KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Singgung Sultan Mohamad Ke-V: Polis ambil keterangan Tengku Razaliegh jam 4 petang tadi

Tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bercadang untuk menyaman akhbar berbahasa Cina  terbabit yang telah salah lapor tentang berita berkenaan kedudukan Sultan Mohamad Ke-V, baru-baru ini. Petang tadi, kira-kira jam 4, pihak Polis telah mengambil kenyataan daripada Ku Li berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar berbahasa Cina.

Dua orang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan dilihat memasuki rumah Tengku Razaleigh yang terletak di Langgak Golf, Ampang. Dalam sidang media sejurus selepas memberi kenyataan kepada pihak Polis, beliau menafikan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh mengenai kedudukan Sultan Kelantan ke-V itu, dan menyifatkan laporan akhbar berkenaan sengaja diputar belitkan utnuk mengelirukan pembaca.

Tiada ulasan: