KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 01, 2011

Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching jawab propaganda murahan Utusan 1Malaysia


Hampir 30 tahun saya tinggal di Negara ini, tetapi saya semakin keliru.  Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran?  

Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? Sama ada orang bukan Muslim boleh ucap "assalamualaikum"?  Sama ada orang Muslim tidak sepatutnya menghadiri majlis perayaan agama yang lain?  Sama ada apabila orang Muslim menghadiri majlis perayaan agama Kristian, salib harus disembunyikan?

Sekiranya Najib Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai "OK Tak OK" untuk semua warga bukan Muslim negara ini?

Semasa berucap merasmikan Konvensyen Ke-43 Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia pada 20hb Disember yang lalu, Najib Razak telah memberikan tiga peranan kepada media.

Pertama, media sebagai penggalak kesederhanaan (promoter of moderation); kedua, media sebagai menara tinjau untuk perubahan (watch tower for change); dan ketiga, media sebagai pendorong pembangunan (Catalyst for Development)? Ucapan penuh Najib Razak?

Dalam ucapan beliau, beliau mahu akhbar-akhbar berbahasa Cina menjadi perintis. Tetapi pada masa yang sama, beliau mengizinkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki UMNO, memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya. Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme (promoter of extremism), tetapi adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Dalam Negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?

Semasa Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN-AS, Najib dalam ucapan pencelahan beliau telah menghulur bantuan kepada Presiden Amerika Syarikat untuk menghapuskan fenomena Islamophobia.  Mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam perlu dilakukan, kata Perdana Menteri.

Biarlah kita semua akui, fenomena Islamophobia bukan sahaja wujud di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi juga berakar umbi di Malaysia.  Apakah pendekatan Najib untuk menangani masalah ini di negara kita? 

Hasrat saya sebagai wakil rakyat adalah berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat, tak kira bangsa, tak kira kaum, tak kira agama.  Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.  Jujur saja, dalam pengalaman saya menjadi Ahli Parlimen, banyak surau dan masjid telah menganjurkan majlis-majlis ataupun jamuan-jamuan di perkarangan mereka.  

Pada kebanyakan masa, sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara komuniti, pihak berkenaan juga akan menjemput penghuni-penghuni sekitar untuk menghadiri program tersebut.  Sudah banyak kali saya lihat orang-orang bukan Islam menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri di perkarangan masjid.  

Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput? Apakah kesalahan saya untuk bersenam di tempat letak kereta masjid bersama dengan hadirin yang lain?  

Kenapa usaha saya untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi, usaha untuk mempertingkatkan kefahaman, kesemua ini dianggap salah oleh Utusan Malaysia-UMNO? Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?

Betul sekali Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua pada 19 Disember 2010 yang lalu.

Utusan Malaysia hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Utusan Malaysia hanya tahu mendiskriminasikan, menganiayai dan merendahkan orang lain bukanlah rakyat Malaysia sebenar.

Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun UMNO kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak berlayak untuk memberi ajaran agama Islam.  Sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh penyokong-penyokong ataupun warga Malaysia melalui Facebook ataupun blog bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi.

Gambar-gambar lain yang sedia ada di Blog dan Facebook saya tetapi tidak diterbitkan di Utusan Malaysia telah menunjukkan bahawa kehadiran saya di perkarangan Masjid Cheras Jaya tidak pernah menjadi isu kontroversi pada hari tersebut dan sebaliknya telah diterima baik oleh para hadirin.  Saya akan terus perjuangan saya untuk mewujudkan sebuah Malaysia untuk semua anak Malaysia, iaitu Malaysian Malaysia.

Sumber >> Tulisan ini dipetik daripada blog Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang-DAP.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Perjuangan kita demi agama dan tanahair bukan kerana kepentingan politik semata. Haruskah kita korbankan kesucian nilai Islam hanya kerana inginkan pengaruh dan sokongan sehingga sanggup menggadaikan maruah aama Islam yang tercinta ini? Di akhir-akhir ini semakin banyak fitnah yang berleluasa (akhir zaman sudah tiba barangkali) dan kini bloggers PR khasnya semakin terpengaruh dengan apa yang dilakukan bloggers BN. Apakah kita khasnya daripada PAS juga harus menyuburkan fitnah walaupun kita tahu ianya bernama fitnah? Kembalilah kepada landasan Islam yang sebenar. Dalam isu ini, mengapa pimpinan PAS tidak menasihati pemimpin DAP ini untuk berpakaian mengikut nilai kita? Jangan kerana sikap terlalu mengejar kuasa dan sokongan rakyat (khasnya daripaa bukan Islam) maka kita PAS merelakan apa yg haram menjadi halal dalam masyarakat! Kembalilah kepada kesuciaan agama Islam dan semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah dalam usaha kita berjuang mengembalikan Islam pada landasannya.

Tanpa Nama berkata...

Benar sekali spt tulisan tanpanama...sebagai penyokong pas,kita tidak snggup lg melihat pemimpin2 dan ahli2 parti kita menghalalkan setiap kemungkaran oleh dap...mmg kita ingin kuasa untuk kembangkan syiar islam TETAPI bukan dgn menggadaikan apa saja walaupun kita sedar ianya bercanggah dgn agama suci kita..