KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 29, 2008

Benarkah SOKSIK PAS Nak Sertai BN?

By PENARIK BECA

SEORANG sahabat yang saya hormati dari Kelantan tiba-tiba menelefon saya. Dia bertanya lebih kurang begini - Katakan ada tiga pilihan:

Pertama, tenggelam dan timbul bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, menongkah arus dalam satu rakit dengan Umno.

Ketiga, memperkuatkan PAS termasuk membuka keahlian PAS kepada bukan Islam. Bukan setakat kelab penyokong atau ahli bersekutu. Tetapi memang menjadi ahli PAS yang layak menghadiri mesyuarat atau muktamar, bersuara, memilih dan dipilih.

Tak payah nak fikir lagi dah. Sambil saya tak lupa bahawa saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS, saya pilih yang ketiga.

Kalau nak membantu memelihara dan mempertahankan Islam, pilihan ketiga adalah yang terbaik. Malah, satu-satunya pilihan!

Itu tidak bermakna saya menolak pakatan yang longgar dengan pihak lain. Tetapi, PAS mesti bergerak dengan agendanya sendiri. Bukan agenda orang lain.

Kita selalu dengar dan baca kata-kata bahawa Umno kadang-kadang lebih Islam dari Islam kerana hendak menyaingi PAS. Kita juga selalu mendengar dan membaca cerita-cerita bahawa para pemimpin Umno berkata, "kena buat ni. Kalau tidak, PAS kacau. Susah kita".

Itu tidaklah bermakna Umno buat itu dan ini kerana PAS semata-mata. Takkan tak ada di antara mereka yang nawaitunya qurbatan ilaLlah atau hendak mendekatkan diri kepada Allah.

Tetapi cerita-cerita sedemikian selalu kita dengar dan kata-kata sedemikian selalu kita dengar dan baca.

Saya tak lupa kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak penggabungan Umno dan PAS ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

"Siapa nak jadi pembangkang?" tanya beliau kepada para tukang-tukang julangnya ketika itu yang menyambut beliau pulang dari luar negara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, pilihan ke3 merupakan pilihan utama bila2 masapun, tapi buat masa sekarang terima je keputusan pimpinan tu, kalau dah geng PR pun nak tendang Pas atau xhirau idea2 Pas, eloklah berundur diri dan meneruskan pilihan ke3... asasnya 'poerjuangan Islam tulen terlalu jauh xsemudah menunggu 16 sept sahaja!!!

5689 berkata...

zzzzz2018.8.13
asics shoes
off white shoes
louboutin shoes
christian louboutin shoes
tory burch handbags
canada goose outlet
ferragamo shoes
mlb shop
michael kors
ralph lauren uk