KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 15, 2012

Tuduhan komunis bukti media Umno kaki auta: Minta Mat Sabu dibebas, pengadu termakan fitnah akhbar


Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai isu komunis Bukit Kepong, mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mohamad dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama. Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.

"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth, 11 Jun lalu. Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mohamad Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

Mohamad Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas. Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.

Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab "ya saya bersetuju" apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mohamad Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mohamad Sabu dalam laporan polisnya.

Berikut adalah petikan soal balas peguam Mohamad Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan Harakahdaily: 

Hanipa: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?

Visva: Ya, setuju.

Hanipa: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?

Visva: Ya. Setuju.

Hanipa: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?

Visva: Ya, setuju.

Hanipa: Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?

Visva: Betul.

Hanipa: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?

Visva: Ya, setuju.

Hanipa: Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?

Visva: Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

Hanipa: Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?

Visva: Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

Hanipa: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?

Visva: Saya tidak boleh jawab soalan itu.

Hanipa: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?

Visva: Setuju.

Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama. Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Penangan WWW1: Nizar saman media putar belit Umno TV3 dan Utusan



Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1. Menurut beliau, laporan media kawalan Umno itu memutar belit kenyataan kononnya beliau menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan duit rakyat RM520,000 untuk membida WWW1.

"Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat. Itu hanya pandangan. Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen 12 Jun lalu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga sedia menghadap Sultan Johor pada bila-bila masa bagi menyatakan perkara sebenar. Beliau berkata, pihaknya akan mengutus surat untuk mohon menghadap ke Istana Johor.

"Saya ingin menyatakan seikhlas-ikhlas hati di hadapan semua, saya teringin untuk menghadap, memohon maaf dan menceritakan kepada Baginda hal yang sebenarnya supaya kemelut ini dapat dihentikan," katanya. Dalam pada itu, Nizar turut mempertikai tindakan berat sebelah polis kerana gagal bertindak ke atas laporan Kosmo walaupun terang-terangan mempersenda Sultan Johor dalam isu berkenaan.

Kosmo putar alam berkeliaran: Mengapa Nizar jadi kambing hitam?



Inilah bukti putar belit akhbar mesra Umno-BN. Sanggup 'melempar batu sembunyi tangan' semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka. Pemuda Umno dan media Umno telah memanipulasikan dalam isu WWW 1 kerana pihak yang paling awal mempermainkan isu ini adalah akhbar milik Umno iaitu Kosmo.

Ini kerana, akhbar Umno itu sudah memulakan kempen isu plat WWW 1 ini sejak 8 April 2012 lagi melalui laporannya. Pada 25 Mei, sekali lagi berita ini di sensasikan dengan laporan muka depannya.

Pada 28 Mei sekali lagi Kosmo memainkan isu ini bahkan cara serangan yang dibuatnya sama sahaja dengan apa yang di tweet oleh bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin melalui kartun yang disiarkannya.

Apabila media menyiarkan plat WWW 1 ini diletakkan di kereta Satria Neo sekali lagi Kosmo mempermainkan isu ini sebagaimana karikatur yang disiarkan. Persoalannya adalah kenapa demo yang dibuat Pemuda Umno semalam semacam  ditujukan kepada Nizar sahaja tetapi tidak kepada pengarang akhbar mereka sendiri, Kosmo?

Ramai percaya, Nizar hanya dijadikan 'kambing hitam' oleh seteru politik dalaman Umno untuk menyekat tindakan sesetengah pihak dalam Umno yang mahu menyerang pihak tertentu di Johor. Ini kerana pilihan raya semakin hampir dan usaha dibuat untuk merenggankan hubungan Menteri Besar Johor yang ada dengan pihak Istana. Usaha ini tentu dibuat oleh pihak yang berkepentingan.

Nizar hanya salah seorang pemimpin PAS sahaja dan telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini, kenyataan Nizar hanya pandangan peribadi beliau sahaja dan tidak membayangkan pandangan PAS. Kosmo adalah akhbar Umno, adakah ia pandangan peribadi pengarang akhbar ini atau pandangan kumpulan tertentu dalam Umno yang sedang berebut sekarang.

Khamis, Jun 14, 2012

Blogger Sanggahtoksago terima darjah ke-3 tertinggi Kerajaan Cambodia daripada PM Hun Sen buat kali kedua

Dianugerahkan oleh Perdana Menteri Cambodia, Hun Sen melalui wakilnya Ketua Turus Angkatan Tentera Cambodia, Hun Maniet (anak PM Hun Sen) di Wilayah Kompong Cham, 5 Mei 2012

Dianugerahkan oleh Perdana Menteri Cambodia, Hun Sen melalui wakilnya Menteri Hal Ehwal Agama, Dato' Othman Hassan di Wilayah Takeo, 4 April 2011


Blogger Sanggahtoksago yang juga Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam sekali lagi dianugerahkan Darjah "National Construction of Cambodia (Gold Medal)" buat kali kedua daripada Perdana Menteri Cambodia, Hun Sen pada 5 Mei 2012 yang telah disampai wakilnya, Ketua Turus Angkatan Tentera Cambodia, Hun Manet (anak Hun Sen) di Wilayah Kompong Cham.

Seramai 14 orang warga Malaysia menerima darjah ini bagi mengenang usaha murni mereka membantu dan membangunkan umat Islam di negara tersebut. Penganugerahan dilakukan dihadapan lebih 6,000 hadirin terdiri umat Islam dan bukan Islam di perkarangan Masjid An-Nur bersempena perasmian Bangunan Tahfiz An-Nur oleh Hun Maniet.

Antara yang turut menerima anugerah ini termasuklah Bendahari PAS Johor, Dato' Mustafa Abdul Rahaman; dan dua lagi pimpinan PAS Batu, Dato' Suhaimi Ab Rahman dan Dato' Ismail Yahya. Turut meraikan majlis, Menteri Penerangan; Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama 1; Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan; Mufti Negara, Dato' Kamaruddin Yusuf; Ketua Polis Wilayah Takeo, Sulaiman Lalai dan Timbalan Gabenor Wilayah Kompong Cham. 

Selain mereka, turut menerima anugerah ialah Jamil Hajar Abd Mutalib; Asrul Hakim Suradi; Mejar (B) Azmi Mohamad; Nuruddin Zulani; Abdul Rashid Harun; Mohd Shafiz Dato' Rusli; Redhuan Rahmat; Mohd Fadhil Ismail; Safwan Tarmidi dan Mohd Asraf Surin.

Kira-kira setahun yang lalu, pada 4 Mac 2011, Tarmizi menerima anugerah yang sama buat kali pertama daripada Perdana Menteri, Hun Sen. Telah sampaikan wakilnya, Menteri Hal Ehwal Agama, Dato' Othman Hassan di Wilayah Takeo. Ia merupakan darjah ke-3 tertinggi Kerajaan Cambodia daripada 13 anugerah rasmi selepas Darjah "Royal Order" di tangga teratas dan diikuti "Sena Jayaseddh Medal" di tempat kedua

Turut meraikan penyampaian anugerah tersebut pada tahun lalu termasuklah isteri menteri, Datin Aisyah Abdullah, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 1; Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 2; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negara; Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan; Timbalan Menteri Kesihatan; Mufti Negara, Dato' Kamaruddin Yusuf; Ketua Polis Negeri Takeo, Sulaiman Lalai dan Timbalannya, Abdul Majid Abdullah serta beberapa orang Ahli Parlimen Cambodia.

Menurut Yang DiPertuanya, Ishak Surin, pengiktirafan Kerajaan Cambodia itu merupakan suatu kebanggaan PAS Kawasan Batu terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh ketiga-tiga tokoh PAS Batu itu dalam membantu membangunkan semula umat Islam di negara tersebut dalam pelbagai bentuk pengumpulan dana, wakaf al-Quran dan ibadah korban.

Tidak mungkin bertanding di Kemaman, Rafizi sah calon PKR di Parlimen Pandan


Telahan Sanggahtoksago pada 11 Jun 2012, melalui posting "Rafizi Ramli bertanding di Parlimen Pandan berdepan Ong Tee Keat?" menjadi bicara tepat apabila semua penecramah yang berucap pada Ceramah "Merdeka Rakyat" di Padang Taman Seraya dalam Parlimen Pandan malam tadi, 13 Jun yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut nama Rafizi sebagai calon Parlimen Pandan. Nama Pengarah Strategi PKR disebut berulang kali dan dilihat sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menawan Parlimen Pandan pada PRU-13 akan datang. 

Malah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menegaskan DAP tidak akan bertanding di Parlimen itu kerana yakin dengan ketokohan Rafizi menambahkan lagi spekulasi itu. Anwar pula dalam ucapannya turut memuji Rafizi kerana berjaya membongkar skandal NFC, isu besar melibatkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan terhadap wang rakyat, lapor Keadilandaily.

"Kita ucap tahniah pada Rafizi kerana dia dapat fokus dan konsisten membantu membongkar satu skandal besar yang memalukan negara kita," kata Anwar di awal ucapannya malam tadi. Anwar berkata, anak muda berbakat wajar diberi ruang dan peluang untuk memajukan negara ini dan bukannya disekat hanya kerana golongan muda mampu menggugat kerajaan sebagaimana berlaku dalam sejarah "Singapura dilanggar todak".

"Dalam Sejarah Melayu ada seorang kanak-kanak cerdik bernama Hang Nadim ketika Singapura diserang todak, di mana masa itu pahlawan Istana mahu pertahan Raja dengan betis yang mengakibatkan ramai rakyat mati. Hang Nadim pula kata, tanam batang pisang dan raja bersetuju, maka selamatlah dari serangan ikan todak," katanya.

Malangnya kata Anwar, penasihat kerajaan masa itu mencemburui Hang Nadim sehingga kanak-kanak cerdik itu dihukum bunuh, diikat dengan besi dan direjam dan di lautan Singapura. "Itu pengajaran Sejarah Melayu ratusan tahun lalu dan sebagai peringatan kepada kita, agar tokoh muda yang punya kewibawaan harus dibantu dan angkat mereka demi masa depan Malaysia tercinta," kata Anwar sebagai simbolik terhadap karisma yang dimiliki Rafizi.

Rafizi yang sebelum ini mendedahkan skandal NFC menyebabkan beliau diserang pelbagai penjuru oleh Umno termasuk disaman hanya kerana skandal itu mengheret banyak nama besar pimpinan Umno. Mereka termasuk Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi projek berimpak tinggi itu, bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar selaku Menteri Pertanian ketika ini.

Turut dikait dalam skandal ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (antara pemimpin berkuasa semasa projek NFC dilulus pada 2007) dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mana keluarga beliau terlibat dalam skandal ini. Mengulas berhubung pencalonan itu, Rafizi tidak menolak kemungkinan bertanding di Pandan.

Katanya, beliau juga tidak tahu sekiranya beliau akan dipertandingkan di Parlimen Kemaman pula di saat terakhir. "Tentulah keputusan akan dibuat di saat akhir. Tapi orang Pandan tahu, saya sudah lama turun ke kawasan ini," katanya. Bagaimanapun menurut Rafizi, keputusan akhir ditentukan pimpinan parti.

Isu RCI pendatang asing punca MP BN Tuaran dan Beaufort mahu sertai PKR


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keretakan dalam Barisan Nasional punca dua pemimpin parti komponen itu di Sabah berhasrat menyertai PKR. "Masalahnya ialah, (mereka) kehilangan keyakinan kepada Barisan Nasional. Ia keretakan dalam Barisan Nasional, bukan PKR. Ini satu kemajuan. Kita alu-alukan pendirian mereka," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen, 13 Jun lalu.

Ahad lalu, Keadilandaily melaporkan, dua Ahli Parlimen BN akan menyertai PKR. Mereka adalah Timbalan Presiden Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Parlimen Beaufort merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim Ukin.

Anwar bagaimanapun tetap optimis dengan perubahan di negeri bawah bayu itu, meskipun program penyerahan borang PKR kepadanya yang dijangka diadakan sempena sambutan Perayaan Kaamatan di Kota Belud dan Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu Ahad lalu terpaksa dipinda.

Ini disebabkan kapal terbang yang dinaiki Ketua Umum PKR itu dilapor "dilencongkan" ke Tawau, bukan ke Kota Kinabalu sebagai destinasi pendaratan. Kata Anwar, antara janji BN yang masih belum ditunaikan temasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Tambahnya, isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, dalam masa sama gagal menyelesaikan dokumen peribumi Sabah menjadi punca kemarahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen BN Sabah.

"Masih tak selesai. Ini alasan paling lemah dan hambar. Kertas siasatan tak disiapkan lagi. Ada orang Iban diketahui tidak ada kad pengenalan. Mustahil RCI batalkan hak mereka. Di Sabah, ada orang Bugis yang sudah tiga keturunan (menetap). Dia ada hak untuk jadi warganegara. Yang dibangkitkan ialah orang yang perolehi hak rakyat tanpa prosedur tepat, tanpa melalui peruntukan dan perlembagaan undang-undang…dan yang dibimbangkan juga ialah kenaikan mendadak (jumlah penduduk baru Sabah)," kata beliau lagi.

Anwar berkata, banyak isu berkaitan pendaftaran daftar pemilih gagal diselesaikan SPR. Ia termasuk 26,000 nama dengan kod 12 yang berasal dari Sabah yang berdaftar di Selangor yang belum dikenal pasti dan disahkan.

Raj Mohan Ghandi anggap politik Malaysia paling kotor di bawah pentadbiran Najib


Cucu kepada tokoh pemimpin politik tersohor India, Mahatma Ghandi berkata, beliau tidak pernah melihat politik di dunia sekotor pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu membiarkan prasangka buruk sesama kaum dan mempertahan penipuan dalam pilihan raya di negara ini. Perkara itu diungkap Raj Mohan Ghandi (gambar atas) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pemimpin KEADILAN ini dipelawa bertemunya di India baru-baru ini.

"Politik Malaysia lebih kotor dari politik India. Saya (Raj Mohan) follow politik Malaysia. Saya tidak pernah melihat politik di dunia sekotor politik di bawah Datuk Najib. Ini Raj Mohan kata (kepada saya)," kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Merdeka Rakyat yang turut dihadiri Azizah; Timbalan Presiden, Azmin Ali; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, pimpinan Pakatan Rakyat dan kira-kira 5,000 hadirin pelbagai kaum di Taman Seraya dekat sini malam tadi. Ketua Pembangkang itu turut menegaskan Raj Mohan akan datang sendiri ke Malaysia pada tahun ini untuk bercakap sendiri mengenainya.

"InsyaAllah akhir tahun ini, dia (Raj Mohan) akan cakap sendiri di Malaysia," kata Anwar yang turut menunjukkan gambar beliau bersama Azizah dan isteri Raj Mohan, Usha kepada hadirin melalui tayangan skrin.

Anwar berkata, beliau boleh bersahabat dengan Raj Mohan kerana cucu kepada pemimpin India itu memiliki idealisme yang sama dengan beliau iaitu memberi keadilan pada semua rakyat. Anwar turut memetik ucapan Mahatma Ghandi semasa hayatnya berbunyi: "Majoriti India Hindu jangan zalim, jangan hina orang Islam, Kristian dan penganut Buddha India, mereka rakyat kita, rakyat India dan kita mesti bangga menjadi rakyat India".

Berbeza dengan Malaysia di bawah pentadbiran Najib kata Anwar, Presiden Umno itu hanya membisu dengan isu skandal rasuah pemimpin Umno selain membiarkan orang Melayu menghina bangsa sendiri melalui perlakuan memalukan.

Nazri Aziz akui takut garam dan botol Bersih 3.0 akan jatuhkan Kerajaan Umno-BN


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral. Menurutnya, sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon.

"Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang dipetik Harakahdaily. Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral.

"Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah? Adakah Perdana Menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soal Kit Siang lagi.

Nazri dalam jawapannya selepas itu sekali lagi berkata, Bersih 3.0 adalah percubaan menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik. Kenyataan Nazri itu juga menyebabkan dewan kecoh dengan sorakan apabila ramai Ahli Parlimen bangun untuk mencelah. "BN ketakutan…takut dengan bayang-bayang sendiri," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut mencelah.

Rabu, Jun 13, 2012

Juara Lagu Muzik-Muzik TV3 1990 dan 1995, Aishah terima sijil dan kad ahli PAS secara rasmi


Juara Lagu 1990 dan 1995 Muzik-Muzik TV3, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah telah menerima sijil dan kad keahlian PAS bermutu tinggi daripada Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Dato' Suhaimi Abdul Rahaman pada majlis Ceramah "Dari Rakyat Kepada Rakyat" di Padang Bola Taman Dato' Senu, Sentul, Isnin 11 Jun lalu, lapor Sanggahtoksago. Permohonan Aishah bertarikh 11 Mei diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang pada 13 Jun 2012.

Aishah mengistihar menyertai PAS pada 4 April dalam ceramahnya di Markas Tarbiah PAS Pusat bersama-sama Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Vincent Lee. Ini adalah penampilan kali pertama beliau atas pentas PAS setelah dijemput Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam. 

Ekoran itu, Tarmizi telah menghubungi Pejabat Menteri Besar Kelantan bagi mendapatkan persetujuan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menghadiri satu majlis besar menerima serahan borang keahlian Aishah sertai PAS. Tidak lama kemudian, Setiausaha Politik MB Kelantan, Wan Nik Yusuf memaklumkan Tuan Guru sedia berbuat demikian pada Jumaat 11 Mei 2012.

Aishah telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada tarikh tersebut dan disaksikan lebih 6,000 hadirin di Markas Tarbiah PAS Pusat. PAS Batu telah menyumbang yuruan RM100 untuk pendaftaran ahli dan mengumumkan Aishah sebagai keluarga angkat PAS kawasan berkenaan.

Keahlian Aishah dicadangkan oleh Naib Yang DiPertua PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam dan disokong oleh Setiausahanya, Dato' Ismail Yahya. Turut hadir pada majlis ini bekas Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Jui Meng, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Abdul Ghafar Baba, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, YB Dr Mariah Mahmood, Penulis Prolifik, Subky Latiff, Bekas Setiausaha Dewan Negara dan bekas Timbalan Setiausaha Bagi Dewan Rakyat, Pak Salleh Bakar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Salbiah Abdul Wahab dan YDP PAS Batu, Ishak Surin. Turut hadir Setiausaha Politik MB Kelantan, Wan Nik Yusuf.

Silap lapor atau memang tertipu kantoi: Tunang anak Najib tipu bapa tiri RM62 juta!


Bakal menantu Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak – Daniyar Nazarbayev, warganegara Kazakhstan didakwa terlibat dalam penipuan. Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan Amerika Syarikat, tunangan anak perempuan Najib itu didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Menurut The New York Post, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Bagaimanapun, sumber akhbar itu dipetik berkata, Daniyar sebenarnya bersekolah di Switzerland dan gagal menamatkan pelajaran.

Sementara rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010. The New York Post turut melaporkan, jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya. Sebelum Najib dilaporkan telah menghabiskan sebanyak RM1 juta dalam lawatannya ke Kazakhstan. Perbelanjaan untuk lawatan dua hari Perdana Menteri ke negara itu didedahkan Kementerian Luar Negara di Dewan Rakyat pada Oktober tahun lalu.

Jumlah keseluruhan kos lawatan singkat tersebut berjumlah RM1,072,213.22 yang dibelanjakan Najib dan rombongannya ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam, Jun tahun lalu. Lawatan itu kononnya berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan kritikan apabila ia digunakan bagi merisik bakal menantunya, Daniyar.

Sehingga kini, pasangan Nooryana Najwa Najib dan Daniyar (gambar atas) masih belum mendirikan mahligai perkahwinan. Rakyat bagaimanapun menanti reaksi Perdana Menteri berhubung penipuan oleh bakal menantunya itu.

Kenapa Polis "peluk tubuh" tidak siasat skandal mega abad ini Scorpene?


Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim polis perlu menyiasat dakwaan dokumen rahsia dibocorkan dan dijual kepada negara asing. Beliau berkata, siasatan seperti itu sepatutnya dilaklukan oleh pegawai kanan polis, terutamanya Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan seperti itu sepatutnya dilakukan pada 2006 apabila kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu berlaku. Polis sepatutnya menubuhkan jawatankuasa tertinggi yang sekurang-kurangnya diketuai oleh Khalid untuk menyiasat perkara itu, katanya. Mengikut Seksyen 3 Akta Polis, 1967, polis tidak semestinya menunggu sehingga laporan polis dibuat untuk menyiasat dakwaan tersebut, katanya lagi.

Mat Zain menyatakan demikian ketika mengulas pendedahan peguam Suaram, Joseph Breham di Bangkok pada 31 Mei bahawa sebuah syarikat pertahan Perancis membeli laporan penilaian Malaysia ke atas kapal selam kelas Scorpene dan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd), kononnya untuk "kerja-kerja kejuruteraan komersial." Dalam wawancara eksklusif itu, Mat Zain enggan gambarnya dirakam sepenuhnya atas sebab keselamatan.

BN Sabah cemas: Amangate terbongkar melalui dokumen bocor dalam internet


Lagi dokumen dipaparkan di laman pembocor maklumat Sarawak Report berkaitan dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman.  Dokumen itu termasuk kenyataan bank dan kenyataan bersumpah yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes sivil yang difailkan oleh seorang peniaga balak terhadap Bank UBS AG di Singapura.

Peniaga balak itu, yang tidak didedahkan indentitinya oleh laman itu, merupakan pemilik berdaftar beberapa akaun bank yang didakwa digunakan untuk mencuci bayaran sogokan yang dikatakan dibayar oleh syarikat pembalakan kepada Musa.

Menurut laman itu, peniaga itu mendakwa dia diabaikan secara tidak sah apabila UBS mematuhi arahan untuk mengosongkan dua daripada akaun tersebut dan memindahkan wang secara langsung ke akaun lain atas nama Yap Loo Mien. Yap merupakan isteri kepada Michael Chia, yang dihuraikan sebagai penama dan pengantara antara Musa dan pembalak.

Leman Raja Lawak musim ke-5 serah borang ahli PAS seumur hidup di PPR Batu Muda dan Taman Dato' Senu


Teruja dengan perjuangan Islam yang dipelopori PAS, Leman Raja Lawak atau Sulaiman Ibrahim, 31 tahun, dari Kuala Nerang menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup sekali lagi kepada wakil Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob - juga Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin pada majlis Ceramah "Dari Rakyat Kepada Rakyat" di Padang Bola Taman Dato' Senu, Sentul, Kuala Lumpur, 11 Jun lalu, lapor Sanggahtoksago.Com.

Salahuddin yang dijangka haidir berhalangan kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Dewan Harian PAS bagi membincang nama-nama calon PAS yang bakal bertanding dalam PRU-13, kata Dato' Tarmizi Mohd Jam, Naib Yang DiPertua PAS Batu. 

Terdahulu Leman muncul menyampaikan ucapan ringkas pada Ceramah "Tawan Putrajaya" di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves, Ahad 10 Jun, dalam Parlimen Batu. Beliau menyerahkan borang yang sama sebagai gimik kepada Ishak Surin. Berceramah malam itu, Tamrin Tun Ghafar Baba (Ahli Umno), Dato' Dr Tan Kwew Kwong (Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Wilayah), YB Tian Chua (MP Batu, YB M Magoharan (MP Teluk Intan) dan Sany Hamzan (Exco Pemuda PAS Pusat). 

Leman adalah peserta akhir Raja Lawak Astro musim ke lima. Dengan tekad mahu Pakatan Rakyat menang, beliau sedia menghadapi sebarang risiko penyertaannya bersama PAS. Ceramah Isnin 11 Jun itu turut diisi oleh Prof Dr Aziz Bari, Juara Lagu 1990 & 1995, Aishah Ariffin dan Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Surianarayanan. Lebih 1000 penduduk tempatan hadir untuk menyaksikan Leman dan Aishah dari dekat.

Selasa, Jun 12, 2012

Umno-BN pertahan sekolah bawah "kolong" SK Seri Perak Sentul, bangga dengan papan tanda kantoi


Umno-BN makin terbukti hanya pandai buat janji tetapi tak bijak tunai janji. Walaupun mereka turun padang atas nama "Janji Ditepati" tetapi hakikatnya Umno-BN tetap mungkir janji dan membelakangkan orang-orang Melayu yang hauskan pendidikan sisitematik. Kerajaan Umno-BN yang menguasai Kementerian Pelajaran dituntut agar membina segera Sekolah Kebangsaan Seri Perak di Bandar Baru Sentul, di Bandar Baru Sentul, bagi menggantikan sekolah bawah "kolong" Flat DBKL 17 tingkat, seperti yang telah dijanjikan sejak lebih 25 tahun lalu. 

Sekiranya projek ini tidak mahu dilaksanakan oleh kementerian terbabit, pihak Kerajaan Umno-BN dituntut agar menghentikan segera penipuannya dengan pemasangan papan tanda projek tanpa tarikh yang tidak memberikan sebarang erti kepada rakyat. Setakat naikkan papan tanda, kemudian membiarkan rakyat menunggu dan menunggu, lebih baik jangan jadi kerajaan. Jadilah pembangkang. 

Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin menyifatkan penipuan pihak Kerajaan Umno-BN terhadap rakyat amat jelas apabila pada papan tanda tidak mencatatkan maklumat penting berkenaan projek, melainkan untuk menagih undi dalam PRU13 nanti. Pada papan tanda itu juga tidak dicatatkan nombor rujukan permit, nombor kelulusan permit iklan, meskipun dicatatkan fakta-fakta lain termasuk nama kontraktornya. Inilah penipuan terkini sebagai satu lagi projek Umno-BN. 

Papan tanda begini telah beberapa kali dipasang dan diturunkan, manakala pemasangan terkininya berlaku sejak lebih setahun lalu, susulan kunjungan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yaasin ke kawasan itu beberapa tahun lalu. Muhyiddin macam biasa... berjanji akan membina sekolah berkenaan. Maka tidak laa kemudian, ia seolah-olah akan mnejadi kenyataan apabila bangunan kantin sekolah diruntuhkan dan pagar zink dibina di tapak pembinaan. Tetapi habukpun tarak. Sehingga kini, pemandangan yang terpampang hanyalah sebuah projek terbengkalai.

Sepatutnya tiada sekolah di bawah "kolong" lagi di negara ini setelah Umno-BN yang memperjuangkan  nasib orang Melayu sejak 54 tahun lalu prihtain dengan masalah rakyat. Tetapi nampaknya, Umno hanya bijak berjanji gagal menyelami kehendak rakyat. Bercakap soal pendidikan tinggi, sekolah pintar, sekolah bestari tetapi dibawah Umno-BN masih ada sekolah bawah "kolong" dengan persekitaran tak kondusif  disediakan untuk rakyat. 

Kerabat DiRaja Negeri Sembilan dedah Menteri Kanan Umno 'ugut' Tuanku Ja'afar, hina Raja Melayu


Percubaan Umno-BN untuk menutup tindakan mereka menghina Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan 1988 dan 1993 muncul kembali apabila para pemimpinnya memutar-belitkan dakyah kononnya Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menghina Raja-Raja Melayu sewaktu hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong 11 April lalu di Istana Negara.

Seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan (gambar) mendedahkan bagaimana lantang dan beraninya pemimpin Umno menghina Raja-raja Melayu pada masa krisis Perlembagaan berkenaan. Katanya, seorang Menteri Kanan telah membuat panggilan telefon kepada Yang DiPertuan Agong ketika itu, Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman kira-kira jam 11 malam.

"Tuanku Ja'afar memanggil saya. Baginda bagi tahu baginda dapat panggilan telefon 'ugutan' dari seorang Menteri Kanan. Kalau Tuanku tak tandatangani enakmen (pindaan Perlembagaan) itu, dia (Menteri Kanan) akan meniup seruling pemberontakan mengheret Raja-raja Melayu ke jalan raya seperti mana pemberontakan di Indonesia. "Di sana, Raja-raja Melayu semasa pemberontakan ada yang dibunuh dan di masukkan ke dalam kawah atau belanga, kata Menteri Kanan itu," dedah Tunku Harmy kepada Harakah sewaktu dihubungi.

Katanya lagi, pada waktu itu, Tuanku Ja'afar kelihatan cemas dan risau tetapi beliau menasihatkan Tuanku agar tidak bimbang sebaliknya mohon pertolongan daripada Allah SWT. "Tuanku jangan takut dengan orang Umno yang buat kerja gila ini. Begitulah bahasa saya ketika itu kepada Tuanku Ja'afar," ujar beliau.

Tunku Harmy yang juga sepupu kepada Yang Dipertuan Negeri Sembilan sekarang mendedahkan, bagaimana untuk mengasak Tuanku Ja'afar agar mengikut kehendak mereka, Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad waktu itu didakwa menuduh Tuanku Ja'afar membela babi dan orang-orang Umno mentertawakan baginda.

Katanya, ini tidak cukup, sewaktu Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah enggan melantik Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12, baginda secara terang dilabelkan sebagai 'minatang' (binatang) oleh penyokong Umno melalui kain rentang dipamerkan ketika tunjuk perasaan membantah.

Al-Marhum Tuanku Ja'afar merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 dan Tuanku Mizan yang ke-13. Tunku Harmy menegaskan, sebenarnya rakyat tidak pernah bersengketa dengan Raja-raja Melayu tetapi sebaliknya Umnolah yang melakukan penghinaan dahsyat terhadap Raja Melayu dan merobek institusi raja di negara ini.

Hari ini tegasnya, Umno-BN cuba memainkan sentimen Melayu kononnya Pakatan Rakyat menghina Raja-raja Melayu, untuk meraih simpati mereka dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat. "Inilah perangai Umno sejak dahulu sehingga sekarang. Saya sebagai kerabat Diraja Negeri Sembilan menyeru agar rakyat menolak Umno-BN dalam PRU13 ini demi masa depan rakyat yang lebih baik," tegasnya.

Kotor! Kotor! Kotor! 1.7 juta pengundi hantu di seluruh negara bakal goncang PRU-13


Pengundi hantu di seluruh negara kini berjumlah tidak kurang 1.7 juta orang, didasarkan kepada jumlah awalnya sebanyak 322,936 orang pada tahun 2006 menerusi "Projek IC di Sabah". Anggaran tersebut dibuat berdasarkan perkiraan setiap mereka yang telah diberikan kad pengenalan menerusi projek itu pada 2006 telah mempunyai anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan kesemua anak-anak mereka itu juga sudah berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi.

Penulis buku politik terkenal, Mutalib MD (gambar) mendedahkan, dalam masa yang sama, 322,000 orang warganegara asing telah dikesan menjadi pengundi hantu di Sabah bagi tahun ini sahaja yang juga dilahirkan menerusi Projek IC. Mereka yang terbabit itu warganegara Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang datang ke negara ini dengan status sebagai IMM 13 yang kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang telah diberikan MyKad biru menjadikan mereka sebagai warganegara ini yang sah.

Kata Mutalib, kewujudan 322,936 pengundi hantu pada tahun 2006 yang kini telah berkembang menjadi 1.7 juta orang di seluruh negara tidak boleh dinafikan oleh pihak kerajaan kerana ia berdasarkan penyiasatan beliau selama 15 tahun. 

"Perkara itu saya nyatakan dalam buku saya yang berjudul 'IC Projek - Agenda Tersembunyi Mahathir' yang diterbitkan pada tahun 2006. JPN sendiri turut akui buku itu sebagai buku yang bermutu dan turut dibahaskan di Parlimen," katanya ketika dihubungi Harakah.

Katanya lagi, walaupun Projek IC itu dilakukan di Sabah, mereka yang terbabit itu tidak terus menetap di Sabah, malah berkeliaran ke negeri-negeri lain di seluruh negara termasuk ke Kuala Lumpur lalu menjadikan mereka pengundi hantu di seluruh negara. Di Semenanjung Malaysia, pengundi hantu yang dilahirkan bukan melalui Projek IC seperti yang dilakukan di Sabah, tetapi dengan cara lain iaitu menerusi persatuan-persatuan tertentu yang tidak wujud dan dengan menggunakan cap jari. 

"Mereka pakai persatuan-persatuan yang tidak wujud. Selepas itu, mereka ambil cap jari. Cap jari mereka itu akan diproses oleh JPN untuk diberikan IC kepada mereka bagi membolehkan mereka menjadi pengundi. Warganegara India pun ramai yang dapat IC dengan cara ini," tegasnya. Antara persatuan-persatuan tidak wujud yang digunakan oleh mereka itu, tegas beliau lagi, termasuklah Persatuan Suluk, Persatuan Bajau dan Persatuan Bugis. 

"Dengan cara itu juga, kita jangan terkejut nanti jika pelajar-pelajar IPT dari Afrika yang nama dan pengenalan dirinya tidak terdapat dalam sistem JPN, tetapi ada dalam sistem SPR lalu diberikan IC oleh JPN untuk membolehkan mereka juga menjadi pengundi di negara ini," katanya.  

Mutalib mendakwa, pandangan dan cadangan minoriti PSC berhubung penambahbaikan pilihanraya supaya dibersihkan daftar pemilih oleh SPR sememangnya berasas, namun ia enggan dibahaskan di Parlimen oleh para pemimpin Umno BN kerana ia jelas tidak akan menguntungkan mereka. 

Umno mudah lupa: Wajah penderhaka, bermuka-muka terhadap Raja-raja Melayu


Masihkah anda ingat? Atau sudah lupa macam Umno lupa. Macam Tun Mahathir lupa. Macam pemimpin Umno sekarang lupa. Atau buat-buat lupa untuk mengampu dan bodek? Atau genarasi Y kini, memang tak percaya kalau dikatakan ramai pemimpin Umno yang lancang mulutnya terhadap Raja Melayu.

Pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya menjadi MB  dua tahun sahaja.

Media mesra Umno juga acapkali mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar, Menteri Besar Pahang sewaktu berselisih dengan Sultan Pahang dalam krisis yang terkenal. Umno juga pernah "membelasah" Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dalam "krisis perlembagaan" kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan.

Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno (bukan konvensyen PAS atau DAP atau PKR), Sultan Kelantan dihentam, dikritik, dihina secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan dalam PRU 1990. Dalam Persidangan Agung Umno itu juga, perwakilan Umno meminta harta (kekayaan) Raja-raja Melayu disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada muka surat depan. Satu demontrasi diadakan dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan.

Umno pinda Perlembagaan Persekutuan telah membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja-raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media Umno sekali lagi mengkritik, hentam dan adu-domba secara terbuka salah laku Raja Melayu. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka diadakan untuk menunjuk sokongan Umno kepada Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad dan mengecam Raja-raja Melayu.

Paling mengaibkan, Umno menabal Tengku Ibrahim Indera Putera untuk mengganti Sutan Ismail Putera pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Pengerusi Umno Kelantan waktu itu, Dato’ Anuar Musa.Bukan PAS, bukan DAP. Anuar Musa ialah pemimpin Umno. Ya Umno yang ada hari ini.

Kenyataan biadab Dato' Seri Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta, dia (Shahidan) ada bukti" - (Berita Harian 11hb Jun 1993). Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib pula dengan lantang menuduh Dato' Seri Nizar Jamaluddin derhaka. Tetapi dia lupa bahawa dia pernah membawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sehingga Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

Seramai 23 daripada 24 Adun Terengganu pernah mengugut untuk boikot majlis angkat sumpah Dato’ Ahmad Said selepas pilihanraya 2008 sebagai MB Terengganu yang baru. Umno tak mahu dia jadi MB. Mereka mahu Dato' Seri Idris Jusoh, Adun Jertih iaitu MB sebelum ini (2004). Penyokong Umno melalui kain rentang dengan berani, lantang dan celupar menyifatkan Sultan Terengganu sebagai "minatang". Kenapakah polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan pada Feb 2009?

Tindakan Shahidan Kasim memboikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis sesuatu yang mengaibkan. Bukankah ini derhaka namanya. kalau bukan derhaka, apa pula istilah lain? Begitu juga Tan Sri Rahim Tamby Chik pernah meminta supaya amalan panggilan "patik" yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan Raja-raja Melayu dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan "saya tuanku". - (Berita Harian 3 Februari 1993).

Naib Presiden Umno sekarang, Dato’ Seri Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno pernah mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. - (Berita Harian 11 Februari 1993).

Jadi apa yang nak dihairankan spesis daripada suku-sakat Umno ini. Siang begini, malam begitu. Asalkan kepentingan mereka terisi dengan apa jua tindakan yang mereka ambil.Inilah jenis Umno yang memerintah negara Malaysia sejak 54 tahun yang lalu. Berdasarkan motto mereka, "dulu - kini - dan selamanya" jika tidak diubah oleh rakyat, maka selama-lamanya Malaysia akan terus dirundung malang.   

Polis tidak cekap, Hishamuddin 'pondan' sebabkan negara rugi RM1.8 juta


Kalau Menteri Dalam Negeri, Hishmuddin Hussein bersama polis bijak membaca keadaan dan pandai menguruskan keselamatan awam negara tidak mengalami kerugian sebanyak RM1.8 juta dalam tempoh hanya beberapa jam saja. Tetapi kerana Hishmuddin dan pasukan polis tidak bijak menyebabkan wang sepatutnya boleh digunakan untuk membeli uniform baru polis hangus begitu sahaja, kata Mohd Sayuti Omar dalam blognya Tinta Merah.

Katanya, kerugian wang negara sebanyak RM1.8 juga itu kerana digunakan untuk mengawal himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Jumlah itu tentulah untuk membayar gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan himpunan dan juga tanggungan-tanggungan lain termasuk membayar rawatan anggota polis cedera dalam himpunan berkenaan.

Angka itu dikeluarkan hari ini oleh kementerian dalam negeri di parlimen bagi menjelaskan pertanyaan wakil rakyat DAP Batu Gajah (Fong Po Kuan). 

Dalam kejadian itu kementerian dalam negeri memberi tahu sebanyak 909 kelongsong gas pemedih mata digunakan pada himpunan pada 28 April itu di mana jumlah tersebut tiga kali ganda daripada yang digunakan dalam perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas. Jumlah ini mengesahkan bahawa Bersih 3.0 lebih hebat dan ramai berbanding dengan kehadiran pada Bersih 1.0 dan Bersih 2.0.

Isnin, Jun 11, 2012

Rafizi Ramli bertanding di Parlimen Pandan berdepan Ong Tee Keat?


Setelah bekas calon PKR Parlimen Pandan, Syed Shahir Syed Mahmod dilantik sebagai Senator atas tiket parti itu, dipercayai kerusi parlimen tersebut akan diserahkan kepada Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Siasatan rambang Sanggahtoksago.Com mendapati nama beliau disebut-sebut sebagai pemimpin berkaliber yang bakal menentang calon BN, Dato' Ong Tee Keat dalam PRU-13 tidak lama lagi.

Rafizi yang berasal daripada Terengganu, sebelum ini dinamakan akan bertanding di Parlimen Kemaman, tetapi kerusi berkenaan dikatakan telah menemui calon tempatan yang sesuai daripada parti itu. Sebaliknya percaturan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PKR melantik Syed Shahir yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor sebagai Senator, dipercayai bagi memberi laluan kepada Rafizi bertanding di Parlimen Pandan.

Dakwaan Muhyiddin "BN Dalam Bahaya" tepat, samseng jalanan sedang empang kemaraan PR


Pemimpin Umno-BN makin cemas dengan sokongan pelbagai lapisan rakyat terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS di seluruh negara. Ia dapat dilihat daripada penjenamaan semula "samseng jalanan" oleh Umno-BN yang berselindung disebalik nama-nama NGO untuk menakut-nakutkan rakyat menghurungi program Pakatan, dakwa Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam sewaktu berceramah di Markas PAS Kawasan Tampin, Repah 9 Jun lalu.

Katanya, selain petani, nelayan, pesawah padi, peniaga, pegawai kerajaan kini PAS diyakini sehingga bekas pegawai tinggi kerajaan serta artis dan pelakon turut bertekad menyertai parti Islam itu. Mereka termasuklah bekas Pengarah Pelajaran Perak, Dato Adnan Ibrahim; bekas OCPD Slim River, Abdullah Omar; bekas Pengarah JSJ Bukit Aman, Dato' Fauzi Shaari, Laksanama (B) Imran Abdul Majid, dan bekas KSU Kementerian Koperasi, Tanah dan Wilayah, Prof Dato Dr Nik Mohd Zin.

"Sepatutnya tuan-tuan di Negeri Sembilan ini... memasukkan Aishah ke dalam PAS. Tapi saya dan rakan-rakan di Batu pulak yang mengPASkan beliau," usiknya berseloroh. Tarmizi adalah pencadang kepada keahlian Aishah dan Dato' Ismail Yahya sebagai penyokong.

Bagi menutup pengaruh kian hebat melanda PAS dan Pakatan, Umno menggerakkan samseng yang diupah untuk mencetuskan huru-hara setiap kali program ceramah diadakan di tempat-tempat tertentu, katanya. Tidak hairanlah, TPM Muhyiddin Yassin sendiri melahirkan rasa takut kononya "BN dalam bahaya" menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.

Tarmizi menegaskan, katakutan BN itu berasas kerana kajian yang dibuat banyak pihak termasuk Tun Daim Zainuddin sendiri hampir meramalkan BN akan kalah teruk dalam PRU-13 dan ini akan memboleh kerajaan Pakatan Rakyat membentuk polisi baru yang lebih telus dan bersih yang memungkinkan mana-mana pemimpin Umno-BN yang korup akan diseret ke mahkamah terbuka.

Turut berceramah Adun Repah (DAP) V Verapan; pemimpin pelajar SMM, Khaled Ismath dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Khairil Wafa, Timbalan YDP PAS Tampin, Ali Maaruf. Sementara Prof Dr Aziz Bari tidak hadir atas sebab-sebab tertentu. Moderator malam itu ialah NYDP PAS Tampin, Razak Othman yang juga bakal calon PAS Parlimen Tampin. Lebih 500 penduduk tempatan hadir.

Tamrin Tun Ghafar Baba akui ceramah Umno lebih 50 peratus bohong


Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba mengakui ceramah-ceramah anjuran Umno sejak zaman beliau lebih 50 peratus kandungannya "bohong" dan trend itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini, dedah beliau dalam ceramahnya di Pentas Pakatan Rakyat, Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves malam tadi.

Tamrin yang masih menjadi ahli Umno sah menyifatkan pelbagai isu bobrok yang melanda kepimpinan Najib Tun Razak adalah bukti Umno kini tidak upaya untuk membendung kerosakan dalam parti itu. Rakyat kian cerdik memerhati dan akan membuat pilihan tepat dalam PRU-13 nanti dengan menolak Umno-BN.

"Saya menyeru rakyat Malaysia agar lakukan perubahan drastik dalam PRU-13 nanti. Kita perlukan kerajaan baharu yang lebih telus dan amanah. Cukuplah 54 tahun Umno-BN memerintah dan mengaut kekayaan negara untuk kepentingan mereka dan kroni mereka," tegasnya.

Turut berceramah pada malam tadi ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran; bekas Timbalan Menteri Koperasi, Tanah dan Wilayah, Dato' Dr Tan Kwee Kwong, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat yang menggantikan Salahuddin, Sany Hamzan dan Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin. Program anjuran PAS Kawasan Batu dengan kerjasama PAS Cawangan PPR Batu Muda.

Leman Raja Lawak serah borang jadi ahli PAS seumur hidup di PPR Batu Muda malam tadi


Di hadapan lebih 1,000 yang hadir, Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada wakil Naib Presiden, Salahuddin Ayob - Cikgu Ishak Surin yang diiringi Naib Yang Dipertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam, lapor Sanggahtoksago.Com. Leman menjadi ahli PAS seumur hidup dan serahan borang digetirkan dengan laungan takbir "Allahuakbar". Beliau yang berasal daripada Kuala Nerang, Kedah memilih PAS atas keyakinan dan kesesuaian dengan jati dirinya.

Sebelum menyerahkan borang, Leman sempat menyampaikan ucapan ringkas dan mengajak rakan-rakan artis yang lain bersama-sama menyertai PAS ataupun mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Katanya, sehingga kini, yang benar-benar telah aktif bersama PAS ialah sifu beliau, Bob Lokman, penyanyi Aishah Ariffin dan kini beliau sebagai artis baru.

Turut berceramah pada malam tadi ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Teluk Intan,  M Manogaran; bekas Timbalan Menteri Koperasi, Tanah dan Wilayah, Dato' Dr Tan Kwee Kwong, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat yang menggantikan Salahuddin, Sany Hamzan dan Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin. Program anjuran PAS Kawasan Batu dengan kerjasama PAS Cawangan PPR Batu Muda.

Anwar akan dedahkan akaun RM3 bilion dan sedia disiasat, bagaimana Muhyiddin?


Apakah Timbalan Perdana Menteri bernama Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia untuk disiasat sama? Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion, lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya Muhyiddin juga berbuat demikian. Ini semakin menarik dan adakah cabaran ini akan memerangkap Muhyiddin seperti mana kesilapan Datuk Seri Khaled Norden yang membekukan pinjaman PTPTN terhadap dua ITP milik Kerajaan Selangor minggu lalu? Muhyiddin dan Noh Omar juga tersungkur dengan penangan PTPTN itu...

Kata Anwar, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit. Kesediaan Anwar ini tentu "jaminan besar dan berani" beliau untuk disiasat mengikut apa yang didakwa TPM itu. Soalnya, adakan Muhyiddin juga sedia untuk disiasat?

Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya, 9 Jun lalu. Anwar mengulas gesaan Muhyiddin yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Sabtu, Jun 09, 2012

Penyanyi Aishah, Dr Aziz Bari dan Leman Raja Lawak gegar Taman Dato' Senu, 11 Jun 2012


Juara Lagu 1990, Aishah Ariffin bersama Leman Raja Lawak akan menggegarkan Padang Bola Taman Dato' Senu pada Isnin 11 Jun 2012 jam 9.30 malam, lapor Sanggahtoksago.Com. Ia adalah majlis penerangan PAS Kawasan Batu kepada rakyat berkenaan pelbagai isu politik tanahair. Aishah akan memberikan ceramah khas bersama Prof Dr Aziz Bari, Ishak Surin dan Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) Suria Narayanan. Moderator pada malam ini Bloggers Sanggahtoksago, Dato' Tarmizi Mohd Jam.

Orang ramai dijemput hadir, maklumkan kepada rakan taulan, jiran tetangga. Leman Raja Lawak akan mempersembahkan sketsa menarik, dan penyajak tersohor negara, Pyan Habib pastiknya mendeklamasikan sajak. Seorang lagi seniman rakyat, Nikjidan akan mendendangkan lagu-lagu rakyat untuk para hadirin. Ayuh kita lakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama.