KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 31, 2011

Demontrasi besar-besaran Jumaat 4 Februari: Berkumpul di KLCC dan Masjid KLCC menuju Kedutaan Mesir



Ummat Islam dan seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini diseru berhimpun secara aman ke Kedutaan Mesir Jumaat, 4 Februari ini bermula dari Masjid KLCC dan sekitar Bangunan KLCC menuju kedutaan di No. 12, Jalan Rhu off Jalan Ampang Hilir.

Demikian tegas Pengerusi JK Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat, Mohd Sabu kepada pihak media sebaik usai memasukkan memorandum kepada Kedutaan Mesir ke dalam peti surat pintu pagar kedutaan tersebut. Wakil duta enggan menerima dan berbincang mengenai kandungan memorandum yang dikemukakan oleh kumpulan solidariti NGO dan Pakatan Rakyat kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Mohd Sabu berkata, barangkali duta (Mesir) enggan menerima memorandum mereka kerana melihat demontrasi itu kecil maka pada 4 Februari ini, pihaknya akan menggerakkan rakyat untuk berhimpun di hadapan kedutaan ini secara besar-besaran.

"Harap pihak media sebarkan. Kita akan adakan himpuna n besar Jumaat ini. Mula dari KLCC menuju ke sini. Kita mesti bersama-sama rakyat Mesir yang mahukan perubahan dan menolak kempinan regim Hosni Mubarak sekarang," tegasnya.

Pagi tadi, lebih 100 orang kumpulan solidariti NGO dan Pakatan Rakyat yang diketuai Mohd Sabu berkumpul dan menyatakan bantahan di hadapan Kedutaan Mesir di Ampang. Mereka menaikkan sepanduk "Down Mesir" dengan meletakkan lambang Isreal pada dahi gambar Hosni Mubarak. 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

masayallah! apa nak jadi dengan pas ni. tak ada kerja ke? hosni mubarak tu presiden kamu ke? kalau rasa nak dapat polital mileage sangat, pergilah berdemo dan berarak depan SUK kelantan tuh. mintak nik aziz turun. dia pun dah lama mcm hosni jugak. tolonglah, tolonglah janganlah memperbodohkan diri sendiri.buat malu aje.

Tanpa Nama berkata...

itu simbolik bagi orang bodoh macam kamu. tak faham2. hanya orang umnongok macam kamu yang takut dgn demontrasi. dudk rumah jer negeram telo. jenih ni makan tido jer. tengok kezaliman melompat-lompat suka nih. elok kawan dgn rais anak tok yatim dan artis2 gomo. piraaaaahhhh

yanmaneee berkata...

curry 6 shoes
chrome hearts outlet
supreme
supreme hoodie
steph curry shoes
air jordan
goyard
nike off white
golden goose sneakers
golden goose