KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 29, 2012

Soi Lek hina Islam atau perlekeh Lim Guan Eng bila sebut 'potong' anunya?


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng tidak boleh menjadi perdana menteri walaupun selepas berkhatan dan memeluk Islam. "Kita mahu tanya Lim adakah dia mahu potong (berkhatan). Tapi walaupun dia potong, dia tidak akan diterima (sebagai perdana menteri) kerana dia tidak akan menjadi seorang Islam sebenar," kata Chua seperti dipetik beberapa akhbar berbahasa Cina, 28 Mei, semalam.

Chua berkata demikian dalam satu ucapan di Kuala Lumpur semalam selepas mengadakan pertemuan dengan persatuan Cina tempatan. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu terus berjuang untuk membolehkan seorang bukan Melayu dilantik menjadi perdana menteri.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' kata Karpal seperti dipetik Utusan Malaysia pada Khamis lalu. Sejak itu akhbar milik Umno itu giat melaporkan reaksi daripada pelbagai kumpulan serta individu yang mengkritik Karpal dan DAP.

Bagaimanapun, penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa Utusan salah memetik kenyataan Karpal. Beliau menjelaskan bahawa Karpal hanya merujuk kepada perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan bahawa pejabat perdana menteri terbuka kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan.

Lim juga berkata beliau menerima realiti politik bahawa sepanjang hayatnya ini, perdana menteri tetap merupakan seorang Melayu. Turut memberi komen dalam isu tersebut ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata sesiapa saja layak memegang jawatan PM, selagi individu terseut merupakan seorang Muslim.

Tiada ulasan: