KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 12, 2008

JAMRY Diarah TUKAR, Tapi TG. HASSAN Diberhentikan. Ini MACAM MANA?

Apakah niat media kongkongan BN memainkan isu pertukaran Jamry 24 jam? Walhal, tiada satupun akhbar melaporkan kes pemecatan Tg. Hassan selepas PRU2004.

By IBRAHIM BABA

KESEMUA akhbar heboh memperkatakan perihal Jamry Sury, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, kononnya ditukarkan serta-merta.

Maka akhbar-akhbar cuba memainkan emosi pembaca bagi mempersalahkan MB Nizar sebagai menganiayai Jamry.

IB ingin membawa kepada peristiwa sebaik sahaja UMNO/BN mengambil-alih pemerintahan Terengganu pada tahun 2004.

Idris Jusoh telah memberi beberapa jam sahaja untuk Tg. Hassan, pegawai terkanan Negeri Terengganu di masa itu yang sekadar menanti masa untuk dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, untuk meletak jawatan (dibaca sebagai dipecat).

Beliau bakal dipecat jika tidak menandatangan - begitulah ugutan yang diberi.

Surat yang sekadar memerlukan tandatangan Tg. Hassan didesak oleh Idris kerana mahu dipersembahkan kepada Tuanku Sultan yang akan berlepas keluar negara beberapa jam selepas itu.

Tg. Hassan yang IB temui beberapa hari selepas peristiwa pemecatan beliau tersebut menerima hakikat bahawa Idris tidak mahukan beliau.

Apa yang berlaku selepas itu menjadi sejarah. Orang yang dipilih Idris untuk mengantikan Tg. Hassan sebagai SUK kemudiannya dipecatkan lagi sekali oleh Idris.

Jauh bezanya dengan apa yang berlaku di Perak.

Pertamanya, Jamry adalah seorang pegawai yang mungkin ke 6 atau ke 7 dari segi kekananan dalam pentadbiran negeri. Walhal, Tg. Hassan adalah pada kedudukan ke 2 sekadar menanti hari untuk dilantik sebagai ke no. 1.

Kedua, Jamry hanya sekadar ditukarkan. Memandang beliau seorang pegawai PTD, beliau boleh kembali ke JPA untuk diberi mana-mana jawatan lain - yang mungkin itulah yang beliau nantikan.

Walhal, Tg. Hassan diberi tempoh yang amat singkat dan diberhentikan serta-merta.

Ketiga, semua akhbar memainkan isu Jamry. Walhal, tiada satupun akhbar melaporkan kes pemecatan Tg. Hassan selepas PRU2004.

Keempat, Jamry ditukar dalam masa 24 jam. Walhal, Tg. Hassan diberi tempoh kurang dua jam untuk tandatangan surat letak jawatan.

IB yakin peristiwa seperti ini lebih menguatkan pemerintahan MB Nizar dan mampu membawa kecemerlangan yang dapat memanafaatkan rakyat. Semoga ini dapat memperkemaskan pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak.

Tg. Hassan kini adalah ahli DUN Ladang.

2 ulasan:

Awanama berkata...

This is my first time pay a visit at here аnd i am truly pleasѕant to
read all at single place.
Here is my website :: blu cigarettes

5689 berkata...

zzzzz2018.8.13
jordan shoes
tn pas cher
nike factory
uggs outlet
fitflops sale
ralph lauren outlet
oakley sunglasses
canada goose outlet
christian louboutin shoes
nike outlet store