KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Ogos 01, 2008

Harakah Edisi Baru dua kali seminggu bakal temui pembaca 15 Ogos ini

Kelihatan Dato' Kamaruddin Jaafar, Mahfuz Omar dan Dato' Mustapha Ali sedang menunjukkan beberapa dami utama Harakah Edisi Baru pada Seminar Harakah 2X Seminggu yang diadakan minggu lepas...

Ketika membelek-belek maskhead Harakah yang baru dan melihat kekemasan layout baru untuk kandungan...

SIDANG Editorial Harakah nampaknya giat memperkemaskan muka surat dan reka bentuk baru Harakah dua kali seminggu yang bakal dilancarkan selepas Ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS Ke-54 di Ipoh, Perak Ogos ini.

Tenaga utama editorial, Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang, Taufek Yahya, Pengarang Berita, Tarmizi Mohd Jam (saya), Pengarang Rencana, Roslan Abdul Hamid dan Pengarang Harakhdaily, Rashidi Hassan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk terbitan edisi baru ini.

Insya-Allah akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pada 15 Ogos 2008, Jumaat di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh tempat berlangsungnya Muktamar PAS Ke-54 kelak.

"Seminar Harakah Dua Kali Seminggu" yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara minggu lalu telah memperkukuhkan motivasi dan semangat bekerja kolektif sidang editorial. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah, Dato' Mustapha Ali.

Turut hadir Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamaruddin Jaafar dan Penasihat Editorial Harakah, Mahfuz Omar bersama semua wartawan Pusat dan negeri.

1 ulasan:

Abu Razeen 2 berkata...

Harakah dan warga Harakah dlm Siasah perlu kaji balik "hubungan diplomatik" yg terjalin dgn mohd sayuti omar. Tiga tulisan terakhir mso dlm klpos.com tidak beradap kpd pimpinan tertinggi Pas. Tulisan terkini: "Ada usaha Pas pujuk Hadi Awang" has crossed the line even further dan kurang ajar sungguh dgn Murshidul Am.

Lutfi wajib baca setiap perkataan yg digunapakai oleh mso dan buat kenyataan terbuka sikap beliau terhadap tulisan mso ini.

Pelik sungguh setelah mso dedahkan hatiperutnya lama dulu melalui buku Kisah Tiga Abdul( yg hina Cikgu Rahim, Ustaz Halim dan besan Murshidul Am dan secara langsung atau tidak langsung perlekeh integriti Murshidul Am ) masih ada kalangan warga Pas yg tergamak "bermesra" dgn mso.

Nah!! Buktikan kasih antum kpd Murshidul Am dan Presiden dgn keluarkan statement terbuka kpd org yg ada ciri dolah bin ubai pdnya.

( Peringatan: jgn ada yg loyar buruk menuduh ana kata Presiden dan Murshidul Am itu maksum. Muhasabah dan malahan perbetul dgn pedang itu perlu jika diperlukan, APA yg jadi ISU disini adalah BAHASA yg diGUNAPAKAI dan CARA penulisan dan SINDIRAN dan INSINUATION yg biadap dan mala fide.)