KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 03, 2011

Ahli tertanya-tanya: Pertemuan "PAS-Umno" di Istana Terenggganu Kuala Lumpur, 24 Disember lalu wujud, tapi fakta bercanggah!


Maka berdentam-dentumlah semula isu Kerajaan Perpaduan sehari dua ini. Ada blog yang sudah meraban membongkar pertemuan tersebut. Tak kurang juga yang ligat berhujah mempertahankan kumpulan masing-masing. Tetapi faktanya kian bercanggah antara satu sama lain. Ada blogger mendakwa Timbalan Presiden PAS hadir sama, kemudian sehari selepas itu beliau mohon maaf kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Ada yang kata, apabila Tok Guru Nik Aziz tiba, Presiden dan Timbalan Presiden PAS sudah ada menunggu bersama Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin. Ada blogger lain pula kata, Pak Lah pun turut serta. Tok Guru Nik Aziz dikatakan marah-marah, setelah berkata beberapa perkara, lalu beliau meninggalkan majlis atas alasan kerana sakit belakang. Ada yang kata, Tuan Guru Abdul Hadi ada di luar negara, di Manchester ketika itu. Terlalu banyak khilaf... sungguh mengelirukan!   

Blog-blog yang telah lama berehat, nampaknya hidup semula seperti Kayu Kelat, Penembak Babi, Polis Pencen dan Tukol Besi. Sekadar beberapa nama di pihak UG = Kerajaan Perpaduan.

Sementara kumpulan yang dikenali G13 atau Task Force 13 terus memacu tikaman terhadap pimpinan yang hadiri ke pertemuan itu seperti Zainulfaqar, Penarik Beca, Tulang Besi, Aduka Teruna, Wan Ji dan lain-lain. 

Namun ahli-ahli PAS kini sedang menunggu kenyataan rasmi Presiden atau Mursyidul Am tentang isu yang kontroversi ini. Setakat ini, pelbagai pihak keliru dengan dakwaan-dakwaan berkenaan pertemuan di Istana Terengganu Kuala Lumpur yang diadakan pada 24 Disember lalu. Perlu ada penjelasan, ini kerana pertemuan itu telah mengundang FITNAH yang hebat di kala ini. apa impaknya terhadap PAS, Pakatan Rakyat dan rakyat keseluruhannya tidak diketahui lagi.

Bagaimana pun, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof mengesahkan adanya pertemuan majlis makan malam, dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seperti dilaporkan sebuah media hari ini.

Nik Aziz hadir tetapi Wan Nik menegaskan, kehadiran beliau hanya atas jemputan menghadiri majlis santapan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur. 

"Tok Guru hadir kerana diundang ke majlis santapan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dan, turut hadir ialah Datuk Seri Najib, tiada kaitan dengan soal politik, majlis santapan sahaja," kata beliau. 

"Bagi Tok Guru, majlis itu adalah nilai sentimental," kata beliau secara berseloroh. Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada pemimpin-pemimpin lain termasuk dari PAS turut hadir. Pertemuan itu berlangsung pada 24 Disember lalu.

Dalam akhbar Siasah keluaran terbaru, Ketua Pengarangnya Sayuti Omar berkata, "apa yang saya dengar ini ialah perjumpaan ‘besar’ di antara tiga tokoh negara ini dari dua parti berlainan."

"Pertemuan itu ialah antara Mursyidul Am PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pertemuan ini berlaku di istana negara pada malam Jumaat lalu (24 Disember). Turut sama hadir katanya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin," kata Sayuti dalam laporan muka depan membawa gambar Nik Aziz dan Najib. Difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan PAS Pusat atau negeri Kelantan dalam sehari dua ini.

Akhbar itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diundang sama tetapi beliau dikatakan berada di London ketika itu. "Apakah beliau (Hadi) mewakilkan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa atau tidak, tidak dapat dipastikan," katanya.

Akhbar itu menambah, "rasanya pertemuan itu memberi banyak input kepada semua pihak terutamanya kepada Yang di-Pertuan Agong sebaagai orang berkuasa di negara ini.

"Begitu juga pertemuan itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz serta Muhyiddin bukan saja bertanya keadaan diri masing-masing, tetapi hal-hal lain juga,” katanya.

Malah akhbar itu mempersoalkan sama ada pertemuan itu boleh dianggap sebagai rasmi memandangkan ada yang menganggap Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai bukan pemegang jawatan eksekutif dalam parti itu.

"Pertemuan itu disalah tafsir tetapi saya tidak tahu apa agendanya, kemungkinan Tuan Guru akan menjelaskan butiran pertemuan itu," kata Wan Nik.

"Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin lain hadir sama," kata Wan Nik lagi.

Difahamkan, pemimpin-pemimpin PAS didakwa berhadapan dengan satu lagi 'perbalahan' ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini. Khabar angin ini muncul ini hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunan Jun ini.

Malah dakwaan ini mengulangi ‘krisis’ yang pernah disaksikan sebelum ini. Dalam pada itu, penyokong-penyokong Nik Aziz mendakwa Menteri Besar Kelantan diperangkap supaya menghadiri pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Umno dan mereka juga mendakwa satu lagi pertemuan telah diadakan sehari sebelum majlis makan malam itu.

Beberapa pemimpin PAS terlibat dalam 'debat' mengenai isu itu menerusi laman sosial Facebook dengan mendakwa Hadi dan Nasharudin cuba memulihkan usaha untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan. Malah ada yang memertahankan kedua-dua Hadi dan Nasharudin masing-masing ahli Parlimen Marang dan Bachok.

Menerusi Facebook, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron membayangkan beberapa pemimpin kanan PAS masih cenderung untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno. 

"OK, tak habis lagi bagi pendapat masing-masing. Habiskan dulu pandangan masing-masing baru boleh ambo (saya) buat kesimpulan. Ambo boleh bagi tahu habis sampai warna baju yang dipakai oleh orang tu... dalam perjumpaan itu. Ada yang hendak nafi lagi?" katanya.

"Aku kata dah berlawan dalam Facebook ni makin nampak Umno dan puak prokerajaan perpaduan makin nampak hujah puak penakut nak berjuang dan mahu jalan pintas hendak jadi kerajaan," kata beliau.

Mesejnya juga berkata, "guano sampai ada orang nak menafikan fakta saya sangggup berbohong pula ni. Kalau pun nak pertahan orang demo sayang jangan sampai peringkat berbohong dengan mengatakan pemimpin itu pergi London tarikh tersebut.

"Betullah tarikh tersebut dia pergi London tapi dia naik kapal terbang malam, perjumpaan tersebut siang hari tarikh yang sama," katanya lagi.

Tulisan Fatah itu menarik respons Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut meminta pemimpin dari Kelantan itu agar membuat aduan rasmi kepada ibu pejabat. Kata Idris, beliau berharap untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pertemuan sulit yang disebutkan oleh Fatah agar setiap ahli dimaklumkan mengenai perkembangan isu tersebut.

"Parti (juga) boleh mengambil tindakan," kata Ustaz Idris dalam mesej Facebooknya.

"Secara rasmi, kami tiada sebarang maklumat. Kami berharap YB Fatah boleh membuat aduan rasmi kepada parti. Saya baru sahaja menghubungi Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali), beliau tidak tahu dan meminta YB Fatah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat," kata beliau.

Makan Malam Bersama Tok Guru Nik Aziz: Semua Blogger pro Pakatan Rakyat diminta daftar kehadiran segera!

Kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat, saya Tarmizi Mohd Jam bagi pihak Urusetia Kerajaan Kelantan menjemput saudara dan saudari hadir ke Majlis Makan Malam dan Dialog Bersamna MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Januari 2011, Sabtu jam 8.30 malam di Hotel Grand Seasson, hadapan Hospital Kuala Lumpur.

Semua blogger dikehendaki mendaftarkan diri dengan menghantar maklumat NAMA dan BLOG kepada saya melalui emel > editorxkutif@yahoo.com.my atau SMS > 019-2051419 sebelum atau pada 6 Januari ini. Ada akan diberi pass masuk dipintu utama dewan. Harap maklum.

Berita sebelum ini:

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Dialog bersama para Blogger Pro Pakatan Rakyat pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, berdepan Hospital Kuala Lumpur. Ia sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihan Umum ke-13 tidak lama lagi.

Menurut Editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam yang diamanahkan untuk urusan pendaftaran blogger dari luar Kelantan, program yang akan bermula jam 8.30 malam itu mempelawa semua blogger pro Pakatan Rakyat daripada negeri Kelantan dan luar Kelantan. 

Dalam dialog dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, pelbagai isu dijangka akan dibangkitkan selain dari sama-sama mengemukakan syor dan pendekatan terkini untuk memasyarakatkan blog dan laman sesawang lainnya sebagai media baru yang efisyen menghadapi PRU-13 nanti.

Menurut Tarmizi, semua blogger pro-Pakatan Rakyat boleh MENDAFTAR diri sekarang dengan menghantar emel kepada beliau dialamat editorxkutif@yahoo.com.my serta memaklumwajibkan NAMA dan NAMA BLOG yang sedang beroperasi. INGAT DAFTAR SEKARANG dan sebarkan berita ini dalam blog, Facebook, twitter, website dll yang anda boleh capai.

Semua blogger akan diberi pass masuk ke majlis ini. Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 6 Januari 2011. Tarmizi mengharapkan mana-mana blogger yang mendapat maklumat ini, boleh memanjangkannya kepada rakan-rakan blogger lain secepat mungkin. 

Ahad, Januari 02, 2011

NUJ dakwa Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia tak ada harga diri tunduk kepada tuan-tuannya!


NUJ Malaysia ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengamal media di negara ini dan diharapkan tahun ini kita akan dapat menikmati kebebasan media yang sebenar bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang benar dan seimbang.

Kesatuan juga meminta pengarang-pengarang di media perdana terutama Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star agar kembali kepada fungsi dan matlamat sebenar media iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan bukan sebagai alat propaganda kepada kerajaan, mana-mana parti politik dan individu-individu tertentu kerana kepentingan peribadi.

Kejatuhan edaran akhbar media perdana seperti yang di umumkan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) jelas membuktikan bahawa orang ramai terlalu muak dengan isi yang disajikan di dalam akhbar-akhbar tersebut yang bukan sahaja tidak membina minda tetapi penuh dengan propaganda buruk serta akhbar-akhbar ini boleh dikategorikan sebagai akhbar murahan tidak mempunyai harga diri serta maruah kerana para pengarang mengenepikan serta menguburkan nilai-nilai murni tujuan asal akhbar itu diterbitkan.

Utusan Malaysia yang pernah edarannya mencapai 350,000 sehari kini hanya menjadi alat propaganda kerajaan dan memainkan isu-isu perkauman serta cuba mencetuskan pertelingkahan di antara kaum di negara ini.

Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia sebenarnya adalah pengarang yang tidak mempunyai prinsip, harga diri dan maruah kerana hanya hendak mempertahankan kedudukan dengan gaji puluhan ribu ringgit oleh sebab itulah sentiasa tunduk kepada tuan-tuan politik yang hanya mahu mempertahankan kuasa mereka dengan menggunakan Utusan Malaysia sebagai alat propaganda.

Sehubungan itu NUJ Malaysia menyeru ketua pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia agar kembali kepada matlamat utama penubuhan akhbar itu pada awal penubuhannya.

NUJ Malaysia juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia yang jelas cuba mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini berikutan beberapa isu perkauman yang dimainkan.

Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia menunjukkan mereka juga terlibat dalam agenda untuk mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini oleh sebuah akhbar yang boleh dianggap sebagai akhbar rasis dan tidak bermaruah.

Sumber >> Kenyataan media oleh Hata Wahari selaku Presiden NUJ Malaysia.

Mengapa ada yang takut buku 'Menuju PAS Baru' karya Dr Mujahid Yusuf Rawa?


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme" yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.

"Jika ia baik untuk parti, saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya. Tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini," katanya kepada pemberita di Georgetown.

Beliau berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segala kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu seperti mana yang disiarkan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini.

Dewan Ulama PAS Kedah dalam satu kenyataan pada Rabu lepas berkata dewan itu menolak tulisan Dr Mujahid dalam buku itu yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Dr Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.

"PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku “Menuju Pas Baru” hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda. Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza," katanya.

Sumber >> Bernama

Blogger Pro Pakatan Rakyat diundang Makan Malam bersama Tok Guru Nik Aziz 15 Januari ini


Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Dialog bersama para Blogger Pro Pakatan Rakyat pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, berdepan Hospital Kuala Lumpur. Ia sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihan Umum ke-13 tidak lama lagi.

Menurut Editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam yang diamanahkan untuk urusan pendaftaran blogger dari luar Kelantan, program yang akan bermula jam 8.30 malam itu mempelawa semua blogger pro Pakatan Rakyat daripada negeri Kelantan dan luar Kelantan. 

Dalam dialog dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, pelbagai isu dijangka akan dibangkitkan selain dari sama-sama mengemukakan syor dan pendekatan terkini untuk memasyarakatkan blog dan laman sesawang lainnya sebagai media baru yang efisyen menghadapi PRU-13 nanti.

Menurut Tarmizi, semua blogger pro-Pakatan Rakyat boleh MENDAFTAR diri sekarang dengan menghantar emel kepada beliau dialamat editorxkutif@yahoo.com.my serta memaklumwajibkan NAMA dan NAMA BLOG yang sedang beroperasi. INGAT DAFTAR SEKARANG dan sebarkan berita ini dalam blog, Facebook, twitter, website dll yang anda boleh capai.

Semua blogger akan diberi pass masuk ke majlis ini. Tarikh tutup penyertaan sebelum 10 Januari 2011. Tarmizi mengharapkan mana-mana blogger yang mendapat maklumat ini, boleh memanjangkannya kepada rakan-rakan blogger lain secepat mungkin.    

Pelbagai blog dan laman Facebook mula dedah identiti Menteri perogol dalam Kabinet 1Malaysia

Gambar ini dikirim dan ditanda oleh seorang rakan Facebook yang menunjukkan isteri Rais (kanan) dan kiri sekali dikatakan orang gaji terbabit.

Pelbagai blog dan laman sosial seperti Facebook sudah mula dan ligat memasar serta menyiarkan gambar Menteri Penerangan, Komunikasi Multimedia dan Kebudayaan Warisan, Dato' Seri Utama Rais Yatim sebagai Menteri yang didakwa merogol orang gajinya pada tahun 2007 yang lalu seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks seminggu lalu.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan mengelirukan rakyat selagi Perdana Menteri dan Menteri terbabit tidak menafikan laporan WikiLeaks itu. Sekiranya benar, maka beliau patut disiasat oleh pihak Polis dan sekiranya itu hanya tuduhan semata-mata, atau konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan maka Rais berhak menyaman WikiLeaks dan blogger yang bersungguh-sungguh menamakan beliau sebagai Menteri perogol itu.

PAS Kawasan Batu mendesak PM membersihkan Kabinet 1Malaysianya dari sebarang tuduhan memiliki Menteri perogol dan mahu PM mengarahkan pihak Polis membuat siasatan terhadap kebenaran laporan WikiLeaks itu disamping menggantung jawatan Rais dalam mana-mana kementerian, agensi dan GLC kerana sebagai orang yang disyaki, beliau wajar disiasat secara telus, kata Yang Dipertuanya, Ishak Surin.

Sehingga kini, tegas beliau, jawatannya sebagai Menteri tidak digantung, malah tiada kenyataan dari pihak Polis bahawa beliau sedang disiasat. Paling mengecewakan PM berpeluk tubuh, bisu seribu bahasa membiarkan rakyat tertanya-tanya dan terteka-teka siapakah Menteri yang merogol orang gajinya itu.

Ishak mahu, kerajaan 1Malaysia bertanggungjawab dan bukan memperbodoh-bodohkan rakyat dengan sikap berdiam diri dan tidak bertindak terhadap pesalah yang telah menganiaya seorang wanita yang lemah. Jika seorang peguam berpangkat "Dato" dikutuk kerana membunuh Dato' Sosilawati secara ganas, diharapkan Rais bukanlah seorang lagi peguam yang "membusukkan" profesyen berkenaan di negara ini. 

Sabtu, Januari 01, 2011

PAS Kawasan Batu ucap takziah kepada keluarga pelakon "Adam Maya" Mohd Faizal Yusuf

Seluruh kepemimpinan PAS Kawasan Batu mengucapkan takziah kepada keluarga pelakon drama Adam Maya, Mohd Faizal Yusup, 33, yang kembali kerahmatullah, Sabtu 1 Januari 2011 di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Naib Yang DiPertuanya, Tarmizi Mohd Jam berkata, PAS Kawasan Batu terkejut dengan kematian itu kerana Allahyarham  masih muda dan kelihatan sihat. Namun, takdir Allah menentukan segala-galanya. Beliau mendoakan agar ruh Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Menceritakan kejadian, abangnya, Shaiful Yusup, 35, memberitahu Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang sarat mengandung, Rosmunira dan seorang anak hasil perkahwinannya terdahulu dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana, (Muhammad Rayyan Nakhaie, 2). Turut menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi esok Ahad.

Najib lesu atau tak berani beri respons tentang tuduhan Menteri Kabinet 1Malaysianya yang jadi perogol?


PM Dato' Seri Najib Tun Razak patutnya susah memberi respons lebih awal berserta tindakan susulan terhadap pendedahan WilkiLeaks tentang adanya Menteri Kabinet 1Malaysia yang merogol orang gajinya. Laporan WikiLeaks itu hasil pendedahan siasatan yang dibocorkan oleh Amerika ke dalam laman sesawang berkenaan. Betul atau tidak, bukan soalnya.

Beberapa blogger sudah ada yang berani menamakan Menteri yang dituduh merogol itu, malah ada yang memaparkan gambarnya pada blog masing-masing. PM seolah-olah tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. PM seolah-olah dengan sengaja mahu memerap dan mematikan isu ini dengan mendiam diri dari menjawab pertuduhan.

Menteri terbabit pula sepatutnya sudah meletak jawatan jika benar melakukan perkara keji dan terkutuk itu. Bukan mendiamkan diri atau betapa di mana-mana. PM dan Menteri boleh buat penafian, jika laporan Wikileaks itu palsu. Tindakan lain, menyaman WikiLeaks dan mana-mana media dan blogger yang menyebarkan laporan WikiLeks itu. Ini sebagai langkah membersih nama dan imej.

Namun, sehingga kini, Menteri yang sering menekankan soal "budi bahasa" itu masih tidak disiasat. Tidak digantung tugas sebagai seorang Menteri. Seolah-olah tiada apa yang terjadi. Inilah politik "bengap" Umno-BN, yang sanggup mempertahankan mungkar dari membongkar kebenarannya.

Mana juak-juak Umno yang lancang mulutnya sewaktu WikiLeaks mendedahkan laporan siasatan tentang pembabitan Anwar Ibrahim dalam Sodomi II? Mana taji mereka? Mengapa diam dan tiada sidang media dibuat untuk desak Menteri itu letak jawatan? Mengapa tak desak Polis siasat? Kenapa tak desak PM bersihkan saf Kabinet 1Malaysia?    

Siapa Menteri Kabinet 1Malaysia yang ROGOL orang gajinya? Harap PM bersihkan tuduhan keji ini segera!

Alex Ong (tengah) bertanggungjawab membantu rakyat Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia pulang ke pangkuan keluarganya. Sebelah kanan beliau Adun Paroi, Mohd Taufek Ghani.

Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan  menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka. Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya. Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh. Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta. Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini. Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah  (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada  26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz pertahan Teo Nie Ching senamrobik di masjid


Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu Jumaat lalu.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya. Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.

Sumber >> Bernama

Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching jawab propaganda murahan Utusan 1Malaysia


Hampir 30 tahun saya tinggal di Negara ini, tetapi saya semakin keliru.  Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran?  

Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? Sama ada orang bukan Muslim boleh ucap "assalamualaikum"?  Sama ada orang Muslim tidak sepatutnya menghadiri majlis perayaan agama yang lain?  Sama ada apabila orang Muslim menghadiri majlis perayaan agama Kristian, salib harus disembunyikan?

Sekiranya Najib Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai "OK Tak OK" untuk semua warga bukan Muslim negara ini?

Semasa berucap merasmikan Konvensyen Ke-43 Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia pada 20hb Disember yang lalu, Najib Razak telah memberikan tiga peranan kepada media.

Pertama, media sebagai penggalak kesederhanaan (promoter of moderation); kedua, media sebagai menara tinjau untuk perubahan (watch tower for change); dan ketiga, media sebagai pendorong pembangunan (Catalyst for Development)? Ucapan penuh Najib Razak?

Dalam ucapan beliau, beliau mahu akhbar-akhbar berbahasa Cina menjadi perintis. Tetapi pada masa yang sama, beliau mengizinkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki UMNO, memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya. Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme (promoter of extremism), tetapi adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Dalam Negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?

Semasa Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN-AS, Najib dalam ucapan pencelahan beliau telah menghulur bantuan kepada Presiden Amerika Syarikat untuk menghapuskan fenomena Islamophobia.  Mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam perlu dilakukan, kata Perdana Menteri.

Biarlah kita semua akui, fenomena Islamophobia bukan sahaja wujud di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi juga berakar umbi di Malaysia.  Apakah pendekatan Najib untuk menangani masalah ini di negara kita? 

Hasrat saya sebagai wakil rakyat adalah berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat, tak kira bangsa, tak kira kaum, tak kira agama.  Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.  Jujur saja, dalam pengalaman saya menjadi Ahli Parlimen, banyak surau dan masjid telah menganjurkan majlis-majlis ataupun jamuan-jamuan di perkarangan mereka.  

Pada kebanyakan masa, sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara komuniti, pihak berkenaan juga akan menjemput penghuni-penghuni sekitar untuk menghadiri program tersebut.  Sudah banyak kali saya lihat orang-orang bukan Islam menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri di perkarangan masjid.  

Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput? Apakah kesalahan saya untuk bersenam di tempat letak kereta masjid bersama dengan hadirin yang lain?  

Kenapa usaha saya untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi, usaha untuk mempertingkatkan kefahaman, kesemua ini dianggap salah oleh Utusan Malaysia-UMNO? Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?

Betul sekali Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua pada 19 Disember 2010 yang lalu.

Utusan Malaysia hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Utusan Malaysia hanya tahu mendiskriminasikan, menganiayai dan merendahkan orang lain bukanlah rakyat Malaysia sebenar.

Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun UMNO kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak berlayak untuk memberi ajaran agama Islam.  Sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh penyokong-penyokong ataupun warga Malaysia melalui Facebook ataupun blog bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi.

Gambar-gambar lain yang sedia ada di Blog dan Facebook saya tetapi tidak diterbitkan di Utusan Malaysia telah menunjukkan bahawa kehadiran saya di perkarangan Masjid Cheras Jaya tidak pernah menjadi isu kontroversi pada hari tersebut dan sebaliknya telah diterima baik oleh para hadirin.  Saya akan terus perjuangan saya untuk mewujudkan sebuah Malaysia untuk semua anak Malaysia, iaitu Malaysian Malaysia.

Sumber >> Tulisan ini dipetik daripada blog Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang-DAP.

YB Teo Nie Ching: Jangan gentar tohmahan jahil Umno dan propaganda jahat Utusan 1Malaysia


Semoga YB Teo Nie Ching terus sukses. Dalam isu ini, kritikan amat positif bagi "mengemparkan" pemikiran yang jahil di luar sana. Tanpa aktiviti seperti itu, dan tanpa propaganda jahat Utusan 1Malaysia, maka isu ini sukar dibahas.

Dengan paparan kontroversi begini, sekurang-kurangnya kita berjaya menggerakkan "rasa ingin tahu" rakyat terhadap politik. Orang PAS nak lihat komen pemimpim mereka dalam konteks Islam. Orang DAP dan PKR juga nak tahu hujahnya. Kalau ada yang tak kena, inilah masanya kita nasihat menasihatan baik kepada YB mahupun kepada Umno, PAS, DAp dan PKR serta penjaga surau masjid berkenaan.

Begitu juga dengan orang awam. Semua nak tahu apabila di dihebohkan. Hanya Umno yang senak dengan pembabitan YB ke program Karnival Maal Hijrah itu. Senak kerana dengki dan iri hati dengan hubungan intim PAS-DAP yang mengukuhkan lagi PR.

Saya telah melayari laman sesawang YB dan sempat mengutip gambar-gambar senamrobik yang YB paparkan. Tekun juga membaca rasa terkilan YB dengan laporan Utusan 1Malaysia yang dianggap berat sebelah dan berniat jahat.

Umno hanya memanipulasikan isu ini untuk kepentingan politik. Seperti mereka menggodam YB dalam isu tazkirah pada bulan Ramadan lalu dengan hujah kononnya YB bukan Islam, YB tak mandi hadas, YB  memberi tazkirah dan YB masuk ke ruang solat.

Semua itu datang dari akal cetek pemimpin Umno. Niat mereka satu, menanamkan rasa benci di kalangan orang Melayu terhadap PAS. Bukan kepada DAP tetapi kepada PAS. Kepada PAS kerana bagi Umno, sebagai parti Islam, PAS tidak boleh berkawan dengan DAP, PAS tidak boleh bawa YB masuk ke surau dan inilah justifikasinya dengan isu terbaharu yang menimpa YB.

Semoga lebih banyak perbahasan dan perdebatan yang sihat tentang perkara ini bagi meningkatkan kefahaman yang jelas terhadap apa jua isu yang berkaitan Islam dan hubungannya dengan bukan Islam. Jika orang Islam, apatah lagi daripada kafilah Umno yang berbuat seperti apa yang YB cetuskan, ia tidak akan meledakkan isu sebab Utusan 1Malaysia tak menyiarkannya.

Alhamdulillah, senamrobik yang dianjurkan bagus untuk jaga kesihatan dan dekatkan masyarakat dengan kariah, khasnya masjid. Masjid perlu dipromosi. Ada penduduk yang tak peka dengan masjid. Majlis akad nikah atau kematian, barulah mereka ke masjid. Jika tidak, hampeh...

Acara senamrobik itu tidak mencampurkan lelaki dan perempuan. Hanya Umno sahaja yang tidak menghiraukan percampuran lelaki dan perempaun dalam majlis-majlis anjurannya. Paling mengembirakan lagi, perempuan Islam semuanya menutup aurat dengan baju yang longgar.

Pakaian beginilah yang membezakan antara aurat perempuan Islam dengan aurat perempuan bukan Islam seperti YB. Mereka menutup aurat, tetapi YB tak menutup aurat kerana YB bukan Islam. Jika Yb seorang Islam, maka wajib menutup aurat. Isu aurat tidak timbul daloam kes ini. Cuma barangkali pakaian YB patut dilonggarkan, labuh agar tidak memperlihatkan bentuk susuk tubuh yang seksi.

Namun ini berbeza dengan majlis Tarian Perdana Sabtu, 5 Disember yang dihadiri isteri PM, Rosmah Mansor di Dataran Merdeka. tarikh dan masa ini kita (Pakaran Rakyat) berarak ke istana untuk iringi MB Selangor serahkan memorandum bantah kenaikan air Syabas. Tetapi kita disembur asid oleh Polis di hadapan Stesen Keretapi sebelah Masjid Negara. 

Isunya, bukankah pakian Rosmah yang beragama Islam itu tak jauh bezanya dengan pakaian yang dipakai perempuan bukan Islam? Pakaiannya sama macam pakaian yang dipakai oleh YB. Sedangkan ia mesti berbeza, sebab dia seorang Islam. Rambutnya sama macam rambut YB yang tidak ditutup. 

Malah, Umno yang kononnya parti Islam ketiga terbesar di dunia, sepatutnya melalui ulama tua dan ulama mudanya, menasihatkan PM agar meminta isterinya menutup aurat. Menasihatkan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil agar dia juga menutup aurat. baru ada beza antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam macam YB. Ini kerana menutup aurat bukanlah makruh atau sunat tetapi wajib hukumnya.

Dengan hentakan juak-juak Umno dalam isu ini, kami PAS Kawasan Batu mengharapkan YB dapat memanfaatkan "kontroversi' ini dengan menambahkan lagi ilmu baru tentang hal-hal berkaitan aurat, pakaian, percampuran lekaki perempuan, ruang solat, tazkirah, masuk surau masjid dan lain-lain. 

Pada suatu hari nanti, kamai berharap YB lebih cekap dan mahir menjawab segala tuduhan Umno dalam perkara ini dengan hujah-hujah Islam yang mudah tetapi payah bagi juak-juak Umno memahaminya, apatah lagi melaksanakannya.

Paling teruja jika YB sendiri dapat mendalami pengetahuan tentang apa itu FITNAH dalam konteks Islam, agar YB dapat mengupas darihal isu FITNAH yang dilancarkan Umno selama ini kepada YB, dengan hadam dan upaya mematahkan FITNAH itu dengan hujah-hujah yang bernas.    

Wallahu'aklam.

Tarmizi Mohd Jam
Naib Yang DiPertua PAS 
Kawasan Batu   

Jumaat, Disember 03, 2010

Apa rasionalnya PAS ganti Umno? Ini rakyat kena tahu agar PAS tak jadi Umno


Berikut sedutan bahagian pertama kertas kerja Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bertajuk "PAS Ganti Umno: Rasional & Tindakan" yang telah dibentangkan dalam "Seminar PAS Sedia Ganti Umno" pada 13 Nov 2010, di Auditorium MBSA yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Bersambung pada keluaran akan datang.

PAS dan Umno merupakan parti yang menjadi persaingan dalam politik Malaysia. Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, manakala PAS ditubuhkan pada 24 hb Nov 1951. 

Sasaran kedua-parti ini adalah orang Melayu yang beragama Islam. Masing-masing cuba untuk meraih sokongan. PAS sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar, sedangkan Amno berjuang atas perjuangan bangsa. 

Walaupun amalannya lebih kepada kebendaan dan tidak menjadikan Islam sebagai rujukan dalam tindakan. Maka sudah sampai masanya PAS menggantikan Umno, ertinya orang Melayu perlu menyertai PAS sebagai wadah penyelamat di negara ini. 

Ini memandangkan Umno semakin kehilangan arah. Umno telah menjadikan ahlinya semakin kehilangan fokus, tidak lebih daripada mengejar status dan kemewahan. Agenda perjuangan sudah tidak ada, kalau pun mereka bercakap soal memperjuangkan bangsa, tetapi tetap menyalah bangsa lain. Sedangkan apa yang mereka buat hampir setengah abad kepada bangsa sendiri ketika mereka diberi kuasa mereka buat tidak faham. 

Inilah yang menjadi tanda tanya di kalangan anak-anak muda, walaupun bapa mereka penyokong tegar Umno namun generasi yang terdedah dengan maklumat dan hidup dalam dunia yang berbeza dengan zaman bapa mereka. Orang melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah PAS.

Rasional kenapa Umno perlu diganti dengan PAS

Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat,  bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat'ei dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam. 

Apabila Islam tidak mendasari dalam perjuangan maka modal pembangunan akan lapuk, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju terutama generasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapa yang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai di zaman 60an sahaja dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari qiamat.

Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)

Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang  mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat.

Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Tidak hairanlah kepada kita bekas  Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain. Contohnya Dato' Seri Khir Toyo marah kenapa terlalu banyak tol, dan harga barang terlalu mahal, suaranya semacam suara kita sahaja.

Islam hanya kuda tunggangan Umno

Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manik Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. 

Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manik Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.

Program Islam sebagai alat politik

Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru. 

Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ke-15. Kebangkitan rakyat Afghanistan menyerang Russia yang menceroboh negara mereka. Mereka bangun dengan senjata iman dan kelengkapan yang serba dhaif. Waktu itu juga Revolusi Islam Iran yang berjaya menggulingkan regim Shah Iran di bawah kepimpinan seorang ulamak Al-Marhum Ayatullah Khomeini. 

Bahang kebangkitan ini juga menjalar di kalangan rakyat Malaysia, suara untuk menyeru pihak pemerintah supaya kembali kepada Islam yang syumul kedengaran segenap rantau. Terutama di kalangan generasi muda yang berada di kampus dalam atau di luar negeri.

Waktu itu, Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus.  Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. 

Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan  Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, mempercepatkan jam selama  30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan. Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak  melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. 

Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat. Kenyataan Dr. Mahathir dalam bukunya "The Malay Dilema" dalam halam 15,  membuktikan dakwaan ini "Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. 

Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini  dapat memancing undi di di dalam pilihanraya yang akan datang".   

Peralatkan Melayu untuk kepentingan peribadi

Kononnya atas  nama Melayu untuk bela Melayu, walaupun pada hakikatnya, hanya batu loncatan sahaja. Menggunakan Perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dan keluarga, akhirnya Melayu terus merempat di bumi sendiri. 

Di mana tempat Umno kuat disitu melayu merempat. Contohnya apa yang berlaku di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. 

Yang menjadi pendinding dan perunding  ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16 Disember 2009. Pemimpin Umno hanya datang lima tahun sekali untuk hendak menagih undi. Mereka membiarkan melayu susah, maka senang untuk mendapat keistimewaan  untuk membantu Melayu. Sebab itu berbagai-bagai dasar yang dibuat gagal untuk membela melayu. Seolah-olah ia dirancang supaya mereka senang untuk memfaridkan harta negara dengan membiarkan orang melayu susah.

Sikap individualistik 

Sikap yang hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya rakyat sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk memperkaya anak menantu, sedangkan rakyat di bawah kais pagi makan pagi. Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Sikap metrealistik yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Memegang jawatan sebagai tiket untuk kaut keuntungan. 

Melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak, penuh dengan skandal.

Seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, bekas ahli Ampang Jaya dan Ketua Wanita Umno Kelang.  Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik kerana media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan yang tidak senonoh yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini  adalah lumrah.

Umno tidak membela agama. 

Kita boleh melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad.  Selama 62 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.

Orang Agama (ulama) Umno hanya subang tembaga. 

Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. 

Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.
Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam (FFI) di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. 

Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila  kerajaan BN di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu. 

PAS mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS. 

Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, Umno haram duit judi, tetapi halalkan judi. Pendapatan judi 2009  2.3 bilion. 

Rakyat Malaysia berbelanja arak RM1.7 bilion setahun, nombor 10 tertinggi di dunia.  Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam Umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Dato' Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. 

Persoalannya di manakah suara mereka sekarang? Perkasakan Islam di dalam Umno? Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu,  tenangkah jiwa orang agama di dalam Umno yang bergelumang dengan parti yang menyuburkan maksiat? Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang  mereka sertai. 

Dasar Umno putera bukan Bumiputera.

Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Zainal Osman - Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%. 

Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Wang royalti dicabul, sebanyak 118 projek kerajaan Pusat dibekukan sejak RMK 6 1991. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu? Apakah slogan kuat Umno perkasa Melayu menjadi realiti?

Siasat Ali Rustam: Tanah MAIM tergadai, guna wang zakat RM13.85 juta

Kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina Kompleks Majlis Agama Islam Melaka  (MAIM) menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

Ketika mendedahkan perkara ini kepada Harakah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang diketuai Dato' Seri Mohd Ali Rustam sehingga menyebabkan tanah milik MAIM terlepas kepada pihak ketiga.

Beliau mahu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyisat sehingga ke akar umbi Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi MAIM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam serta mereka yang terlibat dalam isu ini segera.

Dakwanya, Kerajaan Melaka melalui MAIM juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004. 

Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83. Adly mendedahkan, MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002. 

"RMSB dikehendaki membina Kompleks MAIM di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta. 

"Sebagai balasan, RMSB diberi  hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks MAIM selesai," tegas beliau. Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006. 

RMSB telah berjaya menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta, jelas beliau.

MAIM yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, disamping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106. Sikap kerajaan Umno-BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam.

PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan kemuka pengadilan:
a. Penjualan Tanah Milik MAIM di Lot 105 dan Lot 106 pecahan kepada PT83 kepada pihak ketiga.
b. Pengunaan wang zakat RM13.85 juta yang sepatutnya tidak digunakan bagi membina Kompleks MAIM, sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang layak.
c. Penyerahan Hak Milik Tanah. MAIM juga didapati telah menyerahkan Surat Hak Milik PT 83 kepada RMSB pada 13 Oktober 2006, sedangkan mereka telah tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Komplek MAIM mengikut perjanjian asal. 
d. Mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB? Apakah individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB?

PAS Melaka juga tegas Adly, turut kesal kerana kerajaan Umno-BN gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga kelemahan berikut dikenalpasti dalam sebuah negeri berstatus "Negeri Maju" seperti:
a. Penjualan tanah milik MAIM. Mengikut rekod, nilaian tanah milik MAIM telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11 juta pada 2008.
b. Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian komplek perniagaan MAIM, yang disewakan kepada JAIM.
c. Gagal mendaftar sebanyak 20% dari tanah yang diwakafkan. 
d. Proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan.
e. Kelemahan dalam penyelenggaraan Daftar Harta Wakaf, Harta Faraid Dan Sewa Hartanah.
f. Pencerobohan Tanah Baitulmal
g. Tanah Wakaf Tidak Dapat Dikenal Pasti Lokasi

Kini benteng besi Umno-BN pecah terburai, gagal pecahkan PAS dengan DAP

Hubungan kerjasama yang bertambah erat antara PAS dan DAP hari ini berjaya memecahkan tembok yang sekian lama dibina Umno-BN untuk memisahkan kelompok utama bangsa Melayu dan Cina di negara ini. Ini kerana, sejak 50 tahun yang lalu Umno-BN lah yang telah membina tembok itu untuk memisahkan kedua-dua kaum tersebut.

Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, apa yang berlaku sekarang, hubungan intim PAS-DAP sangat dicemburui bahkan ditakuti oleh Umno BN sehingga mereka cuba menanam sentimen dan menakut-nakutkan kaum Melayu.

"Inilah yang menjadi ketakutan Umno-BN terhadap hubungan PAS dan DAP yang berjaya memenangi orang bukan Islam. Orang Melayu dan Cina bergabung memecahkan tembok yang dibina oleh Umno sekian lama," katanya ketika dihubungi Harakah.

Jelas Mahfuz, apabila Umno-BN berdepan dengan orang Melayu mereka akan mencanangkan DAP akan mengetui Pakatan Rakyat jika parti itu berjaya memerintah dan begitulah sebaliknya. 

"Umno-BN jadikan DAP seperti 'lembaga hitam' untuk menimbulkan ketakutan orang Melayu, sekali gus menjejaskan masa depan kaum itu.

"Apabila Umno pergi kepada orang Cina, mereka akan kata yang akan 'lead' kerajaan adalah PAS yang dikatakan radikal dan ekstrem Islam 'potong sana potong sini'," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Tegasnya, politik Umno-BN inilah yang harus disedari rakyat pelbagai kaum khususnya masyarakat Melayu, agar mereka tidak terjebak dengan dakyah kononnya negara akan 'terjual' jika DAP berkuasa.

"Saya anggap bahawa lagu ini adalah lagu lama dan senikata yang cuba diperbaharui tidak berjaya untuk memancing undi orang Melayu yang sudah meluat kepada Umno," ujarnya.

Justeru kata Mahfuz, inilah hakikat yang menunjukkan  bagaimana orang Melayu perlu ada kesedaran dengan tipu muslihat Umno-BN kerana selama-lamanya parti kebangsaan Melayu itu cukup cemas jika DAP boleh bekerjasama erat dengan PAS.