KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, April 06, 2011

Ketua Pengarah Kastam "terkejut" pegawai kanannya mati jatuh bangunan SPRM


Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf, terkejut setelah menerima berita berhubung insiden kematian seorang pegawai kanannya pagi tadi. Pegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata seorang pembantu khasnya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya, Ketua Pengarah itu dijangka memberi kenyataan kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu pada malam ini. Mohamed Khalid berada di bandar tersebut untuk mengikuti satu mesyuarat, dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Difahamkan, mangsa insiden itu merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKED) Selangor. Difahamkan, pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu. Mangsa berasal dari Kg Talang, Lambor Kanan, Parit Perak.

Tiada ulasan: