dan akhirnya akan bergerak sama laju, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat insyaAllah akan memerintah Persekutuan Malaysia selepas PRU13. InsyaAllah.

Ku Li Terus BERAHI Asak Anak Badawi Buat EGM

Sebelum ini, Tengku Razaleigh dilaporkan berkata mesyuarat itu bagi membolehkan semua pihak termasuk akar umbi duduk berbincang mengenai sokongan rakyat kepada Umno.

By BERNAMA

UMNO Bahagian Gua Musang akan mengadakan satu mesyuarat khasnya pada Jumaat ini khusus bagi meluluskan usul untuk mendesak Majlis Tertinggi Umno bagi mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan prestasi buruk parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Bazlan Baharuddin, berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan Ketua Umno Bahagian Tengku Razaleigh Hamzah bermula 10 pagi di Pejabat Umno Gua Musang di Bukit Cekati di sini.

Sumber memberitahu Bernama bahawa beberapa bekas menteri kabinet dan veteran Umno akan turut hadir pada mesyuarat Jumaat ini.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh dilaporkan berkata mesyuarat itu bagi membolehkan semua pihak termasuk akar umbi duduk berbincang mengenai sokongan rakyat kepada Umno.

Beliau juga pernah menyatakan kesediaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno penghujung tahun ini.

Mahathir DUA BERANAK Pula HENTAM Anak Badawi Secara Terbuka Lagi!

Mukhriz yang sebelum ini tulis surat meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, dalam ucapannya antara lain telah menghentam secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri.

By AGENDADAILY

SATU forum menilai keputusan pilihanraya 8 Mac yang dianjurkan oleh sebuah laman web di Hotel Singahsana Petaling Jaya pagi Selasa berlangsung dalam suasana panas.

Tiga penal forum itu ialah ahli parlimen Jerlun yang juga Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan ahli parlimen Batu Pahat dan Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Dr Fuad Zakarshi.

Ucaputama disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kira-kira 3,000 orang hadir.

Mukhriz yang sebelum ini ada tulis surat meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi undur, dalam ucapannya antara lain telah menghentam secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa berbagai kelemahan kepimpinannya telah menyebabkan prestasi teruk Barisan Nasional dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

Anak bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia memimpin untuk membawa perubahan dalam UMNO.

Dr Fuad pula antara lain berkata Pemuda UMNO gagal untuk menawan hati gegerasi muda dan satu reformasi kepimpinan perlu dibuat dalam kepimpinannya.

Dr Khir pula antara lain meminta semua pihak tidak emosi dan sebaliknya terus menjalankan usaha menarik balik sokongan rakyat.

Semasa sesi soal jawab kalangan hadirin telah mengemukakan berbagai soalan 'panas' kepada mereka.

Pejabat MB Perak NAFI UMUMKAN Senarai Portfolio

Tidak ada sidang akhbar pun yang dibuat oleh Menteri Besar, Ir Mohd Nizar Jamaluddin semalam bagi mengumumkan portfolio tersebut, jelas Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki

By JOHARI JAAFAR

PEJABAT Menteri Besar Perak tidak pernah mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco Kerajaan Negeri seperti yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini.

Bahkan tidak ada satu sidang akhbar pun yang dibuat oleh Menteri Besar, Ir Mohd Nizar Jamaluddin semalam bagi memaklumkan perkara tersebut, jelas Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki yang ditemui Harakah di pejabatnya, pagi ini.

"Pejabat Menteri Besar atau Menteri Besar sendiri tidak pernah mengumumkan senarai portfolio sepuluh Exco; kalaupun ada senarai tersebut yang diperolehi dari mana-mana pihak, itu bukan senarai rasmi.

"Pengumuman rasmi hanya akan dibuat oleh YAB Menteri Besar Perak pada hari Rabu selepas mesyuarat Exco pertama yang dijadualkan pagi esok," tegasnya.

Akhbar-akhbar tempatan hari ini menyebut Pejabat Menteri Besar Perak telah mengumumkan senarai portfolio 10 Exco kerajaan campuran yang telah mengangkat sumpah Sabtu lepas.

"Berita yang disiarkan itu tidak benar sama sekali, tidak ada pengumuman dibuat, tidak ada sidang media diadakan semalam," ujarnya.

Menurut beliau lagi, Menteri Besar sendiri akan mengumumkan senarai portfolio 10 Exco Kerajaan Negeri selepas mesyuarat Exco esok.

"Esok akan diadakan mesyuarat Exco pertama, selepas itu diadakan sidang media, Menteri Besar akan umumkan senarai portfolio 10 Exco," jelasnya.

Takbir, Reformasi, Makkal Shakti - GEGARKAN Stadium Melawati Semalam!








Foto Ihsan Harakahdaily dan Tranungkite

By SAIDAH HAIRAN

JIKA selama ini Stadium Melawati bergema dengan tepukan dan sorakan penyokong pelbagai jenis sukan, tetapi malam 31 Mac terukir dalam sejarah, stadium tersebut bergema laungan 'Allah Hu Akbar', 'Reformasi' dan 'Makkal Shakti'.

Laungan suara rakyat menandakan berakhirnya penyeksaan selama mereka khususnya rakyat Selangor berada di bawah pemerintahan BN-Umno.

Lebih 25,000 rakyat membanjiri stadium yang hanya menyediakan 15,000 kerusi. Stadium yang selama ini dijadikan tempat bermain badminton telah bertukar wajah.

Dari wajah bersorak tanpa mengenal batas pergaulan, muslimin dan muslimat bersatu hati rukuk dan sujud menunaikan solat Isyak dan Hajat yang dipimpin oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Lagu Negaraku dan Bersatulah (lagu PAS) turut dinyanyikan dengan penuh semangat oleh lebih 25,000 hadirin. Kelihatan bendera PAS, KeADILan dan DAP berkibar di segenap penjuru. Sungguh menakjubkan.

Wajah-wajah yang hadir dalam program Himpunan Rakyat kelihatan ceria. Lebih 20 bas persiaran, kilang dan sekolah berada di tempat letak kenderaan bersebelahan stadium.

Bukan hanya rakyat Selangor bahkan Kelantan; Pahang; Negeri Sembilan; Johor; Wilayah Persekutuan dan Terengganu turut hadir dalam program tersebut. Mereka mahu bersama meraikan kemenangan Selangor walaupun di bawah Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam program gilang gemilang itu antaranya, To' Puan Zainab Awang (isteri Presiden); Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali; ahli Parlimen dan Adun PAS Selangor.

Semua pimpinan yang berceramah sepakat mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor yang memilih PAS, KeADILan dan DAP dalam pilihan raya, 8 Mac lalu. Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramahnya mencadangkan agar satu gagasan pakatan politik baru ditubuhkan bagi mendepani cabaran politik baru di Malaysia.

Katanya, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PAS, KeADILan dan DAP yang diberikan mandat besar wajar menghulurkan tangan kepada rakan-rakan dalam BN khasnya wakil-wakil rakyat Umno, MCA, MIC dan Gerakan.

Menurut beliau, ia perlu dilakukan supaya bersama-sama menyertai gagasan politik baru bagi membina negara yang lebih selamat, sejahtera dan makmur.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang berkata, ternyata hasil gelombang kebangkitan rakyat dalam pilihan raya lalu, BN semakin dipinggirkan dan tidak relevan dalam arus politik negara.

Katanya, gagasan pakatan itu perlu menyemak semula dengan meminda atau menghapuskan mana-mana undang-undang dan peraturan yang zalim dan mendiskriminasi terutamanya ISA, Auku, OSA dan sebagainya.

Beliau berharap gagasan itu perlu segera melakukan reformasi terhadap amalan demokrasi dalam negara dengan memulihkan proses pilihan raya sebagaimana yang dituntut rakyat dan badan-badan bukan kerajaan khususnya yang melibatkan bidang tugas dan operasi SPR.

Presiden PAS turut menekankan supya Badan Pencegah Rasuah (BPR) diberi kebebasan sebagai sebuah agensi pencegahan rasuah yang efektif dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih.

Katanya, keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara dengan memastikan ianya benar-benar bebas dan tidak tertakluk kepada mana-mana badan atau kuasa politik juga perlu dikembalikan.

Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut menyentuh jiwa rakyat Selangor apabila beliau memulakan ucapan dengan menyanjung pengorbanan rakyat untuk menyokongnya.

"Kalau tidak ada tuan-tuan, saya tidak ada di sini, jadi saya terhutang budi, budi ini sangat besar, saya dan rakan-rakan akan balas, insya-Allah," luah beliau pada awal ucapan.

Beliau yang berbaju Melayu kuning itu melahirkan ketakutan dengan kepercayaan Presiden PAS yang menyokongnya menjadi Menteri Besar Selangor.

Di hadapan puluhan ribu rakyat beliau berjanji akan memansuhkan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), akta percetakan dan penerbitan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan kemenangan rakyat Selangor membuktikan bahawa suara rakyat negeri termaju itu telah dapat disatukan.

Katanya, tiga parti yang berbeza fahaman dan agama PAS, KeADILan dan DAP dapat bersatu dan bekerjasama untuk menjamin keadilan rakyat.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, setelah 50 tahun merdeka dan 12 kali rakyat menghadapi pilihan raya baru kali ini rakyat berani membuktikan kebenaran.

"Orang sudah tidak guna dacing saya yakin dalam pilihan raya ke-13 keris dan dacing akan dicampak oleh rakyat," katanya sambil disambut sorakan dan laungan takbir.

Menurut beliau, bukan sahaja rakyat tidak percaya dengan Umno bahkan pimpinan mereka sendiri turut tidak mempercayai kredibiliti pimpinan parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali turut memperkenalkan ahli Parlimen, Adun serta exco PAS. Dalam ceramah itu beliau berjanji semua wakil rakyat akan berusaha melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab secara adil dengan menghapuskan segala kezaliman yang menjadi amalan pimpinan BN-Umno.

"Kita akan pastikan tiada seorang pun rakyat Selangor sama ada kaum India dan Cina yang diketepikan haknya," katanya.

Dalam mesyuarat pertama exco di pejabat SUK beliau rasa terharu dengan kesungguhan Menteri Besar sendiri yang membaca doa.

Beliau yang diamanahkan menjadi exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam berkata; "Saya terharu mendengar bacaan doa beliau seolah-olah beliau menahan air mata, air mata untuk menjadi hamba rakyat'.

Sehubungan itu tambah beliau, kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mempunyai erti jika Allah tidak menyayangi dan mencintai hamba-Nya.

Pengarah program, Dr Osman Sabran menyatakan setelah 50 tahun Umno-BN memerintah barulah rakyat Selangor dapat menikmati hak mereka yang dinafikan oleh pimpinan kerajaan.

Beliau mengingatkan ahli dan pimpinan PAS, KeADILan dan DAP perlu sepakat dan bersatu hati menjaga harta benda yang selama ini dirampas oleh BN.

Program berikut dijangka pada 3 Mei di Stadium Melawati, antara penceramahnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. - Harakahdaily

Apa Dah Jadi CYBERTROPPERS Pada PRU 12 Lalu?


By IBRAHIM YAHYA

SAYA meramalkan media baru termasuk blog persendirian atau news portal seperti Malaysiakini, MalaysiaToday, AgendaDaily dan KL Pos, akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya umum.

Ia bukan ramalan nujum tetapi pandangan ikhlas seorang wartawan.

Namun, ketika itu tiada pihak mengambil endah atau memperkecil-kecilkan peranan media baru itu dan akhirnya, kita pun tahu keputusan PRU12 yang menyaksikan lima negeri kini diperintah oleh PAS, PKR dan DAP.

Malah saya juga menyatakan bahawa rakyat akan melakukan sesuatu pada PRU12 seperti kenyataan ini:

Jika ditanya golongan yang suka membaca blog atau "blog hopper" (bukan grasshopper), terutama yang mengikuti komen diberikan pembaca blog, sudah pasti mereka merasakan bahawa rakyat negara ini akan "membuat sesuatu" pada pilihanraya kali ini.

Apatah lagi dengan pelbagai isu yang diutarakan seperti kenaikan harga barang dan perkembangan politik semasa di negara ini.

Namun, ketika itu tiada pihak mengambil endah atau memperkecil-kecilkan peranan media baru itu dan akhirnya, kita pun tahu keputusan PRU12 yang menyaksikan lima negeri kini diperintah oleh PAS, PKR dan DAP.

Ada yang memberi alasan bahawa mereka yang membaca internet hanyalah di kawasan tertentu saja bukanlah di seluruh negara.

Mengapa pula kesan media baru kepada keputusan PRU12 membabitkan seluruh negara?

Jawapannya ialah tindakan pihak tertentu, yang sama ada mereka mencetak bahan dalam internet dan menyebarkan kepada rakan-rakan ataupun mereka memberitahu secara lisan kepada keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.

Gerakan membawa penduduk yang tinggal di Lembah Kelang ke negeri tertentu juga menguntungkan parti "pembangkang".

Terpulanglah Umno untuk memperbetulkan keadaan. Buatlah sesuatu. Dulu ada juga dikatakan usaha mewujudkan "cybertroppers". Kini, apa pula. "Pegawai penerangan siber" atau "Penjawab Siber" atau bagilah nama yang sesuai lagi.

Ini kerana anak-anak yang bekerja di Lembah Kelang itu akan "menyebarkan" apa yang dibaca dan didengar kepada ibu bapa dan keluarga yang keluar pengundi pada 8 Mac lalu.

Mereka sudah pasti terpengaruh apa yang diberitahu oleh kaum keluarga, sanak saudara atau rakan taulan.

Jangan lupa juga peranan pensyarah di institusi pengajian tinggi swasta dan awam. Mereka ini juga boleh "membuat sesuatu" untuk mempengaruhi anak murid.

Apatah lagi bonus yang ditunggu tidak kunjung tiba. Maka mereka bakar kelambulah.

Oleh itu, sudah sampai masanya Umno mengambil pendekatan yang sistematik untuk memberi perhatian penuh kepada media baru ini mulai sekarang sehingga hari kiamat.

Reaksi positif Menteri Kabinet juga akan membantu mengubah tanggapan bahawa media baru mampu membawa perubahan. Setidak-tidaknya menggerakkan rakyat - otak, hati dan perasaaan mereka.

Seperti yang dinyatakan dulu bahawa kini bukan masanya untuk memperkatakan sama ada sesuatu perkara itu benar atau tidak. Yang penting ialah kepercayaan pembacanya terhadap bahan yang dihamburkan.

Terpulanglah Umno untuk memperbetulkan keadaan. Buatlah sesuatu. Dulu ada juga dikatakan usaha mewujudkan "cybertroppers".

Kini, apa pula. "Pegawai penerangan siber" atau "Penjawab Siber" atau bagilah nama yang sesuai lagi.

Jangan biarkan nasi yang akan dimasak pada masa akan datang menjadi bubur. Tapi ada sesetengah orang suka bubur.

Bagi mereka, bubur pun sedap juga, jika dimasukkan ikan bilis, telur masin dan kacang. Sesuai untuk orang tiada gigi. - KLpost

ASAKAN BN Sabah, LEMASKAN Anak Badawi!

By YB SALAHUDDIN AYUB

DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan perkembangan terkini politik Sabah yang semakin menggugat kedudukan BN sebaik sahaja krisis politik di Terengganu dapat ‘diselesaikan’.

Lawatan Perdana Menteri yang sedang didesak untuk meletak jawatan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Sabah untuk menemui ahli-ahli parlimen dipercayai untuk mengukuhkan kedudukan BN yang semakin tergugut kebelakangan ini.

DPP Pusat percaya isu-isu yang berbangkit di Sabah jika tidak ditangani dengan berkesan oleh Pak Lah boleh menjadi punca kejatuhan BN kelak.

Pergolakan politik Sabah memang sentiasa menarik perhatian pengkaji politik semenjak 1960-an lagi. Politik Sabah sudah biasa dengan lompat-melompat dan juga pertukaran parti pemerintah.

Cuma, selepas Umno berjaya membeli wakil-wakil rakyat PBS pada 1994, politik Sabah agak stabil kebelakangan ini.

Tetapi dengan perkembangan politik yang terbaru ini, dipercayai Sabah akan memulakan protes pertama terhadap BN dengan beberapa parti komponannya meninggalkan BN dan menyokong BA sekali gus akan menamatkan zaman BN di negara ini.

Selepas menang besar iaitu 23 daripada 24 kerusi parlimen di Sabah, politik Malaysia dikejutkan oleh tindakan Datuk Anifah Aman yang menarik diri daripada jawatan timbalan menteri walaupun telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Anifah Aman adalah adik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Selepas itu, seorang timbalan menteri, Datuk Abdul Ghapur Salleh telah meletakkan jawatannya diikuti oleh desas-desus dua lagi menteri iaitu Datuk Bernard Dompok Gilok dan Datuk Shafie Afdal akan meletak jawatan.

Pemimpin BN di Sabah juga secara terbuka memaklumkan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan agihan kerusi Kabinet kepada pemimpin Sabah walaupun ‘nyawa’ BN di tangan mereka.

Menyedari masalah yang amat parah di Sabah ini, Presiden Umno itu mengambil keputusan untuk segera ‘menyelesaikan’ krisis politik Terengganu dengan mengiktiraf Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar walaupun sebelum ini mereka berkeras menolaknya.

Kini, tumpuan Pak Lah ialah untuk menyelamatkan ‘hayat politiknya’ yang mula tergugat ekoran tuntutan dari negeri di bawah bayu itu.

Pak Lah terpaksa menemui seorang demi seorang ahli parlimen Sabah bagi mendapat jaminan untuk tidak bertukar parti demi mempertahankan survival politik BN dan Pak Lah sendiri.

DPP Pusat percaya bahawa ahli-ahli parlimen Sabah berpegang dengan ‘janji’ mereka untuk tidak melompat parti, tetapi rakyat sedang menunggu untuk parti mereka meninggalkan pakatan BN, seterusnya menjatuhkan BN di Kuala Lumpur.

PAKATAN RAKYAT Lawan BARISAN NASIONAL...

Nama Pakatan Rakyat ini akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini!


By BERNAMA

PARTI Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas hari ini bersetuju menggunakan perkataan "Pakatan Rakyat" bagi menggambarkan kerjasama antara ketiga parti itu, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membawa perkara itu kepada parti masing-masing untuk mendapatkan persetujuan.

"Nama Pakatan Rakyat ini akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat antara ketiga-tiga pihak itu di ibu pejabat PKR di sini hari ini .

Anwar berkata, bagi memantapkan kerjasama Pakatan Rakyat, satu Majlis Pimpinan yang terdiri daripada tiga ketua parti itu akan diwujudkan selain satu Sekretariat Bersama yang mempunyai wakil setiap parti.

Katanya beliau hanya akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan itu dan bukannya menjadi ketuanya.

Anwar berkata, ketiga-tiga parti itu juga akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April ini bagi memantapkan pemahaman Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengenai semua dasar.