KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Ogos 16, 2010

Ustaz Idris sifatkan penulis pojok Utusan, Awang Selamat sebagai dayus, pondan


PAS menolak tuduhan penulis pojok Utusan Malaysia, Awang Selamat kononnya parti itu sebuah parti yang dayus kerana sanggup berkawan dengan DAP dan dalam masa yang sama menolak bersatu dengan Umno. Sebaliknya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Awang Selamat lah yang dayus dan pondan, kerana tidak berani berani berkata benar dan takut menzahirkan siapa dirinya yang sebenar,  samada lelaki atau pun pondan.

Dalam komen sinisnya, Awang Selamat menyifatkan PAS sudah tidak normal dan hilang fikiran ketika mengeluarkan pendapat mengenai perjuangan PAS. 

Bagaimanapun, Ustaz Idris percaya,  Awang Selamat antara insan yang istiqamah menentang PAS baik semasa PAS bersendirian mahupun ketika PAS bersekutu dalam Pakatan Rakyat. Awang marah bukan kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi dia marah kerana banyak lombong emas Awang semakin terkambus dan tertutup sehingga perut dan tembolok beliau semakin kurus. 

"Beliau akan mengadu domba supaya Pakatan Rakyat berpecah maka BN akan meneruskan tradisi menindas rakyat dan memiskinkan rakyat. Mereka hendak memfaqirkan rakyat samada harta atau agama," tegas beliau sinis.

Katanya, Awang begitu marah kerana lamaran parti dokongannya tidak berbalas dan PAS tidak berminat menerima pinangan Umno kerana PAS sudah ada teman yang lebih baik. Kebetulan Umno sedang mengidap penyakit berjangkit seperti rasuah, khianat harta rakyat dan sebagainya.

PAS tegas Ustaz Idris,  mengigatkan kepada Awang Selamat, dayus ialah orang yang takut untuk menegur perkara munkar seperti contohnya si suami membiarkan isterinya mendedahkan aurat dengan rambut mengerbang jadi tatapan mereka yang bukan muhrim.

"Awang Selamat termasuk dalam golongan dayus dan pondan kerana tidak berani menegur pimpinan Umno yang redha dengan Yahudi Zionis APCO. Awang juga pondan kerana senyap sunyi ketika khazanah negara habis di faraid oleh pemimpin negara. 

"Awang juga  dayus kerana diam membisu ketika tanah negara seluas 217 hektar difaraid kepada Singapura. Awang menikus ketika Selangor di bawah Umno menutup surau al Rahman di Seksyen 8 Shah Alam dan Surau Ikhwan di Puchong Perdana," jelas beliau.

Ustaz hairan, kenapa Awang begitu marah PAS berkawan dengan DAP dan jika alasannya, DAP parti bukan Melayu, apakah MCA, Gerakan, PPP, MIC itu sebuah parti Melayu yang sebumbung dalam BN bersama Umno? 

Apa makna Umno parti Melayu tetapi  dayus membela agama dan bangsa, tegasnya. Sejarah dayus Umno yang gagal membela Melayu dan Islam sudah banyak terbukti. 

"Jika hendak bercakap soal siapa yang bela Islam dan bangsa di negara ini, maka PAS boleh mendabik dada kepada Umno dan Awang Selamat bahawa PAS lebih bertanggungjawab kepada  Islam dan bangsa," ujarnya lagi.  

PAS katanya, menyifatkan Awang Selamat seorang tali barut Umno yang banyak mencemarkan kemuliaan Islam dan orang seperti Awang Selamat lah menyebabkan Dato' Seri Dr Chua Soi  Lek  tidak dapat faham Islam walaupun berkawan dengan Awang Selamat.