KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 19, 2008

Hisyamuddin asak Pak Lah serah kuasa sebelum Disember ini

HISYAMUDDIN Tun Husein yang sudah mengumumkan akan bertanding kerusi Naib Presiden dan terus mengulangi pendiriannya hari ini, bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno boleh dipertandingkan Disember depan. Dia macam cacing kepanasan, nampaknya.

Tidak ada sesiapa boleh menghalang pihak lain daripada bertanding sebarang jawatan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Umno, tegasnya. Masejnya jelas. Menurut sumber, ia ditujukan kepada Pak Lah agar berundur segera dan menyerahkan jawatan Presiden terus kepada Najib Tun Razak, sepupu beliau.

Apakah motif dan siapakah orang di bekalang Hisyamuddin, cukup mudah ditelah. Jika, Najib ditunjuk oleh Pak Lah sebagai Perdana Menteri sekarang, laluan Hisyamuddin lebih luas untuk menawan salah satu kerusi Naib Presiden, yang sudah tentu akan dikosongkan oleh Muhyiddin Yasin.

Muhyiddin adalah regu terbaik Najib buat masa ini. Seperti kata Tun Mahathir dan Sanusi Junid, Muhyiddin ada keupayaan segar untuk menumpaskan Najib jika beliau menentang pada kerusi Timbalan Presiden. Sebab itu, Najib mesti menurunkan Pak Lah dengan apa cara sekalipun untuk mengelak asakan dari Muhyiddin.

Hisyamuddin menjadi kuasa pendesak bagi jalan itu. Selain dari beliau mendapat peluang dan manfaat tegar. Berbanding Isa Samad yang dijangka bertanding semula, Ali Rustam, Shafie Apdal - bintang anak Tun Husein ini jauh lebih menyerlah untuk menang.

Jadi, sudah tentulah, asakan demi asakan dilakukan beliau untuk membolehkan Pak Lah membuat keputusan baru. Bukan menanti 2010 yang tidak menentu. Lantaran itu, Hisyamuddin menggerakan percaturan ini mendesak dan mengancam Pak Lah agar menyerahkan kuasa kepada Najib sebelum Disember ini.

Tiada ulasan: