KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 08, 2008

Wow! Kempen KUTIP RM1 Raja Petra Kini CECAH Hampir RM40,000

By TARMIZI MOHD JAM

SUDAH lebih dari cukup. Raja Petra hanya memerlukan RM5,000 untuk tujuan ikat jamin terhadap kesnya dua hari lepas. Melalui peguamnya, William Leong, beliau enggan dijamin kecuali dengan duit dari poket rakyat.

Nampaknya ramai yang bersimpati terhadap nasib yang diterima blogger terkenal yang mengendalikan Blog Malaysia Today itu.

Sokongan mereka bukan untuk Raja Petra secara peribadi tetapi lebih kepada nilai perjuangannya selama ini demi kepentingan rakyat.

Lapor Laman KLpost, kutipan tabung kempen yang dilancarkan untuk membebaskan blogger Raja Petra Kamaruddin kini (8 Mei 2008) mencecah RM24,500.00 untuk akuan di CIMB Bank manakala untuk akaun Paypal mencecah USD 4,330.10 atau RM13,670,00.

Apapun tulisannya, pembongkarannya dan pendedahan terhadap ketempangan politik pemimpin dan parti BN, sesungguhnya Raja Petra seorang blogger yang berani dan konsisten, tidak seperti Sang Kelembai yang kini "menjilat" semula anak Badawi yang dikutuk dan dihentamnya selama ini.

Syabas rakyat Malaysia yang kental cintakan keadilan dan masih inginkan perubahan terus dilakukan dalam politik perdana.

Kepada Raja Petra dan Marina Lee, saya minta anggaplah sokongan padu rakyat melalui derma kilat mereka "pengubat" segala tekanan dan ugutan oleh pihak yang "gentar" dengan kebenaran!