KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 03, 2010

Putar-belit pemimpin Umno untuk tutup pekung hubungan mesra Umno-Zionis yang ditandai oleh APCO Worlwide


Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan Zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. 

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas. Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. 

Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis: "Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."

Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

Bagaimana pun, pendirian Anwar dan KeADILan tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. 

Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara. Mengenai sindiran Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. 

Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera. Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. 

Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik APCO (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Dato' Seri Rais Yatim menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-BN, yang kini menerima nasihat daripada APCO.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib.  Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh APCO di Malaysia.

Kelantan tidak pernah meluluskan premis atau lesen judi sejak 20 tahun berkuasa


Kerajaan Kelantan tidak pernah meluluskan premis atau lesen judi kepada mana-mana pihak, selain premis untuk penjualan arak yang diluluskan kepada beberapa buah kedai bukan Islam secara terkawal. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri hanya meluluskan premis penjualan arak khusus untuk bukan Islam.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak pernah meluluskan lesen judi walaupun untuk bukan Islam sebagai mana lesen arak,” ujarnya. Lesen judi dan arak adalah perkara yang berbeza. Katanya, lesen arak mengikut majlis daerah masing-masing di seluruh jajahan di negeri ini yang hanya diluluskan di restoran bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan kerajaan negeri meluluskan lesen arak dan judi. Kerajaan negeri hanya memberi kelonggaran kepada golongan terbabit untuk tujuan itu, bagaimanapun hanya di restoran terpilih sahaja.

Tambahnya, namun kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang bentuk lesen judi sejak hampir 20 tahun PAS mentadbir negeri ini. Bagaimanapun, sekiranya kegiatan itu masih berlaku di negeri ini, ianya beroperasi secara haram.

“Kalau didapati ada yang terlibat dengan kegiatan ini, orang ramai boleh membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Pihak MPKB-BRI secara bersepadu dengan beberapa jabatan lain lagi akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menjalankan kegiatan terbabit,” ujarnya.

Jumaat, Julai 02, 2010

Umno hairan: PAS berdakwah di Gereja Christ of The King bagi menjelaskan pelbagai isu yang mengelirukan penganut Kristian


Di bawah pemerintahan Umno-BN, orang Melayu-Islam bukan sahaja semakin jauh dan tidak didekatkan kepada Islam, malah ada yang murtad.  Manakala orang bukan Islam pula, mereka bukan sahaja ditakut-takutkan dan ditanam perasaan prejudis terhadap Islam, malah ada yang berani menentang Islam secara terbuka.

Lantaran itu, PAS juga menerima kesannya apabila turut sukar mendekati masyarakat bukan Islam. Namun hasil usaha tanpa pernah jemu, masyarakat bukan Islam semakin menilai PAS hingga temboh pemisah selama ini dapat diruntuhkan. Pada ketika sama, masyarakat bukan Islam semakin menjauhi Umno-BN setelah melihat tindakan mereka yang semakin banyak menggugat keharmonian antara kaum dan agama.

Buat julung kalinya di negeri ini, satu dialog antara PAS yang diwakili Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Ustaz Dr. Mujahid Yusof dengan panganut Kristian telah diadakan di Gereja Christ of The King, Sungai Petani baru-baru ini.

Pelbagai persoalan ditanya yang menunjukkan bahawa mereka selama ini telah meragui dan salah faham terhadap Islam dan PAS. Antaranya berhubung kalimah Allah, murtad, Suruhanjaya Antara Agama (IFC), pelapis kepimpinan ulama, perkataan kafir, hudud, bahkan perkataan 'Mujahid' turut dibangkitkan. 

Pun demikian, penjelasan diberikan Ustaz Mujahid nyata membantu meleraikan kesangsian selama ini sekaligus membuka ruang kelegaan buat mereka. Walaupun imbal balas yang diterima di kalangan mereka mengakui masih ada perasaan was-was, namun dialog itu telah membuka mata mereka terhadap kesederhanaan PAS dan berharap dapat diadakan lebih kerap selepas ini. 

Terdahulu, Ustaz Mujadid dalam ucapan aluannya menghuraikan pendirian PAS dan prinsip Islam mengenai kebebasan dan hubungan antara agama, isu kalimah Allah, susur galur kekeluargaan Nabi Ibrahim hingga Nabi Muhammad dan sejarah Kristian - Islam serta ketuhanan Allah, rasuah, arak dan judi serta isu-isu negara. Hadir sama Ketua Paderi Gereja Christ of The King, Father Nelson; Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw dan aktivis masyarakat, Anil Netto.

Membuktikan Hang Tuah ialah Hang Too Ah berbangsa Cina yang mengikuti pendakwah Islam Laksanama Muhamad Cheng Ho ke Melaka

Buat julung kalinya di negeri ini, satu dialog antara PAS yang diwakili Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Ustaz Dr. Mujahid Yusof dengan panganut Kristian telah diadakan di Gereja Christ of The King, Sungai Petani baru-baru ini.

Sebentar tadi saya menghubungi Ibnu Hashim atau Dr. Mohd Hashim (foto kanan) berkenaan cadangan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf untuk menganjurkan seminar tentang Hang Tuah sebagai berbangsa Cina di negara ini. Mujahid yang berperanan efektif menggerakkan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat setakat ini berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, dan menggerakkan Dialog Islam-Kristian di gereja-gereja atas jemputan pihak Kristian. 

Mohd Hashim mengesahkan sebagai benar. Ada berbincang malam tadi dan cuba mencari angle terbaik untuk menonjol dan membuktikan bahawa Hang Tuah yang menjadi idola Umno, dengan keris terhunus itu bukannya seorang berbangsa Melayu sebaliknya seorang berbangsa Cina yang datang ke Melaka bersama Hang Li Po.

Katanya, cadangan menseminartkan itu sangat baik bagi mmebuka dan membedah sejarah yang tak pernah menipu. Tujuannya, supaya rakyat Malaysia tahu peranan orang Cina dalam pengembangan Islam dan peranan dalam politik negara Malaysia tercinta ini.

"Kalau Laksamana Muhamad Cheng Ho, boleh ditonjolkan sebagai pendakwah Islam di nusantara ini, mengapa peranan 'Hang Too Ah' yang ada kaitan dengan rombongan 'Hang Li Po' dari China, bahkan mungkin ada kena mengena dengan misi Laksamana Muhammad Cheng Ho itu tidak boleh ditonjol dan diseminarkan?" soal Ibnu Hashim kepasa saya semula.

Soalnya, bagaimanakah reaksi Umno jika ada seminar seumpama ini nanti. Parti Melayu kebangsaan itu mendakwa Hang Tuah adalah lambang kesetiaan seorang Melayu terhadap Rajanya, namun apa yang dilakukan Hang Jebat yang dikatakan menderhaka, acapkali juga diilhamkan Umno sebagai hujah untuk menentang pihak-pihak tertentu khusus dalam isu menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu. 

"Nanti marahlah Umno, kerana tokoh idola mereka dapat dibuktikan sebagai bukan Melayu?" usik saya kepada beliau.

"Takpa. Dalam minggu ini saya akan ke Beijing China, kalau ada kesempatan saya akan cuba polemikkan perkara ini dengan beberapa tokoh akademik di sana. Ini kerana beberapa tahun dahulu usaha menseminarkan hal ini dikatakan terhenti kerana menunggu maklumat dari Hong Kong," ujar beliau.

Turut hadir dalam pertemuan semalam, selain Dr. Mujahid ialah beberapa ahli politik dan pendidikan dari Pulau Pinang seperti Sdra. Zulkifli Mohd Lazim dan Shahabudeen Jalil.

Shahabudeen Jalil, antara pencetus awal mengenai kisah Hang Tuah bukan Melayu melalui blog Suara Anum.com (Sila lihat polimik bertajuk 'Hang Tuah Berbangsa Cina Shahabudeen Jalil & Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu Kenny Chee), beberapa tahun lalu.

"Pandangan ini saya petik dari tulisan buku Ibnu Hasyim dalam bukunya,'1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' (Terbitan GG Edar 1993)... sehingga saya dijemput berceramah di beberapa tempat. Tapi tiada kesempatan," sambung Shahabudeen yang kini menjadi seorang ahli bisnes penuh masa.

PAS mahu Anwar nyatakan sikap terhadap laporan akhbar Washington Post

"Saya tidak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim nyatakan pendirian peribadinya dengan Yahudi, saya desak dia nyatakan pendirian berhubung laporan Washington Post itu," tegas Datuk Harun Taib.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas lanjut berhubung berita mStar Online bertajuk "Isu Israel: Ketua Dewan Ulama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian". Pun begitu, beliau mengaku bahawa beliau enggan memberi lebih banyak komentar berhubung laporan akhbar antarabangsa itu sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan mStar, Ariffuddin Ishak.

Namun, sekiranya benar sekali pun berita itu, katanya, kenyataan Anwar itu bukanlah mencerminkan pendirian umum Pakatan Rakyat. Harun berkata, pendirian PAS konsisten menentang kezaliman zionis Israel di Gaza, terutama sejak armada Mavi Marmara dihalang menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak itu, lapor Harakahdaily.

Sebelumnya, mStar Online melaporkan, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pedirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis. Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu laporan akhbar Washington Post Isnin lalu yang mengatakan bahawa berada di Washington DC selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel dibakar, dan beliau juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington DC yang menurutnya "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Isu terbaru mengenai Anwar memohon maaf kepada Yahudi Amerika itu juga turut diperkatakan dengan meluas dalam blog-blog politik dan juga sosial tempatan. Bagaimanapun Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan kenyataan Anwar itu lebih bersifat peribadi. "Saya tak nak komen banyak mengenai laporan itu, kami anggap itu adalah soal peribadi beliau," katanya.

Namun tegasnya, PAS tetap dengan pendirian mereka seperti yang dibangkitkan pada Muktamar Tahunan parti itu baru-baru ini iaitu lantang mengutuk kekejaman Israel terutama selepas tragedi berdarah serangan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.

Laporan Utusan Malaysia berniat jahat bagi menggambarkan Anwar Ibrahim pro-Yahudi

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan laporan Utusan Malaysia berniat jahat dan bagi menggambarkan Anwar pro-Yahudi. "Mereka tidak faham seluruh artikel (dalam Washington Post) dan tidak membacanya dengan penuh teliti," katanya. Jelas beliau, jika dinilai berdasarkan tindakan Anwar mengkritik keganasan Israel dalam insiden berdarah flotila Mavi Marmara, jelas Anwar konsisten menentang keganasan Zionisme. 

Ditanya tentang laporan Anwar dikatakan menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis", Shamsul yang juga Ketua Majlis Pimpinan PKR Melaka menjelaskan: "Saya tidak rasa artikel dalam Washington Post itu ada menggunakan perkataan kesal."

Sementara itu Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya mengulas, "Bukan untuk pujuk Yahudi. Beliau juga pergi untuk bertemu dengan anak lelakinya yang sedang menuntut di sana." Utusan Malaysia melaporkan, tindakan itu ekoran Anwar dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu firma perunding APCO Worldwide baru-baru ini.

Memetik tulisan dalam Washington Post, akhbar Umno itu melaporkan Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk pengerusi jawatankuasa luar negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.  Malah, Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Latheefa berkata, Anwar telah menjelaskan kepada pemimpin PKR bahawa dalam pertemuannya dengan pemimpin negara kuasa besar itu, beliau mengambil peluang menjelaskan perbezaan istilah "Yahudi" dan "Zionisme" seperti yang digunakan dalam konteks Malaysia. 

Ini kerana, kata Latheefa, sikap anti-Yahudi adalah satu bentuk rasis kerana Yahudi itu mewakili bangsa sesuatu kaum. 'Mereka American' "Anwar jelaskan bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi anti Zionis," katanya yang menyifatkan pemimpin nombor satu Pakatan itu menjadi mangsa lobi Zionis di Amerika Syarikat yang terlalu luas.

"Beliau tak pernah minta maaf kerana mengkritik Zionis." Latheefa juga menjelaskan pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin tertentu di luar negara hanyalah atas dasar "pertemuan pemimpin Malaysia dan Amerika. Mungkin kebetulan mereka Yahudi. Tetapi ini bukan isu, mereka American (orang Amerika)," katanya lagi. 

Himpunan Rakyat Tak Nak Judi di Masjid Negara 3 Julai diteruskan - GMJ

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) tetap menganjurkan perhimpunan aman dikenali "Himpunan Rakyat Tak Nak Judi" pada Sabtu, 3 Julai jam 2 petang di Masjid Negara.

Menurut Setiausahanya, Suhaizat Kaiat, walaupun judi bola sepak sudah ditarik balik kelulusannya, tetapi sebagai usaha untuk mendidik rakyat membenci judi yang baru bermula, masih terlalu banyak aktiviti perjudian dalam negara yang patut dicegah. 

Tegasnya, jika kerajaan menjadikan asas agama dan politik untuk membatalkan lesen judi sukan maka pihak kerajaan sememangnya wajar membatalkan lesen-lesen judi yang lain secara berperingkat. 
"Rakyat perlu di didik membenci judi. Undang-undang perlu diperketatkan penguatkuasaanya," ujarnya kepada Harakah.

GMJ katanya, mengajak semua pihak daripada pelbagai agama dan bangsa tanpa mengira fahaman politik agar dapat bersama dalam himpunan aman ini dan ia sangat penting bagi mempastikan rakyat Malaysia bebas daripada judi. 

Judi tegas Suhaizan sangat bertentangan dengan semua agama dalam dunia ini dan ia boleh meruntuhkan masyarakat dan negara. Selain pemimpin GMJ, beberapa pimpinan PAS Pusat akan turut bersama-sama rakyat menyatakan bantahan pada himpunan ini. 

Buat apa serba tak kena: Umno diserang "barah buah dada" menjelang Pilihan Raya Umum -13


Sebelum ini, heboh mereka mengatakan ada 100 ulama akan masuk Umno. Yang lebih menarik antara nama yang disebut-sebut akan turut menyertai parti itu ialah bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin – yang kemudiannya, ternyata mereka yang menghebohkan itu, berbohong.

Dari kenyataan yang boleh difahami melalui blognya, Dr. Mohd Asri masih mahu kekal tidak berparti tetapi ada 40, kurang 60 jumlah yang mereka hebohkan itu telah menghantar borAng untuk memohon menyertai Umno. Entah apa istimewa pemohon-pemohon ini, borang permohonan mereka diserah kepada Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak – mungkin bertujuan publisiti yang sedikit sebanyak menyebabkan Ketua Umno Bahagian Cheras, Dato' Wira Syed Ali AlHabshee kurang bersetuju dengan kehebohan tersebut.

Sebenarnya, mereka yang suka buat kerja heboh ini mahu menarik perhatian siapa, ketika membariskan 40 orang muda yang mereka gelar ulama muda menghantar permohonan masuk Umno?  Adakah mereka ada menjanjikan apa-apa peluang kepada 40 orang ulama muda ini atau, mereka mahu memberi serangan psikologi kepada musuh mereka?

Mereka ini sudah buntu sebenarnya. Dalam kotak fikiran mereka, apa lagi yang perlu mereka lakukan untuk menunjukkan kepada Presiden Umno, yang mereka membuat kerja menarik orang luar meminati Umno dan seterusnya menyertai parti yang sedang sakit ini.

Umno sakit. Mereka yang menghebohkan kononnya ada 100 ulama mahu menyertai Umno juga adalah orang yang sakit. Sakit mereka, mahu mereka ubati dengan menonjolkan kerja-kerja baik di depan Presiden parti dengan harapan mendapat puji-pujian.

Hakikatnya, Umno semakin sakit kerana kehadiran 40 ulama muda ini tidak dialu-alukan. Malahan, belum ada mana-mana ketua bahagian yang mempelawa supaya kesemua 40 ulama ini supaya menjadi ahli Umno di bahagian mereka, kecuali ada desas-desus mengatakan kesemua 40 ulama muda ini didaftarkan di Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Bukan sedikit yang tertawa dengan lakonan yang tidak bermaya ini kerana keahlian Umno di Cawangan Dataran Merdeka yang tidak berpenghuni menyebabkan ada yang tertanya-tanya, adakah ini  'cawangan bunian' yang ditubuhkan kerana ada ahlianya mahu bertanding di peringkat bahagian.

Umno mendakwa mereka sudah mendaftar sekitar 3.2 juta ahli setelah pembersihan dilakukan. Namun, Umno dengan keahlian yang sebesar itu masih kurang yakin bahawa mereka sudah cukup kuat bagi menghadapi serangan musuh.

Maka, berhempas pulaslah mereka mencari 100 ulama untuk menyertai parti itu. Malangnya, dari 100 yang diharapkan hanya 40 yang sudi. 
Itupun, khabarnya atas kerja kuat bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim sedang bersilat mahu membersihkan namanya kerana dikaitkan dengan Jamaah Islamiyah (JI) dan fahaman Wahabi.

Cerita 'Juara Rakyat' sudah semakin dilupakan kerana Umno hari ini terpaksa berdepan dengan cerita kerugian Sime Darby dan perlantikan CEO baru. 

Cerita kemerosotan nilai asset Felda dari lebih RM 4 billion kepada berbaki sekitar RM1.5 billion juga memeningkan walaupun Ketua Penerangannya, Dato' Ahmad Maslan mahu menyaman Suara Keadilan yang didakwa membuat laporan tidak tepat. Belum habis cerita seorang remaja terbunuh kerana ditembak polis di Shah Alam, hari ini timbul pula cerita seorang penuntut di RMC meninggal dunia kerana ada unsur buli.

Pertelingkahan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali juga dilihat 'dendam tak sudah' kerana KJ memang tidak gemarkan Ibrahim Ali dan Perkasa yang mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

'Permusuhan' antara KJ dengan Dr. Mahathir nampaknya bersambung dengan kisah KJ dengan Ibrahim Ali. Ini semua akan membebankan Umno kerana kehadiran KJ tidak menyeronokan Najib sebagai Perdana Menteri.

Itulah sebabnya, Najib masih enggan menamakan KJ sebagai salah seorang anggota kabinetnya walaupun KJ menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Ada yang mendakwa, Najib bimbang Dr. Mahathir akan 'bermasalah' dengannya jika beliau mengambil KJ menjadi anggota kabinetnya. Najib tentunya tidak mahu menjadi Perdana Menteri seperti pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi yang teruk diserang Dr. Mahathir hingga Dr. Mahathir bertindak keluar Umno kerana mendesak Abdullah berhenti.

Ada sumber memberitahu, ada orang tertentu dilantik oleh Najib duduk di Ibu Pejabat Umno kerana mahu menyekat kemaraan KJ. Sejauh mana kebenaran cerita itu, tiada siapa yang dapat mengesahkannya tetapi cakap-cakap di bawah, semuanya jelas mengenai cerita ini. Umno memang ketandusan tokoh agama sejak sekian lama apabila ramai ulama memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka.

Itulah sebabnya sejak sekian lama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama diambil dari luar Umno. Ini termasuklah Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Dato' Dr. Abdullah Mohd Zin, Dato' Seri Zainal Abidin Abdul Hamid dan kini Dato' Jamil Khir Baharom. Barangkali, Umno mengharapkan dari 40 ulama muda yang mereka banggakan ini, adalah seorang dari mereka yang layak menggantikan Jamil Khir jika Jamil tidak ada tempat atau kalah dalam pilihan raya kelak.

Biasanya, Umno hanya menggunakan khidmat tokoh-tokoh agama ini seketika sahaja. Dr. Abdul Hamid pernah digugurkan dan tempatnya digantikan dengan Senator Abdul Hamid. Malangnya, apabila Abdul Hamid menang pilihan raya di Parlimen Parit Buntar, dia tidak dinamakan semula sebagai menteri. Begitu juga dengan Dr. Abdullah Md Zin. Bila dia menang kerusi Parlimen Besut, dia digugurkan dari jawatannya sebagai menteri.

Apa sebabnya, tiada siapa yang boleh memberi ulasan kerana Umno memang sering membuat kerja-kerja 'sakit' dan menyakitkan. Ketika diperlukan mereka dilantik sebagai Senator tetapi apabila mereka menang pilihan raya, orang agama ini disingkirkan tanpa apa-apa sebab. Apakah semua ulama muda tidak nampak akan permainan ini. Jika nampak, baguslah. Tunggulah waktu mereka pula menerima nasib serupa. Jadi, sendiri mahu ingat! - Safar Jumaat

Tok Guru Nik Aziz mahu Karpal Singh buktikan konsep negara Islam acuan PAS salah

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah. Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir dari pemimpin komponen Pakatan Hide allRakyat yang mencurigai hasrat PAS itu, ia merupakan pendapat peribadi masing-masing.

“Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar PAS itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam,” katanya dipetik Bernama.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri, bukannya dari DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS itu salah, kata Nik Aziz. Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.

Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Rosmah Mansor ke New York


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun didesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat. Dalam jawapan bertulisnya kepada N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Najib mengelakkan daripada memberikan sebarang jumlah.

"Kos penginapan dan perjalanan Rosmah dimasukkan dalam perbelanjaan yang diperuntukkan untuk perdana menteri, berdasarkan kedudukannya sebagai isteri perdana menteri,” kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.

Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang kurang tepat itu, cuba menimbulkan perkara berkenaan dengan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Bagaimanapun, Pandikar menjawap Aturan Dewan tidak memberikannya kuasa untuk menilai 'kualiti' jawapan menteri dan sehubungan itu, beliau tidak boleh bertindak.


Berikutan itu, Najib memberitahu Dewan Rakyat bahawa BCIU yang meletakkan iklan berkenaan. Bagaimanapun majlis berkenaan belum mengesahkan perkara tersebut. Bercakap kepada wartawan, Gobalakrishnan berkata kerajaan harus telus dan mendedahkan kos sebenar perbelanjaan Rosmah.

"Sebelum ini, mereka dakwa ada NGO yang membiayai lawatan isteri perdana menteri. Tetapi sekarang mereka berkata pejabat PM pula yang membayar. Saya akan terus menulis meminta jawapan. Saya minta perangkaan, tetapi mereka tidak memberikan jumlahnya. Rakyat seharusnya tahu berapa yang dibelanjakan oleh isteri PM.”

Khamis, Julai 01, 2010

Tak sangka, Perak kini jadi negeri ke 3 paling miskin di Malaysia selepas Sabah dan Terengganu


Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming mendedahkan Perak telah menjadi negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan. Dakwanya, Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu, setelah 53 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping, mendedahkan statistik Jabatan Perdana Menteri; 40 peratus dari keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga diseluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, dengan Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5 peratus  dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. 

Tambahnya lagi, 40 peratus lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Nga menegaskan,  hanya 5.9 peratus keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00.

"Keadaan ini jauh menepati sasaran dimana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun. Fakta ini amat memalukan rakyat Perak kerana pada 1970-an,  Perak pernah menjadi negeri paling kaya jika dibandingkan dengan negeri lain. 

"Kadar kemiskinan Perak juga membimbangkan dengan kedudukan merosot sehingga menjadi negeri ketiga termiskin, hanya lebih baik jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu," tegasnya. Sehubungan itu Nga menyeru rakyat menyokong dasar reformasi Pakatan Rakyat dan memberi sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 demi masa depan anak bangsa dan negeri Perak.  

Sports Toto mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti bagi terbit bon 'medium term'


Walaupun kelulusan judi sukan bola sepak ditarik balik oleh Kerajaan Umno-BN dari Ascot Sports, tetapi melalui syarikat terasnya Berjaya Sport Toto Bhd (BToto) menyebutkan Sports Toto Malaysia Sdn Bhd (STMSB) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti bagi STMSB menerbitkan bon ‘medium term’ berjumlah sehingga RM800 juta.

Sehubungan itu Btoto juga menjelaskan Maybank Investment bertindak selaku penasihat dan penyususun utamanya dan bersama dengan AmInvestment sebagai pengurus utama dalam penerbitan bon tersebut. Dana yang bakal dijana dikatakan akan digunakan untuk membayar hutang pinjaman STMSB dan sebagai modal pusingan.

Dolak-dalik perkara akibat tekanan daripada pelbagai pihak tentang hal lesen judi telah mengakibatkan PM Najib Razak semacam cacing kepanasan. Untuk ingatan pada 7 Jun, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, selaku Menteri Kewangan telah menafikan berita tentang lesen yang dikeluarkan kepada Ascot Sports.

Pada 11 Jun, Berjaya Sports Toto mengeluarkan memorandum untuk menerbitkan pinjaman bon dalam 'medium term note' untuk 10 tahun berjumlah sehingg RM800 juta. Pada 12 Jun, Ascot Sport pula mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa mereka telah menerima kelulusan lesen judi sukan tersebut 15 Jun, Najib sekali menegaskan bahawa tidak ada lesen dikeluarkan.

Dengan penerbitan berita ini, maka sah bahawa dolak-dalik kerajaan Najib adalah tidak benar sama sekali. Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebelum ini bahawa beliau punya bukti tentang dokumen-dokumen bersabit lesen judi sukan, berasas.

Memorandum itu juga ada menyebutkan bahawa terdapat 220 premis Sports Toto akan digunakan untuk pertaruhan judi sukan tersebut. Adalah munasabah mengandaikan bahawa keperluan modal pusingan atau 'working capital' yang disebutkan bagi tujuan penerbitab bon adalah untuk membiayai keperluan premis-premis ini.

Rancangannya adalah untuk mengendalikan judi sukan pada bulan Ogos dan September untuk Liga Perdana England.

Haramkan karya Zunar: Kini kartun ancam keperkasaan Umno-BN dan Najib Tun Razak

Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bukan sahaja bimbang malah terpaksa bertindak tegas terhadap penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam dan merampas buku kartun '1Funny Malaysia', 'Perak Darul Kartun' dan 'Isu Dalam Kartun'. Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Gedung Kartun, tetapi ditolak oleh KDN. Ustaz Idris berkata, pemimpin Umno-BN yang menguasai kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. 

"Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka. PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka," tegas.

Tegasnya, rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka dan Zunar yang juga mantan Ketua Pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai kartunis yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.

Kes kapal selam, dasar-dasar Najib, pergaduhan pemimpin Umno-BN, kezaliman mereka, rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam
bentuk kartun oleh Zunar, ujarnya.

Zunar juga kata Ustaz Idris, antara pengkartun yang berjaya menelanjangkan kebobrokan Mahathir dan Pak Lah serta Menteri-menteri mereka seperti Rafidah, Samy Vellu dan sebagainya sebelum ini dalam bentuk kartun.

"PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya. Ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan serta kartun-kartun lain diakhbar milik Umno-BN pun tak mampu menyaingi apa yang dihasilkan
oleh Zunar," tegas beliau.

Pemuda PAS Perak mahu kerajaan jelaskan penahanan Zulkifli oleh Kerajaan Mesir


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menggesa pihak berkuasa Mesir serta Kerajaan Malaysia khususnya Wisma Aman untuk memberikan maklumat serta penjelasan berhubung kes penahanan seorang rakyat Malaysia, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, oleh pihak berkuasa Mesir pada 13 Jun lalu.

Menurut timbalan ketuanya, Ustaz Nur Munir Ali, sehingga kini tiada sebarang penjelasan dibuat oleh kerajaan mengenai status kes tersebut, menyebabkan pihaknya mengambil tindakan untuk menghantar memorandum kepada Kedutaan Mesir.

"Kita membuat keputusan untuk mendapatkan keterangan dan penjelasan di sebalik penahanan tanpa sebab pihak berkuasa Mesir ke atas Zulkifli dan jika tiada apa-apa alasan yang munasabah kita harap pihak kedutaan dapat membantu untuk melepaskan beliau," ujarnya kepada Harakah.

Dalam pertemuan singkat tersebut, beliau dimaklumkan Zulkifli dipercayai ditahan dengan dakwaan mempunyai kaitan dengan kes militan dan aktiviti pengganas. "Mereka (kedutaan) menafikan Zulkifli dipenjarakan di sana (Mesir), tetapi kami percaya ia mungkin ada kaitan dengan isu militan.

"Kami kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang tidak serius dalam menangani masalah ini kerana isu ini membabitkan kedaulatan rakyat Malaysia di Mesir," katanya. Ustaz Nur Munir bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr. Raja Ahmad al-Hiss telah merujuk Wisma Aman agar mereka mendapatkan maklumat bersama Jabatan Pelajar Malaysia di Mesir.

"Kami kesal dengan penahanan Mohamad Zulkfli yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak dan amat malang buat rakyat Malaysia dengan tindakan yang tidak berasas dibuat kerajaan Mesir dalam perkara ini," katanya. Pada masa yang sama, Pemuda PAS juga ujarnya telah mengambil inisiatif untuk menziarahi isterinya, Nurul Hidayah @ Icanna Lagago, 33 di Lenggong, Perak bagi menyerahkan sumbangan.

Penahanan Zulkifli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki pesawat pulang ke tanah air yang kini dipercayai berada di bawah tahanan pihak berkuasa Mesir tanpa sebarang maklum balas kepada ahli keluarganya.

Lajnah Kebajikan PAS Pusat bantu keluarga mangsa tahanan Kerajaan Mesir

Atas keprihatinan Dewan Muslimat PAS Pusat melalui Lajnah Kebajikannya telah menziarahi isteri Ustaz Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga itu apabila suaminya ditahan di Mesir.

Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Najihatossolehah Ahmad telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada isteri Ustaz Zulkilfi, Nurul Hidayah @Icanna Lagago di rumah keluarga berkenaan di Taman Samudra, dekat sini.

Turut serta ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Ustazah Bariah Alang Sapri dan dua Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri, Zuhairah Dato' Ghazali dan dan Mazidah Radzi. Menurut Nurul Hidayah, setelah 12 hari baru beliau mendapat maklumat suaminya itu kini ditahan di penjara bawah tanah dan tidak dimaklumkan di mana lokasinya.

"Di Mesir sekarang, sedang dalam musim panas yang sudah semestinya suhu dalam bilik tahanan tinggi," ujarnya. Hidayah merayu kepada Kerajaan Malaysia agar segera mengumumkan sebab penahanan suaminya dan berharap suaminya dibebaskan secepat mungkin untuk dibawa pulang ke negara ini.

Dr Awang Sariyan setuju mansuh peperiksaan jika boleh capai pembinaan sahsiah berkesan

Cadangan pemansuhan dua peperiksaan umum, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan  Menengah Rendah (PMR) perlu disokong jika ia berlandaskan tujuan untuk mencapai matlamat pembinaan sahsiah pelajar dengan lebih berkesan.

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China, Universiti Pengajian Asing Beijing, Prof. Dr. Awang Sariyan menegaskan, dengan pemansuhan kedua-dua peperiksaan umum itu, tumpuan perhatian  pelajar, guru dan ibu bapa diharapkan dapat dijuruskan lebih banyak kepada usaha dan langkah pembinaan sahsiah yang menyeluruh dan bersepadu.

Jelasnya, sikap dan tindakan tidak akan terbendung semata-mata oleh pencapaian gred dalam peperiksaan sehingga perhatian kepada aspek pembinaan sahsiah terabai atau diberi perhatian sampingan.  Tambahan pula katanya, secara praktisnya, kelulusan pada kedua-dua peringkat itu tidak mempunyai nilai yang begitu penting sebagai ukuran atau keperluan untuk peringkat pendidikan seterusnya, selain untuk keperluan pemilihan ke sekolah berasrama penuh.

"Walau bagaimanapun, Kementerian  Pendidikan perlu membuat perancangan yang amat teliti dan rinci tentang bagaimana cita-cita untuk mengalih paradigma pemikiran dan sikap semua pihak berkepentingan, iaitu pelajar, guru dan ibu bapa itu dapat dipenuhi dengan sebaik-baiknya. 

"Pengalaman menyaksikan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu (KBSR dan KBSM) menunjukkan bahawa dasar yang baik semata-mata, tanpa susulan dan pemantauan yang cukup berkesan tidak menimbulkan kesan yang diharapkan," tegasnya kepada Harakah.

Beliau menjelaskan, walaupun dalam tempoh lebih kurang 10 tahun pertama dilaksanakan, Kurikulum Bersepadu memperlihatkan hasil dan kesan yang menggalakkan, namun sesudah itu ketara berlakunya pencairan, sehingga beberapa teras Kurikulum Bersepadu seperti  Bahasa Merentas Kurikulum, Nilai Murni Merentas Kurikulum dan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis Merentas Kurikulum tidak jelas lagi pelaksanaannya.

"Akhirnya,  sistem pendidikan yang berpusat pada pencapaian akademik lebih daripada pencapaian menyeluruh dalam pembinaan sahsiah mengambil tempat semula," katanya.

Awang juga berharap seluruh jentera Kementerian Pendidikan, terutamanya perancang kurikulum, bahagian penilaian dan bahagian latihan guru perlu digerakkan dengan bersepadu untuk merangka satu pelan tindakan yang dapat memenuhi idealisme pendidikan bersepadu. Tambahnya lagi,  sistem penilaian alternatif perlu direncanakan dengan jelas agar pihak pengurusan sekolah mempunyai garis panduan yang tepat untuk melaksanakan sistem penilaian alternatif itu. 

"Pada asasnya, saya bersetuju  penilaian berasaskan sekolah perlu dijadikan alternatif penilaian umum di seluruh negara, yang memang sudah lama dibincangkan. Sekali lagi, penilaian berasaskan sekolah  memerlukan garis panduan yang tuntas untuk dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah. Ini  kerana akhirnya pihak itulah yang bertanggungjawab melaksanakannya dan memastikan pencapaian sistem alternatif itu," katanya.

Sehubungan itu, tokoh bahasa itu berharap  peralihan paradigma yang cuba dilakukan Kementerian Pendidikan  tidak semata-mata berlangsung dalam bentuk pemansuhan dua peperiksaan umum itu, tetapi hendaklah benar-benar kembali kepada terasnya, iaitu pelaksanaan sistem pendidikan yang dapat membina insan yang baik, sesuai dengan matlamat pendidikan yang digariskan oleh Islam (dan agama lain), yang telah diisytiharkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Melayu "pekak" daftar pemilih: Auku punca anak muda Melayu acuh tak acuh


Pelaksanaan Auku 1974 di peringkat kolej dan univerisiti antara punca generasi muda Melayu gagal menilai pendidikan politik di peringkat awal, menyebabkan mereka tidak berminat untuk mendaftar sebagai pemilih. Demikian ditegas Presiden Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz.


Menurut Faisal, akta itu telah mengikat pelajar-pelajar daripada mengikuti isu politik ataupun sosial yang melanda negara sebaliknya mereka boleh mengikuti isu yang remeh-temeh. Malangnya, kata beliau kesedaran politik yang sebaiknya dicanang di peringkat kampus khususnya bagi pelajar yang layak mengundi iaitu pada usia 21 tahun.

"Mereka ini tidak diberi pendidikan luas, sebaliknya dilalaikan dengan aktiviti hiburan semata-mata menyebabkan pelajar tidak mengambil berat isu politik yang melanda negara," katanya. Beliau percaya kecelaruan politik yang melanda negara juga menyebabkan generasi muda meletakkan undi bukan faktor penentu siapa yang memerintah.

"Bagi mahasiswa, suara mereka tidak dapat mengubah apa-apa ditambah pula ketelusan pilihan raya dipertikaikan menyebabkan mereka sangsi dengan sistem pilihan raya negara ini," katanya. Misalnya, dalam isu celup jari, jelas Faisal anak-anak muda rasa tertipu dengan cadangan kerajaan akhirnya ia tidak dilaksanakan dengan alasan yang tidak munasabah.

"Kalau betul untuk memastikan anak-anak muda yakin pada sistem pilihan raya laksanakan cadangan celup jari itu. Mereka sudah pasrah dengan sistem yang ada sebab itulah mereka memandang mudah terhadap hak mereka untuk mengundi," tegasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas, kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno mendapati nisbah antara orang Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Pemuda DAP hairan mengapa MT Umno buat keputusan, bukannya kabinet batal judi?


Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) mengalu-alukan keputusan kerajaan Umni-BN untuk menarik balik hasrat memberikan lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports dan ia dilihat sebagai kesan kebangkitan kuasa rakyat yang dicetuskan "tsunami politik 8 Mac 2008".  

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan suara  rakyat tidak lagi dapat diketepikan serta mampu mengubah keputusan dan pendirian kerajaan dalam sebarang isu termasuk isu lesen perjudian sukan ini.

Jelasnya, walaupun Dapsy mengalukan keputusan tersebut namun timbul persoalan mengapa keputusan pemberian lesen ini yang sepatutnya dikeluarkan oleh kerajaan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan bukannya mesyuarat kabinet?  

"Apakah Majlis Tertinggi Umno yang menentukan segala dasar kerajaan dan bukannya kabinet yang dianggotai oleh semua wakil komponen Barisan Nasional? Di manakah semangat perkongsian kuasa yang menjadi prinsip utama Barisan Nasional?" katanya kepada Harakah.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Rasah menegaskan tindakan tersebut amat jelas menunjukkan penentu segala keputusan dalam kerajaan ialah Umno dan bukannya BN.   Keadaan tersebut kata Anthony menggambarkan kuasa hegemoni Umno dalam BN semakin menonjol dan parti-parti komponen yang lain hanya berperanan sebagai "penghias" semata-mata. 

"Pandangan daripada MCA, Gerakan, MIC, PPP dan parti lain adalah tidak relevan sama sekali. Pucuk pimpinan MCA, MIC dan PPP telah secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap pemberian lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports sebelum ini," katanya. Sehubungan itu beliau meminta parti-parti komponen BN menjelaskan pendirian mereka berhubung tindakan Umno itu.

Vincent Tan merajuk, Umno pula terpaksa "mandi limau"

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak membatalkan lesen judi perlawanan Bola Sepak Piala Dunia dipercayai mempunyai agenda dan cerita tersembunyi. Menurut Setiausaha Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ), Suhaizan Kaiyat, Keputusan tersebut dibuat disebabkan keadaan mereka yang kini sedang terperangkap dengan mainan politik dalaman dengan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

"Umno terperangkap dengan Vincent Tan kerana parti itu terhutang budi dengan dia (Vincent) dengan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan sebelum ini," katanya.

Tambahnya, kerajaan telah mengeluarkan surat kepada pihak Berjaya ekoran pengeluaran lesen pertaruhan bagi perlawanan bola sepak Piala Dunia namun ianya terpaksa ditarik balik. "Umno telah berjanji dengan Vincent kerana termakan budi sebelum ini tetapi malangnya ia terpaksa dibatalkan akibat bantahan rakyat terhadap isu judi ini," tegasnya.

Terdahulu, ketika diminta mengulas mengenai 'Himpunan Bantah Judi Sukan' Suhaizan berkata pihak penganjur tetap akan meneruskan program tersebut. "Cuma kita akan ubah dari segi pengisian program yang dimulai dengan solat Zohor, solat hajat dan ceramah mengenai judi. Orang ramai dijemput hadir ke Masjid Negara pada 3 Julai akan datang," tegasnya.

Menjawab soalan mengenai mood rakyat mengenai himpunan yang agak 'sejuk' beliau menjelaskan program seumpama itu adalah merupakan satu mekanisme bagi mendidik rakyat mengenai hukum judi serta kesannya kepada pembinaan sahsiah dan masyarakat.

"Kita baru sahaja mendidik rakyat mengenai judi, iaitu hasil judi yang merosakkan rakyat dan ia perlu diteruskan bagi memberi input bermanafaat kepada rakyat bagi mempertahankan negara ini," kata Suhaizan yang juag Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Mafrel mahu SPR perluas ruang jadi agen daftar pemilih

Mafrel menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka lebih banyak ruang kepada mana-mana agensi atau pertubuhan untuk menjadi agen pendaftar daftar pemilih menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata SPR perlu memberi ruang kepada badan-badan bukan kerajaan atau parti-parti politik dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat yang layak mengundi membuat pendaftaran.

"Sekarang ini, SPR menghadkannya kepada hanya beberapa agen. Saya fikir lebih baik SPR membuka kepada lebih ramai lagi, seperti NGO dan juga parti politik. Agen-agen ini hanya mendaftarkan nama pengundi sahaja, dari sudut kemasukan data akan dilakukan SPR juga," kata beliau ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno yang mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).  Syed Ibrahim turut menggesa parti-parti politik agar menggerakkan program pendidikan kepada rakyat bagi memastikan mereka mendapat dan menerima penjelasan terperinci berkaitan tanggungjawab sebagai pengundi.

Mengulas tentang cadangan beberapa pihak yang meminta SPR mendaftarkan pengundi secara automatik apabila mencecah usia 18 atau 21 tahun, beliau berkata ia merupakan salah satu cara yang baik. Bagaimanapun, katanya pelaksanaan sistem itu juga memerlukan satu kaedah untuk menyemak keabsahan data-data peribadi seseorang kerana dibimbangi wujudnya penyelewengan seperti pemalsuan umur, warganegara dan sebagainya.

Akibat kurang didikan pilihan raya, orang Melayu pinggirkan daftar pemilih

AJK PAS Pusat, Anuar Tahir menyifatkan orang Melayu kurang mendapat didikan awal untuk mencintai demokrasi terutama daripada pemerintah yang mentadbir negara ini. Tambahnya, hak rakyat khususnya dalam menyatakan perbezaan pendapat, menbantah atau memprotes apa yang tidak selari dengan kehendak rakyat diberi tekanan hebat oleh kerajaan Umno-BN sejak mencapai kemerdekaan lagi.

Misalnya, kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, pegawai kerajaan diberi tekanan secara halus dengan menandatangani aku janji membuatkan mereka tidak berani untuk bersuara. "Apa yang boleh diibaratkan 'bagai mentimun dengan durian' mereka hanya mampu mengikut arahan pemimpin," katanya kepada Harakah.

Mengulas kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Umno mengatakan nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40), katanya apa yang berlaku itu mesti ada penyebabnya dan ianya tidak mungkin terjadi begitu sahaja.  Jelasnya, kekangan kerajaan Umno-BN dari awal termasuklah peringkat mahasiswa membuatkan anak-anak muda tidak merasakan adanya kepentingan dan hak mereka mengundi, sedangkan orang lain yang bukan majoriti tahu hak mereka.

Selain itu, tegas Anuar, kegagalan media Melayu untuk menjelaskan kepentingan dan hak rakyat gagal sebaliknya, ia lebih menekankan hiburan semata-mata berbeza dengan media bukan Melayu yang mencanangkan pemikiran kritikal.

"Media ini memandulkan pemikiran orang Melayu, sehingga mereka tidak berfikir secara kritis," katanya. Oleh sebab itulah, tegas Anuar, orang Melayu mengambil jalan mudah tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan soal politik negara.

Justeru, katanya, jika benar kajian itu, semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa bersama-sama berusaha untuk mengambil berat tentang hak dan tanggungjawab mereka khususnya dalam soal pentadbiran negara.

Melayu lembab daftar pemilih: Kesan ketempangan tarbiyah Umno selama 52 tahun

PAS menyifatkan laporan sebuah akhbar harian tempatan yang mendakwa nisbah 1 Melayu dan 40 orang bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, sebagai angka petunjuk kegagalan Umno yang menjadi tonggak negara gagal menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, perkara ini terjadi kerana Umno-BN telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau. 

Katanya, orang Melayu yang dilanda dengan budaya ini memang tidak akan memperdulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara.  Umno mengharap dengan dihidangkan program hiburan sebegini maka anak-anak muda Melayu tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini. 

"Umno-BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana orang Melayu tidak memperdulikan apa yang Umno lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada Brunai. 

"Nampaknya strategi tempang telah makan tuan, sehingga orang Melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi," tegas Ustaz Idris.

Akibat longgarnya pegangan agama di kalangan orang Melayu, dakwanya lagi, terutama remaja, sehingga mereka tidak ada kesedaran politik untuk mendaftar. 

Sejarah katanya, telah membuktikan orang Melayu sedar politik pada peringkat awal apabila golongan Islah yang dipimpin oleh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheik al-Hadi yang pulang daripada Timur Tengah meniupkan kesedaran agama dan politik. 

Akhirnya, tegas Ustaz Idris, orang Melayu ada kesedaran politik dan bangkit menentang penjajah. Keadaan berlaku sebaliknya apabila Umno cuba merenggangkan agama dan politik, dengan membendung fungsi masjid  sebagai pusat ilmu untuk menerangkan Islam yang syumul. 

"Sekarang terimalah padahnya kerana orang Melayu sudah mati kesedaran untuk berpolitik dan tidak minat untuk mendaftar sebagai pengundi. PAS melihat gagalnya orang Melayu mendaftar kerana Umno telah menanamkan budaya takut semasa di pusat pengajian tinggi lagi.

"Politik ugut dan tidak bermaruah dalam pilihan raya kampus, akhirnya mereka menjadi ulat buku yang tidak berdunia dengan masyarakat serta  tidak ada kesedaran politik. Mereka mengambil pendekatan untuk tidak mahu terlibat dalam politik kampus, sehingga setengah kampus terpaksa mewajibkan pelajar turun mengundi, kalau tidak mereka akan diambil tindakan seperti buang daripada asrama," dakwa beliau.

Ustaz Idris menyeru supaya ahli PAS yang sudah cukup umur lahir sebelum tahun 1989, diwajibkan mendaftar sebagai pengundi dan semua jentera parti mesti menjadikan agenda daftar pemilih sebagai program yang diutamakan. 

Semua penceramah, pengkuliah, naqib memberi penekanan dalam ceramah dan kuliah mereka supaya mandaftar sebagai pengundi dengan menekankan soal daftar mengundi adalah wajib, tegas Ustaz Idris Ahmad.

Tian Chua mahu pendaftaran secara automatik bagi selesai kemelut

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan tanggungjawab mereka memberikan kesedaran di kalangan rakyat untuk mendaftar diri sebagai pengundi, selain rela dijadikan agen Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden KeADILan, Tian Chua mendakwa badan bebas itu sewajarnya memainkan peranan yang lebih agresif bagi memastikan setiap pengundi yang layak mengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk berdaftar dengan SPR.

"Sayangnya, SPR lebih banyak bermain politik dan mengikut telunjuk BN hingga mengabaikan tanggungjawab mereka memberi kesedaran kepada rakyat," dakwa beliau ketika dihubungi.

Tian berkata demikian sebagai mengulas kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno yang mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40). 

SPR, tegas Tian seharusnya menerima pandangan ramai pihak yang meminta agar pendaftaran secara automatik dijalankan ke atas mana-mana rakyat yang mencecah usia 18 tahun atau 21 tahun. Katanya, menyedari masih ramai penduduk, khususnya yang tinggal di pedalaman serta tidak mempunyai akses kepada pejabat pos, sistem pendaftaran automatik perlu dilaksanakan bagi memudahkan mereka.

SPR enggan pendaftaran automatik untuk sempurnakan agenda Umno


Tindakan kerajaan Umno-BN yang enggan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dipercayai mempunyai motif untuk menyempurnakan politik agenda Umno-BN. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kajian yang dibuat Pemuda Umno itu bersifat politik dan sarat dengan motif tersembunyi.

"Sebenarnya SPR boleh mengatasi masalah ini dengan mengadakan pendaftaran secara automatik tetapi mereka sengaja tidak mahu melaksanakannya kerana hendak menyempurnakan agenda Umno," dakwanya pada sidang media Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen baru-baru ini.  Beliau turut menyanggah kajian berkenaan yang dianggap bersifat perkauman. 

"Walaupun semua pihak mengakui Melayu merupakan teras kepada negara ini tetapi Umno kini berada dalam ketakutan kehilangan kuasa, kebimbangan bahawa orang bukan Melayu akan menyokong Pakatan Rakyat dan teras kepimpinan beralih kepada pakatan yang lain," tegasnya.

Kenyataan beliau kemudiannya disokong Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Kami sepakat dan bersetuju dengan kenyataan Ustaz Hadi tadi, dan data kajian tersebut balum disahkan dan kita tidak tahu angka sebenarnya," ujarnya kepada pemberita.

Masalah pendaftaran pengundi baru ini, tegasnya menggambarkan kegagalan SPR dalam menunaikan tanggungjawab mereka menguruskan pentadbiran mengenai pilihan raya. Beliau juga turut membangkitkan mengenai kesukaran rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mendaftar sebagai pemilih.

"Namun usaha mendaftarkan ini disulitkan oleh SPR dengan mengenakan prosedur seperti seorang pengundi perlu menggunakan 50 borang. Kemudian terdapat ratusan ribu di luar negara yang tidak mempunyai hak untuk mengundi. Kita akan tuntut mengenai hal ini, mengapa tidak boleh mendaftar semua pengundi?" tegasnya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendakwa apa yang terjadi hari ini, membuktikan kecuaian SPR. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menempelak kajian Pemuda Umno itu dengan menyifatkan ianya tidak benar sama sekali.

Dalam satu kenyataan berasingan, SPR dilaporkan mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina. 

PAS Gesa kerajaan Umno-BN wajibkan daftar pemilih

Mungkin sudah sampai masanya kerajaan mewajibkan daftar pemilih ke atas rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang saran, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin. Cara tersebut katanya, tidak pelik lagi kerana sesetengah negara telah mewajibkan pendaftaran pengundi rakyat mereka.

"Mungkin sampai masanya kerajaan kena pinda undang-undang mewajibkan pendaftaran mengundi ataupun melaksanakan pendaftaran terus menerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Satu lagi SPR boleh menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi merekodkan nama mereka apabila mencapai umur 21 tahun," katanya mengulas satu kajian yang mendapati nisbah 1 Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40) yang mendaftar sebagai pengundi baru. 

Akhbar Berita Harian Isnin lalu, melaporkan Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih  Pemuda Umno  mendapati nisbah orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sehingga bulan ini, satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Menurut Hanipa, SPR juga mesti ada satu mekanisme mewajibkan mereka mendaftar dan sekiranya rakyat tidak diwajibkan mereka tidak ada rasa tanggungjawab sebaliknya bertindak sambil lewa. Beliau mendakwa, ini mungkin akibat daripada parti-aparti politik yang tidak aktif mendidik rakyat selain SPR sendiri yang tidak agresif menggalakkan rakyat mendaftar.

Mengulas lanjut katanya, orang Melayu kurang mendaftar berbanding orang Cina kerana kesedaran politik orang Melayu tidak tinggi. Sepatutnya orang Melayu Islam mempunyai kesedaran politik kerana dunia politik melibatkan pemerintahan negara dan juga masa depan agama bangsa dan negara, ujar Hanipa.