KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 08, 2008

5 Soalan PANAS: Idea Yang Bagus Dari ALI MAIDIN


By TARMIZI MOHD JAM

SETELAH Blog Sanggahtoksago.Com kembali menerjah pembaca, nampaknya ia makin pulih dan makin ramai pelawat yang mengunjunginya semula.

Sejak akhir-akhir ini, saya sebenarnya tiada masa untuk menyibukkan diri dengan menulis dan menulis untuk blog. Pada masa yang sama, satu komitmen lain patut diutamakan dalam usia yang kian meningkat.

Menulis blog macam Raja Petra, atau macam Datuk Ruhanie Ahmad atau Datuk A. Kader Jasin, mungkin boleh dipertimbangkan.Barangkali mereka ada pendapatan yang yang mampu menongkat acara berblog saban minggu.

Bagaimana pula nasib pengendali Tranungkite, Detikdaily, atau mana-mana blog yang sekadar melemparkan pandangan kedua yang tidak teguh dari sudut ekonominya, macam blog saya, blog ibnuhasyim atau lain-lain blog yang sewaktu dengannnya.

Petang tadi, rakan lama saya, Sdra. Ali Maidin dari Negeri Sembilan menghulurkan satu lagi SMS. Kali ini beliau menyapa agar saya menambahnilai kandungan atau persembahan blog agar hidup dan segar untuk dijamah pengunjung.

SMSnya berbunyi begini: "Tuan, dlm blog ini buat soal jawab ringkas 5 soalan panas dgn semua tokoh politik. Ringkas tapi panas."

Idea itu ada dalam Buletin Rakyat. Sudah lama saya cuba menonjolkannya. Bagimanapun, jutaan terima kasih saya hulurkan kepada Sdra. Ali kerana mengutarakan semula idea bernas itu.

Insya-Allah, dengan hubungan dan kenalan yang agak "berada" sedikit dari orang lain itu, elok juga saya kemukakan 5 soalan kontroversi (panas) kepada mana-mana individu yang tidak terjangka dapat dimuatkan pada laman media bercetak.

Harap tiada pengunjung blog ini yang marah-marah kalau ada soalan yang menjunam ke dalam, yang menikam hati, menujah perasaan. Saya adalah saya dan blog ini pemangkin kreativiti kita bersama.

2 ulasan:

Kerajaan Rakyat berkata...

Kalau ku tahu pembunuh Altantuya.
Akan ku serahkan dia kepada Najib Razak.

Kalau ku tahu siapakah sebenarnya pengembala babi.
Akan ku serahkan dia kepada Khir Toyo.

Kalau ku tahu siapakah sebenarnya betina miang.
Akan ku kenalkan dia kepada Rosmah Mansor

Kalau ku tahu siapakah pengkhianat bangsa dan Negara.
Akan ku serahkan dia kepada Abdullah Badawi dan Khiry.

Kalau ku tahu siapakah sebenarnya kepala gangster.
Akan ku ajak minum bersama Ketua Polis Negara

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

5689 berkata...

zzzzz2018.8.13
reebok
ralph lauren uk
salomon
nike factory store
ralph lauren outlet
golden goose
chrome hearts
snapbacks wholesale
coach outlet online
canada goose jackets