KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 08, 2008

STRATEGI TANGKAP Pemimpin Pakatan Rakyat Dengan ISA Menjelang PEMILIHAN UMNO

Apakah Perdana Menteri akan mengunakan ISA dan Operasi Lallang Ke 2 terhadap pemimpin terpilih Pakatan Rakyat bagi memulihkan kuasa dan pengaruhnya di negara ini?

By TARMIZI MOHD JAM

APAKAH penahanan blogger Raja Petra merupakan sebahagian dari serang balas Barisan Nasional (BN) terhadap usaha "membunuh" pengaruh Pakatan Rakyat?

Ketika saya diundang berceramah bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Naib Presiden PAS, Hj. Mohd Sabu di Sentul pada malam Raja Petra menjadi tetamu Rancangan BLOG RTM, terdapat satu maklumat yang boleh dikongsi bersama.

Tian Chua membangkit tentang terdapatnya usaha dari dalam Umno untuk "memanaskan" pertandingan dalam parti yang kian nazak itu pada Disember depan.

Peretempuran antara kumpulan anak Badawi + Najib dengan kumpulan Ku Li dijangka akan "meletup" dan "memburai" dengan kempen-kempen yang di luar kawalan.

Sudah tentulah Ku Li akan bekerja kuat untuk menumpaskan anak Badawi dan anak Badawi juga akan bekerja keras untuk mempertahankan serambi kuasanya.

Antara Ku Li dan anak Badawi, maka kecenderungan anak Badawi untuk berbuat apa sahaja lebih berpotensi dengan segala kemudahan, modal dan penasihat rakus di sekelilingnya.

Kata Tian Chua dan kemudian disokong oleh Hj. Mohd Sabu dalam ceramah berikutnya; apabila bahang kempen dalam Umno menjadi panas, Umno akan dikelam-kabutkan, media ligat tonjolkan isu ketidakstabilan politik yang ketara. "Negara dalam bahaya", begitulah adanya!

Macam yang dibuat MMMM di Johor itu. Membakar perkauman Melayu dengan harapan yang satu, mereka bangkit. Bangkit untuk apa? Ini kena dijawab oleh Umno! "Melayu dalam bahaya", begitulah adanya juga!

Apabila bahang panas membakar rentung hati dan perasaan perwakilan dan ahli-ahli Umno akar umbi, maka ketika ini, ada strategi licik yang dikatakan akan diatur untuk menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan perangkap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyumbat mereka di Kem Tahanan Kamunting, selama yang mungkin.

Apa yang menimpa Raja Petra boleh dilihat sebahagian dari taktik licik untuk memulihkan Umno dan BN pasca PRU Ke 12.

Taktik licik ini bukan sahaja menyiarkan siaran langsung sidang parlimen dan mengundang blogger ke Angkasapuri untuk berdebat dalam Rancangan BLOG, tetapi jauh lebih licik asalkan matlamatnya memulihkan Umno yang sudah mati pucuk itu berjaya bertenaga semula.

Penahanan Raja Petra saya lihat sebagai usaha "memutihkan" mana-mana blogger yang berani membongkar kepincangan BN dan juaknya, dari terus menjadi "hantu" Pakatan Rakyat.

Malah ada yang meramalkan, selepas ini lebih banyak tangkapan akan dibuat atas apa jua sebab yang boleh disabit dengan kesalahan mengikut akta-akta yang begitu banyak boleh digunakan.

Jika kebimbangan Tian Chua dan Mohd Sabu diambil kira, sudah pasti tiada apa halangan untuk anak Badawi berbuat strategi demikian bagi mengekalkan kuasa.

Ku Li barangkali hanya menjadi faktor sampingan yang diperelokkan bagi menjayakan strategi ini.

Sama seperti Umno mengeksploitasikan isu serangan Karpal Singh terhadap istana Perak dalam cerita penukaran 24 jam Pengarah JAIP oleh Menteri Besarnya, Nizar Jamaluddin.

Semua pihak dalam Umno berkokok dan menjerit mempertahankan institusi Sultan. Walhal, mereka jugalah yang menikus dan menikam institusi itu.

Paling dekat, dalam perlantikan Menteri Besar Perlis, Dr. Mohd Isa Sabu. Istana dengan jelas menolak kemahuan anak Badawi (Umno) mengekalkan Shahidan Kasim.

Apa yang Shahidan buat? Penyokongnya bertindak macam mana di Perlis? Sekalipun berakhir dengan "patah hati".

Tragedi yang sama juga tercetus di Terengganu. Idris Jusoh terpelanting "ditendang" oleh istana sekalipun watikah Perdana Menteri dijadikan sandaran sokongan kerajaan BN ke atas beliau.

Slogan "Kami Nak Deris, Natang!" jauh lebih teruk sifat penghinaan dan penderhakaan oleh penyokong Idris Jusoh ketika menentang penolakan Istana Terengganu terhadap mantan MB itu berbanding Karpal yang hanya mengulas berdasarkan fakta dan undang-undang.

Nampaknya, serangan diatur rapi dalam usaha menjatuhkan Karpal Singh yang sudah tentu bertujuan untuk "membunuh" imej Pakatan Rakyat.

Kini media prmitif kuasaan mereka menggambarkan semua pemimpin PKR, PAS dan DAP tidak sensitif dengan isu-isu membabitkan kesultanan Melayu. Esok lusa, tulat tonggeng, pastinya ia terus dimainkan.

Harapan mereka, isu ini akan membangkitkan rasa kebangsaan Melayu di kalangan rakyat untuk menyokong Umno kembali.

Namun, tafsiran dan ramalan mereka kian meleset.

Jika pendedahan Tian Chua itu jadi kenyataan, maka amatlah malang bagi demokrasi di Malaysia. Rakyat harus menghalang dari perkara ini terjadi.

Namun kebimbangan Tian Chua bertempat. Logiknya ada. Relevannyapun kuat. Tiada apa sekatan untuk anak Badawi melancarkan strategi ini, selagi kuasa ada ditangan.

Strategi ini pernah dibuktikan berjaya dalam Operasi Lallang sekitar tahun 1987 oleh Dr. Mahathir yang sedang "nyawa-nyawa ikan" pada waktu itu.

Niat asalnya untuk menahan ISA para pemimpin PAS dan DAP yang lantang. Namun, beberapa pemimpin Umno juga turut ditahan sebagai "wayang pacak" bagi menunjukkan tangkapan itu tidak berat sebelah.

Isu Melayu dimainkan. Poster diedar mengundang orang-orang Melayu berhimpun di Stadium TPCA, Kg. Baru. Bawa sekecil-kecil; senjata mancis api. Antara orang kuatnya ketika itu Ibrahim Ali, Tajuddin Abdul Rahman dan ramai lagi.

Beberapa akhbar termasuk The Star dan Watan, digantung permit penerbitannya. Ia kelihatan betul-betul gawat dan membahayakan.

Ketika itu bahang panas dari pertarungan Ku Li + Mahathir berebut kerusi Presiden Umno. Hingga membawa kepada pengharaman parti berpengaruh (Umno) itu dan sokongan terhadap Mahathir dinilai dengan kelebihan hanya 43 undi.

Itupun dengan beberapa taktik kotor dijalankan oleh Mahathir untuk menongkat kuasa. Taktik kotor itulah yang mnejadi punca Umno diharamkan dan akibatnya Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim lain dipecat.

Semua penyokong Pakatan Rakyat harus memainkan peranan positif bagi menjaga keamanan dan sekaligus menyekat sebarang "niat" jahat pemimpin Umno untuk mengISAkan pemimpin terpilih dari Pakatan Rakyat ini.

Wow! Kempen KUTIP RM1 Raja Petra Kini CECAH Hampir RM40,000

By TARMIZI MOHD JAM

SUDAH lebih dari cukup. Raja Petra hanya memerlukan RM5,000 untuk tujuan ikat jamin terhadap kesnya dua hari lepas. Melalui peguamnya, William Leong, beliau enggan dijamin kecuali dengan duit dari poket rakyat.

Nampaknya ramai yang bersimpati terhadap nasib yang diterima blogger terkenal yang mengendalikan Blog Malaysia Today itu.

Sokongan mereka bukan untuk Raja Petra secara peribadi tetapi lebih kepada nilai perjuangannya selama ini demi kepentingan rakyat.

Lapor Laman KLpost, kutipan tabung kempen yang dilancarkan untuk membebaskan blogger Raja Petra Kamaruddin kini (8 Mei 2008) mencecah RM24,500.00 untuk akuan di CIMB Bank manakala untuk akaun Paypal mencecah USD 4,330.10 atau RM13,670,00.

Apapun tulisannya, pembongkarannya dan pendedahan terhadap ketempangan politik pemimpin dan parti BN, sesungguhnya Raja Petra seorang blogger yang berani dan konsisten, tidak seperti Sang Kelembai yang kini "menjilat" semula anak Badawi yang dikutuk dan dihentamnya selama ini.

Syabas rakyat Malaysia yang kental cintakan keadilan dan masih inginkan perubahan terus dilakukan dalam politik perdana.

Kepada Raja Petra dan Marina Lee, saya minta anggaplah sokongan padu rakyat melalui derma kilat mereka "pengubat" segala tekanan dan ugutan oleh pihak yang "gentar" dengan kebenaran!

BEBASKAN Raja Petra Tanpa IKAT JAMIN

Blogger Raja Petra memilih penjara dari diikat jamin atas kesalahan menyiarkan artikel tentang Kes Altantuya dalam Blog Malaysia Today miliknya

By HIDAYATUL JANNAH

PAS Kawasan Batu mendesak agar pihak kerajaan bersikap telus dan profesional dalam menangani artikel bertajuk "Let's send the Altantuya murderers to hell" yang disiarkan oleh Blog Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin.

Pihak kerajaan juga diminta membebaskan segera blogger tersebut tanpa sebarang ikat jamin. Demikian kenyataan Ketua Penerangan PAS Kawasan, Tarmizi Mohd Jam kepada Berita Sanggahtoksago.Com.

Pada 25 April 2008, Raja Petra menyiarkan satu artikel yang mengundang pelbagai kontroversi itu dalam blognya.

Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi - pembunuhan seorang wanita muda Mongolia, Altantuya yang sedang dalam proses perbicaraan "buntu" di mahkamah.

Katanya, rakyat dimungkiri oleh janji-janji lunak Perdana Menteri, Umno dan BN setelah dikejutkan dengan kebangkitan rakyat 8 Mac.

"Bagi saya, Raja Petra diugut kerana mempersoalkan kebuntuan penyiasatan dalam proses keadilan kes pembunuhan kejam Altantuya. Rakyat perlu berani menyuarakan hak. Penjenayah perlu dihukum!" tegas beliau yang juga Timbalan Pengarah JPN PAS Wilayah Persekutuan itu.

PAS Kawasan Batu katanya, menyokong penuh langkah berani Raja Petra untuk memilih penjara dari membayar wang ikat jamin demi membuka lebih besar lagi mata rakyat di negara ini.

"Sikap tegasnya patut dipuji. Beliau tiada kepentingan apa-apa. Siaran artikel itu, jika benar-benar fitnah ia patut dibuktikan. Mungkin Raja Petra ada alasan tersendiri untuk menyiarkannya," tegas beliau.

Ramai yang menjangkakan serbuan polis akan dibuat setelah rencana beliau bersabit kes pembunuhan dan letupan Altantuya tersiar pada Blog Malaysia Today itu.

PAS Kawasan Batu turut menuntut satu penyiasatan dan pendakwaan profesional, dan penghakiman bebas dapat dilangsungkan dalam kes yang dianggap berprofil tinggi ini.

Kepada Raja Petra dan isterinya Marina Lee, Tarmizi berharap mereka terus bersabar dan PAS Kawasan Batu akan mengikuti dari dekat penahanan Raja Petra dengan jaminan bersama-sama menegakkan keadilan sejagat.

Alu-alukan Datang Ke BRAINSTORMING PENUBUHAN NGO PROTES

Tarmizi mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk memberikan pandangan hadir pada Brainstorming Penubuhan NGO Pembela Rakyat Tertindas (PROTES) yang akan diadakan Jumaat ini

By HIDAYAHTUL JANNAH

PADA 9hb. Mei 2008 ini, satu pertemuan khas yang dinamakan Brainstorming Penubuhan NGO Pembela Rakyat Tertindas atau ringkasnya PROTES akan diadakan di Markaz PAS Kawasan Batu, Taman Melewar, Jumaat jam 9.00 malam.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Penaja Protes, Tarmizi Mohd Jam kepada Berita Sanggahtoksago.Com.

Katanya, sesiapa yang berminat untuk memberikan pandangan, syor dan tambahnilai terhadap objektif dan gerakerja PROTES, diminta hadir pada program yang terbuka kepada semua ini.

Keterangan lanjut hubungi Cikgu Ishak (013-3291966) Tarmizi (019-2051419) dan Hj. Ismail Yahya (103-3847899).

Layanan ISTIMEWA Tok Guru Nik Aziz Kepada Ekspedisi Bermotorsikal PAS BATU!

YDP PAS Batu, Cikgu Ishak Surin berharap Ekspedisi Bermotorsikal Ke Kelantan akan menjadi acara tahunan PAS Kawasan Batu

By TARMIZI MOHD JAM

SEMUA mereka amat berpuashati. Menteri Besar, TG Nik Aziz Nik Mat bagaikan melayan tetamu dari deligasi luar negara. Sanggup melapangkan masa untuk bertanya khabar.

Mereka diberi jamuan makan tengahari di Rumah Rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kota Bharu. Tok Guru menemani mereka sebaik selesai menyampaikan Kuliyah Pagi Jumaat di Bangunan PAS Jalan Dato' Pati.

"Bayangkan dah 10 kali kami ekspedisi ke Kelantan, sekarang baru dapat jumpa Tok Guru Nik Aziz," kata Pak Ghani yang mengetuai Ekspedisi Bermotorsikal 12 Perserta Ke Kelantan hujung minggu lalu.

Itulah yang saya rasai. Mereka sungguh terharu menceritakan hal itu kepada saya, Cikgu Ishak Surin dan Haji Ismail Yahya sekembali dari ekspedisi penuh makna itu.

Ada yang melinangkan air mata kerana dapat bertemu Menteri Besar, tokoh ternama dan disegani rakyat. Tidak menyangka mereka dilayan sedemikian rupa.

Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Haji Husam Musa yang sepatutnya menyambut mereka, tidak dapat berbuat demikian. Husam menghulurkan sedikit wang saku kepada mereka sebagai tanda ukhwah.

Layanan kepada mereka agak istimewa. Barangkali lebih istimewa dari beberapa rombongan yang sedang menanti hari itu. Mereka dilayan khas di ruang istimewa dalam Rumah MB itu.

12 peserta terdiri dari ahli-ahli PAS Cawangan Kg. Bandar Dalam, Sentul dilepaskan perjalanan mereka oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin dalam satu acara ringkas minggu lalu di hadapan Restoran Ipah Tom Yam.

Dalam ucapannya, beliau berharap acara Ekpedisi Bermotorsikal Ke Kelantan akan menjadi acara tahunan PAS Kawasan Batu disamping melebarkan lagi ke negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.
"Jangan bimbang. Saya sudah hubungi kawan-kawan kita di Kelantan. Minta aturkan pertemuan dengan Tok Guru Nik Aziz," ujar Cikgu Ishak.

Saya yang mempengerusikan acara, memberi dan menyuntik kata-kata semangat kepada mereka. PAS Batu menyumbang 12 Tshirt Khas kepada para peserta dan bacaan doa diangkat oleh Ketua Urusan Ulama, Ustaz Azhar Yahya.

Rabu, Mei 07, 2008

PAYAHNYA Kendali TRANUNGKITE Dengan KELETAH Bloggers

By SONGKOK PUTIH

SAYA membaca satu petikan dalam satu laman blogspot, yang pasti penulisnya adalah dikategorikan sebagai blogger. Antara lain dia menyembut “... telah lama dihantar di TranungKite baru sekarang dikeluarkan...”

Kenyataan ini menjurus kepada artikel yang dihantar ke laman TKO dan apa yang saya faham seolah-olah artikel ini tidak diberi layanan yang sepenuhnya. Lulus terbitpun beberapa hari selepas dihantar.

Saya berniat untuk mengulas perkara ini tetapi seperti mana yang diketahui masa saya cukup terbatas, apatah lagi untuk menulis. Saya mencari petikan itu semula untuk penulisan ini.

Rasanya penulis atau blogger tersebut telah memadamnya setelah beliau sendiri memahami keadaan kami dan merasa sendiri bahawa tidak wujud sebarang diskrimasi pada penerbitan kami, alhamdulillah.

Ini boleh dibaca pada petikan dilaman tersebut yang tidak menyangka bahawa kami akan memberikan links kepada laman beliau yang masih baru.

Ini adalah satu daripada banyak contoh-contoh salah faham tentang kami. Kami memahami dan tidak mengambil kisah, penulisan penjelasan ini sekadar satu penjelasan sahaja untuk mendapat maklumbalas daripada pengunjung laman ini.

Kami pernah mendelete hampir berbelas-belas artikel daripada saudara Tarmizi Mohd Jam kerana artikel tersebut tidak sempat dikemaskini dan melebihi masa.

Saya minta maaf kepada beliau. Oleh kerana terlalu banyak artikel pada masa tersebut, kami hanya meluluskan artikel beliau berkaitan isu yang tidak diulas oleh penulis lain. Sdr Tarmizi seorang penulis yang memahami...

Saya mengenali beliau, saya pernah minum sekali dengan beliau zaman-zaman lampau. Masa beliau menulis buku dengan petikan-petikan daripada Harakah dan nasib beliau cukup baik... bolehlah beli Saga. Ooii beliau tak kenal saya. Biasalah kita kenal Pak Lah, Pak Lah tak kenal langsung kita!

Satu artikel beliau (Tarmizi) yang sama isu, dan telah diulas oleh penulis lain, saya ketepikan posting beliau ini sebelah sisi laman. Petang itu saya terkejut, bila mendapati artikel tersebut dibaca oleh 6000 lebih pembaca. Artikel isu semasa pada muka hadapan telah pun dibaca oleh lebih 9000 orang pembaca.

Hasil daripada maklumat ini saya mendapat perkembangan baru telah berlaku di laman TKO. Rupa pengunjung telah membaca semua sisi laman.

Ehh sebelum ini, satu artikel yang mengkritik Ustaz Azhar Idrus saya ketepikan di sisi kanan laman (Saya siar juga.. polisi terbuka).

Penghantar artikel tak puas hati, dia posting semula artikel berkenaan di forum laman ini. Kenapa? Kerana pada sisi memang kurang orang membaca.

Hakikat ini sama juga berlaku pada laman Harakahdaily, mana-mana atikel yang disiarkan di sisi laman berkenaan pada sebelum pilihan raya biasanya sukar untuk melepasi 1000 pembaca berbanding boleh mencapai sampai 15-20 ribu pada muka hadapan. Perbezaan ini cukup ketara.

Berbeza dengan Saudara Ibrahim Baba, beliau orang lama, beliau cool dan menghantar e-mel bertanya “...mungkin saudara sibuk, saya ada menulis beberapa artikel di laman saya, yang tak tersiar lagi di laman TKO...” Bahasa cukup lembut, bahasa orang tua yang berpengalaman... Kalau terbaca, terus nak kemaskini artikel beliau... Tahniah!!

Saudara Tun Telenai, artikel beliau terlalu panjang, ilmiah dengan font yang dibold dan di’merah’kan. Sesetengan pengukuhan maklumat dilinks. Saya cukup pening untuk mengemaskini kerana tak nak larikan citarasa beliau.

Problemnya script yang diposting mengganggu script pada TinyMCE laman kami. Ooii saya boleh tukarkan kepada HTML dan memudahkan, tetapi ini akan menghilangkan bold, red italic. Saya kena buat semuanya semula... ahh ini yang sakitnya. Kena baca dan bold dan italickannya...

Gambar yang dihantar pula melalui e-mel kena download dan masukkan ke laman TKO. Semuanya menyukarkan proses kemas kini... kadang kala saya terpaksa lihat di laman beliau kalau dah ada gambar, ok... ambil URLnya.

Kalau masa terhad, saya tawakuf artikel beliau, kadang kala akibat tawakuf akhirnya tertinggal. Semasa ditempat kerja masa untuk kemaskini agak suntuk, mana-mana yang mudah didahulukan. Pasal tu arikel beliau lambat dikemaskini berbanding atikel penulis lain. Maaflah...

Bercakap soal gambar ada di kalangan kita tak faham masuk download dan upload semula. Gambar yang dilantar melalui e-mel akan di muat turun ke dalam komputer. Gambar dalam komputer ini akan “muat naik” (tergelak aku) ke dalam server kami. Ini di kira banyak kerja.

Kami banyak menerima gambar-gambar aktiviti daripada Pemuda PAS Pusat. Seperti yang disebut tadi, aktiviti ini tidak dapat disiarkan jika kesuntukkan masa.

Saya juga merasa hairan kenapa aktiviti ini tidak dikemaskini di laman Pemuda PAS sendiri? Satu teguran peribadi saya, sepatutnya aktiviti ini dikemaskini di laman Pemuda PAS Pusat, kita hanya copy sahaja daripada lamannya.

Takkan kita nak siarkan sedangkan laman Pemuda PAS sendiri tak menyiarkannya. Lajnah IT Pemuda PAS Pusat sepatutnya menangani isu ini.

Mengenai script, kami juga menghadapi masalah dengan artikel daripada Saudara CucuMat Kilau, sehingga kami ditegur berkaitan dengan artikel yang tiada perenggan. Al Hamdulillah kami dah atasi masalah ini.

Kami sebenar berusaha untuk memastikan setiap artikel dihantar dilaman ini akan disiarkan, walaupun kadang kala artikel yang dihantar sekadar komen sahaja.

Tiada diskriminasi, tiada keutamaan kepada mana-mana penulis melainkan keutamaan diberikan kepada Isu dan kesesuaian masa.

Rata-rata dikalangan penulis memahami perkara ini, walaupun ada yang berasa tak senang kerana artikel beliau tidak ditempatkan di muka hadapan. Seperti yang disebut sebelum ini hanya 10 sahaja yang boleh berada di hadapan!! Sepuluh adalah satu angka yang kecil...

Hari ini hari Ahad, biasanya tak ramai orang melawat TKO berbanding hari-hari lain. Semasa saya menulis artikel ini ada 24 submissions (ialah 24 artikel yang menunggu untuk dilulus terbit) dan pada e-mel tranung2006@yahoo.com ada 18 artikel yang perlu diterbitkan. Ini setelah kami melulus terbit 21 artikel sebelah pagi dan petang tadi.

Bayangkan lebih kurang 63 artikel yang kami kena baca, edit, setting, download semuanya melibatkan masa. Kadang kala tak sempat nak baca betul-betul. Apatah lagi nak tapis apa yang tersirat dan tersurat. Dua orang SP dan GB tak akan mampu melainkan kita buat mana yang terdaya.

Akibatnya, Berita TKO kurang menyengat, pencairan maklumat kerana banyak artikel yang berulang dan isu yang sama. Artikel-artikel bernas kadang kala tak sempat lama di paparan hadapan dan banyak lagi boleh berlaku.

Satu perkara yang boleh terjadi, si A mendaftar menjadi ahli TKO. Oleh kerana dia tidak amanah dalam penyebaran maklumat (mungkin juga tidak memahami sistem) dia posting artikel daripada laman orang lain misalnya si B (ciplak... atau mungkin dia berniat baik nak sebarkan isu yang baik) dia posting artikel tersebut.

Kami baca dan melihat ada maklumat baik, eeeii kami tak sempat nak semak ini artikel daripada mana? Dia cilok ke? Rompak ke ‘perkosa’ penulisan orang ke? Kami lulus terbit.

Sistem PHPnuke akan memaparkan si A sebagai pengirim atau penulis. Oleh kerana TKO adalah Ummp sikit, laman-laman blogger lihat artikel ini bagus dia copy dan siar.

Oleh kerana blogger ini persendirian dia yang membuatnya sendiri dan biasanya dia orang ini amanah. Dia akan tulis sipenulis artikel ialah si A. Hilanglah nama si B penulis asal artikel tersebut. Ini boleh berlaku dan memang telahpun berlaku.

Apa perlu dibuat? Maklumkan kepada saya atau GB bahawa artikel itu adalah anda punya. Kita boleh nasihatkan si A jika dia tidak berniat berbuat demikian, jika berniat rompak boleh singkirkan dia daripada ahli TKO.

Tapi kalau anda hantar e-mel kepada semua orang ceritakan bahawa laman TKO ini laman ciplak, tak buat kerja ambil artikel orang dan macam-macam lagi, itu bukan kaedah Islam...

Kita kena faham tentang hadis pertama kitab Riadhus Solehin, tentang niat. Kita juga faham tentang hadis tanaman yang dicuri orang atau dimakan binatang. Artikel kita adalah tanaman kita.. yang paling utama tanaman kita untuk saham akhirat...

Ada penulis buku, ini pun saya pernah minum bersama beliau, beliau pernah ambil alamat saya, katanya nak hantar buku baru kepada saya, tapi tak hantarpun... ini cerita lamalah..

Sama juga saya kenal dia, dia tak ingat dah saya. Setahu dan seingat saya dia tak pernah menghantar artikel kepada laman TKO, saya pun rasa pelik.

Masa dulu Laman TranungKite, Minda Rakyat dan RPN (m@rhean sekarang) macam satu rangkaian persahabatan, dia ini hantar artikel kepada laman Minda Rakyat tetapi tak hantar kepada TKO dan TKO tak pernah siarkan artikel beliau.

Zaman-zaman kemudian ini adalah artikel beliau disiarkan dilaman TKO oleh pembantu TKO, GB dan AlGhaib. Beliau menghantar e-mel mempersoalkan saya tidak elok seolah-olah beliau menghantar artikel kepada TKO sedangkan beliau tak berbuat demikian.

Nak siarpun boleh tetapi bagilah kredit. Itu adalah kesilapan dan banyak perkara yang pengunjung perlu tahu yang kami hadapi.

Satu penulis UMNO, saya mempercayai bahawa beliau adalah pengerak laman Blog Tun Mahathir, pernahkan marah apabila artikel beliau diciplak oleh Sdr Cucu MatKilau.

Bukan sahaja marah, dia minta saya buangkan artikel tersebut yang juga disiarkan di Malaysia Today. Malaysia Today?? Kami tak ada hubungan langsung dengan Malaysia Today... links kita pun tak ada di sana!!!

Penulis TokMatKilau ciplak artikel Sdr CucuMat Kilau. CucuMat Kilau ada hantar e-mel. TokMatKilau pun ada hantar e-mel minta maaf. Semuanya saya tak balas, saya buat diam aje... tutup kes!!

Kalau diceritakan di sini, sampai pagi esok pun tak habis. Semuanya adalah kerenah yang perlu ditangani dengan hati yang terbuka untuk kebaikan bersama.

Anggapan apa yang berlaku itu adalah asam garam kepada kita semua. Bersabar semoga Allah bersama dengan Anda!!

Atas prinsip kesedaran inilah TKO dibina, kita lahir pada zaman Mahazalim dan Mahafiraun sebagai satu laman kerdil yang tidak dipandangpun oleh pelayar internet, yang bertatih mencari pautan untuk meneruskan perjalanan, kita tidak pernah mendapat sokongan moral, hanya bisikan-bisikan sinis yang menusuk telinga dengan kata-kata “tak payah buatlah laman... dah ada Mahazalim”.

Laman yang kerdil ini mencari ruang dan peluang untuk berjalan seiring dengan mereka yang telah lama.

Kami mengumpul artikel-artikel penulis di FGR menjadikan koleksi, menghubungi penulis berkenaan dan memaklumkan bahawa artikel-artikel posting beliau telah diarkibkan.

Zaman tersebut tidak ada blog, penulis siber menulis dan mereka kadang kala tak ingat atau tak ambil kisah posting-posting beliau diforum. Ini cara kami mengumpul mereka, menyatu dan membina kekuatan..

Disinilah lahirnya perkataan “BERITA TERKINI PELBAGAI SUMBER”. Sekarang penulis dah ada blog masing, strategi sama kita kumpul blog mereka, satu mereka, rangkaikan mereka dalam satu ikatan penulis walaupun kita mungkin berbeza pandangan dan aliran tetapi kita adalah sama...

Have You Seen A CHIEF MINISTER Sit In Economy Class? I HAVE

Penyanyi popular Ning Baizura bergambar dengan Lim Guan Eng, seorang Ketua Menteri yang dianggapnya berjiwa rakyat dan mudah didekati

Imej Lim sehingga kini bersih dan ditahap positif dengan pelbagai pengemuman dan perubahan yang dilakukannya sepanjang mengambil-alih Pulau Pinang dari BN

By MR MANAGER

AS Ning and I were lining up to board our flight to Penang on Wednesday afternoon, I spotted a familiar face standing in front of us in the queue. So I whispered to Ning.

Me: Look in front of us. It's Guan Eng.

Ning: Who?Me: YAB Mr. Lim Guan Eng, the Chief Minister of Penang.

Ning: No lah.Me: Yes lah! I know how he looks lah. It's the CM lah.

Ning: Takkan CM jalan sorang sorang. If he's the CM, where's the bodyguards and the officers and the rombongan and kaum kerabat?

Me: Tak percaya? Watch and learn.So I walked up to Yang Amat Berhormat, introduced myself and asked to take a picture. He smiled and obliged.

YAB CM: Hey, I know you! You're Ning Baizura!

Ning: YAB Lim, good afternoon.

YAB CM: Come, come, we take a picture. Vernon, here's my card. Email me the pictures OK.

Me: Definitely, sir.Ambik kau. CM pun peminat katanya!

Ning and I really felt honoured. But we felt more surprised that the Chief Minister of a state was travelling all by himself like any normal rakyat jelata.

But the biggest surprise in store for us was yet to come. As usual, we sat in First Class. I expected the CM to be seated somewhere in front of us but then I realised he wasn't in First Class. Where did he disappear to???

I popped my head round the curtain that veils First Class and Economy Class and guess who I saw sitting in the front row seat of Economy quietly reading the newspapers?

YAB Mr. Lim, you have my deepest respect. You have made history by being the first Chief Minister in this country to sit in Economy Class whilst in office as Chief Minister. You really mean what you say when you talk about cost-cutting.

Sir, you have shown me leadership by example.Of course I asked permission to take his picture sitting in Economy and he laughed. And I said I'd blogged about it and he laughed some more, and gave permission.

Ketua Menteri yang berjiwa rakyat. Ning was in Penang on Wednesday for a Secretaries' Week show at Berjaya George Town Hotel, themed 'A Batik Evening With Ning'.

Nota: Artikel ini dipetik dari Blog Mr. Manager yang dikendalikan oleh Vernon Kedit-Jolly

Selasa, Mei 06, 2008

TG Nik Aziz Rasmi SARJANA MEDIA, Temui AMY SEARCH

Tajuddin Senapi (kanan) memberi penghormatan kepada TG Nik Aziz menandatangani 20 buah buku karyanya kepada para pembeli terawal

Amu Search sedang memperkatakan sesuatu kepada TG Nik Abdul Aziz di Restoran Cheng Ho miliknya sambil diperhatikan oleh Salahuddin Ayub dan Anual Bakri Haron

By TARMIZI MOHD JAM

AGAK terkilan juga tidak bersama Mursyidul Am PAS, TG Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu perasmian pembukaan Kedai Buku Sarjana Media Sdn. Bhd. di Carrefour Hypermaket Wangsa Maju, Ahad lalu.

Pemilik kedai, Tajuddin Senapi menghubungi saya agar dapat datang dan bertindak sebagai pengacara perasmian tersebut. Rakan saya itu, begitu mengharap saya datang dan mengendalikan acara perasmian itu.

Sehari saya berfikir. Akhirnya saya terpaksa menghadiri Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan Ke 3 di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari dan masa yang sama.

Saya adalah Urusetia dan Pengerusi Sekreteriat Media bagi program besar anjuran Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat itu. Saya juga Exco kepada Lajnah ini.

Harapan saya untuk menyertai Ijtima PAS Wilayah Persekutuan juga terkandas. Ia diadakan pada hari yang sama di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melawar.

Akhirnya, saya berkampung di stadium tertutup itu. Dua program yang memerlukan komitmen saya tadi, terpaksa digugurkan dari dikejar. Tugasan saya di stadium mengendalikan sidang media dan press.

Siapa tidak mahu melapaskan peluang makan tengahari bersama Mursyidul Am PAS itu di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Search di Wangsa Maju.

Sarjana Media menjamu tetamunya di restoran milik Amy Search ala restoran Cina.

Saya difahamkan, kehadiran TG Nik Aziz di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri.

Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur'an di Johor.

Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif.

Semoga Tajuddin dan bisnes kedai bukunya terus sukses. Saya akan siapkan juga dua buah buku untuk terbitan Sarjana Media Sdn. Bhd. seperti yang kita persetujui bersama dalam masa terdekat ini.

Kerjasama MEDIA Luar Biasa Bantu LAJNAH BURUH PAS

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyampaikan cenderahati kepada Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz sejurus selepas menyempurnakan perasmian penutup perhimpunan dan wacana sambil diperhatikan Pengerusi Lajnah, Haji Anuar Tahir

By TARMIZI MOHD JAM

SEMUA media cetak, elektronik dan talian internet diucapkan berbanyak terima kasih atas liputan meluas "Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3; Memperkasakan Kaum Pekerja" yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam hujung minggu lalu.

Saya selaku Pengerusi Sekreteriat Media Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 cukup berpuashati dengan kehadiran dan liputan yang diberikan pada aktiviti perhimpunan dan wacana serta sidang media Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diadakan pada sebelah tengahari dan petang.

Berkat kemenangan di lima buah negeri, media mampu berikan kerjasama baik kepada program-program parti.

Berikut laporan ringkas Harakahdaily secara keseluruhan berkenaan program tersebut yang disediakna oleh wartawannya Saidah Hairan:

Lima buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bertekad akan membangunkan kesejahteraan kaum pekerja dengan membawa arus perubahan dan menjana pembangunan supaya para pekerja dapat menikmati proses pendemokrasian tulen.

Pemerintah dan majikan perlu adil dan telus dalam melaksanakan kewajipan sosial masing-masing tanpa menabur sebarang janji-janji kosong kepada para pekerja kerana ia akan menambahkan ketidakpercayaan pekerja terhadap majikan berkenaan.

Tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar telah bersepakat untuk menaikkan martabat para pekerja yang didiskriminasi selama 50 tahun sejak BN memerintah negara.

Kesepakatan itu dilaungkan dalam perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 `Memperkasakan Kaum Pekerja' yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, pagi tadi.

Menteri Besar yang hadir, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (Selangor); Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak); Exco Kerajaan Negeri Kelantan; Dato' Paduka Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin dan Exco negeri Kedah, IR Fakhrul Rozi.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamad.

Dalam ucapan Tan Sri Khalid,beliau menjelaskan bahawa kerajaan Selangor sedang merancang melaksanakan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja wanita disamping cuti tambahan bagi suami tidak lebih 10 hari.

Berhubung dengan gaji minimum katanya, kerajaan negeri sedang mengkaji supaya pekerja yang sudah bertugas lebih lima tahun dibayar gaji tidak kurang RM1500 sebulan dan dasar baru akan dilaksanakan iaitu pekerja perlu mendapat gaji permulaan RM1500 sebulan.

Menurut beliau,ini berikutan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor menyedari rakyat tidak cukup dengan jumlah gaji minimum sebulan untuk menampung kehidupan dalam senario harga barangan melambung naik.

Dalam program tersebut di sebelah petang turut diadakan dialog antara Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS, Mohd Anuar Tahir dan Syed Shahir.

Dailog tersebut mendapat sambutan membanggakan di kalangan peserta yang hadir dan kebanyakan mereka meminta kerajaan Pakatan Rakyat sepakat untuk membela nasib pekerja bawahan yang tertindas selama berada di bawah pemerintahan BN.

Program ditutup dengan ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan.

APA Muslihat RAJA PETRA Pilih PENJARA Untuk ALTANTUYA?

By TARMIZI MOHD JAM

SUNGGUH tegas dan berani. Syabas diucapkan kepada blogger Raja Petra yang mengendalikan Blog Malaysia Today kerana rela merengkuk dalam penjara semata-mata atas nama prinsip demokrasi dan perjuangan untuk rakyat di negara ini.

Saya tabik dengan prinsipnya yang teguh dan berterus terang itu. Beliau tidak mahu membayar ikat jamin RM5,000 yang sudah tentu bukan disebabkan ketiadaan wang.

Sebaliknya Raja Petra memilih Penjara Sungai Buloh untuk "menikmati" kurungan tirai besi hingga tarikh perbicaraannya bermula pada 6 hingga 10 Oktober 2008 ini di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya.

Maknanya, beliau merengkuk selama lima bulan atau 150 hari dalam penjara itu sebelum diikat jamin oleh wang dari saku rakyat. Raja Petra meminta agar rakyat menyumbangkan RM1 seorang bagi tujuan ikat jamin itu.

Jika jumlah itu cukup, maka ikat jamin sah dilakukan bagi membolehkan Raja Petra bebas dengan wang dari saku rakyat. Jika tidak cukup, maknanya beliau bersedia dikurung dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan tiba.

Inilah yang dikatakan perjuangan rakyat. Para blogger tetap menjadi lilin yang membakar diri. Silap-silap merengkuk dalam penjara demi untuk menegakkan yang hak dan mengembalikan keadilan di tempatnya.

Raja Petra kelihatan tenang. Dia dibawa keluar melalui pintu belakang mahkamah kemudian dimasukkan ke dalam lokap mahkamah sebelum trak polis sampai untuk dibawa ke Sungai Buloh.

Beliau yang baru muncul minggu lalu dalam Rancangan BLOG RTM TV1, menghadapi tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya Malaysia Today.

Pada 25 April 2008, Raja Petra menyiarkan satu artikel bertajuk Let's send the Altantuya murderers to hell dalam blognya. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi - pembunuhan seorang wanita muda Mongolia yang sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.
Kertas pertuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Dalam kekalutan dan kejutan itu, Najib menafikan tuduhan tersebut melalui Setiausaha Akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga berbuat demikian.

Sehingga kini, hanya Raja Petra yang lebih berani menyebut dan menamakan mereka yang terbabit dalam kes berprofil tinggi itu.

Apakah muslihatnya?

Mungkinkah perbicaraan Oktober itu nanti akan membongkar segala-galanya dari versi Raja Petra? Ini akan lebih menakutkan lagi kepada mereka yang terlibat.

Ia dilihat semacam ada usaha untuk membongkar tragedi itu pada mahkamah lain selain mahkamah yang sudah acapkali membantai Razak Baginda...

Pemergian RUSTAM A. SANI, Gerakkan Semula PENA Catatan Saya!


Allahyarham Ahmad Boestamam dan anaknya yang baru kembali ke RahmatulLah, Rustam A. Sani dua minggu lalu

By TARMIZI MOHD JAM


DUA minggu lalu, seorang lagi rakan saya, Rustam A. Sani kembali ke RahmatulLah akibat serangan pelbagai penyakit yang dihadapinya. Arwah menetap di Bukit Lela, tidak jauh dari Greenwood.

Alangkah terkejutnya saya. Beliau masih muda dan ketajaman tulisannya cukup menerujakan sejak dulu lagi. Saya ikuti banyak pandangannya di Majalah Dewan Masyarakat dan sekarang di Mingguan Siasah. Selain itu, rajin juga saya jengah blog beliau.

Beberapa minggu sebelum itu, saya dan Cikgu Ishak Surin yang memang akrab dengan Rustam, ada cadangan untuk menginterbiu beliau. Mencatat sedikit cerita dan pandangan tentang ayahnya, Ahmad Boestamam.

Cikgu Ishak antara yang paling rapat dengan Boeastamam dan pernah menjadi wakil calon kepada tokoh kemerdekaan itu ketika Boestaman menang di Parlimen Setapak menumpaskan Aishah Ghani (Tan Sri) sekitar tahun 60an.

Masa begitu suntuk sebenarnya. Jika tidak dikutip segala maklumat itu, pastinya ia akan hilang ditelan liang.

Saya cuba mengungkapkan seberapa banyak maklumat berkenaan sejarah perjuangan silam, yang cuba dibenamkan pemimpin Umno untuk pengetahuan umum.

Barangkali, selain Cikgu Ishak sendiri yang terlibat dalam lakaran sejarah penting kemerdekaan, terdapat beberapa nama yang akan saya kunjungi segera termasuk Tan Sri Aishah Ghani, yang juga teman akrab Cikgu Ishak sewaktu dalam Parti Rakyat.

Boeastaman mengetuai API - Angkatan Pemuda Insaf dan Aishah Ghani pula mengepalai AWAS - Angkatan Wanita Sedar.

Pada pilihan raya umum lalu, selepas berceramah di Desa Rejang, Setapak ketika memperkenalkan calon PAS Titiwangsa, sempat saya diketemukan dengan anak Khadijah Sidek.

Satu pertemuan akan diadakan bersama saya dan Cikgu Ishak untuk mendekati sejarah silam ibunya. Barangkali, banyak kisah yang tidak diketahui umum sepanjang pembabitannya dengan PAS.

Khadijah pernah terpilih menjadi Ahli Parlimen Dungun mewakili PAS. Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Kaum Ibu PAS Pusat dan pernah dilantik Pesuruhjaya PAS Johor pada zamannya. Tentu menarik bukan...

Usaha menjejaki anak-anak Prof. Zulkifli Muhammad juga sedang dilakukan. Begitu juga dengan anak Panglima Jihad PAS, Hj. Hassan Adli. Insya-Allah minggu depan, saya akan ke rumah Dr. Norbit Mohd Noor di Taman Datuk Senu, Sentul.

Saya sudah bertemunya Ahad lalu, ketika PAS Kawasan Batu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Dr. Norbit adalah adik kepada Dr. Burhanuddin Al-Helmy, tokoh kemerdekaan yang hebat dan telah mengubah peta perjuangan kemerdekaan. Beliau akhirnya memimpin PAS dan meninggal dunia akibat seksaan kurungan ISA.

Sebenarnya ramai lagi yang perlu saya kunjungi... perasaan bimbang mula membuak-buak apabila kehilangan Sdra. Rustam A. Sani secara tiba-tiba. Lebih baik, angkat kaki segera bertemu mereka yang saya sebutkan tadi!

Saya dan keluarga mengucapkan sekalung takziah kepada isteri dan anaknya, semoga bersabar dengan pemergian yang abadi itu. Moga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa!

PAS Akan TONGKAK Angkasapuri, Tuntut SPECIAL CHANNEL Sidang Parlimen

Minggu depan kami akan ke Angkasapuri untuk menyerahkan memorandum tersebut dan mengadakan pertemuan ringkas dengan sahabat lama, Shabery Chik

By TARMIZI MOHD JAM


LANGKAH Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Chik meneruskan siaran langsung Sidang Dewan Rakyat selama 30 minit patut dipuji. Berani dan pintar, sekalipun anak Badawi sudah memberi signal untuk membunuh siaran langsung ini.

Shabery yang dulunya berjiwa pembangkang, yang sering menjerit-jerit meminta "ketelusan" dalam media sudah menunaikan janjinya, walaupun baru permulaan yang kecil.

Saya bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Wilayah Persekutuan, Cikgu Ishak Surin bercadang untuk menghantar satu memorandum menuntut agar siaran langsung dengan masa yang lebih panjang diberi oleh RTM kepada Sidang Dewan Rakyat pasca PRU Ke 12 ini.

Bukan itu sahaja, kami turut mendesak agar RTM menyediakan satu saluran baru khusus untuk menyiarkan siaran langsung Sidang Dewan Rakyat, menyiarkan liputan dan segmen khas yang berkaitan; disediakan oleh kerajaan untuk kepentingan mendidik dan membedah minda rakyat.

Pihak kerajaan harus membukti bahawa siaran langsung ini memang untuk kepentingan rakyat dan tiada alasan "kos yang tinggi" atau "parlimen sarkas" semata-mata untuk mengekang siaran langsung ini dari terus dipancarkan kepada rakyat di seluruh negara.

Bagi saya, biarlah rakyat yang menghakimi wakil-wakil rakyat yang efisyen dan yang mengantuk. Dengan cara ini, mereka akan bertambah aktif dan turut serta dalam perbincangan dan saranan pada dewan yang mulia itu.

Barangkali, minggu depan kami akan ke Angkasapuri untuk menyerahkan memorandum tersebut dan mengadakan pertemuan ringkas dengan sahabat lama, Shabery Chik (sewaktu beliau aktif menulis untuk Harakah) dan cergas dalam Semnagat 46 dulu.

Cadangan untuk menongkak Angkasapuri sudah lama dibincangkan. Sejak Shabery meuar-uarkan siaran langsung 30 minit itu.

Kami nak bantah 30 minit itu tapi panjangkan lagi sehingga berupaya menyediakan satu saluran khas sidang Dewan Rakyat.

PENUMPAS Samy Vellu MINTA JANGAN Gelar Dia YB @ Yang Berhormat!

Saya dan Cikgu Ishak Surin sempat menziarah rakan marhain kami, Dr. Mohd Nasir Hasyim, Presiden PSM di Bilik Gerakan PSM Dun Kota Damansara dua hari sebelum 8 Mac 2008. Kini beliau wakil rakyat di kawasan itu. Suatu yang tidak terjangka...

By TARMIZI MOHD JAM

AHLI PARLIMEN Sg. Siput, Dr. Jayakumar memberitahu saya, dia tidak mahu dipanggil dengan gelaran Yang Berhormat atau YB. Mansuhkan panggilan itu.

Saya cukup setuju dan kalau boleh semua wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak mementingkan gelaran untuk berkhidmat. Jangan tergila-gila mengejar gelaran Datuk atau Tan Sri.

Panggil sahaja Saudara atau Dr, seperti yang diinginkan oleh Jayakumar. Itu lebih merakyat sifatnya. Dr. Jayakumar telah menelan metos dan segala kepercayaan karut kononnya Presiden MIC, Samy Vellu tidak boleh ditumpaskan.

Siapapun tidak menyangka, taukeh tol dan menteri syarikat tol itu kecundang dalam Sg. Siput ditangan Naib Presiden Partai Sosialis Rakyat (PSM) itu. Tidak perlu tokoh bernama besar jika rakyat mula muak dan mual dengan seseorang pemimpin.

Baru-baru ini, saya mengundang beliau berceramah di Kg. Bandar Dalam, Sentul. Itulah juga penegasannya. Jangan panggil dia YB atau Yang Berhormat.

Turut berceramah malam itu, Adun Kota Damansara yang juga Presiden PSM, Dr. Mohd Nasir Hasyim, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Kekalahan PAS dan PKR PARIT Sudah DIRAMAL

Calon PKR Dun Bota, Usaili Alias (kiri), saya, Cikgu Alang dan Abang Jamaludin Teksi bergambar di barung pusat pengundian Lambor Kanan pada hari pengundian, 8 Mac 2008

By TARMIZI MOHD JAM

APABILA calon PKR Dun Bota, Usaili Alias yang juga rakan saya, meminta komen dari saya berkenaan trend pengundian hari itu (8 Mac 2008) di pusat mengundi Lambor Kanan, dalam Dun Bota, Parlimen Parit; tergamam juga saya dibuatnya.

Bukan tak mahu jawab dan berterus-terang. Tapi khuatir disalah ertikan. Cuma saya berkata, "harapan" menang ada.

Sekalipun hati kecil saya menafikan sekeras-kerasnya berdasarkan gerakerja yang dikatakan cukup dhaif sebagai persiapan menghadapi PRU Ke 12 itu.

Bagaimana untuk saya menyatakan "tidak" dalam suasana begitu. Usaili datang melawat barung tersebut sekitar jam 3 petang dan kebetulan saya ada di sana.

Saya baru selesai mengundi bersama isteri dan rakan saya, Abdul Razak Tajuddin. Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 8 pagi dan tiba sekitar 12 tengahari.

Macam biasa, saya meronda-ronda ke beberapa UPU pusat mengundi bertanya khabar dan bertemu kawan-kawan lama. Tak banyak yang mengejutkan. Bagi saya, ia hanya boleh bergantung kepada "harapan" saja.

Imam Emran Ahmadpun (Imam Masjid Ridwaniah dan JKKK Lambor Kanan) setuju dengan perkembangan yang tidak langsung menyamai semangat 99 dulu. Itu katanya kepada saya.

Namun begitu, Usaili dalam ulasannya memperkatakan ada banyak perubahan "positif" kali ini berbanding PRU 2004 lalu. Ia merujuk kepada beberapa tempat yang beliau singgah.

Saya berasa pelik juga dengan keyakinannya itu. Bagaimana dia bersifir? Barangkali saya salah. Saya memujuk hati kecil saya...

Tiga hari sebelum itu, saya sempat berkempen di Kg. Lambor Kanan. Berceramah selama satu jam. Saya seorang. Diundang oleh Cikgu Sha'ari Mahmud atau Cikgu Alang, Ketua Cawangan PAS Lambor Kanan.

Hampir 10 tahun saya menjadi Ketua Cawangan PAS Kg. Lambor Kanan. Cikgu Alanglah yang mengambil-alih jawatan itu, setelah saya lepaskan pada tahun 2003 hinggalah sekarang.

Dua lagi rakan saya yang datang bersama dari Kuala Lumpur, Ustaz Azhar Yahya (Exco Dewan Ulama PAS Wilayah) dan Dr. Mohd Hasyim (Presiden Kelab Universiti Ulu Klang) diusung oleh Ketua Penerangan PAS, Abdul Razak Taha ke Kg. Pendiat (Dr. Mohd Hasyim) dan Kg. Tengah, Parit.

Dalam kempen itu, saya dapati mereka yang keluar mendengar ceramah amat jauh berbeza dengan corak sokongan pada PRU Ke 10 tahun 1999. Ada kaum ibu, orang tua, anak-anak muda dan ramai juga ahli dan penyokong Umno setempat.

Jam 11.00 malam saya bergegas ke Kg. Tengah Parit. Dijadualkan satu lagi slot ceramah yang perlu diisi segera malam itu.

Sebaik saya tiba, penceramah yang sedang berceramah (Ustaz Azhar Yahya) menamatkan ceramahnya. Saya menyambung ceramah itu hingga jam 12.00 tengah malam.

Saya difahamkan, tiada ceramah-ceramah termasuk ceramah berkelompok dianjurkan sepanjang kempen 13 hari PRU itu. Kalau adapun program ceramah, ia hanya diisi oleh calon-calon.

Usaili Alias (calon Dun Bota), Ismi Mohd Taib (calon Dun Blanja) dan Dr. Najihah Ahmad (calon Parlimen Parit). Merekalah yang saban malam, berceramah memperkenalkan diri.

Sukar untuk saya menelah kenapa dan mengapa ia terjadi. Di mana penceramah-penceramah lain? Ustaz-ustaz? Atau jentera penerangan pilihan raya "lumpuh"?

Namun malam itu, saya beritahu kawan-kawan. Saya sudah ada keputusan PRU Ke 12 untuk ketiga-tiga kerusi di Parit itu.

Berdasarkan pengalaman, saya nak mengangak dan meneka. Kata saya kepada Ustaz Azhar dan Dr. Mohd Hasyim.

"Kalau begini gayanya, sukar PAS dan PKR nak menang. Tak perlu kajian detail. Cukuplah dengan apa yang kita lihat," tegas saya.

Malah dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, sempat bertandang di Bilik Gerakan Telok Bakong bertemu Sdra. Rafie Kasini, mantan Setiausaha PAS Kawasan Parit.

Itulah juga keputusan (ramalan) yang saya maklumkan kepada dia. Nampaknya, dia bersetuju untuk dua Dun tapi yakin Parlimen boleh dimenangi calon PAS, Dr. Najihah Ahmad.

Telahan saya kepada Dr. Mohd Hasyim dan Ustaz Azhar, akhirnya menjadi kenyataan pada malam 8 Februari 2008 itu.

Bukan riak dan angkuh. Tetapi, gerakerja terancang perlu diurus dengan baik bagi mengukir kemenangan. Ia tidak boleh terjadi dengan sendirinya.

Tentu ada yang tidak senang dengan kenyataan ini. Tapi itulah realitinya dan tidak salah untuk saya memberi pandangan begini. Ini bukan menyalahkan si fulan aatu si fulan tetapi secara asasnya, persiapan pilihan raya amat diperlukan dalam kempen yang berkesan.

Semua Dun dan Parlimen, terus dikuasai oleh BN, sekalipun tsunami politik melanda Perak dan negeri-negeri lain...

Terima 1,178 Emel: Sanggahtoksago.Com Kembali Dengan Kritikan Lebih Tajam

Agenda perjuangan masih diteruskan... ketika bersama Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor Mohd dan AJK PAS Pusat, Dr. Lo Lo Ghazali menghantar memorandum kepada RTM sewaktu kempen PRU 12 lalu

Blog Sanggahtoksago.Com antara nama blog yang menghiasi Rancangan BLOG terbitan RTM TV1 setiap Ahad jam 9.00 malam

By TARMIZI MOHD JAM

HAMPIR 1,178 emel yang saya terima sepanjang 21 hari saya berehat. Tidak langsung saya melayari blog saya dan lain-lain blog dalam tempoh tersebut.

Antara emel itu, banyak juga yang bertanya khabar mengapa saya tidak kemaskini Sanggahtoksago.Com.

Sukar untuk saya memberi jawapan tepat kepada penghantar emel dan penghulur sms. Mengapa dan kenapa saya tidak mengemaskini blog saya, Sanggahtoksago.Com itu? Begitu juga kepada rakan-rakan yang tidak putus-putus call saya.

"You patut teruskan perjuangan. Update blog bagi lebih efisyen. Saya peminat blog you! Jangan cepat melatah dan jemu," ujar seorang pemanggil yang memberi nama sebagai Shariman dari Taman Tun Dr. Ismail.

Ali Maidin dari Jalan Pahang Barat juga gusar, saya sudah lama tidak update blog. SMSnya menjalar begini "U sudah mogok ka? - ali maidin".

Dr. Mohd Hasyim dari Blog Ibnu Hasyim juga simpati dengan nasib blogger seperti saya, yang dianggapnya "bodoh" kerana menjadi lilin membakar diri. Saya tahu, dalam maksudnya itu...

Terima kasih juga kepada Sdra. Alhussyen dari Blog Alhussyen yang dikendalikannya di Ipoh, Perak kerana sudi bertanya khabar, serta rakan-rakan dari Blog Tintarona, Detik Daily, Sheikh Teluk Intan Dan Laptopnya dan lain-lain.

Dalam tempoh itu, saya mengikuti rancangan pengubatan sakit Umno yang kian nazak, BLOG namanya. Inisiatif Menteri Penerangannya yang baru, Datuk Shabery Chik yang dipancar melalui RTM TV1 jam 9.00 malam, setiap malam Isnin. Baru tiga terbitan!

Terbitan pertama menampilkan blogger Datuk A. Kadir Jasin yang saya kira sudah "dimakan" oleh pengendali rancangan itu, Hasyim Hanafiah awal-awal lagi.

Amat menjemukan dan sakit hati apabila Hasyim asyik memotong dan memintas bualbicara Kadir. Salah Kadir juga. Terlalu lembut dan santun.

Lagi sakit, apabila Kadir bersahaja dan tidak menguatkan diri dengan hujah dan gaya intonasi membenamkan "keceluparan" Hasyim. Ringkasnya, Kadir tidak bertindak sebagai "hero" dalam rancangan itu.

Hati saya terubat juga. Apabila rakan blogger kedua, pada minggu berikutnya mampu menguasai Hasyim dan keseluruhan rancangan itu. Raja Petra dari Blog Malaysia Today muncul dengan idea dan nada terus terang sama seperti dia menulis dan bercakap di luar rancangan tersebut.

Hasyim makin jelas terperangkap dengan soalannya sendiri, terjerat dengan hujah balas Raja Petra dan kali ini beliau gagal memotong dan memintas bualbicara Petra, yang kelihatan bertenaga dengan hujah yang kuat dan mantap.

Ketika blogger Sang Kelembai atau Zaharin Yassin dari Blog Sang Kelembai diundang mengisi rancangan tersebut minggu lalu, saya tidak berkesempatan menontonnya.

Sang Kelembai kini sudah menyokong anak Badawi semula. Dia antara yang lantang mengkritik PM dari Kepala Batas itu dan menyifatkan pemerintahannya sebagai "kerajaan tiga beranak".

Tidak sempat saya menontonnya. Nak tahu juga sikapnya setelah berjaya mencium tangan anak Badawi itu di Sabah, sebulan yang lalu.

Hanya Lutfi Othman yang bercerita sedikit mengenai Zaharin, sewaktu saya diundang menghadairi Konvensyen Media Harakah di Vistan Hotel, Isnin, semalam.

Beberapa rakan memberitahu saya, pada badrop skrin tv yang melatari sebelah belakang ahli panel (blogger) terpapar dengan jelas nama blog saya Sanggahtoksago.Com. Nama itu antara beberapa nama blog lain yang dipaparkan sebagai hiasan rancangan itu.

Anak-anak saya, Muhd Naim (10 tahun) dan Muhd Fadhlol Hadi (8 tahun) adalah orang-orang pertama memberitahu saya kewujudan nama blog Sanggahtoksago.Com pada badrop yang membelakangi blogger. Anak-anak saya tonton kerana minat dengan perkataan "BLOG" itu.

Mereka menyedarinya ketika rancangan BLOG mengundang Raja Petra, dua minggu lalu. Sayapun tidak perasan sangat.

Namun, ia masih belum cukup kuat untuk saya update blog ini sehinggalah pagi ini, terlintas untuk saya membuat sesuatu bagi mengembalikan semula keceriaaan Sangahtoksago.Com, yang telah saya "tinggalkan" sejak 21 yang lalu.

Saya mohon jutaan maaf kepada anda semua, yang mengunjung blog ini dengan rasa hampa dan kecewa kerana ia tidak diupdate!

Atas rasa tanggungjawab kepada ummah, barangkali dengan promosi percuma RTM pada badrop Rancangan BLOG itu, dipercayai lebih ramai yang cuba mendekati dan layari Sanggahtoksago.Com ini.

Insya-Allah, malam ini saya akan teruskan perjuangan bersama Sanggahtoksago.Com dengan paparan-paparan lebih berani, kritikan lebih tajam dan singgollan dua makna.

Tahniah kepada semua pengunjung yang komited, dan kini Sanggahtopksago.Com sudah mencatatkan angka ke 200,000 pengunjung sejak ianya diterbitkan pada 18 Ogos 2007 yang lalu.

Selasa, April 15, 2008

BLOGGERS Hentam Rapat Ali Rustam Dalam BLOGNYA!

Oleh WEB MASTER (klpost.com)

BERIKUT adalah posting yang dibuat oleh Mohd Ali Rustam yang bertajuk "Ladang ternakan babi hadiah pilihanraya".

TAHNIAH kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan PKR, DAP dan Pas ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu.

Isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport.

Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang bersikap degil dan terus menternak babi di luar kawasan Paya Mengkuang manakala jumlahnya sehingga mencapai ratusan ribu ekor yang menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara di kawasan berkenaan.

Hal ini sudah pasti tidak disenangi oleh kaum Melayu yang tinggal di kawasan tersebut sejak sekian lama. Oleh sebab itu, pada tahun lalu kerajaan negeri telah mengadakan usaha untuk mengurangkan kandang babi yang tidak memenuhi syarat.

Walaupun pada awalnya ia mendapat bantahan di kalangan pengusaha, namun hasil pemuafakatan yang tebal dan sebati dalam kerajaan BN, maka ia berjaya diselesaikan menjelang pilihan raya umum lalu.

Usaha kerajaan Selangor membina ladang ternakan babi di Sepang itu boleh dianggap sebagai satu lagi projek mega di negeri itu setanding dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Litar F1 kedua-duanya juga di Sepang.

Kedua-dua projek mega tersebut berjaya memberikan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada kerajaan Selangor sebelum ini, maka selepas ini keuntungan juga boleh diraih melalui hasil ternakan babi.

Biar apa sekalipun, babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis berat (mughallazah) kepada orang Islam dan ia haram bagi orang Islam untuk menyentuh apalagi untuk memakannya.

Oleh sebab itu, langkah untuk membina ladang babi itu perlu dilihat dari aspek kesannya kepada umat Islam yang tinggal di kawasan berkenaan.

Keadaan ini juga dirasai oleh penduduk-penduduk di Kuala Sungai Baru di Melaka. Oleh seba itu, kerajaan Melaka telah berusaha untuk mengurangkan jumlahnya bagi mengatasi masalah itu.

Saya cukup kecewa dengan sikap para pemimpin Pas yang menganggotai mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor yang turut bersetuju dan merelakan pembinaan ladang ternakan babi terbesar itu di negeri mereka, padahal mereka sebelum ini begitu lantang mengkritik saya berhubung isu babi di Melaka, walaupun kerajaan negeri sudah pun berusaha untuk mengurangkannya.

Harus diingat bahawa sejak saya memimpin negeri ini, kita telah berjaya menutuo dua ladang ternakan babi iaitu di Jasin dan Melaka Tengah.

Tetapi apabila cadangan untuk membina ladang ternakan babi terbesar di negeri mereka, Pas tanpa segan silu turut menyokong cadangan tersebut.

Tindakan para pemimpin Pas di dalam kerajaan Selangor juga telah "menghalalkan" perkara yang haram malah tanpa merasa bimbang akan pencemaran dan jangkitan penyakit yang boleh dibawa oleh babi kepada manusia, khususnya di kawasan terbabit.

Ingatlah bahawa ladang yang akan dibangunkan itu adalah di kawasan majoriti didiami orang Melayu dan jika mereka benar-benar mahu membina ladang ternakan babi, buatlah di kawasan majoriti penduduknya terdiri dari kaum Cina.

Rakyat Selangor kini bergembira kerana bakal menerima hadiah pilihan raya yang begitu tinggi nilainya hasil sokongan mereka kepada parti mereka pada pilihan raya.

Dr. Karim Di Belakang Projek Babi Selangor?

Oleh MALAYSIAKINI

SYARIKAT bumiputera terlibat dalam projek penternakan babi yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata MCA.

"Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut"

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang menyuarakan isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

"PERJANJIAN PANGKOR" Versi Pasca PRU12 Anti Perlembagaan Malaysia

By PENARIK BECA

Artikel ini boleh dibincang dan bahas.
Anda tinggalkan pandangan kritis di ruangan komen sebelah bawah artikel ini.

DENGAN penuh 'izzah, Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan:

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.

Setelah bertanya beberapa pihak termasuk peguam, menurut amalan demokrasi, saya difahamkan bahawa PAS berhak mempunyai matlamat perjuangan sedemikian. PAS juga berhak menawarkan matlamat perjuangannya itu kepada rakyat negara ini.

Hak tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, menurut amalan demokrasi juga, PAS tidak ada hak untuk memaksakan matlamat perjuangan itu ke atas sesiapa pun. PAS hanya boleh menawarkan.

Dan, saya kira, itulah yang dilakukan oleh PAS selama ini apabila secara konsisten ia menyertai
pilihan raya di negara ini sejak tahun 1959 lagi.Selain dari itu, Perlembagaan Malaysia yang sering disebut sebagai undang-undang tertinggi negara ini menjamin kebebasan bersuara untuk setiap rakyat Malaysia.

Ia dengan sendirinya bermakna PAS, ahli-ahli dan penyokongnya tidak boleh dihalang dari menyatakan keinginan mereka untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Tidak kiralah kadang-kadang disebut negara Islam, walaupun perkataan negara Islam tidak terdapat dalam fasal itu.

Oleh itu, sebarang perjanjian atau undertaking yang ditandatangani oleh mana-mana pihak yang menyatakan bahawa "I hereby undertake" untuk tidak membuat apa jua pernyataan mengenai negara Islam atau hukum hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Oleh kerana itu, sebarang undertaking yang terdapat dalam "Perjanjian Pangkor" di Perak baru-baru ini bukan sahaja bercanggah dengan peruntukan mengenai kebebasan bersuara di dalam Perlembegaan Malaysia malah bersifat anti-perlembagaan dan pihak yang menyediakan undertakings itu hakikatnya menunjuk samseng dan kurang ajar kepada Perlembagaan Malaysia yang sering mereka dakwa sebagai dihormati.

Sebarang ucapan bahawa mereka menghormati Perlembagaan Malaysia biasanya tidak dipercayai kerana dengan jelas mereka sering kelihatan tidak menghormati banyak fasal dalam Perlembagaan Malaysia, contohnya Perkara 3 (1), Perkara 153(1), Perkara 160(2), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38(1), Jadual Kelima.

Malah, perbuatan memaksakan "Perjanjian Pangkor" itu juga merupakan pencabulan yang sangat ganas dan kurang ajar ke atas Perlembagaan Malaysia.

Oleh kerana "Perjanjian Pangkor" tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, anti-perlembagaan, menunjuk samseng kepada Perlembagaan Malaysia serta pencabulan yang sangat ganas dan kurang ajar ke atas Perlembagaan Malaysia, ia tidak boleh dipatuhi oleh mana-mana pihak sekalipun, termasuk pihak yang tanpa berfikir dengan sewajarnya menjadikan diri mereka sebagai terpaksa menantangani perjanjian itu dan mempersetujui segala undertakings yang terdapat dalam perjanjian itu.

Sambil mengulangi penegasan bahawa "Perjanjian Pangkor" itu tidak sah (null and void) di sisi Perlembagaan Malaysia, saya juga menyatakan kekesalan ke atas sikap tidak cerdik pihak yang bersetuju menandatangani segala undertakings dalam perjanjian yang membuktikan jahat dan celakanya pihak yang menyediakan perjanjian itu.

Mereka gagal melakukan tindakan cerdik seperti yang dibuktikan oleh PKR di Kedah, tidak kira sama ada kita suka atau tidak.

PKR di Kedah, yang terkenal hampir tidak ada ahli dan kalau ada pun tidak habis-habis berkelahi, bukan sahaja tidak menandatangani sebarang perjanjian, malah berjaya mendapatkan tiga jawatan Exco walaupun mempunyai hanya empat kerusi Dewan Undangan Negeri.

Mereka cerdik, sama ada kita marah atau tidak. Sehubungan dengan itu, untuk memastikan agar peristiwa jahat "Perjanjian Pangkor" itu tidak berulang lagi, segala tenaga mestilah digerak dan dikerahkan mulai sekarang untuk memastikan PAS akan mempunyai lebih banyak kerusi dalam

Dewan Undangan Negeri Perak
selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Saya juga akan membantu sedaya-upaya untuk memastikan matlamat itu tercapai mengikut cara saya sendiri dan dengan duit saya sendiri, tidak kira sama ada saya diterima atau tidak, sama ada dibenarkan atau tidak.

PAS bagaikan masjid tempat saya menumpang sembahyang, walaupun sekadar di kaki lima atau di tangga masjid. Menurut amalan demokrasi, saya mempunyai hak untuk membantunya.

Selasa, April 08, 2008

Mengapa Kata Ada SEBOTAJ Dari Penyokong BN?

By DATUK A KADIR JASIN

KEKALAHAN? Betulkah Perdana Menteri berkata begitu? Kalau tidak silap saya, beberapa hari lalu media massa melaporkan beliau sebagai berkata Umno dan Barisan Nasional menang besar – lapan kerusi lagi dapat dua pertiga di Dewan Rakyat.

Malaysiakini memetik Abdullah sebagai berkata sabotaj oleh ahli sendiri adalah punca Umno “menderita kekalahan teruk.”

Bernama seterusnya melaporkan yang tindakan disiplin akan diambil ke atas ahli parti yang mensabotaj calon BN di 14 kawasan Parlimen yang gagal dipertahankan dan sekali gus menafikan BN kemenangan lebih dua-pertiga di Dewan Rakyat.

Bacaan lanjut sila klik DI SINI

Bukan Sahaja Mahathir, Ku Li KINI Anak Badawi MUSUHI PENYOKONG BN Perak dan Kedah Pula

By KETUA PERUSUH

SEMALAM Abdullah Ahmad Badawi merungut dan membebel dihadapan satu sidang akhbar yang disediakan khusus sebagai platform untuk beliau meluahkan perasaannya.

Bukan mudah untuk kita (warga Malaysia) mendapat peluang untuk mendengar rungutan dan bebelan perasaan secara terus dari mulut Abdullah Ahmad Badawi.

Disini kita dapat lihat betapa Abdullah Ahmad Badawi tidak mempunyai satu karisma untuk menjadi pemimpin besar. Baharu kena komen dan ulasan dari pelbagai pihak sudah tidak dapat duduk diam.

Malah melalut tidak tentu hala dan mengeluarkan ulasan yang tidak kena hujung pangkalnya. Jika beginilah sikap dan perangai Abdullah Ahmad Badawi, maka tidak sewajarnya beliau berada dianjung kuasa.

Cara yang ditunjukkannya bukanlah cara pemimpin, tetapi cara budak-budah hingusan.

Abdullah Ahmad Badawi semalam telah membebel mengenai beberapa tindakan yang Mahathir Mohammed dan Tengku Razaleigh lakukan.

Malah beliau juga mengambil kesempatan untuk menghentam Mukriz Mahathir secara berkias. Semuanya dilakukan demi untuk menguatkan hujahnya bahawa Khairy Jamaluddin tidak menguasai beliau.

Namun semua orang (waima wartawan asing) pun tahu betapa pengaruh Khairy Jamaluddin sememangnya menguasai Abdullah Ahmad Badawi.

Namun satu hujah beliau yang saya rasakan amat melucukan bilamana Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa kekalahan Barisan Nasional (UMNO) di Kedah dan Perak adalah disebabkan oleh sabotaj dalaman.

Apakah maknanya sabotaj dalaman ini?

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Abdullah Ahmad Badawi adalah ramai ahli @ penyokong Barisan Nasional diperingkat akar umbi membuat satu sabotaj sehinggakan kekalahan besar BN di kedua-dua negeri ini.

Apa yang pasti tindakan Abdullah Ahmad Badawi yang menyalahkan para penyokong Barisan Nasional di kedua-dua negeri ini pastinya akan melukakan hati banyak pihak.

Tindakan Abdullah Ahmad Badawi ini seperti bidalan “tuangkan minyak ke dalam api” yang mana ianya satu tindakan yang paling bodoh dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi (beliau terkenal kerana suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu).

Kini bukan sahaja Abdullah Ahmad Badawi bermusuh dengan parti pembangkang, Mahathir Mohammed, Tengku Razaleigh namun dengan semua penyokong Barisan Nasional di negeri Kedah dan Perak.

Nampaknya Abdullah Ahmad Badawi memang suka mencari musuh. Tindakan menyalahkan ahli sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai satu tindakan terdesak untuk menaikkan imej.

Namun seperti mana semua pihak tahu, kesan jangkamasa panjangnya adalah lebih lagi. Abdullah Ahmad Badawi memang terkenal suka bercakap tanpa berfikir.

Nampak gayanya Abdullah Ahmad Badawi pasti akan kecundang dalam pemilihan UMNO yang akan datang kerana beliau telah membuat terlalu ramai musuh. Tindakan bodoh yang dilakukan olehnya (menyalahkan ahli) pastinya akan dikenang selamanya.

Nasihat peribadi saya kepada Abdullah Ahmad Badawi, sila jangan banyak bercakap dan lebihkan usaha.

Adalah lebih baik Abdullah Ahmad Badawi melantik Khairy Jamaluddin menjadi jurucakap bagi pihak dirinya (Perdana Menteri Malaysia) supaya terserlah kepimpinan Khairy Jamaluddin.

Lagi banyak Abdullah Ahmad Badawi suarakan yang menjurus kepada menyalahkan ahli dan penyokong Barisan Nasional, lagi bahaya kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO (Barisan Nasional).

Tahniah SINIS Penarik Beca Kepada NAJIB!

By PENARIK BECA

DENGAN terharunya Datuk Seri Najib Tun Razak kerana diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menamakan beliau sebagai pengganti untuk jawatan Perdana Menteri, mudah-mudahan proses peralihan kepimpinan di dalam negara ini akan disegerakan.

Najib, yang mempunyai rekod yang bersih, mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding Abdullah untuk menjadi Perdana Menteri.

Dia dikatakan lebih cerdik dan kelihatan lebih cerdik dari bossnya. Penampilannya dikatakan lebih meyakinkan berbanding Abdullah.

Rakyat mungkin akan memberikan kepercayaan yang sama kepada Najib seperti yang diberikan kepada Abdullah ketika mertua Khairy Jamaluddin itu mula-mula menjadi Perdana Menteri dahulu.

Najib yang lebih muda dari Tengku Razaleigh Hamzah dipercayai akan membawa perubahan yang sangat besar kepada negara ini.

Jika Anak Badawi TERSUNGKUR, Najib Ikut TERLENTANG!

By AMIN ISKANDAR@BLACK

BEKAS PM, Mahathir Mohammad ketika menghadiri forum yang dianjurkan oleh Mykmu.net, telah menyatakan secara terbuka bahawa kini Najib bukan satu-satunya calon pilihannya untuk mengantikkan Abdullah.

Perubahan sokongan Mahathir untuk Najib menjadi PM adalah kerana sikap “play safe” Timbalan Perdana Menteri itu. Najib yang didakwa terlibat secara lansung dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu seringkali mengeluarkan kenyataan setia kepada Pak Lah apabila Dr. Mahathir menyerang bapa mertua Khairy itu.

Analisis Nash Rahman dari Malaysiakini menunjukkan bahawa ahli-ahli Umno sendiri telah mula hilang keyakinan terhadap Najib. Najib turut dipersalahkan selain Pak Lah akibat kekalahan teruk BN dalam PRU 12 yang lalu.

Sikap “penakut” Najib ini juga telah menyebabkan orang-orangnya “dicantas” oleh Khairy daripada masuk kedalam kabinet. Salah seorang daripadanya ialah Jamaluddin Jarjis (JJ).

Najib seharusnya malu kerana digula-gulakan oleh menantu PM yang baru beberapa hari berjinak dalam politik.

Mungkin Najib terlalu takut untuk bertindak oleh kerana perbicaraan kes bunuh Altantuya Shariibuu masih lagi berjalan di mahkamah. Jika inilah sebabnya, Najib pasti akan diterajang keluar dari Umno bersama-sama Pak Lah. Mungkinkah?

Perhimpunan 100,000 Umno TOLAK Anak Badawi Di PUTRAJAYA?

By MALAYSIAKINI

KEMPEN sekumpulan pemimpin akar umbi Umno untuk mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur akan dipertingkatkan ke tahap lebih besar ke seluruh negara.

Di program 'Fikir-fikirkan Bersama Tun Dr Mahathir', Umi Hafilda Ali, seorang pengikut setia Dr Mahathir, mencadangkan perhimpunan 100,000 ahli Umno dianjurkan di pusat pentadbiran itu bagi mendesak reformasi dalam parti itu susulan kemerosotan pengaruhnya dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Selain majlis penerangan di negeri-negeri, kumpulan itu tidak menolak kemungkinan berkumpul beramai-ramai di Putrajaya untuk mencapai matlamatnya, kata ketua cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman kepada Malaysiakini hari ini.

Tokoh veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid dijangka bersedia membuka gelanggang kempen di peringkat negeri.

Sementara rakaman ucapan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di Ampang, Selangor semalam akan diedarkan secara meluas.

Di program 'Fikir-fikirkan Bersama Tun Dr Mahathir', Umi Hafilda Ali, seorang pengikut setia Dr Mahathir, mencadangkan perhimpunan 100,000 ahli Umno dianjurkan di pusat pentadbiran itu bagi mendesak reformasi dalam parti itu susulan kemerosotan pengaruhnya dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Dr Mahathir sendiri tidak menolak cadangan itu jika mendapat keizinan polis dan kebersihan Putrajaya terjamin.

"Kita nak minta diadakan rapat umum supaya kita boleh bercakap sikit," tambahnya semalam.

"(Abdullah mendakwa) semua orang menyokong dia, kenapa dia takut?"

Syed Saifuddin berkata, beberapa cadangan dikemukakan kepadanya semalam selepas pertemuan itu dan mereka masih di peringkat perancangan awal.

"Semakin banyak kumpulan menyokong rayuan agar Pak Lah menimbangkan untuk melepaskan jawatan.

"Kami merayu, kami tidak memaksa, Pak Lah meletakkan jawatan demi masa depan Umno," katanya dalam satu wawancara.

Dr Mahathir sendiri tidak menolak cadangan itu jika mendapat keizinan polis dan kebersihan Putrajaya terjamin. "Kita nak minta diadakan rapat umum supaya kita boleh bercakap sikit," tambahnya semalam.

Beliau, yang terlibat menganjurkan majlis di hotel De Palma pagi semalam, berkata beberapa bahagian di Wilayah Persekutuan, Kedah dan Selangor bersedia menganjurkan majlis penerangan seumpamanya.

Bagaimanapun, jelas Syed Saifuddin lagi, Dr Mahathir belum menyatakan kesediaannya untuk turut serta, setakat ini.

Sanusi, yang menyampaikan ucapan mengkritik Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin di program semalam, dijangka berucap di Kedah.

Beliau dan Datuk Fuad Hassan, bekas exco negeri Selangor, yang hadir di majlis Dr Mahathir semalam sudah didekati tetapi butiran lengkap program-program itu masih belum muktamad.

Gerakan menolak kepemimpinan Abdullah ini dirancang hampir serentak dengan langkah Umno membuat penjelasan ke negeri-negeri yang akan bermula esok.

Malah program Dr Mahathir semalam bertepatan dengan majlis penjelasan Abdullah tentang kekalahan Umno kepada jentera penerangan parti di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun ada pihak melihat siri majlis penerangan Umno ini dijangka bertujuan mengukuhkan kedudukan Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menjelang mesyuarat perwakilan peringkat cawangan pada 17 Julai hingga 24 Ogos.

Mesyuarat peringkat bahagian pula pada 9 Ogos hingga 9 November depan.

Isnin, April 07, 2008

MP PR Kemuka Empat Cadangan Kepada DATUK BANDAR KL

Kita cadangkan penyediaan pejabat Sekretariat Wakil Rakyat di bangunan DBKL dan fasiliti pejabat oleh pihak DBKL di semua Pusat Khidmat Masyatakat Ahli Parlimen Kuala Lumpur, ini termasuk melantik jawatan tambahan bagi penolong Pengurus DBKL untuk setiap kawasan Parlimen

By AZAMIN AMIN I Foto NASIR SUDIN

BAGI memastikan isu berkaitan warga kota dan pembangunan bandar diberi perhatian serius serta diselesaikan dengan lebih efisen, 10 Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Ab. Hakim Borhan hari ini.

Pertemuan tersebut diadakan di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan diketuai Tan Sri Abd Khalid Ibrahim selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Dalam sidang media yang diadakan sejurus selepas pertemuan itu, Khalid menyatakan bahawa kesemua Ahli Parlimen telah mengemukakan empat saranan kepada Datuk Bandar untuk memudahkan urusan wakil rakyat dengan DBKL.

"Kita cadangkan penyediaan pejabat Sekretariat Wakil Rakyat di bangunan DBKL dan fasiliti pejabat oleh pihak DBKL di semua Pusat Khidmat Masyatakat Ahli Parlimen Kuala Lumpur.

"Ini termasuk melantik jawatan tambahan bagi penolong Pengurus DBKL untuk setiap kawasan Parlimen," katanya di Lobi Bangunan DBKL.

Tujuan lantikan itu kata Khalid adalah untuk berkerja bersama wakil-wakil rakyat secara telus dalam mengenal pasti isu dan menyelesaikannya bagi mengurangkan masalah birokrasi.

Dalam pertemuan itu juga, turut dicadangkan pelantikan kesemua Ahli Parlimen Kuala Lumpur sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL bagi mewakili suara rakyat dalam pembentukan polisi-polisi dan penilaian kepada pelaksanaan dasar-dasar oleh DBKL secara keseluruhannya.

"Kita juga memohon Datuk Bandar untuk menggunakan kuasa beliau di bawah undang-undang 5(2) 'Planning Development Rules' untuk membatalkan projek pembinaan di atas Bukit Persekutuan," katanya.

Beliau merujuk kes spesifik projek Bukit Persekutuan yang dikhaskan untuk kegunaan institusi kepada Primuda Holdings Sdn Bhd dan pembatalan tersebut seiring dengan dasar CF3 yang wujud dalam pelan Struktur Kuala Lumpur.

Saya UMPAMA Julia Roberts - Sufiah Yusoof

By HARIAN METRO

LONDON: “Saya seperti seorang puteri, umpama aktres Julia Roberts dalam filem Pretty Woman,” kata Sufiah Yusof, mengenai layanan terhadapnya oleh mereka yang melanggannya.

Pelajar genius yang diterima belajar di Universiti Oxford pada usia 13 tahun itu mendakwa, dengan memperdagangkan tubuhnya dengan bayaran melebihi 1,000 paun sterling (RM6,373) semalam, dia menikmati hidup penuh glamor yang tidak pernah diimpikan ketika belajar.

“Pelanggan melayan saya seperti seorang puteri. Seorang daripada pelanggan dari London pernah membawa saya membeli-belah di Bond Street.

"Dia membelikan saya pakaian jenama Gucci hitam berharga RM4,461 dan kemudian membawa saya ke Selfridges untuk membeli beg tangan.

“Saya memilih beg Gucci berharga RM3,824. Seterusnya saya mengenakan pakaian baru dan memberikan layanan kelas pertama kepadanya. Hakikatnya, saya hidup dalam dunia penuh glamor,” katanya dalam akhbar News of the World.