KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 07, 2011

"Dia jemaah kita (PAS)," kata Yaakob Subang: Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat!

Jenazah Ahmad Sarbani dibawa dengan trak Polis keluar daripada perkarangan Bangunan SPRM menuju HUKM untuk bedah siasat 6 April lalu

Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu. Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu. Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan. SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi, lapor Malaysiakini.

Sementara itu, seorang rakan arwah, Yaakob Subang yang kebetulan bertemu saya di Restoran Taqwa Taman Melewar, terkejut dengan berita kematian rakannya itu. Beliau menyifatkan Allahyarham Sarbani seorang yang rajin solat, kerap berjemaah di Masjid Subang (Masjid Ustaz Dahlan) dan peramah.

"Kalau nak kata terlibat dengan rasuah, tak mungkin. Dia jemaah kita (rujuk kepada PAS). Budak baik...," ujarnya sedih apabila saya memberitahu Allahyarham adalah anak Kg Lambor Kanan, Parit, Perak.

Yaakob yang menetap di perkarangan masjid berkenaan mengakui Allahyarham sering ditemuinya di Masjid berkenaan solat berjemaah tengahari dan kadang-kadang sebelah malam.
    

Tiada ulasan: