KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Ogos 21, 2010

Abu Bakar Chik sifatkan Soi Lek buta sejarah perjuangan PAS

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato Abu Bakar Chik menyifatkan Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek seorang buta sejarah tentang perjuangan PAS di negara ini. Tegasnya PAS, adalah satu-satunya parti memperjuangkan dasar Islam dan masih mengamalkan demokrasi tulen.

Abu Bakar berkata, PAS telah mengamalkan demokrasi dalam negara sejak awal penubuhan parti itu, dengan itu tidak timbul negara Islam kurang maju jika PAS mengambil alih pentadbiran negara. "PAS menyertai pilihan raya dan PAS sudah lama mengamalkan demorkrasi. Keadaan ini tidak boleh disamakan dengan negara-negara Islam yang mengamalkan sistem monarki," jelas beliau.

Sebelum ini, Soi Lek telah menyenaraikan beberapa ciri umum di 57 negara Islam, antaranya; kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Ucapan itu mengundang kritikan keras daripada pemimpin pembangkang sama ada yang Islam dan bukan beragama Islam, antaranya daripada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mengulas kenyataan Soi Lek itu, Abu Bakar berkata, PAS adalah parti yang sangat progresif dan mengambil berat soal demokrasi sehinggalah hari ini rakyat boleh melihat bagaimana PAS terus memperjuangkan hak mereka.  "Tidak timbul parti Islam yang memerintah akan jadi tidak maju melainkan tidak demokrasi," katanya.

Jelasnya, PAS antara parti yang paling tertua di dunia yang menyertai pilihan raya selepas zaman penjajahan. PAS lebih terbuka lagi apabila meneruskan kerjasama dalam parti-parti sayap Pakatan Rakyat iaitu KeADILan dan DAP.  

Apa yang jelas, tegas Abu Bakar, Umno sendiri tidak ada perancangan dan tidak konsistan untuk memajukan Melayu apatah lagi Islam. "Misalnya DEB yang yang dirancang dan dilaksanakan itu pun tidak konsistan. Begitu juga dengan dasar bahasa juga tidak konsistan," tegas beliau.

Pada 6 Ogos lalu, Chua dilaporkan membidas kedua-dua parti, Umno dan PAS kerana didakwa menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Tiada pemimpin Umno yang membidas Chua. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula hanya mendakwa mempunyai pandangan sendiri ke atas kritikan yang disuarakan oleh Soi Lek ke atas Umno.

Bahkan Muhyiddin masih meneliti pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Umno sebelum memutuskannya. "Saya tidak hendak menokok tambah lagi kalau dia dilihat tidak sehaluan dalam hal ini (kerana) tidak boleh membantu meningkatkan imej BN," kata Muhyiddin.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I seriously loνe yоuг blog..
Gгeat colors & theme. Did you crеate this ωebsite yоurself?
Pleaѕe reply back as I'm planning to create my very own website and want to find out where you got this from or what the theme is named. Many thanks!

Check out my web-site; Same Day Payday Loans