KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Ogos 03, 2008

Tok Guru Nik Aziz berjaya “checkmate” jerat Perdana Menteri

PENULIS blog, Dato' A Kader Jasin menyifatkan ketidakmampuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk berartikulasi ketika mendedahkan wujudnya pertemuan Umno-PAS kepada media telah mencetuskan keresahan di dalam Umno dan di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Telahan Kader itu tidak banyak simpang-siurnya dengan view kebanyakan pemerhati politik dan bloggers kritis di negara ini. Itulah, kelemahan yang terang masih terlekat pada diri Pak Lah.

Katanya, seandainya tujuan Abdullah menghebahkan pertemuannya dengan PAS itu untuk mendapat perbatuan politik (political milage) maka matlamat beliau mungkin tidak tercapai ditambah pula sikap media massa arus perdana yang tidak kritikal, seperti biasa, menyebabkan kenyataan itu menjadi bahan pertikaian dan gurauan.

Sepatutnya, jelas beliau pada blognya, Abdullah menjawab pertanyaan media secara rasional dan meyakinkan, sebaliknya beliau membalas: “Tidak perlu bagi saya memberi butir kerana akhirnya kamu semua akan membuat bermacam-macam spekulasi.”

Katanya lagi, mungkin bukan tujuan Abdullah menggabungkan Umno dan PAS, tetapi tawaran Nik Aziz untuk membubarkan PAS dan bergabung dengan Umno bagi menubuhkan sebuah parti Islam yang besar, dilihat sebagai perang psikologi yang mantap.

Dengan merujuk kepada Islam sebagai landasan bagi menyatupadukan umat Islam, Kader menyifatkan, Nik Aziz berjaya mengepung Presiden Umno itu ke satu penjuru yang sukar baginya untuk melepaskan diri.

"Adakah Abdullah dan penyokong-penyokong fanatiknya sanggup membubarkan Umno dan menghumbankan ideologi nasionalisme untuk bergabung dengan PAS dalam sebuah parti Islam yang besar?" soal Kaderdalam blognya.

Pendukung, ahli dan penyokong PAS, dakwanya, tidak akan rugi apa-apa dengan membubarkan parti itu dan bergabung dengan Umno untuk menubuhkan sebuah parti Islam universal kerana ideologi dan perjuangan Islam mendapat anjakan besar.

Kader merumuskan, dalam permainan catur, kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu disebut “checkmate” iaitu menyekat atau mematikan pergerakan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dalam isu yang dibangkitkannya sendiri.

Dan di sana, kehadiran Tok Guru Nik Aziz telah menjadikan pendirian PAS seperti yang termaklum hari ini. Maka, usaha Umno yang mendalangi strategi untuk menyeret PAS ke dalam BN, terbantut dan meletakkan parti itu dalam keadaan terus lemas menunggu maut.

Tiada ulasan: