KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 07, 2011

Rocky Bru hairan mengapa SKMM lambat bertindak isu tuduhan Rais Yatim rogol amah

Datuk Ahirudin Atan atau Rocky Bru mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia. 

Sedangkan, dakwanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (gambar kiri) ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam (5 Jan) mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial Kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara. 

Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.

Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.

"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan. "Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegas Rocky, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rogol Amah: Najib sambil lewa, PKR minta gantung segera tugas Rais Yatim!

Saya berasa amat kesal apabila insiden "Menteri Rogol Amah" ini seolah dipandang sambil lewa oleh kerajaan Malaysia sedangkan sudah jelas apa yang berlaku mencemarkan imej dan kredibiti Malaysia di peringkat antarabangsa. 

Tindakan PM sendiri yang mengambil jalan mudah dengan berdiam diri seolah ‘merestui’ jenayah pihak terbabit.

Sebagai sebuah negara Malaysia yang telah bersama menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), sikap sambil lewa ini amat bertentangan dengan CEDAW itu sendiri iaitu bertujuan menghapuskan semua bentuk diskriminasi, bukan sahaja terhadap wanita Malaysia semata-mata, tetapi juga merangkumi perlindungan daripada diskriminasi terhadap wanita imigran dan pekerja asing.

Sebagai respon kepada penafian Menteri Datuk Seri Rais Yatim terhadap isu ini, saya mempersoalkan tindakan Rais Yatim yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan. Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf.

Pihak kerajaan juga seharusnya mengantung tugas Rais Yatim buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai.

Semakin lama kerajaan Umno-BN memerintah semakin bertimbun kes-kes penindasan, diskriminasi dan memalukan terhadap wanita berlaku. Bermula dari kes Rahim Tamby Chik, isu Penan, pemerdagangan manusia, penyeksaan pembantu rumah Bonita dan kini sudah sampai ke kemuncaknya apabila seoarang Menteri sendiri dikaitkan dengan jenayah serius ini. 

Kerajaan Malaysia nampakkan tidak menunjukkan ketegasan dan tiada 'potical-will' dalam menjanjikan keadilan hak kemanusiaan buat semua.

Maka, atas dasar kebimbangan dan kebertanggungjawaban terhadap keadilan buat semua wanita di negara ini saya menggesa agar Kemmenterian Pembangunan Wanita, Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius dan segera mendapatkan jawapan kepada jenayah ini bagi membersihkan imej kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa sekaligus membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan.

Sumber > Kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin

Raja Lawak: PAS Jelebu pula yang diminta disiasat oleh juak Umno sebab report Polis


Nak tertawa atau tidak, terpulanglah. Sekelompok NGO dari daerah Jelebu membuat laporan Polis di IPD Jelebu 5 Januari lalu, berhubung isu mengaitkan Rais Yatim, selain mendakwa terdapat unsur jahat dan berkepentingan politik oleh PAS yang telah membuat laporan polis 4 Januari lalu.

Siapakah NGO itu? Mereka ialah Perkim Jelebu; Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Malaysia; Persatuan Bekas Polis Daerah jelebu; Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kaum India Simpang Durian; Persatuan Hokkien Kuala Klawang; Kelab Amal Wanita India; Persatuan Kebajikan dan Pendidikan India Simpang Pertang dan Persatuan Murid-Murid Tuan Sek (C) Yuk Hwa Kuala Klawang.

Menggelikan hati, laporan Polis yan dibuat jam 3.45 petang itu meminta Polis menyiasat motif PAS Jelebu membuat laporan berkaitan Rais Yatim dalam isu ini. Laporan dibuat oleh Pengerusi Perkim Jelebu, Dato' Ibrahim Che Mat sebagai reaksi kepada laporan Polis PAS Jelebu itu.

"Laporan polis yang dibuat berdasarkan sumber yang tak sah atau diperakui oleh mana-mana pihak yang berkuasa," kata Ibrahim. 

Oleh kerana sumber itu tidak sah dan ceritanya (dakwaan) juga tidak sah maka itu PAS Jelebu membuat laporan Polis. Jika sudah sah Rais Yatim terbabit, maka tiada report polis dibuat. 

Bagi mempastikan Rais bersih dari angkara durjana itu, maka PAS Jelebu membantu beliau membersihkan dirinya dari tuduhan tersebut. PAS mahu menyelamatkan Rais dari dituduh dan dituduh. Maka itu Rais tak sepatut sekadar menafi tetapi bertindak terhadap Migrant Care yang membongkar dan menyiasat itu tersebut.

Adalagi. Rais jangan lupa Tenaganita, WikiLeaks dan blogger Rocky Bru yang telah mendedahkan perkara ini. Saman mereka, jika ia tidak betul. Nafi tak cukup Rais. 

Soalnya, salahkah PAS Jelebu membuat laporan Polis apabila ada isu atau tuduhan samar seperti itu? Dan mengapa lapan NGO ini berdiam diri sebelum Rais membuat penafian? Adakah mereka percaya penafian itu buta-buta? Apa hujah mereka membela Rais?  

Sebaliknya, lapan NGO itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral PAS dan blogger dalam usaha mengalihkan pandangan masyarakat dengan memburuk-burukkan Rais Yatim.

"Kami mohon Polis membuat siasatan apakah motif sebenar pihak (PAS) yang mmebuat laporan ini," tegas Ibrahim lagi.

Jelas di sini, siaspa yang keliru? Ibrahim dan lapan NGO itu. Motif laporan Polis PAS itu jelas untuk meminta Polis siasat adakah benar Rais Yatim terbabit dalam dakwaan isu rogol amahnya. Jika tak benar, apa masalahnya. 

Namun begitu, tindakan lapan NGO itu terbalik. Sepatutnya mereka buat laporan Polis agar siasat Rais Yatim. Ini kerana tuduhan amat jijik dan boleh memalukan orang Melayu, Umno, Kabinet 1Malaysia, umat Islam dan boleh merosokan hubungan anatara Malaysia dengan Indonesia. Tetapi, lain pulak yang NGO ini nampak. Seolah-olah ada "udang disebalik batu".

Rais Yatim tak serius bersihkan dirinya dari tuduhan merogol orang gaji

Zulkifli Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan

Bergegas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menafikan bahawa beliau tidak terlibat merogol orang gajinya. Semuanya itu, angkara fitnah jahat parti-parti pembangkang dan blogger. Stop di sini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohamad Omar pula mahu Rais menyaman Mingrant Care yang menyiasat kes tersebut, dan beberapa laman blog yang memaparkan gambar serta menamakan beliau sebagai tertuduh berkenaan.

Katanya, tak cukup dengan menafi sahaja. Ini kerana sesiapapun  akan berbuat demikian jika dituduh. Penafian mesti diikuti dengan komitmen yang jelas bahawa beliau tidak terlibat merogol amahnya. WikiLeaks juga patut didakwa.

Seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak bertindak atau menyiasat penafian Rais Yatim berhubung kes rogol amah, lapor TV Selangor.

"Sebagai respon kepada penafian Rais Yatim terhadap isu ini, saya mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan Rakyat, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini ialah ciptaan permainan politik berkepentingan.

"Wanita Keadilan menganggap ini sebagai satu tuduhan keras dan Rais patut segera memohon maaf," kata Zuraida dalam satu sidang media di pejabatnya.

Menurut Ketua Wanita PKR, Rais dan kabinet Umno-BN bersikap sambil lewa dan berbaur politik dengan mengabaikan siasatan kes sejak beberapa tahun dahulu sebelum disensasikan semula oleh internet.

Khamis, Januari 06, 2011

Rupa-rupanya Napoleon Bonaparte seorang Islam dengan nama "Aly (Ali) Napoleon Bonaparte"


Rupa-rupanya kemegahan dunia belum dapat memuaskan batinnya, agama yang dianutnya waktu itu ternyata tidak dapat membuat Napoleon Bonaparte merasa tenang dan damai. Akhirnya pada 02 Julai1798, 23 tahun sebelum kematiannya  pada tahun 1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke Islamannya di persada dunia global. Namanya berubah menjadi "Aly (Ali) Napoleon Bonaparte".

Untuk mengetahui lebih lanjut perkhabaran baik ini, anda boleh dilihat dan baca DISINI.

Napoleon Bonaparte mengkagumi Al-Quran setelah membandingkan dengan kitab sucinya terdahulu, Al-kitab. Akhirnya ia menemukan keunggulan-keunggulan Al-Quran, juga semua cerita yang melatar belakanginya

Islam tidak majoriti Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi berjaya melahirkan seorang "Napoleon Bonaparte". Itu adalah salah satu contoh dari peribadi Muslim yang berjaya, walaupun berada di dalam negara minoriti Islam seperti Perancis.

Dia seorang Jeneral dan Kaisar Perancis yang terkenal kelahiran Ajaccio, Corsica 1769. Napoleon Bonaparte, namanya sudah terkenal dan terdapat dalam urutan ke-34 dari seratus tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang ditulis oleh Michael H. Hart.

Kereta Peugeot 504 milik bekas Presiden Iran Ahmadinejad dilelong 1juta dollar AS


Begitulah yang terjadi dengan kereta bekas milik Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Kereta jenis Peugeot 504 buatan tahun 1977 itu mendapat tawaran satu juta dolar AS, setelah kenderaan tersebut didaftarkan di halaman lelong antarabangsa pada Sabtu, 1 Jan 2011. 

Berita rasmi Iran IRNA, mengutip Ketua Organisasi Kesejahteraan Iran Ahmad Esfandiari mengatakan, penawaran tersebut datang dari negara Arab. 

Tetapi dia tidak memberi penjelasan lebih lanjut. Ahmadinejad pada hari Sabtu membuka jejaring (www.ahmadinejad-car.com) untuk mengundang penawaran antarabangsa atas kereta terpakainya.

Hasil penjualan akan disalurkan terus ke projek pembangunan 60,000 rumah untuk orang cacat dan perempuan miskin yang perlu menghidupi keluarga mereka. Jejaring tersebut akan menerima tawaran dalam jangka waktu satu bulan, menurut laporan tersebut.

Rabu, Januari 05, 2011

Tutup sahaja TV3, pengadu-domba, berniat jahat: Usaha strategik naikkan sentimen Melayu dan benci Pakatan Rakyat


Menonton TV3 dalam slot Buletin Utama malam ini (5 Januari) begitu menyakitkan hati. Media tv itu benar-benar diperalat, diperkuda dan dirogol semahu-mahunya oleh Umno-BN dalam memekikkan dakyah dan propaganda mereka kepada rakyat. Sungguh menusuk-nusuk jantung saya malam ini!

Dimulakan isu kematian Teok Beng Hock yang tidak diketahui dibunuh atau dia membunuh diri; diikuti secara panjang jela dan beragenda jahat laporan tentang wujud kononnya pertentangan antara Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan dalam isu pelantikan SUK Kushrin Munawi; dan kemudian diakhiri gambaran bangkitnya rakyat Selangor mengutuk Khalid, Kerajaan Selangor dan "kebiadapan" Adun Batu Muda.

Sudut paparan kemera menunjukkan seolah-olah begitu ramai penunjuk perasaan berarak dari Dataran Shah Alam menunju Bangunan SUK yang diketuai bekas pemimpin muda PKR, Hamidzun Khairuddin, yang mengetuai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) atas nama NGO. Perkasa juga menumpang sekaki bersama MCA. Hamidzun dilihat macam jadi alat Umno. Tentu dapat upah daloam pelbagai bentuk. Bersungguh nampaknya membaca memo0randum di hadapan TV3. 

Mereka berarak dengan bebas, tanpa ditembak gas pemedih mata, dan tanpa disembur pancut air berasid oleh FRU. Tentulah tunjuk perasaan itu tak dapat permit macam pakatan rakyat juga. Adakah tak boleh kita kata bahawa Polis berat sebelah? Atau adakah Polis sudah membelasah terlebih dahulu penunjukan perasaan itu, sudah memandikan mereka dengan air asid atau sudah mencucuh ke lubang hidung dengan gas pemedih mata?   

Kelihatan mereka berarak tenang. Tiada gangguan dari Polis. Agaknya mereka pengikut 1Malaysia. Mereka penyokong Najib. Lebih-lebih lagi mereka anak Perkasa yang mempertahankan Melayu, raja Melayu dan Ketuanan Melayu. 

Memang meluat. Eloklah tutup sahaja siaran TV3. Kalau ditinjau RTM pula maka bertambah sakit hati lagi menonton berita-berita haprak tentang Umno-BN yang kini sesak nafas, nazak dan perlukan oksigen lebih. Umno digambarkan mendapat sokongan kuat dari rakyat tetapi di luar gelanggang tv, akhbar, mereka takut kepada Anwar Ibrahim.

Umno-BN bimbang jika tidak digantung Anwar dan sekutunya, boleh mengugat parti yang dikata Tun Mahathir Mohamad sebagai usus busuk. Jika PAS tidak diajak segera bersatu dalam BN,  maka Najib khuatir ucapannya untuk pertahan kulit dan daging tak terpisah bercerai, tak jadi kenyataan. Inilah penakut dan kecutnya Umno-BN berdepan kebangkitan rakyat.

Tahniah saja kita ucapkan kepada TV3, RTM, Utusan 1Malaysia, Kumpulan Media Prima, WikiLeaks yang melaporkan secara salah, tak beretika kerana ia upaya membangkitkan kemarahan rakyat. Tahniah juga, kepada agensi-agensi dan menteri terbabit dengan kenaikan harga beberapa barangan keperluan semalam dan sebelum ini. Tindakan itu melajukan lagi rakyat faham betapa teruknya BN, rakusnya Umno dan ia WAJIB diturunkan dalam PRU-13 nanti.       

Nasib baik ada "Raja Melayu", "Ketuanan Melayu" kalau tidak Umno sudah ditalqinkan!


Ketuanan Melayu - satu slogan yang berdentam-dentum dilaungkan sekarang. Umno dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dalam kepompong BN turut melompat-lompat, menghentak meja kononnya Malaysia sudah tidak selamat lagi apabila parti-parti pembangkang sudah enggan mempertahankan Ketuanan Melayu.

Yang seronoknya, apabila mereka terdesak, slogan Ketuanan Melayu ini dijadikan bahan, kononnya Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya - yang mahu dipertahankan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak habis-habisan dikaitkan kononnya mereka ini, tidak menghormati istana dan Raja-Raja Melayu.

Benarkah? Adakah sejarah tercatat mengatakan PAS, KeADILan dan DAP memang tidak menghormati Ketuanan Melayu dan Raja-Raja Melayu? Atau, sejarah mencatatkan bahawa Umno secara nyata pernah memalukan institusi Raja-raja hingga meminda Perlembagaan negara! 

Benarlah, bekas pemimpin Umno suka menggunakan perkataan Melayu mudah lupa. Tetapi Melayu yang mudah lupa, mereka tidak mudah melupakan bagaimana Umno mengajak rakyat berhimpun di merata tempat dan menggunakan media massa untuk mendedahkan pelbagai cerita buruk dan jijik mengenai Raja-Raja Melayu.

Dua tahun dahulu, apabila berlaku krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu berlaku, bukan orang PAS, atau KeADILan atau DAP yang mengoncang pagar istana tetapi Adun-Adun Umno yang diiringi penyokong yang membawa sepanduk dengan kata-kata hodoh mendesak pihak Istana Terengganu supaya tidak menolak cadangan Umno untuk menamakan Menteri Besar.

Apa perkataan yang digunakan, tidak usahlah diulang-ulang tetapi itu satu contoh di mana perangai Adun-Adun Umno yang mewakili BN dalam pilihan raya, apabila sudah menang, mereka mulakan acara rasmi mereka dengan menyerang dan mengherdik istana.

Inikah Ketuanan Melayu? Inikah yang menyebabkan mereka hari ini, beria-ia sangat mahu mengekalkan Ketuanan Melayu tetapi dalam masa yang sama, mereka mahu rakyat dan orang Melayu lupa bahawa Umno dan BN lah sebenarnya yang tidak pernah mahu menghurmati Ketuanan Melayu yang mereka perkatakan sekarang.

Sejarah memang sudah membuktikan bahawa semua kaum, selain dari orang Melayu menghormati Ketuanan Melayu. Mereka tahu, datuk nenek mereka memang pendatang ke bumi Malaysia ini. 

Tetapi, generasi yang ada hari ini adalah generasi yang dilahirkan dan mendapat pendidikan di sini. Persoalannya, masih ada yang mahu mengatakan bahawa selain dari Melayu, semuanya kaum pendatang.

Tentulah orang Cina dan orang India tidak dapat menerima hakikat tersebut. Itulah sebabnya, bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai, Johor, Nasir Safar dikenakan tindakan kerana kenyatan mereka yang berbaur perkauman.

Jadi, kalau dari pemimpin Umno dan mereka yang taksub dengan kehebatan BN mahu memperjuangkan Ketuanan Melayu, perkara pertama yang mereka harus buat ialah dengan mengajar orang-orang mereka supaya tahu apa itu Ketuanan Melayu yang sedang mereka laungkan.

Janganlah, hanya kerana terdesak mahu mempertahankan Putrajaya, rakyat dibohongi dengan cerita Ketuanan Melayu - hanya BN sahaja yang faham dan mampu mempertahankannya. 

Ketuanan Melayu perlu diterjemahkan bahawa pemimpin Umno dan BN menjauhi rasuah dan tidak merampas hak rakyat untuk mengisi tembolok mereka.

Ketuanan Melayu cintakan kejujuran dan keikhlasan. Oleh sebab itu, usahlah menjerit dengan Ketuanan Melayu, lalu mengucup keris tumpul dan akhirnya tersedu-sedu menahan kesedihan kerana terpaksa meminta ampun dan maaf daripada MCA yang menentang keris dikucup oleh pemimpin Umno.

Umno dan BN boleh mempertahankan kuasa yang mereka pegang, jika mereka boleh berubah. Memetik kata-kata Perdana Menteri, "berubah atau rebah". 

Jadi, betullah, Umno bukan kalah kerana gagal mempertahankan Ketuanan Melayu sebaliknya, gagal berkhidmat dengan penuh jujur dan menjauhi rasuah.

Tanpa menyentuh pendakwaan yang sedang dihadapi bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik dan bekas MB Selangor Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, para pemimpin Umno kena ingat kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; "seseorang itu bukan sahaja perlu bersih tetapi dilihat bersih".

Apakah masih ada saki-baki pemimpin Umno yang bersih dan dilihat bersih? Janganlah disebabkan tidak ada lagi pemimpin yang bersih dan dilihat bersih, maka mereka mahu jadikan slogan Ketuanan Melayu sebagai 'kambing hitam' bagi tujuan memberi oksijen bagi menyambung hayat Umno dan BN.

Selama ini Umno dan BN sahaja yang menterjemahkan apa ertinya Ketuanan Melayu. Maka terjemahan mereka, ikut kefahaman mereka. 

Kalau ada pihak lain, khususnya dari Pakatan Rakyat yang menterjemahkannya, mereka akan anggap terjemahan itu tidak tepat. Malangnya, kefahaman mereka terhadap Ketuanan Melayu kini sudah semakin sempit.

Umno dan BN sekarang cukup rindu untuk mengucup keris tumpul. Mereka sudah tidak ada peluang untuk berbuat demikian kerana MCA dan Gerakan tidak benarkan. 

MCA dan Gerakan mahukan Umno berubah dalam suasana politik yang lebih bijak, selain dari mengucup keris. Sesekali, bertelingkah MCA dan Gerakan - tetapi, kemudiannya semua senyap seolah-olah isu itu sudah selesai.

Sebenarnya, MCA dan Gerakan berdendam. Ketika Umno mengungkit-ungkit jasa mereka kepada MCA dan Gerakan yang menang bertanding di kawasan majoriti Melayu, hakikatnya Umno sendiri sedar bahawa kawasan yang Umno menang adalah kawasan yang pengundi Cina atau India menjadi penentu kemenangan.

Cuba bertanya kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein, mampukah dia menafikan kemenangannya di Parlimen Sembrong, Johor kerana undi dari pengundi Cina? 

Jika dia menafikannya, kita sama-sama tunggu apakah Hishammuddin masih mahu kekal bertanding di kerusi yang ditandinginya sekarang atau tidak?

Sumber >> Safar Jumaat, seorang penulis bebas

Reaksi positif: Kesatuan Guru-guru Melayu terima tawaran Pakatan Rakyat beri RM500 sebulan untuk warga pendidik

Ketika ramai guru yang takut mendedahkan pendirian, dan banyak kesatuan guru-guru termasuk NUTP yang tidak menunjukkan sokongan terbuka terhadap tawaran Pakatan Rakyat memberi elaun khas RM500 kepada guru-guru jika mentadbir di peringkat Pusat, namun ada kesatuan guru yang berani dan berkata berkata benar. 

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Mohamed Sabri Arshad (foto kanan) menegaskan, beliau menyambut baik tawaran imbuhan RM500 kepada guru-guru setiap bulan oleh kerajaan Pakatan Rakyat jika berjaya memerintah negara ini.

Katanya, KGMMB tidak mempunyai halangan untuk menerima tawaran sebaik itu, daripada mana-mana kerajaan yang memerintah. Namun, yang penting kerajaan tersebut menjaga kebajikan golongan guru, ujarnya gembira.

"Oleh sebab itu KGMMB amat mengalu-alukan tawaran itu kerana sebagai mana kita maklum guru-guru sudah lama tertekan dengan bebanan tugas dan mereka membuat rayuan kepada kerajaan, tetapi malangnya belum berhasil," katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Mohamed Sabri memberitahu, antara masalah berbangkit termasuklah isu-isu berkaitan elaun guru besar dan elaun perjalanan yang tidak seimbang. 

"Contohnya elaun warden asrama lebih tinggi daripada elaun yang diberi kepada guru besar," dakwanya. Beliau menegaskan, perkara ini telah dibawa kepengetahuan Menteri Pelajaran tetapi jawapan yang diberikannya hanyalah bersandar kepada masalah kegawatan ekonomi yang tidak mengizinkan.

Sehubungan itu kata Mohamed Sabri, sekiranya ada tawaran baik seperti yang dikemukakan Pakatan Rakyat atau BN,  yang mahu menjaga kebajikan guru, KGMMB menyokong dan mengalu-alu langkah yang murni itu.

Kes rogol amah: Rais Yatim dan keluarga sedia disiasat

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi, lapor Bernama.

Inilah kali pertama Rais menunjukkan reaksi terhadap tuduhan terdapatnya Menteri Kabinet 1Malaysia yang merogol amahnya setelah hampir dua minggu WikiLeaks mendedahkan laporan itu. 

Beliau juga menafikan alegasi kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya "alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," kata Rais.

Terkini panas: Bukti Pemalsuan Ujian DNA Dalam Kes Perbicaraan Anwar Ibrahim Tahun 1998


Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof. Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail. Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman di antara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar), Peguam Negara ketika itu.

Kandungan lengkap surat terbuka oleh Mat Zain Ibrahim tentang "Bukti Pemalsuan Ujian DNA Dalam Kes Perbicaraan Anwar Ibrahim Tahun 1998" BACA DI SINI.

Benar atau tidak dua (2) daripada tiga (3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut, dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.

Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail, tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan), dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam), sama ada secara bersendiri atau berpakat, tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas, bolehkah YBhg. Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut, kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.

Sumber > Surat Terbuka Mat Zain Ibrahim

Makan Malam dan Dialog bersama Tok Guru Nik Aziz: Ada lagi blogger pro PR yang belum daftar?


Tarikh tutup penyertaan Majlis Makan Malam & Dialog para blogger pro Pakatan Rakyat bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sehingga esok, Khamis 6 Januari. Semua blogger pro PR yang belum mendaftar untuk hadir ke majlis ini boleh berbuat demikian. Sebarkan kepada rakan-rakan yang memiliki blog, daftarkan dan datang bersama.

Sekali lagi saya Tarmizi Mohd Jam bagi pihak Urusetia Kerajaan Kelantan menjemput saudara dan saudari hadir ke majlis ini yang akan berlangsung pada 15 Januari 2011, Sabtu jam 8.30 malam di Hotel Grand Seasson, hadapan Hospital Kuala Lumpur.

Semua blogger dikehendaki mendaftarkan diri dengan menghantar maklumat NAMA dan BLOG kepada saya melalui emel > editorxkutif@yahoo.com.my atau SMS > 019-2051419 sebelum atau pada 6 Januari ini. Anda akan diberi pass masuk dipintu dewan utama. Harap maklum.

Berita sebelum ini:

Siapa bersama Ali Rustam ketika pesawatnya ditahan Tentera Nasional Indonesia?


Nasib baik ada berita yang tersiar mengatakan Tentera Nasional Indonesia (TNI) menahan pesawat Heritage Air yang membawa rombongan kerajaan negeri Melaka di Lapangan Terbang Djuanda, Surabaya – jika tidak, tiada siapa yang tahu ke mana perginya Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam beberapa hari sebelum itu.

Maknanya, Ketua Menteri Melaka ini tidak pernah belajar dari sejarah kejatuhan kawan-kawannya dalam Umno, bagai mana isu 'pesawat' juga telah menyebabkan Dato' Seri Mhdzir Khalid hilang kuasa di Kedah dan Dato' Seri Dr. Jamaluddin Jarjis tidak lagi dilantik menganggotai kabinet.

Walaupun tiada apa-apa bukti kejatuhan Mhdzir dan Jamaluddin kerana isu pesawat, tetapi di kalangan pemimpin Umno, mereka tahu bahawa pemimpin Umno memang suka 'terbang tinggi' hingga lupa betapa sakitnya apabila terjatuh kelak.

Di Kuala Lumpur, sudah heboh cerita sebuah pesawat persendirian ditahan di Lapangan Terbang Djuanda, Surabaya yang dikhabarkan membawa seorang menteri tetapi desas-desus itu akhirnya termati dengan sendirinya apabila ada pengesahan dari Ketua Menteri Melaka, bahawa beliaulah yang berada di dalam pesawat tersebut.

Seramai 82 (menurut Utusan Malaysia) penumpang yang bersama-sama Mohd Ali itu siapa? 

Bolehkah disenaraikan nama mereka supaya Lembaga Disiplin Umno yang hanya memakai kot tebal di Ibu Pejabat Umno boleh melihat-lihat (baca: meninjau-ninjau), kalau-kalau ada yang boleh diadukan, untuk tindakan disiplin?

Maklumlah, Mohd Ali pernah dikenakan hukuman kerana terlibat dengan politik wang ketika mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno, dengan hukuman hilang hak bertanding.

Seramai 82 orang yang mengiringi Mohd Ali ke Indonesia, khabarnya sebelum itu ke Timor Leste tentunya bukan semuanya pegawai kerajaan negeri. Jadi, siapa ya yang mengiringi Mohd Ali itu? 

Apakah usahawan-usahawan yang selama ini banyak membantu Mohd Ali dalam kerjaya politiknya?

Mohd Ali meminta Kedutaan Malaysia di Indonesia menyiasat punca yang mendorong TNI menahan pesawat tersebut. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pula perlulah menyiasat siapa kawan-kawan Mohd Ali yang sama-sama berada di dalam pesawat tersebut.

Najib jangan mengarahkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri menyiasat siapa kawan-kawan Mohd Ali itu, kerana Muhyiddin tentunya akan terkejut kelak jika beliau mengetahui siapa yang bersama-sama Mohd Ali dalam pesawat itu.

Nasib menyebelahi Mohd Ali kerana dengan bantuan Kedutaan Malaysia di di Indonesia, beliau bersama lima yang lain dapat pulang sementara yang lain, terpaksa pulang lewat. 

Jika tidak, kemungkinan kedatangan Perdana Menteri ke Melaka, Rabu 15 Disember lalu, tidak disambut Ketua Menteri, sebagai mana kelazimannya.

Rakyat juga perlu diberitahu, berapa kerap sebenarnya Ketua Menteri Melaka ke luar negara, menyewa pesawat persendirian seperti ini dan ke mana arah tujuan mereka? 

Mungkin selama ini, tiada berita pesawat persendirian seperti ini ditahan pihak berkuasa, menyebabkan berita pemergian mereka, jarang diketahui umum, kecuali anggota rombongan terpilih sahaja.

Umno tentunya tidak suka jika ada tuduhan orang-orang tertentu boleh membawa wang yang banyak ke luar negara. Jika cerita ini tersebar, rakyat akan dinasihatkan supaya jangan terpedaya dengan tuduhan seperti ini. 

Tetapi, jika ada pemimpin-pemimpin negeri dan orang yang dipercayai berstatus menteri, boleh menyewa pesawat sendiri, dengan membawa seramai 82 orang menganggotai rombongannya, perkara membawa sejumlah wang yang banyak, sukar untuk dinafikan.

Walaupun, juruterbang pesawat boleh dipersalahkan kerana gagal mendapat kebenaran mendarat tetapi, mungkin ada sangkaan yang tidak wajar menjadi alasan mengapa pesawat ini tidak dibenarkan mendarat.

Semua syak wasangka ini perlu diperjelaskan, kerana Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka, Ahli MT Umno yang dilantik dan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil perlu telus berdepan dengan isu syak wasangka seperti ini.

Sebagai seorang Ketua Menteri, apakah rugi jika beliau pergi dengan pesawar MAS kerana dengan pesawat MAS, Mohd Ali boleh menemui rakyat dan penumpang lain yang sehaluan dengannya, untuk ke Surabaya.

Mohd Ali juga sepatutnya tidak membenarkan dirinya menjadi mangsa keadaan seperti ini, hingga ia boleh menyusahkan hubungan dua hala antara Malaysia-Indonesia.

"Saya juga tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku tetapi juruterbang pesawat memaklumkan dia sudah mendapat kebenaran pihak lapangan terbang untuk mendarat di situ bagi mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur," Mohd Ali dipetik sebagai berkata.

Serentak dengan itu, Ketua Menteri Melaka ini berkata, makluman awal yang diterima oleh pihaknya menyatakan, TNI bertindak demikian ekoran juruterbang pesawat tidak mendapat kebenaran mendarat di lapangan terbang itu.

Sementara itu, dalam satu laporan portal yang berpusat di Jakarta mendakwa, TNI mengesahkan menahan pesawat sewa khas jenis BAE 146-200 yang dinaiki sejumlah rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Djuanda, Surabaya.

Kata beliau, pesawat tersebut dinaiki 82 penumpang dengan 20 daripadanya termasuk Mohd Ali; isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan seorang anak lelakinya serta pegawai kerajaan negeri dalam perjalanan dari lawatan kerja selama dua hari di Timor Laste.

Menurutnya, setelah dua jam ditahan oleh TNI, beliau terpaksa mendapatkan bantuan pihak kedutaan Malaysia di negara itu bagi membolehkan beliau segera pulang bagi membuat persiapan  terakhir lawatan Perdana Menteri di Melaka.

"Mujurlah melalui bantuan pihak kedutaan, enam daripada kami dibenarkan pulang ke tanah air dan tiba kira-kira  pukul 12 tengah malam tadi manakala penumpang lain dibenarkan pulang kira-kira tiga jam selepas itu (pukul 2.30 pagi)," katanya.

Menurut Mohd Ali, pihaknya merasakan insiden tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan salah faham yang mungkin timbul antara juruterbang dan pihak keselamatan lapangan terbang terbabit. Ini kerana, katanya, tiada masalah berlaku ketika pesawat mula mendarat di lapangan terbang namun insiden itu mula timbul setelah juruterbang membenarkan penumpang keluar dari pesawat.

Bagaimana pun, ujar Mohd Ali insiden yang berlaku tidak akan menjejaskan hubungan satu rumpun antara Malaysia dan Indonesia malah menjadi pengalaman berguna kepada kerajaan negeri dalam membuat persediaan menggunakan pesawat khas penerbangan pada masa depan.

Sumber > Safar Jumaat, penulis bebas

Nafi atau siasat: Peguam PAS mahu Najib Tun Razak gantung tugas Menteri perogol!

Mohamed Hanipa Maidin, Peguam PAS

PAS mahu Perdana Menteri mengantung tugas seorang menteri yang sedang berkhidmat dalam kabinet 1Malaysianya, bagi membolehkan Polis menyiasat tuduhan keji merogol orang gajinya beberapa kali. Sehingga kini dikatakan menteri berkenaan belum didakwa, dan masih bebas dari hukuman.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, sekiranya tiada kes, Dato' Seri Najib Tun Razak dan menteri yang dituduh itu didesak menyaman laman sesawang Wikileaks dan mana-mana pihak yang menyebarkan tuduhan itu, sebagai tindakbalas untuk membersihkan nama mereka.

WikiLeaks telah mendedahkan dokumen-dokumen yang bocor berkenaan perkara ini dari Amerika.

Kata Hanipa, menteri yang dituduh juga patut sudah tampil membersihkan namanya jika pendedahan WikiLeaks itu tidak benar, kerana kini sudah terdapat laman blog yang menamakan diri dan menyiarkan gambar menteri berkenaan sebagai perogol orang gaji tersebut.

Kes ini terjadi pada tahun 2007, apabila sepucuk surat dari adik orang gaji ini dihantar kepada Migrant Care, iaitu Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Badan NGO ini  telah menyiasat laporan tersebut dengan  menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah, orang gaji terbabit, yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa, Migrant Care mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang, Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah  (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember 2010 baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger pro-Umno-BN Rocky Bru (Dato' Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

"Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut. Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh," dedah Migrant Care.

"Kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini. Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007."

Mengulas lanjut Hanipa menegaskan, kelesuan Najib bertindak terhadap menteri berkenaan dibimbangi ada unsur "takut" kerana masing-masing memiliki fail skandal yang gagal dijelaskan untuk siasatan awam, seperti kes pembunuhan Altantunya dan lain-lain. 

Katanya lagi, yang peliknya, tiada pula pemimpin-pemimpin Umno atau menteri-menteri Umno yang mendesak agar Najib bertindak atau membersihkan maruah kabinetnya dari tuduhan keji itu, seperti berlumba-lumbanya mereka sewaktu Wikileaks mendedahkan komen-komen diplomat Singapura tentang Sodomi II Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

PAS kata Hanipa cukup memandang serius dengan tuduhan rogol tersebut, selain zalim dan kejam terhadap wanita yang lemah, menteri berkenaan seolah-olah sudah tidak waras dan wajar ditamatkan khidmatnya dalam kabinet dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Pemukiman Harakah mahu lidah rasmi PAS jadi suara dan juara isu rakyat!

Antara karyawan Harakah yang sempat bergambar dengan ahli-ahli panel Forum "Harakah: Cabaran Hadapi PRU-13" Prof Dr. Abdul Aziz Bari dan S Arutchelvan

Sesi "bedah siasat" pelbagai aspek kandungan Harakah oleh editor-editor Harakah

Penulis (berdiri kiri) memperkatakan sesuatu kepada Azam Syairi (baju biru muda) sewaktu majlis berhenti rehat

Tidak melepaskan peluang bergambar dengan Dr Abu Hassan sebaik usai sesi motivasi muhasabah.

Mungkin ramai hairan bagaimana PAS yang dilahirkan daripada serambi Umno pada 1951 kini menjadi parti dominan di Malaysia. Hari ini kalau kita bercakap soal parti politik, PAS akan diletak di barisan depan.  Bukan lagi terpinggir, seperti sesetengah parti yang hidup segan, mati tak mahu.

Sebaliknya Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Angkatan Insan Malaysia (Akim) yang pernah lahir dari gubuk PAS, kini hanya tinggal kenangan.

Parti terbabit berakar umbi di bumi Kelantan. Malangnya semua parti serpihan yang lahir dari rusuk PAS tidak mampu kekal lama. Dalam usaha memperjuangkan Islam di Malaysia tiada parti lain lagi yang mampu 'bernafas' kecuali PAS.

Ketika PAS bergabung dengan Semangat 46 yang diasas Tengku Razaleigh Hamzah, ada segelintir pemimpin PAS marah sehingga wujud kumpulan Islah. Biar pun pelbagai cabaran dan mehnah menimpa PAS tetapi parti itu tetap segar. Kini terus berkembang. Inilah persoalannya yang sukar dirungkai.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad melihat adanya kumpulan yang ikhlas berjuang menyebabkan PAS terus dominan.

"Misalnya anggota Unit Amal yang bertugas tanpa mengira penat dan lelah tidak mengharapkan upah. Mereka ikhlas kerana Allah Taala. Mereka bukannya mempunyai kerjaya yang selasa, sebaliknya sedia berkhidmat kerana Islam," katanya sebagai merungkai isu mengapa PAS mampu mendominasi politik di negara ini.

Ustaz Idris berkongsi pengalaman itu bersama karyawan Harakah pada program Pemukiman Harakah 2010 di sebuah hotel di Ampang pada 25 dan 26 Disember lalu.

Program itu menghimpunkan semua karyawan Harakah dari seluruh negara. Harakah kini ada cawangan di hampir segenap ceruk.  Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor yang sukar ditembusi PAS sebelum ini, sekarang ada petugas Harakah.

Manakala cawangan sedia ada iaitu Kota Bharu, Kuala Terengganu, Ipoh, Temerloh, Alor Setar, Pulau Pinang dan Kangar semakin berkembang. Kata Ustaz Idris berkhidmat dengan Harakah bagi membantu perjuangan Islam tentunya tidak terasa letih. Semuanya disimpulkan untuk kemenangan Islam.

"Biar pun gaji tidak tinggi berbanding dengan orang lain, namun ada keberkatan di sebaliknya," kata beliau yang juga bekas pensyarah UiTM ketika berucap merasmikan pemukiman dua hari itu. Tiada sesiapa pun boleh menafikan ada keberkatan di sebalik bekerja di bawah bumbung Islam. Apa yang perlu dipastikan niat kena betul.

Bagaimana pun, sekiranya soal kebajikan dengan kos hidup yang semakin melonjak tidak diambil peduli, mungkin payah untuk mencari petugas yang rela berkorban apa sahaja, rungut seorang karyawan. Di kesempatan itu juga Ustaz Idris meluahkan beliau tidak mungkin dapat berkompromi dengan mana-mana pengurusan yang sayangkan duit bagi menganjur kursus atau latihan kepada kakitangan.

Di akhir ucapan di program berkenaan, beliau menggariskan beberapa agenda bertindak untuk karyawan Harakah. Antaranya karyawan kena kreatif, kuasai bahan berita yang dikeluarkan media konvensional dan media baru lain.

Ucapan permulaan Ustaz Idris yang agak garang berakhir dengan pengharapan besar. Lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Program pemukiman itu turut mengundang pakar media, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), pakar undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari dari UIAM, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan seorang editor berita Astro Awani, Mohd Azam Syairi.

Program dua hari tersebut agak sendat dan banyak yang mampu digalas karyawan Harakah. Lebih-lebih lagi 'bedah siasat' rupa wajah dan isi Harakah oleh Dr Abu Hassan. Selain itu cara menjadikan berita sentiasa segar dikongsi bersama Azam yang sarat pengalaman.

Biar pun tanpa kehadiran pihak pengurusan Harakah dan bahagian-bahagian lain; teknikal, pemasaran dan iklan, tugas yang perlu digalas unit editorial lebih penting.

Kata rakan karyawan, usaha melonjakkan kembali Harakah perlu bergerak seiring. Bukan sekadar editorial, sebaliknya unit-unit lain juga perlu digerakkan sama. Seperti kata Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, meningkatkan pengedaran Harakah jangan semata-mata bergantung kepada isu.

Pada 1987 Harakah bertenggek pada isu perpecahan Umno sehingga lahir Team A dan Team B. Pada 1990 Harakah dapat bonus kerana munculnya Semangat 46.

Pada 1993 jualan Harakah meningkat kerana isu imuniti Raja-raja Melayu.  Ketika itu isu terbabit digodam Umno dan Kerajaan BN diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Manakala kemuncaknya Harakah melonjak melebihi terbitannya 300,000 naskah untuk satu-satu keluaran kerana lingkaran isu reformasi. Dan sekarang apa lagi isu yang diharapkan. Mungkin Apco, petrol naik dan segala-galanya naik. Namun lonjakkan masih tidak seberapa.

Kata Dr Abu Hassan sudah menjadi trend sekarang, semua jualan akhbar menurun. Kecuali kata beliau media cetak yang gemar menyiarkan retorik di sebalik kes di mahkamah syariah dan rumah tangga artis.

Sumber > Lan Jusoh, Ketua Biro Harakah Kelantan (lanjusoh@gmail.com)

BN penakut naik harga minyak tengah malam: Petrol RON97 naik 10 sen lagi !


Betulkah harga Petrol RON97 dinaikkan lagi sebanyak 10 sen kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini? Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada BN. Akronim yang tepat, rakyat didahulukan keuntungan diselaraskan. BN itu Barang Naik; Berapa Naik? = Banyak Naik. Itulah BN.

Bagaimanapun harga Petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter. Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga Petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Jadi, undilah BN = Barang Naik. Setiap kali kempen dicakap, ditempik, tetapi rakyat tak faham-faham maksud disebalik simbol BN dan kati yang tak pernah seimbang itu. Selamanyalah, BN itu Barang Naik - dulu kini dan sementara waktu!

Selasa, Januari 04, 2011

Tuan Guru Nik Aziz bercerita tentang pertemuan sehari sebelum Krismas itu


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut:

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur.  Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Sumber >> Kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Ug-UG Hishamuddin Rais reka cerita, Tukar Tiub punya angkara: Benar tak betul bergentayangan merata!


Baca lanjut di TUKAR TIUB >> Tetiba Lelaki Tua berkata dengan perlahan-lahan, "… mu la ni ada kempen satu Malaysia?... lagu mano mu royak satu Malaysia….mu royak satu Malaysia Cina Melayu India semua samo… mu ni cakap pada ambo lain… pada tibi tigo mu royak lain pulok… mana yang hambo leh pakai…mu ni orang munafik…. ambo tok seeeh..ambo tak suka orang munafik ni…"

Bilik senyap sebantar seperti telah diserang oleh Garuda. Kemudian Lelaki Tua ini bersuara lagi, "mu nak ajak perpaduan buat gapo? Mu lah yang tangkap ramai alim ulama Pas… mu tuduh mace mace… mu guna ISA…. Islee gapo mu royak. Ambo kalau mu nak bersatu boleh… tapi mu kena pakai Islee laaa … bukan tuduh Chino lagu ni … India lagu tu. Islee larang ni sumo."

Lelaki Botak tunduk memandang ke meja. Lelaki Paraouk buat-buat memandang ke atas siling. Bilik sunyi senyap yang kedengaran hanya dengkor Lelaki Berseluar Gown yang semakin kuat.

Kisah UG yang dah mati hidup semula: Titah Agong punca pertemuan "kontroversi"!


Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah lama menutup keranda UG atau lebih dikenali Kerajaan Perpaduan. Ia tidak akan dibuka lagi. Sudah terkatup rapat. Kisah pertemuan dalam gelap tahun 2008 telah dijernihkan melalui Muktamar PAS di Ipoh.

Namun, sehari dua ini kisah ini membahang panasnya. Ini semua gara-gara jemputan DYMM Yang DiPertua Agong ke majlis makan malam di Istana Terengganu. Tidak dijelaskan sempena apa, dan siapa lagi yang terbabit. Tetapi, ia telah mengundang rasa tidak puashati ahli-ahli PAS terhadap kononnya ada usaha untuk mengaktifkan nuklear UG yang telah dikuburkan itu.

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Menteri Besar Kelantan, Datuk Aziz Nik Mat berkata beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara. Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya. Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu.

Oleh itu, Menteri Besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib Menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.

Tok Guru Nik Aziz sahkan bukan rundingan PAS-Umno, minta jangan kaitkan dengan Yang DiPertuan Agong


Pertemuan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali dengan Tok Guru Nik Aziz berlangsung pagi tadi di Kota Bharu. Ia berikutan pelbagai tohmahan dan persepsi negatif tentang pertemuan para pemimpin PAS dengan Yang di-Pertuan Agong 24 Disember lalu di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

Dalam kenyataannya, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada kaitan dengan isu politik.

Nik Aziz membuat penjelasan itu dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, lapor Bernama.

Harakahdaily pula memetik Nik Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara. Pada masa yang sama juga, beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini.

Ini kerana, katanya pertemuan itu hanyalah jemputan untuk majlis santapan malam bersama baginda sahaja. Menurutnya, sebarang kenyataan tidak tepat itu perlu dihentikan segera demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

“Jangan sekali-kali mengaitkan istana dalam pertemuan baru-baru ini,”ujarnya dalam sidang akhbar tersebut.

Abdul Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

"Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu," katanya.

Harakahdaily melaporkan Hadi sebagai berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu.

Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang di-Pertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

“Majlis tu adalah majlis Yang di-Pertuan Agong, nak bincang dengan perdana menteri macamana?,”soalnya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pelbagai spekulasi ekoran pertemuan pemimpin tertinggi dua parti - Nik Aziz dan Hadi Awang - yang dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan dua pemimpin Umno - Najib dan timbalannya - baru-baru ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataannya, Nik Aziz berkata beliau dikunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah Yang di-Pertuan Agong meminta beliau dan beberapa pemimpin menghadiri majlis santapan malam di Istana Terengganu.

Menurutnya, atas dasar menghormati dan menjunjung titah Seri Paduka, beliau menghadiri majlis tersebut. Nik Aziz menyeru media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan menghentikan seberang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Tok Guru Nik Aziz akan keluarkan kenyataan rasmi sebentar lagi berkenaan isu pertemuan PAS-Umno di Istana Terengganu


Sebentar lagi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu pertemuan sulit dengan Najib dan Muhyiddin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.

Pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu berhubung isu perbincangan kerjasama kerajaan perpaduan atau yang lebih dikenali sebagai “UG” dengan pemimpin-pemimpin Umno akhir bulan lalu.

Pertemuan itu dikatakan telah diusahakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

The Malaysian Insider difahamkan pertemuan enam mata hari ini dipanggil ekoran siri pertanyaan dan kemusykilan berkenaan laporan bahawa pertemuan sulit telah diadakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu di Istana Terengganu di sini.

Difahamkan Hadi dan Timbalannya Nasharudin Mat Isa juga hadir sama pada pertemuan tersebut yang memfokus perundingan menyentuh soal kerajaan perpaduan sempena majlis santapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Hadi dan Nasharudin dikatakan sebagai pihak utama kumpulan pro-Umno dalam parti Islam berusia enam dekad itu.

“Mereka (Nik Aziz, Hadi dan Mustafa) akan menangani kontroversi yang sudah tercetus ekoran pertemuan dan perundingan ke arah kerjasama kerajaan perpaduan sebelum Tuan Guru Nik Aziz secara rasmi memberikan penjelasan bagi pihak parti,” kata seorang pemimimpin parti itu.

Khalid Ibrahim arah adakan sidang Dun tergempar pinda perlembagaan negeri


Langkah berani dan melawan yang ditunjukkan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim patut dipuji. Isu perlantikan SUK bukan isu entang dan tidak patut dipandang ringan oleh rakyat. Ia akan menjadi virus kanser yang dahsyat jika pencegahan tidak dibuat dari awal. 

Banyak pandangan dan qaul dibahas terhadap isu paling menyengat menikam jasad Pakatan Rakyat ini. Ia bukan isu PR Selangor tetapi seluruhnya. Memasng patut Khalid "mengamuk" dengan Dato' Khusrin Munawi, "mengamuk" dengan KSN. Semuanya jelas ada agenda "jahat" untuk membuli Kerajaan Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, beberapa hari lalu di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas Krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari 'jalan penyelesaian yang terbaik'. "Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.