KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 07, 2011

Pelbagai isu sulitkan BN: Utusan, Kosmo, TV3 alih fokus pengundi gebang pasal video seks siang malam

Rakaman video dijaja dala youtube dan gambar diedar dalam Utusan, Kosmo agar rakyat tak bicara tentang "kejahatan" Umno-BN dera hidup mereka

Isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Foto kiri. Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain. 

Beliau menegaskan, kebijaksanaan pemimpin Umno-BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara. Begitu juga, katanya lagi, dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya. Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga hanya boleh membawa negara bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila memerintah. 

Tegas Ustaz Idris, Pakatan Rakyat jangan lalai dengan isu video sehingga lupa agenda perubahan untuk rakyat, ini kerana semua maklum isu Buku Jingga telah meletakkan Umno-BN berada dalam keadaan defensif. 

"Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam Parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk station. Sehingga di dalam Parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang Titah Diraja di dalam sesi bahasan. 

Katanya, PAS yakin, isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan. "Apakah ini politik transformasi Dato' Seri Najib Tun Razak? Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?" soal beliau.

Tiada ulasan: