KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 10, 2008

Hanya kerajaan kurang ajar sahaja galakkan rakyat kerja "gila-gila"

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merasmikan program anjuran Dewan Muslimat PAS Batu baru-baru ini di Taman Koperasi Polis Fasa II...

TANPA disedari, kakitangan sokongan perkhidmatan awam yang digalakkan oleh kerajaan mencari wang lebih dengan berniaga selepas waktu kerja disifatkan keterlaluan dan menunjukkan sikap tidak prihatin kerajaan terhadap golongan bahawan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika merasmikan Makan Malam Penghargaan Keluargaku kesal dengan langkah kerajaan memberi permit kepada kakitangan sokongan tanpa mengambil kira waktu mereka bersama keluarga. Ada benarnya!

Tian menegaskan, untuk meningkatkan pendapatan keluarga bagi mengatasi pelbagai kenaikan harga barang, tidak sepatut mereka dibebani dengan kerja tambahan seperti itu tetapi sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan menaikkan gaji dan tidak membuat sebarang keputusan yang akhirnya membebankan rakyat dengan kenaikan pelbagai harga barang.

Mengapa perlu mereka digalakkan, diajar bekerja secara "gila-gila"? Sedangkan bahana kenaikan petrol adalah angkara kerajaan hingga menyebabkan semua harga barang keperluan melonjak. Kini, rakyat pula disuruh bekerja "gila-gila" untuk mengatasi hidup sempit mereka. Inilah kerajaan kurang ajar namanya.

Sebelum itu, Pengarah Program yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Hajjah Salbiah Abdul Wahab mengingatkan ibubapa dan orang-ramai tentang pri pentingnya sebuah keluarga muslim dibentuk dalam menghadapi serangan gejala sosial yang makin teruk.

Katanya, penerapan nilai-nilai Islam sejagat seperti kasih saying yang tinggi harus dipupuk dalam jiwa anak-anak semenjak kecil lagi supaya mereka tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang melampau.

Program santai itu turut menampilkan ‘talk show’ yang dibarisi Pengacara Rancangan Al-Kuliyyah TV3, Ustaz Fauzi Mustapha dan panelis Bicara IKIM (Radio IKIM), Ustazah Nor Hafizah Musa.

Lebih 250 tetamu hadir pada program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu yang bertemakan “Saat Terindah Bersamamu”.

1 ulasan:

Ronn berkata...

Bro..menarik juga cadangan Tian Chua tu, nampaknyer banyakla cukai yang dikutip dibelanjakan untuk bayar gaji diorang. At same time sektor swasta yang skang ni gajinye dari gomen yang tepaksa bekerja lebih keras..adil..