KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, April 08, 2009

Kekal status quo tetapi "2 Bukit" tolak mentah-mentah BN sekalipun pelbagai janji, jentera kerajaan dipergunakan raih undi!



TIGA pilihan raya kecil Selasa menyaksikan status quo dikekalkan dengan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang terdiri daripada PAS serta PKR, masing-masing mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya pada Mac tahun lepas, ulas Bernama.

BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak selepas calonnya Malcom Mussem Lamoh menumpaskan calon PKR Jawah Gerang untuk menawan kembali kerusi DUN di kawasan pedalaman itu.

Beliau memperolehi 3,907 undi berbanding Jawah 2,053 di kawasan DUN yang mempunyai 8,006 pengundi itu. Sebanyak 59 undi lagi ditolak.

Majoriti Malcom lebih tingi berbanding 806 majoriti yang diperolehi calon BN Datuk Dublin Unting Inkot pada pilihan raya tahun lepas. Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian Dublin pada 24 Februari lepas.

Ramai kalangan pemerhati politik merasakan bahawa kemenangan ini membuktikan bahawa parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia gagal dalam usaha melebarkan sayap mereka ke Sarawak, yang perlu dilakukan sekiranya mereka berhasrat untuk menerajui kerajaan persekutuan berikutnya.

Malah menurut mereka keputusan itu menunjukkan bahawa pengundi di kawasan pedalaman Sarawak tetap berdiri teguh di belakang BN, dan tidak akan meninggalkannya dalam masa terdekat ini.

"Ini kerana janji-janji pembangunan, di mana BN berjaya melaksanakannya. Jadi mengapa perlu diubah, semasa nikmat pembangunan sedang dikecapi?" kata seorang pemimpin sebuah parti politik komponen BN.

Sementara itu calon BN bagi DUN Bukit Selambau dan parlimen Bukit Gantang pula gagal dalam misi masing-masing menumbangkan PKR dan PAS.

Di Bukit Selambau, Kedah, yang menyaksikan sejarah tersendiri tercipta apabila ia membabitkan pertandingan 15 calon, calon BN dari MIC Datuk S. Ganeson ditewaskan oleh calon PKR S. Manikumar.

Calon dari parti pembangkang itu memperolehi 12,632 undi berbanding Ganeson yang hanya mendapat 10,229 undi, iaitu majoriti 2,403.

Tiada ulasan: